
Lagu: Salahku
Artis: YonnyBoii
Komposer & Lirik: YonnyBoii
Produser: YonnyBoii / Adam E / Freddie Laut
YonnBoii bakat baru yang semakin mencuri perhatian dengan pesona modern poetic pop nya menersui beberapa single sebelum ini seperti “Cemburu”, “Tujuan” dan “Biar”.
Namanya semakin mendapat perhatian pabila single kolaborasi “Sakit” bersama Zynakal dan “X Missing U” kolaborasi hebat Dayang, FT & Tuju.
Namun nama Yonny begitu menarik perhatian saya awal tahun sebetulnya ketika dia menghasilkan single “Dap Dap Dap” buat Sarah yang hadir dalam ilham R&B yang begitu baik sekali penghasilannya.
“SALAHKU” pertaruhan terbaru Yonny hadir beremosi dalam bait puitis teks liriknya yang begitu deep sekali penghasilannya tanpa terasa canggung pemilihan kata-katanya.
”Ku bukan malaikat juga bukan syaitan. Ku cuma manusia takkan boleh nak kaitkan.”
“Bencilah aku jika engkau perlu…”
Bait-bait ini saya kira cukup tepat sekali menggambarkan apa yang anak muda kita mahukan, rasakan dan persoalkan hari ini dalam mainan emosi remaja mereka.
Kekuatan lagu ini tentu saja pada penghasilan melodi yang hadir dengan hook yang menjerat pendengaran biar hanya pada kali pertama mendengar.
Yonny saya kira sudah bergerak sebagai suara generasi hari ini. Wakil pada emosi, jiwa dan kecelaruan anak muda dalam ilham Pop yang cukup kekinian dan terhasil dalam kualiti produksi muzik yang cukup baik.
Penghasilan “Salahku” mampu membuka jalan lebih lebar dan luas untuk Yonny bermuzik dengan lebih matang pada masa hadapan sebagai wakilan generasi baru muzik tempatan yang mampu dibanggakan dengan janji beriring attitude dan disiplin kerja yang betul.
9/10