Highlight, Review, Terkini,

Poetic Pop Fiersa Besari & Feby Putri Diteruskan Menerusi Single “Runtuh”

Lagu: Runtuh
Artis: Feby Putri & Fiersa Besari
Komposer / Lirik: Feby Putri / Fiersa Besari Nilam Cahyani
Produser: Sute Nuvesari

Dua nama besar Pop Folk seberang, Feby Putri dan Fiersa Besari sudah mencipta momen mereka tersendiri dalam memberi impak dalam bermuzik sejak awal mereka menceburkan diri dalam pasaran mainstream muzik Indonesia. Bergerak dengan feel baru Indo Folk yang disulam dengan pengisian lirik yang puitis, karya-karya mereka sangat cepat mengisi jiwa pendengar.

Tidak pernah terbayangkan dua nama ini akan berkolaborasi, ia ternyata menjadi hal yang paling banyak diperkatakan sekarang sejak single “Runtuh” karya tulisan kedua-dua anak muda ini menjengah pasaran 1 Oktober yang lalu di semua gedung muzik digital.

Lagu ini terhasil dalam melodi yang cukup sinonim dengan dua bakat ini. Lembut membuai dengan persembahan vokal yang cukup sederhana tetapi cukup santai dalam menyampaikan isi cerita yang cukup galau di liriknya.

Kekuatan lagu ini tentu saja pada penulisan liriknya. Awal dibuka dengan bait “Ku terbangun lagi, di antara sepi hanya pikiran yang ramai” sudah cukup menggambarkan betapa besarnya jiwanya kedua-dua bakat ini. Penulisannya sangat puitis dan moving. Hal-hal ini diresapi baik dengan melodinya yang cukup lembut menyentuh.

Kesayuan di lagu ini amat dirasai dalam penulisan ini “Tak perlu khawatir ku hanya terluka, Terbiasa tuk pura pura tertawa, Namun bolehkan skali saja ku menangis, Sebelum kembali membohongi diri.”

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kelembutan Raissa Anggiani Menerusi Single “Aku Kamu Yang Lain”

Highlight, Review, Terkini,

Potensi Besar Firdaus Rahmat Dalam Bermuzik Diteruskan Dengan Single”Waras”

Lagu: Waras
Artis: Firdaus Rahmat
Komposer / Lirik: Dari / Firdaus / Iqie Hugh

Potensi besar Firdaus Rahmat awal terlihat ketika dia mengedarkan “Aku Rayu” komposisi Omar K yang memberi bayangan masa depannya bermuzik cerah jika konsisten dan kena dengan percaturan. Namun single tersebut tidaklah terlalu memberi justice buat kembara bermuziknya.

Namun tuah itu hal yang di luar kotak kawalan kita sebagai pendengar. Usahanya dalam muzik banyak bergerak di belakang tabir dengan penghasilan lagu-lagu buat penyanyi lain khususnya. Sehinggalah awal tahun ini dia mengedarkan “Sentiasa” yang diambil sebagai runut bunyi siri TV dan berjaya menjadi siulan pendengar.

Bergerak atas landasan Pop dengan sentuhan muzik yang current Firdaus Rahmat bakat baru yang memiliki citarasa bermuzik yang sangat baik dan tidak hanya bergantung pada citarasa, dia juga bijak dalam merencana muziknya terhasil dengan feel yang sangat baik juga.

Hal ini sudah dibuktikan menerusi dua single sebelum ini dan diteruskan dengan single terbarunya “Waras” yang saya sifatkan cukup ‘firdaus’ sekali penghasilannya terutama sekali di intronya. Lagu ini bergerak dalam feel Pop yang menyenangkan – easy listening, tidak complicated.

Cuma hook nya agak lambat untuk mengikat kita dengan sekali pendengaran. Berbanding “Sentiasa” yang lebih sweet and simple, “Waras” bergerak agak mendatar tetapi masih sedap sebetulnya. Saya suka karakter vokal Firdaus yang cukup tersendiri dalam memberi tafsiran lirik yang dia lagukan.

Firdaus antara bakat muzik  hari ini yang akan saya sentiasa nantikan kemunculan lagu-lagu barunya. Semoga dia terus konsisten dalam penghasilan muzik kerana potensinya sangat besar untuk bergerak dalam pasaran mainstream dan memberi infusi baru Pop tempatan.

6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Langkah Bermuzik Dolla Diteruskan Menerusi Single “Berani”

Terkini,

Bakal Berkolaborasi Bersama Luca Sickta, Noraniza Akan Tampil Dengan Single Terbaru Disember Nanti

Kembali aktif di lapangan muzik komersial setelah fasa Gegar Vaganza, Ratu Irama Malaysia – Noraniza Idris awal tahun ini berkolaborasi bersama rapper muda Bunga dalam hits “Intan Payung” yang mengembalikan namanya di carta muzik papan atas temppatan.

“Saya mensasarkan 5 penerbitan baharu bagi tahun 2022 untuk lagu-lagu Irama Malaysia.” Dan menurutnya lagi Disember ini dia akan muncul single terbaharu yang menggandingkan nya dengan seorang artis lelaki baharu yang masih dalam proses pemilihan oleh pihak pengurusan Mind Order.

“Bagi memulakan langkah pertama, kini saya sedang memfokuskan sebuah penerbitan single terbaharu bersama Luncai Emas (M) Sdn Bhd. Proses perbincangan awal dengan Luca Sickta telah diadakan. Memandangkan kami bernaung di bawah syarikat publishing yang sama dan merupakan komposer yang sama menerbitkan lagu Intan Payung, tidaklah menjadi sukar untuk bekerjasama.” Menurutnya lagi.

Sempena menjelang 2022 akan datang, saya akan mula menerbitkan semula lagu-lagu Irama Malaysia. Intan Payung adalah single penampilan khas saya bersama Bunga. Biarpun negara kita melalui PKP, saya sangat bersyukur, lagu ini telah membuka laluan kepada muzik Irama Malaysia berada sebelah kaki dalam industri muzik sekarang dengan tontonan 6 juta semenjak dilancarkan. Apa yang menjadi harapan saya, pelancongan negara terus terbuka luas bermula tahun 2022 ini.

Hasrat gabungkan artis Irama Malaysia di bawah satu bumbung pertubuhan

Seiring dengan usahanya mengangkat semula lagu-lagu Irama Malaysia secara lebih agresif, Noraniza Idris kini sedang menghimpunkan artis-artis Irama Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya sebuah  penerbitan single berkonsep Irama Malaysia untuk bergerak di bawah sebuah pertubuhan. “Hasrat saya untuk menjadikan pertubuhan ini sebagai pengorak langkah kepada pembangunan hak cipta penerbitan lagu-lagu Irama Malaysia.”

“Saya berharap platform yang saya sediakan seperti aktiviti-aktiviti kesenian di sepanjang 2022 akan dapat dikongsikan dengan artis-artis Irama Malaysia yang ada.” Tambahnya lagi, Penerbitan Konsert Irama Malaysia akan diteruskan pada 2022 dengan kerjasama MindOrder Management. “Semoga ia akan menjadi kenyataan setelah dua tahun tertangguh akibat PKP.” Menurutnya ketika majlis Majlis menandatangani perjanjian MOU NIPVSB bersmaa C2JOY (M) Sdn. Bhd.


ARTIKEL BERKAITAN

Noraniza Idris: Dasawarsa Seni Penyanyi Saduran ke Biduanita Irama Melayu Asli Paling Dihormati

Highlight, Review, Terkini,

Kelembutan Raissa Anggiani Menerusi Single “Aku Kamu Yang Lain”

Lagu: Aku Kamu Yang Lain
Artis: Raissa Anggiani
Komposer / Lirik: Raissa Anggiani

Indonesia tidak pernah sunyi dengan bakat bermuzik. Saban hari akan ada sahaja yang datang berkarya dengan naskhah yang baik-baik belaka penghasilannya. Raissa Anggiani satu daripadanya yang menarik perhatian pendengaran saya dengan kelembutan dalam penyampaian vokalnya.

Beberapa rilis sudah siap menyerlahkan namanya seperti “Losing Us”, “If You Could See Me Crying” antara yang sudah meniti bibir penggemar muzik nusantara. Dengan feel Pop yang datang dengan pendekatan moden, Raissa Anggiani menyentuh banyak jiwa dengan kemanisan dalam persembahan vokalnya.

Tahun ini dia siap merilis single bahasa Indonesia berjudul “Aku Kamu Yang Lain” ciptaan sepenuhnya Raissa, sekali lagi menyusup rasa jiwa saya sebagai pendengar. Kali ini Raissa beriring liriknya yang relatable dengan anak muda hari ini menyingkap cerita melepaskan rasa.

Bait seperti “Mungkin tak apa tuk berpisah, Selagi kau baik-baik saja.” cukup telus menyampaikan isi rasa yang ada dalam jiwanya sebagai penulis. Hal serupa saya rasakan dalam bait “Aku bisa saja kembali padamu, Tapi jalan sudah lain. Bukan begitu ceritanya.”

Hal-hal penulisan begini menjadi faktor penarik sebetulnya untuk kita larut dalam melodi yang mungkin sudah biasa kita dengar. Jadi kelekaan kita sebagai pendengar dalam terus larut dalam perasaan sesbuah naskhah itu tergantung pula pada roh yang ada dalam liriknya.

Raissa Anggiani antara penyanyi baru yang hadir dengan jaluran muzik yang cukup kuat jiwa Indonesianya tetapi dengan approach yang kekinian dan sangat menyenangkan hasilnya.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Terdiam Dalam Tenang Melayari Urusan Hati Gangga Menerusi Album “It’s Never Easy”

Highlight, Review, Terkini,

Infusi Pop 90-an Marcell Menerusi Single Terbarunya “Akhir Cinta”

Lagu: Akhir Cinta
Artis: Marcell
Komposer / Lirik: Lianto Lee

Soloist Pop R&B Marcell antara penyanyi senior yang masih aktif dalam penghasilan lagu-lagu baru. Biarpun harus siap bersaing dengan generasi penyanyi yang baru itu bukan hal yang menjadi kekangan buatnya untuk terus berkaya dalam muzik. Tahun ini sahaja dia siap mengedarkan single “Miracle” bersama Alena Wu sebelum menghadirkan single Jazz “Give Me Back My Broken Heart”.

Perjalan muzik Marcell bergerak radikal sejak penghasilan “This Is Not Jazz” yang beredar di tahun 2019. Tanpa perlu bergantung dengan kehendak pasaran muzik semasa Marcell bermuzik dengan bebas sekali. Lihat sahaja bagaimana dia membentuk “Perih” yang beredar tahun serupa album Jazznya itu dihasilkan. “Perih” saya letakkan antara single terbaiknya setelah fasa baru bermuziknya itu berjalan.

Menerusi single itu saya kira Marcell sudah mahu menjalani spektrum muzik yang baru. Lari terus daripada tipikal Balada “Semusim” mahupun “Takkan Terganti”. Terkini bersama komposer Lianto Lee, Marcell hadir dengan Balada yang datang dengan suntikan muzik 80-an dan 90-an menerusi lagu “Akhir Cinta”.

Lagu ini hadir dalam persembahan serupa yang pernah dia bawakan dalam single “Perih” – terhasil cukup sederhana tetapi masih hadir dengan daya pemikat yang tersendiri. Dan dalam hal ini karakter vokal Marcell itu sendiri yang menjadi faktor utama untuk kita suka dengan lagu ini.

“Akhir Cinta” tidaklah terhasil dengan sesuatu yang baru atau berbeza untuk ia bergerak dengan sendirinya. Melodinya agak lambat untuk saya hadam, korusnya okey namun tidaklah terlalu kuat untuk menarik pendengaran dengan sekali dengar. Namun masih berbaloi untuk dinikmati.

6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Persembahan Jiwa & Cinta Sivia Diteruskan Menerusi EP “Camellia”

Highlight, Review, Terkini,

Joyberry – Formula Indie Dalam Persembahan Paling Komersial Untuk Menjengah Pasaran Mainstream

Lapangan muzik indie tempatan tidak pernah haus dengan bakat baru yang datang dengan ideologi bermuzik mereka. Menidakkan kehadiran bakat-bakat ini dalam pasaran mainstream adalah tidak adil kerana usaha yang mereka lakukan dalam meninggikan standard muzik tempatan itu lebih dasyat berbanding apa yang dilakukan label besar dalam pemasaran muzik yang sekadar mengulang formula Pop serupa.

Beberapa nama baru yang menarik minat saya tahun ini adalah Countrywolves dan trio Synth Pop Joyberry yang tahun ini sahaja sudah menghadirkan 3 single – “Disko Kilat”, “Prospektor” dan yang baru beredar “Selamanya”. Ketiga-tiganya dihasilkan dalam satu persembahan muzik alternatif Synth-Pop dengan pengaruh Daft Punk , The Strokes dan ada juga sound yang persisnya The Chmeichal Brothers.

“Disko Kilat” mencuri pendengaran saya dengan groove mereka yang cukup promising. Intro lagu ini sahaja sudah buat saya layan, menggoyang kepala dan seiring ia berjalan, lagu ini menjadi semakin baik dan baik. Derum deram adrenalin roh lagu ini hadir dengan attitude dan stail yang cukup tinggi standarnya. Elemen Synth-Pop di lagu ini tidak dihasilkan sekadar tegal menjual ilham muzik yang semakin booming di pasaran global tetapi terhasil dengan produksi muzik yang kemas dan berkelas.

Kualiti rakaman di lagu ini buat hati saya berbisik mereka bukan pemuzik yang sekadar mahu bermuzik kerana suka mencuba tetapi faham akan keperluan menghasilkan naskhah yang solid dan memberi impak buat pendengar.  Setiap perincian bunyi dalam lagu ini dapat didengar dengan sangat puas sekali.

“PROSPEKTOR” Buat saya lebih layan dengan groove dan attitude bermuzik mereka yang luar biasa. Citarasa muzik tiga anak muda ini saya kira tinggi dan saya pasti juga mereka banyak mendengar untuk menghasilkan sound dengan taste yang sebegini hebat. Lagu ini punya pengaruh “Get Lucky” dan kalau anda jenis enjoy Daft Punk dan Chemichal Brother lagu ini sangat senang merasuk.

Sebuah lagi lagu yang beredar tahun ini adalah “Selamanya” yang lebih santai, laid back sebelum berjalan keras di tengahnya. Feel lagu ini sangat baik disatukan dengan penulisan liriknya yang simple tetapi berisi. Bait Dengan cinta semua mudah” kedengaran mudah tetapi terisi dengan kebenaran. Dan menjadi lebih baik dalam bait Ku percaya, kita mampu genggam satu dunia dengan cinta.” 

Setakat tiga buah lagu yang sudah diedarkan tahun ini saya kira Joyberry ada potensi sangat besar untuk berkembang sebagai sebuah band yang mampu meninggikan standard muzik tempatan. Cuma saya tidak pasti jika pelaburan idea, kreativiti dan masa mereka ini beriring dengan pengurusan yang cekap dan besar pengaruhnya untuk membawa mereka keluar dari kepompong indie bagi menawan pasaran muzik yang lebih besar.

Joyberry ada attitude, style dan ability bermuzik dengan sangat menarik untuk kita explore lebih lagi apa yang mereka mampu lakukan. Cuma pemasarannya harus sangat dibantu untuk mereka didengari dan dinikmati dalam skala yang lebih luas. Hal ini bukan masalah kalau mereka benar-benar disokong penuh media arus perdana, radio dan platform digital streaming dengan lebih meluas.


ARTIKEL BERKAITAN

Mengulik Jiwa Resah Saiful Rizal Menerusi Single “Aku Takkan Mampu”

Highlight, Review, Terkini,

Langkah Bermuzik Dolla Diteruskan Menerusi Single “Berani”

Lagu: Berani
Artis:Dolla
Komposer / Lirik: Firdaus Rahmat / John Jeeves

Warna muzik tempatan beragam dengan adanya anak-anak muda seperti Dolla ini yang hadir dengan sesuatu yang cukup moden, current dan relevan seiring pasaran muzik global. Setelah cukup berjaya dengan lagu “Make You Wanna” dan “Watch Me Glow” – nama Dolla mengisi senarai lagu popular sekali gus bergerak sebagai bakat baru yang cukup diterima terbuka pendengar muzik tempatan.

Formula girl Pop group mereka yang datang dalam gelombang K-Pop – Blackpink dan BTS membenarkan mereka to fit in the mass market yang sedikit sebanyak membayangkan bahawa kita ada lah juga bakat muda yang mahu menghasilkan lagu-lagu Pop semasa tanpa terikat ilham Balada sahaja.

Terkini bersama komposer dan penyanyi meningkat naik, Firdaus Rahmat – Dolla menghasilkan single terbaru berjudul “Berani” yang dihasilkan dalam tempo moderate Pop yang tidak sukar kiranya untuk kita enjoy dengan penghasilan melodinya yang ringan, catchy beriring penulisan lirik yang mengangkat isu women empowerment / girl power dengan kemas dan tidak cheesy.

Firdaus bersama John Jeeves bagi saya cukup bijak dalam menghasilkan melodi yang mudah untuk memikat pendengar. Lagu ini hadir dengan hook tersendiri terutama di bahagian korus berulang yang for sure dua tiga kali dengar sudah mampu melekat di pendengaran.

Dolla antara bakat baru yang bagus saya kira, ketepikan dulu kemampuan menyanyi live yang mungkin ada kurangnya tetapi hal-hal itu pasti boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Apa yang lebih penting di sini adalah kehadiran mereka memberi warna yang segar untuk pasaran muzik tempatan yang tidak sudahnya dengan Balada meleweh.

Saya memasang impian untuk melihat Dolla berkolaborasi bersama Dayang Nurfaizah. Semoga ia boleh dijadikan kenyataan.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Terlarut Dalam Persembahan Sensual Aisyah Aziz Menerusi “Pearls”

Highlight, Review, Terkini,

Persembahan Jiwa & Cinta Sivia Diteruskan Menerusi EP “Camellia”

Album: Camellia
Artis: Sivia Azizah
Produser: Iwan Popo 

Sivia muncul sebagai Soulful singer yang mengendong jiwa Indonesianya dengan cemerlang sekali dengan rangkaian hits “Love Spells”, “Storm” dan beberapa lagi yang siap dimuatkan dalam album solo perdananya “Love Spells” yang beredar tahun lalu. Kelembutan suaranya dengan feel hebat disatukan dengan penghasilan muzik R&B Soul dan berlatarbelakangkan koir lengkap mengisi jiwa kita sebagai pendengar.

“Camellia” dibuka dengan acapella “Intro, Camellia” yang menjual jiwa Sivia dengan mudah sekali untuk terus meresap ke pendengaran pendengar. Lembut membuai halwa sebelum disambut lontaran koir yang melengkapkan feel melodi di lagu ini dengan begitu menyenangkan sekali. Semakin menuju ke penghujung, semakin kemas terhasil sebagai sebuah naskhah pembuka yang cukup baik sekali.

Diteruskan dengan “Are You My Valentine” yang beredar awal tahun ini, Sivia santai dalam penyampaian vokalnya yang bersahaja tanpa perlu bergantunng dalam hal-hal yang terlalu teknikal untuk kedengaran sempurna sedapnya.

“Butterfly” dan “Lifeline” menjadi dua lagu baru yang beredar di EP yang saya kira menjadi temannya dalam durasi pandemik ini. Agar tidak membiarkan penggemarnya terus menanti terlalu lama untuk naskhah barunya.

“Camellia” terhasil sebuah naskhah sederhana tetapi cukup untuk kita menghargainya sebagai sebuah persembahan muzik yang menyenangkan. A beautiful voice.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Siap Menawan Pasaran Komersial, Elvin Saragih Melepas Single “Kau Ulangi Lagi”

Highlight, Review, Terkini,

Damai & Cinta Glenn Fredly Menerusi Rakaman Langsung “Surga Itu Ada”

Lagu: Surga Itu Ada
Artis: Glenn Fredly
Komposer / Lirik: Glenn Fredly

“Lagu ini, lagu cinta di angle yang berbeda” – Glenn Fredly membuka persembahan “Surga Itu Ada” dengan mukadimah di balik penghasilan lagu ini. Sebuah rakaman langsung yang cukup terhasil kemas penghasilannya. Berbalas dengan petikan piano sebelum memasuki bait awal lagunya, Glenn meneruskan kata-katanya “Lagu ini lahir tepat pada peristiwa yang membuat hati saya hancur lebur”.

Glenn membahas soal cinta dan kemanusiaan dengan cukup puitis sekali. Perasaannya melekat antara melodi dan penulisan lirik Glenn yang begitu humanis sekali. “Jika Surga itu ada, Mengapa benci yang kau tanam?” dan disambung “Jika Neraka itu ada mengapa kasih sayang, Harus kau ganti dendam?”.

Menerusi lagu ini Glenn benar-benar mahu meluahkan apa yang benar-benar terbuku di hatinya tentang sifat dan pemikiran bersulam rasa untuk memberitahu dunia apa yang kita lalui hari ini ada salahnya dan ada hal yang tanpa kita sedar terlepas daripada tanggungjawab kita untuk benar-benar menjaganya dengan cinta.

Perbahasan Glenn bergerak sebagai sebuah bahan fikir dalam lagu yang cukup menarik untuk dihayati dan diamati. “Untuk kedamaian ku bernyanyi meski jalan terjal kutemui, dalam harap ku berdiri, semoga cinta teduhkan kita.”

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kembali Ke 10 Tahun Pertama Di Era 2000, Berikut 10 Album Indonesia Paling Berpengaruh

Highlight, Review, Terkini,

Terlarut Dalam Persembahan Sensual Aisyah Aziz Menerusi “Pearls”

Silky sensual voice milik Aisyah Aziz cukup tersendiri dalam memikat pendengaran. Biar ada yang tidak menggemarinya saya kira one artiste cant always please mass market terutama sekali yang keluar dari kepompong Pop tipikal Melayu khususnya. Aisyah dengan karakter vokalnya yang tersendiri meramu kembali 12 hits malar segar merentas era dalam sebuah album berjudul “Perals” yang siap beredar di gedung muzik digital.

Saya tidak mendengar album ini mengikut urutan lagu yang terisi. “Pearls” persembahan asal Sade menjadi lagu pertama yang saya dengar kerana ia memang impian saya untuk melihat Aisyah merakam ulang lagu-lagu Sade. Nyata ia tidak menghampakan saya. Persembahannya terkawal, membuai dan pada masa yang sama masih mengekalkan sensualiti dalam persembahan vokal Aisyah. All those sax dalam lagu ini, aghhh. Sempurna.

“High & Dry” (Radiohead) menjadi lagu seterusnya yang saya dengar. Dibuka dengan cukup lembut, tertib sebutan Asiyah cukup jelas – Lagu ini disusun dengan cukup sederhana sekali namun masih terasa momentumnya untuk kita enjoy tanpa rasa bosan. “Purple Rain” (Prince) meneruskan keterujaan saya mendengar album ini. This one definitely a repeat mode – Saat Aisyah melontar bait “I never wanted to be your weekend lover” saja sudah buat saya nak bangun tepuk tangan. Simply beautiful. 

Melarut dalam persembahan Aisyah membawa saya ke lagu seterusnya “Wonderful” (Lianne La Havas) yang datang dengan feel Jazz/Bossa yang super cool sebelum meneruskan pelayaran di album ini bersama lagu lainnya seperti “Like a Star” (Corrine Bailey Rae), “Bellyache” (Billie Eillish) dan “Smile” (Nat King Cole).

Aisyah Aziz di album ini saya kira menyerlahkan segala kemahuan dan kemampuan bermuziknya di tahap yang baik. Persembahan vokal Aisyah selalunya agak sedikit berlebihan tetapi dikawal cukup kemas di album ini. Lebih sederhana, memikat dengan feel yang cukup baik sekali. I really enjoy this album.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Setelah 25 Tahun, Casey Kembali Membuai Rasa Lewat Single “Kau Harus Pergi”