
Lagu: Dari Jauh
Artis: ALYPH
Komposer / Lirik: ALYPH / Kenny Gabriel / Teddy Adhitya
Produser: Kenny Gabriel
ALYPH menjalani kembara bermuzik dengan cemerlang. Sebagai seorang pemuzik, evolve dalam merencana perjalanan bermuziknya dengan penuh kematangan. Banyak sound baru yang diteroka dan dimanipulasi sebaiknya membentuk satu sound berbentuk ALYPH.
Hal-hal kematangan bermuziknya paling saya rasai ketika dia mengedarkan “Adakah Kau Mendengar” yang saya sifatkan sebagai naskhah terbaik yang pernah dihasilkan sehingga hari ini sepanjang karier bermuziknya.
Lebih lima tahun bergerak solo, ALYPH persembahan muzik ALYPH semakin meyakinkan dan sudah dibuktikan dengan kejayaan “Swipe” serta kolaborasi bersama SonaOne dan Joe Flizzow yang membuka satu landskap bermuzik yang semakin baik buatnya.
Tanpa mahu terburu dengan ilham Hip-Hop semata ALYPH tampil mellow dalam persembahan R&B yang cukup catchy menerusi “Dari Jauh”. Meluaskan lagi tatakerjanya ALYPH kali ini bekerjasama dengan Kenny Gabriel (Isyana Sarasvati) dan Teddy Adhitya dalam sebuah melodi yang lebih menyenangkan.
Tiada lagi baris-baris bersulam dalam makna yang dalam, kali ini ALYPH membebaskan jiwanya dengan santai. Melodi lagu ini jika sekali dengar cukup dominan di pasaran muzik Indonesia. Ramuan yang kerap diguna grup seperti RAN antaranya di era 2000.
Namun manipulasi muzik ALYPH dengan caranya yang tersendiri memberikan kelebihan untuk lagu ini bergerak sendiri. Korusnya mengikat dengan bait-bait lirik yang sing-a-long. “Melihatmu dari jauh aku bahagia // Mencintaimu tak selalu selamanya bersama.”
ALYPH menerusi single ini saya kira mahu mengembalikan sisi R&B yang dia miliki ketika bersama grup duo SLEEQ dahulu. Melodi yang mudah, lirik yang senang diingat dan terhasil tidak terlalu kompleks. Mungkin ini hal yang difikirkan perlu baginya untuk mengisi kehendak pasaran muzik hari ini.
Namun daripada segi kualiti produksi muzik dan idea, “Dari Jauh” masih keras ciri-ciri khas yang ALYPH miliki sebagai pemuzik untuk kita tahu karya ini milikinya.
7.5/10
ARTIKEL BERKAITAN