
Lagu: Garah
Persembahan: Hael Husaini / Mimifly
Komposer / Lirik: Hael Husaini / Mimifly / Iqie Hugh
Produser: Iqie Hugh
Barisan pemuzik Pop tempatan yang diterajui Hael Husaini memberi satu sound yang datang dengan idea tersendiri. Dan atas idea itu yang sentiasa laju berlegar di ruang fikirnya mencipta naskhah yang cukup prominent tanpa dibayangi pemuzik lainnya. Hampir kesemuanya juga sejak beberapa tahun kebelakangan ini muzik Hael banyak dibentuk produser Iqie Hugh yang merealisasikan setiap ideanya.
Kelangsungan bermuzik berterusan dan dia mencipta satu lagi momen istimewa yang kali membawa bersama idea MIMIFLY ke dalam naskhah terbaru kolaborasi mereka berjudul “Garah” . Dua individu yang sentiasa punya idea besar yang datang dengan dua kemungkinan – menjadi disukai atau sebaliknya.
Bising. Itu setidaknya apa yang saya dapat kali pertama mendengar lagu ini. Persembahan keseluruhannya datang momentum muzik yang tak berhujung derup derapnya dalam kurang lebih 3 minit 9 saat ia berjalan. Seperti yang saya katakan awal tadi ia merupakan dua idea besar yang menemukan satu titik tengah yang saya kira terlalu overpower.
Saya meninggalkan lagu ini seminggu dua setelah pertama kali mendengarkannya ketika ia diedarkan.
Dan saya kembali melewati idea yang besar ini dengan keterbukaan di suatu pagi Ahad meneguk flat white dalam kebersediaan. “Garah” yang pada pendengaran pertama bingit dan all over the place itu saya pasang with a thought. Tidak adil menilai sesebuah lagu dengan pendengaran pertama, kerana lagu-lagu yang mencabar pendengaran ini sebetulnya yang mampu menjadikan kita lebih terbuka.
Memahami “Garah” dalam bising dan ributnya menemukan saya pada ilham baru Pop tempatan yang mungkin belum biasa diperdengarkan tetapi memiliki potensi baik bergerak sebagai sebuah persembahan muzik yang memberi satu keberagaman. Kolaborasi Hael Husaini dan MIMIFLY juga bukanlah pernah dibayangkan tetapi ia datang sebagai sebuah sweet surprise.
Mendengarkan lagu ini berteman teks liriknya membuatkan saya lebih mudah mendekatinya. “Alangkah indah // Alangkah baik // Alangkah masyurnya // Tapi sayang // Dimana? ada dimana? // Cintersembunyi?” dan perkataan cinta dan tersembunyi yang dibentuk menjadi kata majmuk itu sendiri sudah menarik perhatian saya.
“Garah” Pop yang bak kata saya awal tadi dua idea besar yang disatukan. Ia kompleks namun Hael sudah jelas sebetulnya dengan tujuan lagu ini dicipta dalam bait “Takleh fikir // takyah fikir”. Kadang sebagai pendengar kita menjadi terlalu kritis payah juga sebenarnya tetapi itu juga proses menjadikan kita sebagai pendengar yang lebih terbuka. It’s a fun Pop after all.
8.2/10
ARTIKEL BERKAITAN