
Meraikan lima tahun pembabitan dalam perkembangan muzik digital tempatan, JOOX Malaysia bakal mengumpulkan line-up A List performer untuk “Konsert Onilne High-5 JOOX” yang bakal dibahagikan dalam 3 sesi konsert berbeza.
Bakal bermula dengan sesi konsert pertama esok (25 Julai) menampilkan dua bakat muda meningkat naik, Ismail Izzani dan Naim Daniel diikuti minggu berikutnya pada 8 Ogos 202o menampilkan kugiran Pop Floor 88 yang bakal tampil dengan hits mereka.
Menutup acara sambutan konsert High-5 JOOX ini, Dayang Nurfaizah berkongsi pentas bersama Daiyan Trisha, Sophia Liana dan FML pada 15 Ogos 2020. Kesemua konsert ini berlangsung pada jam 9 malam di aplikaso JOOX.
“Kami di JOOX sangat gembira untuk memberikan yang terbaik daripada bintang muzik paling popular, paling menyerlah dan yang sedang meningkat naik. Acara ini adalah sebahagian daripada cara kami untuk menunjukkan komitmen dan dedikasi kami untuk membalas sokongan padu pengguna JOOX.” Angie Tan, Ketua JOOX Malaysia.
JOOX awal tahun ini memperkenalkan program JOOX Super Producer yang memberi suntikan segar pengalaman muzik terkini yang menampilkan kolaborasi bakat baru juga senior dalam menghasilkan naskhah Pop terkini.
ARTIKEL BERKAITAN
“Gerak Dulu” Sebagai Gerakan Future Pop Menerusi Projek JOOX “Super Producer”