SEORANG ORANG (KOPRATASA)
Puisi yang ditulis dalam persembahan Folk Pop sudah menjadi nadi bermuzik Kopratasa. “Seorang Orang” antara yang paling menarik perhatian penulisan liriknya yang berlatar kisah ketersendirian “Kau, aku, dia mereka // Adalah kita // Yang berhak memiliki pilihan sendiri” – sebuah bahan fikir yang penulisan tiga bersahabat ini.
KALIFAH (KEMBARA)
Kembara bersama M.Nasir menzahirkan sangat banyak lagu yang ditulis dalam cerita-cerita rakyat. Selain populariti “Keroncong Untuk Ana”, “Hati Emas” dan “Ekspres Rayat” banyak lagu-lagu mereka yang ditulis dalam cerita manusiawi yang baik. “Kalifah” salah satunya yang datang dengan pengisian yang menarik dalam penulisannya. “Dengan tiba-tiba // Ribut pasir dari barat // Datang bertujuan // Untuk melemahkan semangat”
DUNIA (AL-JAWAHER)
Melodi Nasyid Al-Jawaher cukup dominan di era 80-an. Bersama prodser muzik M.Nasir mereka telah menghasilkan lagu-lagu yang cukup besar sifatnya dalam mentafsir ilham kemanusiaan dan ketuhanan. Seringnya bersifat pesan-pesanan, Al-Jawaher tersendiri dalam legasinya. “Dunia” satu contoh yang saya sifatkan sebagai lagu terbaik mereka dalam menyatukan pesan manusiawi.
YAYADAN (SHARIFAH AINI)
Melodi ciptaan Pak Ngah dengan ilham lirik Hairul Anuar Harun seringnya meengkapi. Menjadikan naskhah berjudul “Yayadan” ini lebih istimewa pastinya kerana kemerduan dan kelunakan persembahan Biduanita Sharifah Aini yang cukup sempurna serba segala sifatnya. Malar segar.
ILLAHI (AHMADI HASSAN)
Penyanyi nasyid 70-an dan 80-an, Ahmadi Hassan antara yang cukup banyak merakamkan lagu-lagu bersifat ketuhanan. Biarpun hasilnya tidaklah komersil namun usaha EMI bersama Ahmadi Hassan ketika itu meluaskan lagi pasaran muzik Nasyid yang jarang diperdengarkan ketika itu. “Illahi” hadir dalam persembahan sederhana Ahmadi Hassan yang penuh keinsafan.
ARTIKEL BERKAITAN