
Lagu: Fabula
Artis: Mahalini
Produser/ Lirik: Kenny Gabriel / SEEK / Tintin & Victor Kong / Adrian Rahmat Purwanto
Label: HITS Records
Mahalini menjadi satu daripada nama yang terhasil daripada pentas Indonesian Idol sebaris Lyodra, Tiara Andidi, Ziva Magnolya dan Keisya Levronka. Menitip populariti dengan jalannya tersendiri dalam penghasilan single yang cukup diterima meluas meletakkan nama Mahalini antara bakat cukup on demand hari ini.
Muziknya berteras Balada dengan lirik galau dekat dengan pendengar semasa lantas menzahirkan hits “Sisa Rasa”, “Kisah Sempurna” dan “Melawan Restu” sehingga rangkaian duet bersama Rizky Febian semuanya cukup menjadi.
Mengikut jejak langkah Lyodra, Tiara dan Ziva – Mahalini turut mahu menghasilkan album sebagai melengkapkan portfolio bermuziknya. Seperti apa yang dijangkakan, lagu-lagu galau mengisi hampir keseluruhan album ini tetapi yang menariknya adalah kemasan muziknya memberi rencah rasa yang baru dan segar tanpa galaunya terlalu merintih.
Dan kemasan muzik yang menarik ini tentu saja digerakkan nama-nama segar produser muzik Indonesia yang semakin disenangi dan on demand. S/EEK (Raisa, Afgan), Kenny Gabriel (Isyana Sarasvati), Adrian Rahmat Purwanto (Lyodra, Tiara Andini) meninggikan standard Pop Mahalini untuk sound dalam lagu-lagu ini kedengaran lebih grand pastinya.
Dibuka dengan “Ini Laguku” dan “Buru-Buru” kedua-kedua lagu ini diramu dalam persembahan easy listening yang terhidang dengan sebuah kelapangan tanpa lagi membiarkan pendengar galau di awal pembukaan album. Korus “Ini laguku” sedap didengar bergerak sebagai sebuah journey yang baik di album ini.
Pendengaran saya lebih tertari pada trak ketiga “Bawa Dia Kembali” (Andrew Darmoko) yang sebetulnya kuat esen Indo Pop yang biasa kita dengar tetapi susunan muziknya diberi dinamik yang memberikan nilai tambah oleh produser S/EEK. Momentum lagu benar-benar dirasai dengan cukup baik di korus kedua yang menyerlahkan emosi Mahalini dalam persembahan vokalnya yang sederhana namun masih mengikat rasa.
“Putar Waktu” menjadi permulaan kepada kegalauan album ini, melodinya agak predictable dan klise namun cukup menyatu baik dengan vokal Mahalini yang pasti sangat akan disenangi. Lagu ini tidak begitu mengikat pendengaran saya.
“Bohongi Hati” (Mahalini) ternayata menjadi racun utama di album ini untuk kita benar-benar larut dengan persembahan cemerlang Mahalini. Vokalnya sangat baik di lagu ini, melodi lagu ini benar-benar membenarkan Mahalini menyerlahkan kemampuannya untuk bercerita dengan sepenuh rasa yang tepat.
I would say this is one of the best Ballad yang pernah terhasil. Saat dibuka sahaja sudah memberikan kesayuan terdalam untuk kita sebagai pendengar menikmatinya. Susunan muzik Victor Kong & Tintin di lagu ini cukup kemas sekali.
Album ini terisi lagi dua lagu baru iaitu “Sial” (Andmesh / Mahalini / Kamga) yang sekali lagi meneruskan kelangsungan kehebatan dalam penghasilan sebuah melodi. Killer lagu in pada korusnya yang beggitu memikat dan mengikat. Such a powerful Ballad yang saya kira pasti akan meneruskan kelangsungan bermuzik Mahalini untuk kekal dalam radar popular.
“Pecahkan Hatiku” sebuah lagi Balada yang mengisi album ini sebegai pelengkap kepada tiga single terawal yang menaikkan nama Mahalini tidak hanya di pasaran muzik Indonesia malah pengaruhnya sampai ke tanah air Malaysia.
Penghasilan album ini pastinya memberi ruang untuk Mahalini bersinar sepanjang tahun. Mahalini saya kira bertuah kerana berjaya mendapatkan lagu-lagu yang cukup kuat di album ini. It’s a good Pop album yang citarasanya pasti saja mengikut paten penggemar semasa namun masih diberi ketelitian pada kemasan melodi juga produksi muzik yang cukup baik dibaluti sempurna kemerduan Mahalini.
8.2/10
ARTIKEL BERKAITAN