
Tidak sedikit anak-anak baru di bidang muzik Indonesia yang mahu bereksperimen dengan muzik yang dievolusikan daripada muzik terdahulu. Semuanya berlumba-lumba dalam memberi satu warna penuh beragam bagi memajukan muzik itu sendiri.
Vintonic satu daripadanya yang tampil dengan ilham segar yang terinspirasi daripada muzik terdahulu. Kugiran Electro-Pop yang baru saja ditubuhkan tahun ini merilis single perdana mereka berjudul “Cinta Yang Baru”.
Terdiri daripada 3 anak muda – Heston Prasetyo, Nicho Benito dan Ravin Kalindra terbentuk setelah usai pembelajaran di bidang muzik musik di Boston, Amerika. Berawal dengan demo, sehinggalah saat mereka bertiga memutuskan membentuk Vintonic.
Vintonic menghasilkan “Cinta Yang Baru” dengan visi memberi sentuhan baru muzik 80-an yang memiliki ilham synth pop dan retro sebagai penganalan muzik mereka. Maka terhasil sebuah nuansa Pop yang cukup menyenangkan.
6/10