
Pasaran muzik Singapura yang semakin membanggakan dengan barisan anak muda yang semakin besar jiwanya membentuk satu batalion muzik yang cukup boleh dibanggakan tahun ini. Muzik Kita mendasari pasaran Pop semasa Kota Singa menerusi 20 Rilis Terbaik sepanjang tahun.
Awal tahun ini kami ada menulis tentang gerakan besar Pop anak muda Singapura dalam bermuzik. Nama-nama seperti Sezairi, Gareth Fernandez, Akid Amir, Ffione, Amni Musfirah antara yang cukup menarik perhatian dengan bakat segar mereka.
Melewati kalendar muzik Pop Singapura tahun ini, kebanyakannya sudah mula melakukan sesuatu yang bersifat universal dan global. Lagu-lagu daripada bakat seperti Lew, brb. , Fauxe, Haziman dan Slodown rata-ratanya memilih Hip-Hop, EDM, Lofi dan R&B sebagai pertaruhan muzik mereka.
Menjauhi pasaran besar nama lainnya, bakat-bakat ini nyata mahu meninggikan standard muzik Singapura ke peringkat yang lebih tinggi pastinya. Apalagi setelah perkhabaran The Sam Willows yang memutuskan untuk berehat dari bermuzik secara berkumpulan.
Nama Sezairi tentu saja mendahului pilihan MK untuk mengungguli bakat terbaik yang ada sepanjang tahun ini. Dan nama Amni Musfirah yang semakin mencuri tumpuan dengan merdu suaranya menerusi lagu “Goodbye” dan “Bukan Bahagiamu” yang begitu promising sekali.
Berikut 20 Rilis Terbaik Sepanjang 2019 Yang Kami Kumpulkan Buat Pembaca

1. In Secret / Sezairi
(Brooke Toia / Harry Sommerdahl / Sezairi)
Sezairi semakin bijak dalam percaturan Pop nya. Setelah kejayaan luar biasa “It’s You” dia menghadirkan groove yang cukup baik menerusi single “In Secret” yang meletakkan standard muziknya lebih tinggi dan tastefully produced.

2. Achilles / Gareth Fernandez
(Elvin Lin / Gareth Nicholas Fernandez)
Gareth Fernandez menghasilkan sebuah Ballad yang cukup indah komposisi muziknya. Lagu begini terasa terkini sekali penghasilannya dengan feel serta dinamik lagu yang disusun kemas dari awal hingga ke hujung. Saya begitu sukakan karakter vokal yang dimiliki soloist ini.

3. Satu / Syarif
(Malaque Mahdaly / Trisno Ishak)
Syarif tampil cukup promising menerusi single solonya ini setelah fasa Sleeq. Pop menerusi lagu “Satu” yang didominasi rhythm R&B ternyata begitu menyatu baik dalam persembahan vokalnya yang penuh soulful. Kekuatan lagu ini tentu saja pada penghasilan melodi dan groove yang melatari lagu ini juga catchy korusnya.

4. Goodbye / Amni Musfirah
(Amni Musfirah)
Amni memberi satu jiwa yang sangat rapuh dalam penyampaiannya. Setiap kata yang dilantun menjadi lagu di dalam “Goodbye” terasa sempurna merdunya. This song is a long awaited Ballad yang sangat dinantikan penghasilannya – merdu dan menyentuh. Dan Amni memberi seluruh rasa yang tepat menerusi lagu yang cukup soulful ini.

5. Next 2 U – Ffion
(Ffion)
Fffion adalah contoh terbaik pasaran muzik Pop semasa Singapura. Pengaruh EDM Pop menerusi EP “Bad Habits II” diramu dengan cukup kemas agar ia menjadi satu sound yang terkini tetapi masih tampil dalam originality muziknya. Single “Next 2 U” satu daripada tiga lagu terbaik yang dimuatkan dalam EP keduanya yang beredar tahun ini.

6. Narcotic / Of Methodist
(Cheok Chun Chong)
Of Methodist mengingatkan saya pada muzik Troye Sivan yang hadir dalam acuan Pop serupa. Kelebihan Of Methodist tentu saja penyampaian sederhananya dalam setiap lagu. Dan “Narcotic” adalah contoh terbaik bagi anda yang masih baru mahu mengenal soloist ini.

7. Ibu / Akid Amir
(Akid Amir / Fauxe)
Akid Amir tampil cukup puitis dalam pesona EP “Ikhalas Untuk Semua Wanita” yang menghadirkan beberapa single seperti “Wanita” dan “Ibu” – Namun dari lima lagu yang dihasilkan untuk EP ini saya kira “Ibu” tampil dalam poetic pop yang cukup menyentuh biar diramu dalam kemasan muzik yang cukup simple.

8. Remember / Haziman & Abangsapau
(Haziman / Johan Fakhri / Shazuan Shiraj)
Remember tampil dalam ilham Hip-Hop R&B semasa yang memikat. Gabungan kolaborasi Haziman dan Abangsapau menjadi bukti anak muda Singapura semakin ke depan dalam melebarkan pasaran muzik negara tersebut ke peringkat yang lebih baik.

9. Red Flags / LEW & Joie Tan
(Alna Elizabeth / Lewis Loh Zhi Hou / Maia Nicole Smith / Maria Isabella Landi)
LEW tampil dalam ilham acoustic Pop yang lebih lembut penghasilannya berbanding bakat lain yang terikat ilham Pop semasa. Bijak dalam penghasilan melodi yang membuai resah, “Red Flags” menjadi benchmark bakat ini untuk terus dinanti naskhah apa lagi yang mampu dihasilkannya selepas ini.

10. Whoops – Brb.
(Clarence Liew Xian-Yi / Marc Lian / Mohd Auzaie)
Brb. sensasi Pop terkini kota Singapura yang tampil dalam pesona muzik semasa yang hadir dalam kemasan muzik yang moden dan terkini. Ilham EDM Pop dengan lirik senario muda mudi hari ini menjadikan mereka antara bakat yang akan terus dinanti sepanjang 2020 nanti.
11. Bukan Bahagiamu / Amni Musfirah
12. Run / Gareth Fernandez
13. Lovely / MattGnaw
14. Something I Don’t Know /Ca$hi$h
15. About Me / Haziman
16. Warning Sign / Tabitha Nauser
17. Monsters / Falling Feathers
18. I’m Good / Sam Rui
19. All The Time / Bakers In Space
20. Terakhir Untumu / Rauzan Rahman
ARTIKEL BERKAITAN