
midlyfe, label muzik yang semakin rancak dalam mengumpulkan bakat-bakat Hip-Hop muda tempatan berhasil saya kira dalam memberi sesuatu yang cukup segar dengan sound yang kekinian dan pengasilan produk berbentuk muzik yang current, seiring pasaran muzik global.
Hal ini sudah dinyatakan sebaiknya lewat album-album lucidrari yang mencipta satu gelombang baru Hip-Hop tempatan dengan sound Pop yang beragam menyatukan feel R&B, Hyperpop sehingga elemen motown juga nusantara.
Kali ini tiba giliran Dannqrack dan eemrun – duo yang sering berkongsi pentas dan lagu-lagu berbebtuk kolaborasi disatukan dalam sebuah album seribu pemikiran dan sound yang cukup meyakinkan. “Menara Berekembar” mungkin percubaan perdana mereka menghasilkan album penuh tapi ia sebuah produk lengkap pemikiran, attitude dan sudut pandang bermuzik yang cukup ready dan matang. Bukan amatur.
Hal ini jelas dalam lagu yang saya sifatkan terbaik di album ini “KUALA LUMFLOW” (Danial Imran / Imran Daniel) yang datang dengan attitude muzik yang cukup meyakinkan. Melodinya baik, beat, groove dan lirik menyatu sebaiknya. Rap kedua-duanya menyatu baik – ada harmoni dan keseimbangan.
Pengucapan Eemrun dan Dannqrack sangat baik – ia tidak kedengaran seperti amatur, setiap bait dipersembahkan dengan penceritaan yang tidak kosong atau sekadar menjual vibes sahaja. Ada feel yang baik dalam penyampaian mereka dan hal ini semakin baik di lagu-lagu seperti “DUFFLEBAG”, “JANGAN HILANG LAGI” (Yang super addictive) dan “DIAMOND KAT GELANG”.
Album ini sebuah attitude, pemikiran dan keghairahan dua anak muda ini dalam membuktikan bahawa mereka ada keupayaan yang cukup besar diperdengarkan dan diraikan bakat mereka. Ini sebuah debut album yang seimbang antara apa yang mereka mahu buktikan dengan nilai komersial yang cukup tinggi.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN