
Lagu: Penagih
Artis: FLQ & Hullera
Komposer / Lirik: Faliq Mohd / Hullera
Produser: Faliq Mohd
Usai fasa Pestel Lite – Faliq mengubah haluan membawa jalan baru bermuziknya sendiri dengan kehaliran single “Menari Dalam Memeori” Disember lalu sebagai sebuah pengenalan dan perjalanan baru bermuziknya yang turt menampilkan kolaborasi bersama Acap Loko dan Dian.
Tanpa mahu mengambil masa terlalu lama dengan penampilan jenama baru sebagai FLQ, dia meneruskan langkah bermuzik dengan sebuah lagi single berjudul “Penagih” yang kali ini berkolaborasi bersama dengan sorang lagi bakat muda Hullera.
Lagu yang terhasil dalam sebuah pengalaman menikmati muzik Synth Pop dengan pengaruh 70’s Disco yang cukup menghiburkan. Melodinya terhasil cukup catchy dalam groove yang begitu smooth sekali perjalanannya.
Mendengarkan lagu ini membawa memori saya kembali era 70-an dan 80-an di mana nama-nama besar muzik tempatan seperti Carefree, Noorkumalasari, Anita Sarawak dan Aman Shah cukup dominan dalam membawa ilham muzik begini.
Attitude bermuzik FLQ di dua single yang diterbitkan nyata lebih mudah didekati dan menyenangkan. Saya kira ia tidak sukar dinikmati pelbagai lapisan pendengar kerana “Penagih” benar-benar mampu mengikat pendengaran biar hanya pada saat pertama kali mendengarnya.
7.6/10
ARTIKEL BERKAITAN