
Lagu: Kembalilah
Artis: Jaclyn Victor
Komposer / Lirik: Adrian Puan / Gerald Sellan
Produser: Marcus Lim / Gerald Sellan
Setelah tahun lalu menzahirkan single berjudul “Perempuan” langkah bermuzik Jaclyn Victor agak perlahan sebetulnya. Lagunya terhasil baik, sebati dalam karakter bemuzik Jac namun kurang mampu mengikat perhatian generasi pendengar yang baru. Namun masih membahagiakan penggemarnya sedia ada.
Meneruskan kelangsungan bermuzik setelah bergelar Juara Gegar Vaganza tahun lalu, Jac bergerak lebih bebas kali ini bersama pengurusannya dalam menzahirkan single terbaru “Kembalilah” (rakaman ulang sebetulnya, lebih awal dirakam Beat The System padat tahun 2019 dan telah diturunkan daripada semua platform penstriman, so tak payah cari).
Tapi tak kisahlah baru atau lama hayatnya, lagu “Kembalilah” versi baru ini diberi sentuhan muzik yang lebih kuat mengikut karakter Jac sebetulnya. Melodinya seperti biasa berlegar ilham Soulful Ballad (Versi asal datang dengan beat yang lebih moden) yang menjual kemampuan vokal Jac di keseluruhan lagu.
Sebetulnya tiada elemen kejutan di single ini, sebagai peminat Jac single ini agak underwhelmed bagi saya. Ia kurang segar dan tidak hadir dalam approach yang moden, kita boleh expect this kind of quality daripada Jac sebetulnya. Tidak ada apa yang salah cuma sebagai peminat saya ada expectation berbeza.
Saya lebih mengharapkan Jac dapat mengeluarkan groove yang dia miliki dalam lagu-lagu seperti “Cepat-Cepat” dan “Ikut Rentakku” atau Pop “Seindah Mimpi”, “Sebelah Jiwaku” yang lebih moden, segar dan tidak lagi perlu terlalu terikat ilham Soulful Ballad begini sahaja. Namun it is still good dapat melihat Jac kembali menghasilkan single yang baru.
Semoga di masa depan kita dapat melihat Jac bekerjasama dengan pemuzik pelapis seperti MFMF., Mas Dewangga, Firdaus Rahmat yang mampu menghasilkan sound yang lebih current, groove dan mengikat. But for now let’s support this song agar memberi suntikan semangat untuk Jac lebih aktif menghasilkan single baru selepas ini.
6.2/10
ARTIKEL BERKAITAN