
Shiraz Projects Sdn Bhd dengan bangganya membawakansebuah festival yang bakal menyatukan tiga negara – Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu festival muzik pada 4 dan 5 Februari 2023 yang akan berlokasi di Bandar Malaysia, Sungai Besi.
Fasa pertama pengumuman pemuzik yang akan membuat persembahan diumumkan semalam dengan penampilan nama-nama besar dari Malaysia seperti Budak Nakal Hujung Simpang, Iqbal M, Bunkface, Forceparkbois, Jemson, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik dan White Percussion Unit.
Manakala pemuzik hebat Indonesia pula menampilkan Burgerkill, Dipha Barus, Diskoria, .Feast, Fourtwnty, Hindia, Kelompok Penerbang Roket, Kunto Aji, Pusakata dan Ras Muhamad serta The Pinholes dari Singapura.
Pengumuman seterusnya akan dilakukan dari masa ke masa dan semestinya ini akan menambahkan lagi debaran sehingga ke hari festival. Tiket pre-sale telah habis dijual dalam masa 5 hari dan tiket EARLY BIRD berharga RM300 dijual dari 6 Disember hingga 9 Disember di www.myticket.asia.
NUSA FEST’’ ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd buat julung kalinya untuk memeriahkan lagi industri muzik nusantara.
NUSA FEST 2023
Tarikh: 4 & 5 Februari 2023
Masa: Mulai jam 12pm hingga 12am
Venue: Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur
Harga tiket: EARLY BIRD – RM 300 (6 December, 4pm to 9 December, 4pm)
BUNDLE OF 4 – RM 1200 (6 December, 4pm to Event Day)
NORMAL TICKET – RM 350 (6 December, 4pm to Event Day)
Tiket: www.myticket.asia
Tiket Hotline: 03 8605 0196
Info Hotline: 012 2560082
ARTIKEL BERKAITAN
Afgan, Phum Viphurit & Noryn Aziz Serikan Kuching Jazz Festival 2022