
Lagu: Luka Hati
Artis: Alan D & Faizal Tahir
Komposer / Lirik: Alan D / Amir Abu Hassan / Faizal Tahir / Mingaling
Produser: Mingaling
Meraikan pasaran Pop semasa tempatan yang semakin beragam dengan tenaga baru bermuzik menyaksikan nama-nama yang semakin berani ke depan tanpa terikat ilham muzik sedia ada dengan cukup cemerlanag.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini nama-nama seperti Alex Ungku, Zamaera, Lunadira, Bil Musa, MFMF., YonnyBoii, K-Clique, Reddirocket dan i-Sky cukup ke depan dengan satu warna baru membesarkan landskap Pop Malaysia.
Terkini seorang lagi nama yang cukup promising, Alan D yang sudah menghadirkan beberapa single seperti “Laut” dan “Jauh” perlahan mencuri perhatian pendengar. Terkini dia hadir dengan single terbarunya berjudul “Luka Hati” bersama penampilan senior muzik Pop tempatan Faizal Tahir.
“Luka Hati” hadir dalam ilham Pop semasa yang sifatnya cukup global sekali untuk meletakkan standard muzik tempatan seiring pasaran muzik luar. Penghasilan melodi yang catchy terisi dengan barisan lirik yang mudah menangkap.
Kemanisan lagu ini saya kira tentu saja dengan kehadiran vokal FT yang melatari lagu ini yang blend in dengan begitu baik sekali. Alan D saya kira akan menjadi antara bakat muda yang akan terus dinanti kelibatnya dalam pasaran muzik tempatan.
Kolaborasi bersama Pop star seperti FT membri exposure baik buatnya dan “Luka Hati” sebuah permulaan baik buat Alan D. Semoga in future akan ada lebih lagi kolaborasi yang sebaik ini.
6.7/10
ARTIKEL BERKAITAN
Kesinambungan Raggaeton Andi Bernadee di Single “Kais Pagi Kais Petang”