Mengenang kembali jasa Adnan Abu Hassan dalam meninggikan standard Pop tempatan pastinya panjang dan berterusan. Dari era 80-an sehingga ke hujung nyawanya, Adnan Abu Hassan sudah menyiapkan ribuan lagu yang rata-ratanya bergelar hits.
Sebutlah nama penyanyi mana saja yang tidak pernah mengalunkan ciptaan Baladanya. Producer on demand merentas era dan masa ini pasti akan dikenang biar jauh generasi berganti. Sudirman, Sweet September dan Aman Shah antara yang terawal menyanyikan lagu-lagu ciptaannya.
Sebelum era muzik Pop Sheila Majid dan Fairuz Hussein mendominasi pasaran muzik juga lagu-lagu Anita Sarawak, kumpulan Freedom sehinggalah munculnya Fauziah Latiff, Ziana Zain dan Siti Nurhaliza yang mendominasi pasaran muzik Balada 90-an.
Minggu ini Muzik Kita membawa pembaca mendengarkan kembali karya cipta Allahyarham Adnan Abu Hassan yang ada di katalog muzik “Getaran Nostalgia”. Persembahan rare daripada penyanyi seperti Shasha, Krisya juga yang popular seperti Sheila majid dan Fauziah Latiff.
MEMORI / SHEILA MAJID
Lagu ciptaan bersama Fauzi Marzuki ini menjadi antara yang berjaya menaikkan nama Sheila di pasaran muzik Pop tempatan. Dipetik daripada album “Warna” – lagu ini dihasilkan dalam nuansa moderate pop yang lebih rancak dan catchy. Korusnya menjadi killer utama memercikkan elemen nostalgia yang cukup tinggi nilainya.
GUBAHAN RINDU PUISI SYAHDU / FAUZIAH LATIFF
Fauziah Latiff menjadi antara penyanyi yang cukup sinonim dengan lagu-lagu ciptaan Adnan Abu Hassan. Satu daripadanya yang cukup popular pastinya single dariapda album terbitan tahun 1992 berjudul “Gubahan Rindu Puisi Syahdu”. Dihasilkan cukup lembut membuai mengisi kehendak suara manis Fauziah Latiff menjadikan lagu ini antara Balada terindah yang pernah dihasilkan komposer ini.
GEMERSIK / KRISYA
Bakat Pop yang muncul di era di mana nama Siti Nurhaliza mendominasi pasaran muzik membuatkan Krisya agak tenggelam ketika itu. Biarpun bakat miliknya not bad at all, keberadaan Krisya hanya singgahan sementara di pasaran muzik tempatan namun lagu ini akan sentiasa diingati jika anda pengikut tegar muzik Pop 90-an tempatan.
SEHELAI DAUN SETITIS EMBUN / SHASHA
Seorang lagi bakat yang dicungkil Adnan Abu Hassan menerusi label Happy Records. Shasha sempat merakamkan sebuah album terbitan sepenuhnya produser hebat ini. Namun mungkin dek kerana idea penghasilannya terlalu dekat dengan apa yang sudah dihasilkan pada Fauziah Latiff membuatkan nama Shasha buram sehingga ada yang menganggap lagu “Sehelai Daun Setitis Embun” ini nyanyian Fauziah Latiff.
DALAM GERIMIS / VISA
Dalam penghasilan lagu-lagu Balada buat band atau penyanyi lelaki, Adnan memiliki formula yang tersendiri. Hal ini jelas dalam lagu yang cukup popular daripada kumpulan Visa ini. “Dalam Gerimis” dihasilkan dengan momentum mengisi kehendak lagu sebuah band. Melodinya cukup sedap dan mengikat dengan sekali pendengaran.
KASIHKU / RAHIM MAAROF
Antara melodi terbaik yang pernah dihasilkan Adnan Abu Hassan ada di lagu ini. “Kasihku” mungkin bukan lagu yang begitu popular namun penghasilannya cukup solid mengisi kehedak vokal hebat Rahim Maarof. Feel lagu ini nyata berbeza dengan kebanyakan lagu yang pernah dihasilkan Adnan dalam rangkaian Balada yang pernah dicipta. One of his finest composition.
RINDU PADANYA / CAMELIA
Adnan Abu Hassan mengeksplorasi kemampuan seseorang penyanyi itu dengan cara yang cukup tersendiri. Mendengarkanmelodi ciptaannya untuk Camelia menerusi lagu “Rindu Padanya” ini sebagai satu buktinya. Terhasil cukup tersendiri dan berbeza berbanding lagu-lagu Balada ciptaannya sebelum ini, “Rindu Padanya” seperti dihasilkan khusus mengikut attitude bermuzik Camelia. Sebuah lagu yang cukup segar ketika diedarkan dan biar sehingga hari ini masih sedap diperdengarkan.
ARTIKEL BERKAITAN