
Lagu: Jauh Hati
Artis: Shila Amzah
Komposer / Lirik: Shila Amzah
Produser:
Sepertinya tidak mahu melangkah perlahan, Shila Amzah berjalan terus dalam memproduksi naskhah baru yang pasti akan terus diraikan penggemarnya. Setelah tahun ini menzahirkan single duet bersama Liza Hanim menerusi “Bahagiakan Dia” dan “Khilaf Asmara” serta usai menjalani tanggungjawab di GV, Shila hadir dengan single terbaru.
Menerusi komposisi sepenuhnya yang ditulis juga sendiri liriknya, Shila melahirkan sebuah lagi Balada berjudul “Jauh Hati”. Menjual emosinya yang dibaluti kisah lara hati seorang wanita, lagu ini sepertinya kuat nafas Canto Pop yang dibaluti lirik berbahasa.
Shila meramu lagu ini sebagai sebuah kelangsungan untuk dia terus bernadi dalam menarik minat pendengar tempatan yang sentiasa mahukan lagu-lagu begini saya kira. Sekalipun ia tidaklah terhasil dengan idea baru dan segar namun masih boleh didengar. Lagu ini mengingatkan saya pada komposisi “Masih Aku Cinta” yang ada identiti melodi ciptaan Shila. Sedap didengar.
Saya lebih senang dengan sisi Pop Shila sebetulnya. Menyemak katalog muziknya, terakhir dia merilis “Patah Seribu Hatiku” menjadi antara favorite saya secara perbadi. Lagu begitu lebih menyerlahkan attitude bermuzik Shila dan dia kedengaran lebih current.
Tapi begitulah caranya kalau mahu survive di pasaran muzik tempatan. Balada masih apa yang pendengar hari ini raikan maka saya kira Shila harus juga menurut untuk kelangsungan kerjayanya. But that doesn’t make she take it for granted. “Jauh Hati” masih okay tanpa perlu terlalu menjerit-jerit dalam rintihnya.
Namun at the same time saya masih berharap Shila can find her balance – to please the market and at the same time do something else more.
6/10
ARTIKEL BERKAITAN