
Lagu: Angkat
Artis: Mimifly
Komposer / Lirik: Mimifly / Curleey / Wan Syahman
Momen, itu mungkin satu hal sukar sebetulnya untuk satu-satu penyanyi sedia ada untuk benar-benar konsisten dalam perjalanan panjang berkarier – terkadang ada hit and miss pada saatnya namun jika tidak berputus asa daun yang gugur pasti jatuh pada tempatnya. Hal ini sudah terbukti pada bakat muzik seperti Marsha yang kembali memiliki momennya menerusi “Cinta” dan sebelumnya Dayang dengan “Di Pintu Syurga” yang menjadikan momentum karier mereka berterusan panjang sehingga hari ini.
Hal-hal ini beriring konsistensi pastinya. Mimifly satu daripada penyanyi juga penghibur yang ada bakat muzik yang cukup distingtif tetapi masih menanti momennya. Dan dengan penghasilan beberapa single setelah Gegear Vaganza yang sedikit gagal mencuri perhatian, Mimifly kembali mengembalikan dan menarik balik perhatian pendengar muzik tempatan padanya menerusi single “Angkat”.
Sample “Angkat Kaki” daripada Sheeda diambil sebagai jerat mengikat pendengar disatukan dengan kreativiti bermuzik Mimifly bersama dua lagi rakan muziknya Curleey dan Wan Syahman. Lagunya singkat namun padat dalam mengikat pendengaran.
Korus lagu ini is a killer namun apa yang lebih membuatkan persembahan keseluruhan lagu ini cemerlang adalah kerana attitude muzik Mimifly yang cukup distingtif dalam membentuk naratif lagu ini sebagai sebuah persembahan yang berada di kelas tersendiri.
Idea lagu ini tidaklah terlalu baru dan execution nya juga tidak terlalu di luar kebiasaan dengan sound yang jarang kita dengar. Namun secara komersial, lagu ini secukupnya untuk pendengar tempatan kerana jika ia terlalu berolah idea kompleks pun pendengar kita tidaklah terlalu celik muzik untuk memahami dan menghargai. Jadi apa yang Mimi hasilkan ini secukupnya untuk tahap apresiasi muzik pendengar kita.
Mimifly seharusnya sudah mula boleh memikirkan langkah apa yang harus dia susun bagi mendapatkan dan meneruskan momentum “Angkat” untuk dia terus diraikan pendengar tempatan secara berterusan kerana bakat sepertinya tidak banyak dan tidak sering diraikan. Jadi peluang yang sedang ada ini harus bersulam satu pelan jangka panjang dan pendek untuk karier muziknya terus diraikan.
7.7/10
ARTIKEL BERKAITAN