Terkini,

Festival Kerohanian “Garden of Eid Festival” Menampilkan Raihan, Faizal Tahir & Jamal Abdillah

Buat julung kalinya, sebuah festival yang bersifat Islamik dengan pendekatan santai, Kuala Lumpur Garden of Eid festival 2022 bakal dianjurkan pada 27 – 29 Mei 2022 nanti.

Diberi nama Garden of Eid Festival, ia diilhamkan daripada terma Garden yang membawa maksud taman yang digambarkan dalam Al Quran sebagai Jannah atau syurga.

Garden of Eid Festival juga menjadi acara yang meraikan dua perayaan terbesar umat Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha. Festival ini menepati konsep festival yang melestarikan kerohanian dan agama namun disampaikan dalam perayaan yang lebih santai dan mesra.

Justeru, ia menampilkan pendekatan termasuk hiburan yang sesuai syariah sekaligus mengusung pendidikan bermanfaat buat semua lapisan masyarakat. Menggabungkan barisan selebriti popular diketuai oleh kumpulan yang banyak mengharumkan nama negara lewat alunan muzik kerohanian, Raihan.

Garden of Eid Festival juga disemarakkan oleh Datuk Jamal Abdillah, Faizal Tahir dan Naim Daniel serta Altimet (selaku hos) yang akan muncul dalam persembahan kerohanian pada 28 Mei 2022, 8.30 malam di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur.

Tidak semata mata mengangkat hiburan, festival ini turut menonjolkan gaya hidup masyarakat masa kini tanpa membelakangkan agama dan kekal dengan nilai nilai murni lewat pelbagai aktiviti untuk generasi muda seperti pertandingan papan seluncur (skateboarding).

Malah, pendekatan pendidikan kanak kanak juga disuntik secara santai dengan kemunculan karakter animasi Islamik yang sudah mendunia iaitu Omar & Hana, Didi & Friends serta Ejen Ali.

Dengan tema The Great Reunion (metafora kepada kegembiraan selepas berjaya mengharungi pelbagai rintangan dunia termasuk kepayahan melewati fasa pandemik), festival ini dijadualkan berlangung selama tiga hari bermula 27 sehingga 29 Mei 2022.

Turut mengisi jadual selama tiga hari bermula 10 pagi sehingga 10 malam festival berlangsung adalah sesi perkongsian motivasi & bual bicara santai tentang kemanusian & pendidikan islam secara general. DI segment ini kolaborasi bersama Qalby, islamik aplikasi oleh Mizz Nina & Ahlan Academy.


ARTIKEL BERKAITAN

Tribute Syawal S.Atan Bersama Malaysian Philharmonic Orchestra

#RetrospektifMuzik, Terkini,

Mendengarkan Kembali “Ingin Bersua” & 9 Lagi Lagu Terbaik DJ Dave Sepanjang Zaman

Lagu: Masa Merubah Segalanya (1985)
Komposer / Lirik: Goh Boon Hoe / Habsah Hassan

Balada yang dihasilkan menerusi album berjudul “Biar” yang diterbitkan pada tahun 1985 ini antara yang terhasil cukup syahdu. Korusnya “Engkau bukan lagi menjadi milikku, Aku tidak mungkin laigi menjadi milikmu” hasil tulisan Habsah Hassan di lagu ini menjadi killer utama yang menjadikan kesyahduan lagu ini benar-benar dirasai.

Lagu: Hanya Mimpi (1978)
Komposer / Lirik: Datuk Ahmad Nawab

Komposisi emas Datuk Ahmad Nawab menerusi lagu ini cukup klasik sekali penghasilannya. Melodi lagu ini cukup kuat esen Balada 70-an dan 80-an yang sangat sedap didengarkan. Beriring kemasan string dan persembahan sederhana DJ Dave dalam menyampaikan isi cerita menjadikan lagu ini cukup indah sekali.

Lagu: Perjanjian Diri (1988)
Komposer / Lirik: Azman Abu Hassan

Penghasilan melodi Azman Abu Hassan di lagu ini memberi rasa baru muzik DJ Dave yang keluar daripada kepompong lagu-lagu saduran Hindinya yang ada sebelum ini. Kemasan Pop Azman menerusi lagu ini cukup moden ketika ia beredar di penghujung 80-an. Namun lagu ini antara yang sangat kurang diberi perhatian.

Lagu: Engkau Bayangan Hidupku (1983)
Komposer / Lirik: Omar Taib / Habsah Hassan

Lagu yang cukup kuat esen Pop DJ Dave yang datang dengan elemen Hindi dalam layangan lirik yang terhasil dalam tempo cukup sendu. Lagu-lagu begini cukup banyak dirakam DJ Dave sepenjang karier bermuzik dan “Engkau Bayangan Hidupku” salah satu yang terhasil cukup baik sekali.

Lagu: Ingin Bersua (1975)
Komposer / Lirik: Copyright Control / DJ Dave

Sebuah lagu saduran yang paling popular dilagukan DJ Dave sepanjang karier muziknya. Cukup sesuai dengan karakter vokalnya yang sehinggakan ada yang menyangkakan lagu ini asli miliknya. “Ingin Bersua” sudah menjangkau usia lebih 40 tahun dan masih didengarkan sehingga hari ini berganti generasi.

Lagu: Kini Ku Menangis (1981)
Komposer / Lirik: Copyright Control / DJ Dave

Dibuka dengan tiupan seruling yang terlalu syahdu – sebuah representasi sebenar muzik DJ Dave. Mellow dan cukup meleleh daripada garapan lagu yang disadur semula. Lirik yang bersulam cerita nasib yang malang dalam ketersendiriran yang tak berhujung. Penyampaian DJ Dave juga datang dengan lenggok nyanyian penyanyi Hindi yang beralun-alun sekali.

Lagu: Joget Orang Berbudi (1979)
Komposer / Lirik: S.Atan / Haron Majid

Sebuah melodi Joget S.Atan yang memberi variasi dalam persembahan muzik DJ Dave sepanjang kariernya. Lagu Joget begini banyak di era 70-an dan 80-an seperti apa yang ada dalam rakaman Sudirman, Black Dog Bone, Sharifah Aini dan Ismail Haron antaranya. Lagu begini perfect didengarkan di pagi hari hujung minggu mengembalikan nostalgia muzik 80-an.

Lagu: Cahaya (1977)
Komposer / Lirik: Ahmad Nawab

“Cahaya” diterbitkan pada tahun 1977 menerusi sebuah album yang rata-ratanya dikomposisi Datuk Ahmad Nawab. Keistimewaan lagu ini tentu saja pada penghasilan melodi Ahmad Nawab yang sentiasa diiring kemas string session yang membesarkan lagi sifat lagu ini menjadi lebih lively untuk dinikmati.

Lagu: Hanya Mainan Bagimu (1979)
Komposer / Lirik: Omar Taib / A.Jalil Saleh)

Persembahan penuh sentimental yang memiliki nilai malar segar yang tinggi. Lagu ini antara Balada terbaik yang pernah dirakamkan DJ Dave yang menurut saya terhasil dalam kemasan muzik yang cukup senang untuk didekat dan dirasai persembahan keseluruhannya.

Lagu: Rintihan Rasa bersama Uji Rashid (1979)
Komposer / Lirik: Reggie Verghese / Lam

Duet klasik dua legenda Pop 70-an yang cukup lembut membuai. Chemistry DJ Dave dan Uji Rashid menerusi lagu ini cukup baik menjadikan ia sebagai naskhah duet ikonik 70-an. Biar didengarkan sehingga hari ini lagu ini tidak memberi rasa jemu dan suka untuk kita menikmatinya ke hujung lagu.

*Dengarkan kesemua rangkaian lagu-laguDJ Dave di saluran YouTube “Getaran Nostalgia” secara rasmi.


ARTIKEL BERKAITAN

Getaran Nasyid Klasik Ahmadi Hassan

Highlight, Review, Terkini,

Puitis Folk Pop Danar Menerusi “Sebatas Formalitas”

Lagu: Sebatas Formalitas
Artis: Danar
Komposer / Lirik: Danar Widianto
Produser: Dimas Wibisana

Danar cukup menyerlah di pentas X-Factor Indonesia dengan keunikan vokal serta personalitinya yang menyenangkan. Biar tidak bergelar juara dan tewas di tangan Alvin Jonathan, dia berdiri tersendiri dengan bakatnya yang cukup mempesonakan penggemarnya sepanjang pertandingan berjalan.

Meneruskan kembara bemuzik di pasaran mainstream Danar hadir dengan sebuah naskhah berjudul “Sebatas Formalitas” diciptakan sepenuhnya anak muda ini dengan bantuan produksi muzik Dimas Wibisana.

Hadir dalam penyatuan Pop dan Folk, “Sebatas Formalitas” terhasil cukup catchy dan menawan sekali. Kelembutan dalam penghasilan melodi yang terhasil cukup kuat di bahagian korusnya menjadikan lagu ini cukup mengikat pendengaran tanpa sukar membuat kita suka.

Penulisan lirik Danar menerusi lagu ini juga terhasil dalam teks yang ditulis puitis. Beberapa bait tulisannya begitu mencuri perhatian saya. Antara yang paling menarik adalah “Jika kau cari yang sempurna ku mana bisa.” yang menjerit realiti dalam harafiah kemanusiaan.

Lagu ini saya pasti mampu menjadi kelebihan untuknya bersinar dengan lebih cemerlang di masa mendatang. Biar ideanya tidaklah baru tetapi persembahan keseluruhan Danar menerusi lagu ini menarik untuk diperdengarkan.

6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Terus Terbuai Dengan Persembahan Pop Akustik Juicy Luicy Menerusi “Tampar”

Highlight, Terkini,

Kemeriahan Syawal Di Pentas Dewan Filharmonik PETRONAS

Nama S.Atan sudah tersemat dalam pasaran muzik lebih empat dekad sebagai komposer, pemuzik dan produser yang cukup berpengaruh. Bersama Dewan Filharmonik PETRONAS, berlangsung Sabtu lalu sebuah konsert dedikasi khusus karya-karya S.Atan dalam persembahan lagu-lagu raya popularnya.

Hampir dua tahun pentas DFP sepi tanpa persembahan, malam 14 Mei lalu menyaksikan dewan penuh dengan hadirin yang rata-ratanya mengenakan pakaian bertema sambutan hari raya bagi meraikan karya-karya seniman S.Atan sepanjang dia bermuzik sejak era 70-an.

Dipersembahkan dalam durasi konsert selama kurang lebih satu jam, konsert ini mengundang tiga penyanyi hebat 80-an Jamal Abdillah, Azlina Aziz dan Jay Jay yang menyampaikan rangkaian lagu-lagu popular ciptaan S.Atan yang cukup popular bertemakan syawal.

Jamal Abdillah mempersembahkan lagu “Salam Aidilfitri” bersama S.Atan

Konsert dibuka dengan instrumental medley Selamat Hari Raya, Bila Takbir, Bersabarlah Sayang dan Aidilfitri di bawah kendalian konduktor muzik Encik Ahmad Muriz dalam repertoire muzik yang cukup grand. Jamal Abdillah mengambil pentas dengan persembahan lagu raya popularnya berjudul “Salam Aidilfitri”.

Munculnya Jamal di pentas memberi keterujaan penggemarnya dalam alunan suara yang cukup kemas, buat julung kalinya juga saya kira lagu ikonik ini dipersembahkan Jamal secara langsung dalam persembahan konsert yang sebesar ini.

Jay Jay mengambil alih pentas dengan persembahan dua lagu “Cahaya Aidilfitri” nyanyian asal Balck Dog Bone dan “Dari Jauh Ku Pohon Ampun Maaf” (Sudirman). Mengakui gugup di pentas, persembahan vokal Jay Jay walaubagaimanapun tetap terserlah baik.

azlina aziz masih memukau dengan persembahan vokalnya

Keterujaan saya pada malam konsert tentu sahaja untuk melihat Azlina Aziz di pentas DFP setelah entah bila kali terakhir saya dapat melihatnya di kaca televisyen, Azlina Aziz malam tersebut nyata tidak langsung mengecewakan.

Membawakan Pop Raya cukup ikonik persembahan asal Sheila Majid berjudul “Hari Mulia”, Azlina mempersembahkan lagu tersebut dengan caranya tersendiri dan penuh groove beriring susunan muzik segar oleh Jenny Chin yang turut mengiringi persembahan malam tersebut.

Tidak dilupakan lagu raya popularnya “Indahnya Beraya di Desa” persembahan keseluruhan Azlina Aziz paling memukau malam tersebut. Suaranya masih sangat baik, persembahannya santai dalam mengusik Jamal dan Jay Jay. Dia benar-benar menghidupkan konsert malam tersebut dengan begitu spontan dan menghiburkan.

Mendengarkan suara merdunya yang masih belum berubah dengan kematangan berpentas membuat hati saya berbisik she deserves a solo concert atau lebih baik jika bersama Liza Aziz. This is a dream of 80’s pop fans saya kira – to watch Azlina da Liza di satu pentas.

Ditutup dengan persembahan lagu “Balik Kampung” nyanyian asal Sudirman, ketiga-tiga penyanyi hebat ini bergabung dalam persembahan lagu yang turut diraikan S.Atan di atas pentas utama. Mengundang nyanyian bersama penonton, konsert ini ditutup dengan kemeriahan syawal yang nyata dirasai bersama.

Tribute syawal buat S.Atan malam tersebut dikemaskan dengan susungan string Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dengan begitu meninggikan standard lagu-lagu popular ciptaan S.Atan ini ke tahap yang sangat baik. Terhasil cukup mewah tanpa perlu terlalu mengubah struktur melodi asalnya.

Konsert tribute ini saya kira satu tanggungjawab yang baik pihak Dewan Filharmonik PETRONAS dalam memberi pengiktirafan yang baik terhadap karya-karya terdahulu. Idea genius ini saya kira harus berterusan kerana ia sangat membantu dalam meneruskan kelangsungan populariti lagu-lagu hebat tempatan ke tahap yang sangat-sangat baik.

Senarai Lagu Konsert “Cahaya Aidilfitri – A Tribute To S.Atan”

1. Medley: Selamat Hari Raya, Bila Takbir Bergema, Bersabarlah Sayang & Aidilfitri, (arr. Ilham Subri)
2. Salam Aidilfitri (arr. Ahmad Muriz Che Rose) / vocals: Dato’ Jamal Abdillah
3. Cahaya Aidilfitri (arr. Gerard Salonga)  / vocals: Jay Jay
4. Dari Jauh Ku Pohon Maaf (arr. Ahmad Muriz Che Rose) / vocals: Jay Jay
5. Hari Mulia (arr. Jenny Chin) / vocals: Azlina Aziz
6. Inang Aidilfitri (arr. Vivian Chua) / vocals: Azlina Aziz & Jay Jay
7. Medley: Suara Takbir, Aidilfitri Hari Mulia, Pulanglah & Balik Kampung / (arr.Luqman Aziz)
8. Indahnya Beraya Di Desa (arr. Gerard Salonga) / vocals: Azlina Aziz
9. Joget Hari Raya (arr. Ilham Subri) / vocals: Azlina Aziz &  Dato’ Jamal Abdillah
10. Menjelang Hari Raya (arr. Jenny Chin) / vocals: Dato’ Jamal Abdillah
11. Encore: Balik Kampung (arr. Syed Sharir) / vocals: Jay Jay, Azlina Aziz &  Dato’ Jamal Abdillah


ARTIKEL BERKAITAN

Melirik Usaha Melestarikan Masa Depan Muzik Tradisional Melayu Dalam Sebuah Riwayat Baru

Highlight, Review, Terkini,

Pesona Vokal Idayu Menerusi “Jangan Menangis Cinta”

Lagu: Jangan Menangis Cinta
Artis: Idayu
Komposer / Lirik: Mohariz Yaakup / Siti Rosmizah

Pasaran muzik runut bunyi drama bersiri masih belum lagi memperlihatkan trend penurunan. Saban masa akan ada sahaja rilis-rilis baru bersilih ganti menjadi percaturan penerbit drama televisyen untuk memikat pendengar muzik tempatan.

Hal ini ada baiknya kerana dari segi jumlah penghasilan lagu-lagu baru akan bertambah dan penambahan ini memberi lebih pilihan untuk pendengar berbeza-beza. Balada akan sentiasa menjadi percaturan terbaik dalam menarik minat pendengar.

Terkini giliran vokalis handalan Idayu kembali bertaut dalam persembahan melodi “Jangan Menangis Cinta” setelah sekian lama tidak hadir dengan naskhah lagu-lagu baru. Sebuah lagu dalam nuansa yang sangat terhasil memberi kelebihan buat vokalnya.

Lagu ciptaan Mohariz Yaacob dengan tulisan lirik Siti Rosmizah ini dikemaskan susunan muziknya oleh Riddydoodie yang menyuntik kesederhanaan yang sangat diperlukan dalam penghasilan Balada agar ia tidak terhasil berlebih-lebihan.

Emosi Idayu juga terkawal dalam persembahan vokalnya yang cukup solid, tidak lebih dan tidak kurang. Secukupnya dalam memberi apa yang patut dalam penceritaan yang disulam baik melodi, lirik dan vokalnya. Penyatuan tiga elemen penting dalam Balada agat tidak ada yang over power satu sama lain.

Hal ini sangat membuatkan “Jangan Menangis Cinta” menjadi naskhah Balada yang acceptable di pendengaran saya. Kesyahduannya tidak memerlukan Idayu terlalu menjerit-jerit di dalam lagu ini seperti kebanyakan Balada bingit yang ada di pasaran. Idayu is a smart singer. Di saat dia boleh sahaja berlebih-lebihan, dia memilih untuk memberi justice yang secukupnya buat melodi lagu ini.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kembalinya Suki Low Menerusi Single “Nelangsa”

#RetrospektifMuzik, Terkini,

Retrospektif Muzik: Ayai “Illusi” (1995)

 

Ayai bergerak solo setelah fasa bersama kumpulan Illusi yang cukup aktif di penghujung 80-an sehingga album terakhir mereka beredar pada tahun 1993. Bersama syarikat rakaman EMI yang ketika itu menggerakkan Ayai sebagai percaturan solo, maka terhasil sebuah album berjudul “Ilusi” yang diisi 10 lagu dalam nuansa Pop dan Rock.

Ilham serupa yang sebetulnya sedang cukup dominan dibawakan M.Nasir dan Hattan ketika itu selain Saleem yang bersama Iklim yang juga sedang booming di Malaysia juga Indonesia. Maka percaturan EMI ketika itu menghadirkan Ayai secara solo agak sukar sebetulnya untuk melawan nama-nama besar ini.

Namun itu tidaklah membuatkan percaturan ini gagal sepenuhnya. Ayai cemerlang dalam membuat penggemar muzik tempatan menoleh dengan kebolehannya bergerak solo menerusi kemunculan album perdana pada tahun 1995 dengan mengangkat judul “Illusi”.

“Lamunan” (Fauzi Marzuki / Nurul Nadzir) menjadi pertaruhan utama album ini. Komposisi muzik Fauzi Marzuki di lagu ini seingat saya sempat mendapat air play dan memasuki carta muzik ketika diedarkan. Namun impaknya tidaklah begitu hebat meskipun menurut saya lagu ini memiliki struktur muzik yang cukup unik dan berbeza untuk mendapat lebih perhatian.

Album ini dibuka dengan lagu “Imbasan” sebuah lagi ciptaan Fauzi Marzuki dengan lirik hebat Habsah Hassan yang menjadi sistem sokongan terbaik untuk lagu ini. Penulisan liriknya terhasil dengan susunan bahasa yang cukup cantik diselang-seli dengan persoalan yang bertulis “Bolehkah semalam yang hitam menjanjikan esok yang terang?.

“Dari Hati” menjadi sebuah lagi lagu yang menarik penghasilannya. Melodi ciptaan M.Nasir ini dekat dengan ilham Balada yang banyak ditulisnya namun masih berbisa dan tidak membuatkan kita bosan mendengarkannya. Suara Ayai benar-benar masuk dengan melodi begini. Feel nya sangat baik terutama di bahagian korus.

Lagu “Puteri” (Adi Jagat / Habsah Hassan) dan “Terikat” (Fauzi Marzuki / Lukhman S) terhasil dalam ilham serupa. Melodinya agak mendatar dan tidaklah begitu memberi kelebihan pada vokal Ayai. Penciptaan melodinya cukup kuat teras Balada 90-an yang cukup banyak di pasaran muzik ketika itu yang kada kedengaran seperti beberapa lagu lain yang siap diedar.

Namun “Terikat” masih sedap didengar cuma liriknya sahaja yang saya kira agak lemah. Cerita harta dan darjat dalam percintaan yang terlalu klise. “Kerana Kesumatmu” ciptaan M.Nasir juga tidak memiliki apa-apa kelebihan untuk didengarkan. Korusnya sahaj sudah buat saya bosan dengan penghasilannya.

Ayai menerusi album ini saya kira bergerak sebagai sebuah percaturan yang tidak mengena. Banyak lagu yang dihasilkan terlalu sama dan tidak bervariasi sekadar mengisi tuntutan sebuah album sahaja.


ARTIKEL BERKAITAN

Retrospektif Muzik: “Kembali Merindu” (1996) Sebagai Album Terbaik Slam

Terkini,

Tribute Syawal S.Atan Bersama Malaysian Philharmonic Orchestra

Usai fasa pandemik yang menghentikan banyak aktiviti seni dan budaya selama lebih dua tahun lamanya, Dewan Filharmonik Petronas mengembalikan semangat muzik orkestra mereka dalam rencana memberi huburan bertaraf tinggi buat pengikut muzik tempatan khususnya.

Masih dalam vibe raya yang terus diraikan sepanjang bulan ini, Malaysian Philharmonic Orchestra di bawah kendalian konduktor muzik Ahmad Muriz Che Rose bakal mengembalikan nostalgia lagu-lagu raya ciptaan komposer legenda S.Atan.

Menamakan konsert istimewa ini sebagai “Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S.Atan” , persembahan istimewa ini akan menampilkan tiga vokalis handalan tempatan Azlina Aziz, Jamal Abdillah dan Jay Jay mengalunkan beberapa lagu ciptaan komposer hebat tersebut.

S. Atan atau nama sebenarnya Hashim Said, seorang komposer dan penerbit album yang sudah menghasilkan lebih daripada seribu lagu-lagu popular untuk ramai artis yang terkenal seperti Datuk Sharifah Aini, Datuk DJ Dave, Dato’ Jamal Abdillah, Carefree, Black Dog Bone dan Dato’ Sudirman Haji Arshad.

Konsert ini akan menampilkan karya S. Atan yang ikonik dan penuh dengan nostalgia di pentas DFP seperti Cahaya Aidilfitri, Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Joget Hari Raya, Salam Aidilfitri, Inang Aidilfitri, Menjelang Hari Raya dan banyak lagi.

Semua lagu yang dimainkan telah digubah dan diberikan nafas simfonik oleh Luqman Aziz, Jenny Chin, Ilham Subri, Gerard Salonga, Ahmad Muriz Che Rose, Vivian Chua dan Syed Sharir.

Konsert bakal berlangsung Sabtu ini, 14 Mei 2022 dengan penjualan tiket bermula RM129, RM153, RM219, RM329 bagi tiket suite dijual pada harga RM526 dan RM592. Tiket boleh dibeli di talian 03-23317007 / 7511 / 7512 atau emel boxoffice@dfp.com.my


ARTIKEL BERKAITAN

Sebuah Kesyahduan, Resah dan Sepi “Sudirman” Menerusi 10 Balada Terbaik Yang Pernah Dirakam

Highlight, Review, Terkini,

Terus Terbuai Dengan Persembahan Pop Akustik Juicy Luicy Menerusi “Tampar”

Lagu: Tampar
Artis: Juicy Luicy
Komposer / Lirik: Denis Ligia / Iqbal Siregar

Semakin disenangi sebagai kugiran Pop yang sentiasa dinantikan karya-karya terbaru mereka, Juicy Luicy meniti populariti dengan rangkaian hits mereka seperti “Tanpa Tergesa”, “Lantas” dan “Terlalu Tinggi”.

Berjalan semakin meyakinkan, mereka menghadirkan sebuah lagi lagu terbaru yang diberi judul “Tampar” yang masih lagi hadir dalam acuan muzik Pop mereka yang cukup menyenangkan. Aliran gitar akustik yang diselang-seli dengan iringan string di pertengahan ke hujung lagu melarutkan perasaan pendengar dengan melodi yang tercipta.

Mendengarkan Juicy Luicy itu harus hadir dengan pengalaman menikmati penulisan lirik mereka yang cukup kuat mengalihkan pendengaran kita. Bait sepertiBerdosa kah kuberdoa, minta kau terluka.” terhasil cukup berani dalam perbicaraan jiwa manusia.

Lagu ini sangat tidak sukar untuk buat kita enjoy menikmatinya. Korusnya menawan, mengikat pendengaran dengan alunan merdu vokalis yang minimal tetapi masih membuai rasa. Juicy Luicy saya kira sudah siap sebagai sebuah kugiran masa depan Indonesia yang akan sentiasa didengarkan berganti generasi.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kemunculan Perdana Alvin Jo Setelah Menjuarai X-Factor Indonesia Menerusi “Iman Tak Sama”

Highlight, Review, Terkini,

Kelangsungan Pop Mahalini Diteruskan Lewat Single “Kisah Sempurna”

Lagu: Kisah Sempurna
Artis: Mahalini
Komposer / Lirik: Marco Steffiano / Mahalini / Keke Kenata / Adrian Rahmat Purwanto

Meiniti populariti yang tidak berhenti sejak fenomenanya single “Melawan Restu” dan “Sisa Rasa”, nama bakat baru Mahalini yang lebih awal dilihat kelibatnya di pentas Indonesian Idol ini cukup dirasai dikalangan generasi muda hari ini.

Pertaruhan Balada yang bersulam melodi dan lirik yang cukup sinonim dengan jiwa-jiwa lara berjaya mengikat pendengaran ramai untuk melekat dengan pertaruhan melodinya.

Terkini menzahirkan sebuah lagi Balada berjudul “Kisah Sempurna” , Mahalini bekerjasama dengan barisan produser muda menggelar diri mereka S/EEK dalam sebuah persembahan Indo Pop yang masih cukup kuat pengaruh Balada yang biasa kita dengar di pasaran muzik semasa.

Kelebihan Mahalini dalam memberi rasayang secukupnya dalam penyampaian vokalnya menjadikan “Kisah Sempurna” terhasil cukup menyenangkan. Tidak sukar saya kira untuk ramai pendengar menyukai lagu ini biar pun menurut saya penghasilan keseluruhan lagu ini tidaklah terhasil terlalu berbeza dengan apa yang sedia ada di pasaran.

Progres melodinya mengikut template muzik sedia ada namun kelembutan yang ada di lagu ini pastinya mampu membuat kita senang untuk melayani perasaan dan jiwa yang ada. “Kisah Sempurna” saya pasti mampu memberi kejayaan berterusan buat Mahalini untuk kekal dalam radar popular muzik Indonesia.

7.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Kritikan Sosial Budak Nakal Hujung Simpang Menerusi Single “Sadar”

 

Lagu: Sadar
Artis: Budak Nakal Hujung Simpang
Komposer / Lirik: John Bear / Syed H. Daniel

Kugiran Ska dan Reggae, Budak Nakal Hujung Simpang dalam pasaran muzik indie mungkin bukan nama asing dalam memikat pendengaran penggemar mereka. Pasaran muzik Ska Reggae begini juga bukanlah asing di pasaran mainstream. Sudah beberapa kali menawan pasaran komersial.

Ditubuhkan sekitar 2015, BNHS sudah memiliki sebuah album “Bumantara” yang berisi lima lagu sebelum merilis beberapa single seperti “Labu” dan “Mista Pollution” dalam rangka muzik mengutuhkan nama mereka di pasaran muzik tempatan.

Terkini BNHS yang dalam proses mengedarkan album kedua mereka mengedarkan sebuah single terbaru “Sadar” ciptaan Syed Daniel bersama John Bear.

Hadir dalam acuan muzik Ska yang menjadi kelebihan buat mereka, lagu ini terisi sarat pesan humanisme dalam penulisan liriknya yang pendek tetapi tajam dalam konteks kritikan sosialnya.

Bait awal liriknya saja sudah dibuka dengan persoalan besar “Dirasuk rindu, Mencari diri”. Pengisian berat begini menjadi pertaruhan perdana BNHS dalam memikat pendengar muzik semasa dengan pencalonan Muzik-Muzik baru-baru ini.

Mendengarkan “Sadar” membuatkan saya mahu mendengarkan kembali “Labu” yang menurut saya lebih baik acuan komersialnya untuk pendengar Pop seperti saya. “Sadar” kurang daya pengikat dengan sekali pendengaran berbanding “Labu” yang sangat catchy dan menghiburkan dengan durasi yang lebih pendek.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Pertaruhan Komersial Margosa Menerusi “Cinta Pasti Bersatu” Bersama Aepul Roza