
Menyelisik merdu suara Biduanita Puan Sri Saloma dalam ratusan lagu yang pernah dirakamnya menyimpulkan satu rasa bahawa begitu tersendirinya dia sebagai seorang penyanyi yang cukup hebat.
Dalam jiwa Melayu yang dikendong menerusi rangkaian lagu popularnya seperti “Malam Ku Bermimpi”, “Saat Bahagia”, “Manusia” dan lainnya terisi satu feel besar muzik Jazz dan Big Band yang didukungi sepanjang bergelar penyanyi.
Hal-hal ini saya temui menerusi album “Bimbang” keluaran 1969 yang menampilkan nama produser muzik hebat seperti Ahmad Nawab dan P.Ramlee tentunya.
“Bimbang” menjadi alasan mengapa saya begitu berminat mendengar keseluruhan album ini. Ternyata pencarian di saluran YouTube Getaran Nostalgia menemukan saya hampir kesemua lagu-lagu yang ada di album ini.
Bergerak sebagai sebuah naskhah Big Band yang kental jiwa Melayunya menerusi penyampaian merdu Puan Sri Saloma saya terbuai dari satu lagu ke satu lagu lantas membayangkan…
what if kita remake semula album ini?
Hal-hal ini sering dilakukan di negara jiran kita Indonesia – bagaimana naskhah Ismail Marzuki diraikan grup muzik Nonaria, Chandra Darusman, Ian Antono, Koes Plus sehingga rakaman gemilang Raisa menerusi Bahasa Kalbu nyanyian asal Titi DJ yang begitu membuai.
Dan dalam visual saya menerusi lima lagu berikut saya senaraikan penyanyi terbaik yang mampu memberikan rendisi menarik dan merdu album “Bimbang” sebagai sebuah dedikasi muzik yang harus kita lestarikan.
BIMBANG – AISYAH AZIZ
Feel Jazz di lagu ini dengan rhythm dan feel yang begitu sensual bersahaja mampu ditangani oleh Aisyah Aziz dengan penuh jayanya. Spirit vokal Aisyah dan kemasan muzik baru untuk lagu ini akan memberi satu pengalaman baru menikmati “Bimbang” dengan lebih fun!
IMPIAN MUSNAH – ERNIE ZAKRI
Balada lagu ini ada satu feel yang cukup tersendiri dan berbeza. Tempo perlahannya dicipta penuh soulful dalam rasa yang begitu dalam sekali. Saya percaya Ernie is the best singer untuk deliver satu perasaan yang mampu buat kita hanyut dalam alunan merdunya.
ABANG KU RINDU – NING BAIZURA
Seawal mendengar intro lagu ini sahaja saya sudah membayangkan Ning is the best singer untuk mengembalikan groove di lagu ini. Vokal Ning cocok dengan lagu-lagu begini yang memerlukan attitude dalam persembahan vokal yang berwarna.
BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG – NJWA
Soul di lagu ini cukup membuai dan sifatnya mampu dibesarkan dengan kemasan muzik terkini. NJWA akan deliver lagu ini dengan cukup cantik bagi menjadikan lagu ini sebuah perembahan vokal yang cukup menarik dan melayang.
MASA BERCINTA – LIZA HANIM
Liza Hanim is the best version of new Saloma – Always. Dan “Masa Bercinta” akan sekali lagi memberi keseronokan untuk kita benar-benar enjoy dengan suara merdunya. Kemasan muzik minimal dengan mencantikkan bunyinya tanpa mengubah struktur muzik asal akan buat kita begitu senang dan dekat dengan lagu ini.
ARTIKEL BERKAITAN
Melayani Biduanita Pop 70-an Dalam Melodi Merdu Uji Rashid, Sharifah Aini dan Rafeah Buang