Highlight, Review, Terkini,

Momentum Muzik TY:DEL Menderu Laju Menerusi “Run”

Lagu: Run
Artis: TY:DEL
Komposer / Lirik: Carlson Kam / Ritchie Retita / Roshan Sundram / Timothy Long
Produser: Hong Koon
“Kuszanagi”

TY:DEL dalam melewati pasaran muzik berkumpulan tempatan saya kira cukup aktif menjalani perjalanan bermuzik mereka sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Asas Pop semasa yang diramu dalam acuan bermuzik mereka yang dekat dengan pendengar muda khususnya membuka ruang untuk mereka dikenali dan diraikan.

Saya pertama kali mendengarkan menereka menerusi single “So In Love (Tonight)” yang beredar awal sebelum EP “To Anyone Listening” menawarkan aliran Pop yang banyak dihasilkan bakat-bakat global seperti Lauv dan Lany antaranya.

Maka setelah itu sejak 2021 langkah mereka semakin laju dalam penghasilan single baru. Terkini dalam meneruskan pasaran muzik mereka yang semakin meyakinkan sebetulnya, TY:DEL menzahirkan “Run” yang datang dengan pengaruh Pop berbeza, segar dan lebih fun pastinya.

“Run” datang ilhamnya dengan infusi muzik Latin dan Salsa yang cukup dominan dalam kemasan muziknya. Terhasil cukup menarik kraf muzik mereka kali ini, TY:DEL keluar selangkah daripada zon seleasa meraka dengan penghasilan muzik yang sedikit bebeza.

Saya sukakan attitude bermuzik mereka di lagu ini it’s kinda different daripada apa yang kita biasa dengar dalam single sebelumnya seperti “Grocery Store” dan “One Day”.

TY:DEL bakat baru yang memiliki potensi sangat baik bergerak sebagai pelapis Pop band tempatan setelah Midnight Fusic dan Insomniacks yang sudah mencipta momen mereka dalam pasaran muzik tempatan.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

#PerspektifMuzik, Highlight, Review, Terkini,

Zarah-Zarah Rasa Kunto Aji Membentuk Pemikiran & Jiwa “Pengantar Purifikasi Pikir”

Album: Pengantar Purifikasi Pikir
Artis: Kunto Aji
Produser: Kunto Aji / Afif Gifano / Pandji Akbari Kautsar

Lima tahun membeku, memerah keringat ilham seperti apa lagi yang harus dibawa untuk dibesarkan sifatnya setelah kejayaan luar biasa “Mantra Mantra” – itu saya kira cabaran yang sangat besar untuk Kunto Aji. Mencabar ruang fikir dan keringat idea – agar menjadi lebih baik daripada sebelumnya kerana yang pastinya album terbaru ini datang dengan ekspetasi yang tinggi.

Maka lima tahun setelah “Mantra Mantra” Kunto Aji siap menghasilkan beberapa single mengisi kekosongan buat penggemarnya sementara mindanya benar-benar diasah dan jiwanya sedia untuk merilis “Pengantar Purifikasi Pikir” – sebuah tajuk yang berat dan membuat saya berfikir seperti apa lagi Aji mahu meramu muziknya.

Mengisi “Pengantar Purifikasi Pikir” adalah sembilan lagu keseluruhan termasuk intro – outro “Urip” dan “Urup” – manifestasi kehidupan dan pemikiran Aji sebagai seorang pemuzik juga pemikir sebelum diisi dengan “Melepas Pelukan Ibu” sebagai sebuah melodi pelayaran, kembara dalam mencari diri.

“Kuharus pergi // Jangan bersedih // Ini waktuku.” ayat melepaskan buat ibunya sebelum memujuk dibait “Engkau tetap duniaku // Matahari pagi // Udara yang sejuk.” Ambien muzik di keseluruhan lagu ini benar-benar hidup sebagai sebuah melodi kematangan Aji yang cukup bereksperimentasi tanpa tersasar jauh daripada segala hal yang sering membuat kita senang dengannya.

“Duka lara // Hanya datang dengan suka cita // Hanya berganti rupa // Dalam peristiwa.” membuka “Asimetris” yang meneruskan zarah-zarah rasa “Melepaskan Pelukan Ibu”. Sekali lagi Aji menelusuri jiwa-jiwa resah manusia dalam kisah yang cukup relatable dengan kebanyakan kita hari ini. Sebuah irama manusiawi yang menyelongkar isi sepi dan ketersendirian.

Aji menjadi lebih sentimental di lagu “Jangan Melamun Dalam Hujan” yang sekali lagi liriknya membuat saya tersenyum dan melayang. Bait puitis disusun kemas dan melekakan. “Jangan malamun saat hujan // Kau kan terhanyut dalam kenangan.” Sejujurnya ini lagu pertama di album ini yang menjerat saya untuk mengulang dengar sebelum beralih pada trak seterusnya.

Jernih” berbicara tentang ketidakadilan dunia, kekecewaan akan hal-hal dunia yang ketidakcukupan. Yang dicari mungkin damai tetapi yang tidak dihargai adalah apa yang sedia ada di sisi. Kunto Aji saya kira di saat ini benar-benar mahu menjadi pemuzik yang sebolehnya membawa pendengar turut sama berfikir menerusi karya-karyanya.

“Rona Merah Langit” meneruskan cerita dalam lagu Aji yang muziknya menyatu sempurna dalam sifat Aji mengalir baik dalam penulisan lirik yang puitis. Feel Jazz yang pernah kita dapat di album perdananya dikembalikan sebaiknya di lagu ini. “Orang Asing Dalam Cermin” another masterpiece di album ini “Aku rindu // Aku yang dulu // Yang bebas berlayar.”

Jika “Mantra Mantra” bergerak sebagai sebuah album yang meluah lelah, “Pengantar Purifikasi Pikir” adalah sebuah manifestasi melepasakan dan merelakan. Hal-hal ini jelas dalam penulisan lirik Aji di album ini yang diisi dengan kata-kata seperti “Aku memaafkan”, “Lupakanlah semua”, “Mengalirlah” , “Hanya ingin merasakan damai” dan beberapa pengisian lirik lainnya jelas mentafsir hal-hal ini.

Dan seperti apa jelas ditulis lewat outro “Urup” – “Kita mati setiap malam // Untuk bangkit saat pagi // Untuk kejar mimpi lagi // Untuk jatuh cinta lagi // Untuk relakan yang pergi // Untuk memulai kembali.” Mendengarkan keseluruhan album ini membuatkan saya berfikir begitu kuat Kunto Aji bekerja mencari konsep, meramu cerita dalam sebuah pelayaran muzik yang melekakan, membuatkan kita bangkit daripada lamunan dan bertumbuh menjadi manusia kembali.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Review, Terkini,

Ziva Magnolya Melafaz Kata “Cukup”

Lagu: Cukup
Artis: Ziva Magnolya
Komposer / Lirik: Mario G Klau
Produser: S/EEK

Pasaran muzik patah hati Indonesia belum lagi nampak mahu memperlahankan langkahnya. Satu per satu lagu dihasilkan saban bulan dengan ilham serupa menjual rasa dan kisah dalam persembahan melodi yang pantas mengikat pendengar.

“Tak Ingin Usai”, “Sial”, “Tak Segampang Itu” dan “Jiwa Yang Bersedih” sudah dirayakan serantau nusantara lagu-lagu ini dalam mengusik jiwa-jiwa pendengar yang tanpa gagal masih diperdengarkan lagi dan lagi.

Ziva Magnolya salah satu bakat solo wanita yang cukup booming dengan rangkaian hits “Pilihan Yang Terbaik” sehingga rakaman semula “Peri Cintaku” yang menjadikan dia antara yang terus diraikan setiap kali menghasilkan lagu-lagu baru.

Meneruskan kelangsungan bermuzik, Ziva terus hadir dengan sebuah lagi single galau berjudul “Cukup” karya cipta Mario G Klau (Tak ingin Usai, Tak Segampang Itu) dalam persembahan melodi yang cukup lembut menyentuh juga membuai perasaan.

Juaranya lagu ini sebagai Balada yang baik saya kira kerana kelebihan Ziva dalam menyanyikan lagu-lagu begini. Perasaannya dalam dengan persembahan vokal yang begitu lembut dan kemas tanpa memaksa pendengar untuk larut dalam nyanyiannya.

Cukup” saya kira terhasil lebih baik berbanding single sebelumnya ciptaan Yovie Widianto berjudul “Menanti”. Melodinya simple namun sampai ke jiwa dengan bait lirik yang saya kira banyak orang akan mudah relate dengan kisahnya.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Terus Terbang Tinggi, Sang Dewi Merilis “Sayap-Sayap Cinta”

Lagu: Sayap-Sayap Cinta
Artis: Titi DJ
Komposer / Lirik: Titi DJ / Tintin
Produser: Tintin / Adrian Kitut

Suaranya yang cukup ikonik dengan imej sebagai selebriti yang sentiasa mengikut kehendak pasaran – baik muzik juga stail peribadi menjadikan Titi DJ antara bakat senior yang say akia cukup alert dengan trend juga kehendak pasaran.

Hal-hal ini dapat dilihat dalam keterbukaannya bekerjasama dengan bakat baru lainnya dalam bidang muzik. Daripada kolaborasi bersama Dipha Barus sehingga Yura Yunita, Eka Gustiwana, Tintin juga LaleIlmanNino – Titi DJ tidak terikat dengan keselesaannya untuk bekerja dengan produser yang sama.

Malah keterbukaannya ini juga membuatkan dia relevan sehingga hari ini tanpa perlu menidakkan kerjasama bersama anak-anak muda dalam bidang muzik. Hal ini terus dibuktikan di dua single yang sudah beredar tahun ini “Hilang Sewindu” (Tintin) dan “Topforty” (LaleIlmanNino) dan yang terkini single ketiganya tahun ini “Sayap-Sayap Cinta”.

Sekali lagi bekerjasama bersama Tintin (Sisa Rasa, Melawan Restu) menghasilkan sebuah melodi Pop yang menjadi jaluran muzik Titi DJ selama ini dengan sentuhan baru yang lebih segar. Kraf melodi lagu ini saya kira cukup kuat esen muziknya yang banyak kita dengar di lagu seperti “Separuh Hidupku”.

Sayap-Sayap Cinta menjadi kesinambungan yang baik pada dua single yang lebih awal beredar tahun ini. Penghasilannya lebih Pop dan ringan untuk dinikmati. Saya di saat ini sudah dapat membayangkan corak yang bagaimana album terbarunya yang bakal beredar nanti.

Korus lagu ini killer utama yang akan membuat pendengar melekat terus pada penghasilan keseluruhan lagu. Vokal Titi sederhana seperti biasa tetapi masih merasuk dan melekakan dengan cukup efforless sekali. Membuat saya semakin tidak sabar menantikan albumnya.

6.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Sezairi Berdamai Dengan Perasaan & Muzik Lewat Album “Self Soothing”

Album: Self Soothing
Artis: Sezairi
Produser: Petra Sihombing

Sezairi dalam merangka perjalanan bermuziknya cukup terbuka dalam membuka ruang pada pemuzik luar berkolaborasi bersamanya dalam menghasilkan karya-karya baru yang cukup current sifatnya dengan persembahan muzik yang cukup matang.

Hal ini sudah dibuktikan beberapa kali sebelum ini dan perjalanannya diteruskan dalam sebuah lagi album yang cukup solid menjual ilham Pop dalam persembahan vokal soulful yang dimilikinya. “Self Soothing” menjadi pertaruhan terbaru dalam rangkaian sepuluh lagu yang saya sifatkan sebagai a zero skip album.

Dibuka dengan “Dejavu” yang cukup kuat esen muzik Sezairi seperti apa yang biasa kita dengar sebelum ini. Killer utamanya pada korus lagu ini yang cukup mengikat dengan balutan vokal Sezairi yang memberi justifikasi yang cukup baik.

Saya lebih terbuai dengan “December” dalam mode Bossa dan Jazz yang benar-benar menjual kelebihan vokal Sezairi dalam memberi nyawa di lagu begini. This is such a fun track yang saya kira tidak sukar untuk sesiapa sahaja enjoy dengan penghasilannya. Sezairi menjadi lebih fun di trak “Moonlight” yang hadir dalam persembahan nostalgia yang dikemaskan muziknya dengan cara yang cukup entertaining.

“Daylight” menjadi focus track di album ini menampilkan kolaborasi Sezairi bersama bakat muda meningkat naik dari Indonesia, GANGGA. “Daylight” saya kira cukup ramuannya dalam persembahan Pop yang bakal digilai pendengar muzik Urban Pop khususnya. Seperti menyatukan dua jiwa daripada estetika berbeza tetapi menyatu cukup baik, melengkapi sesama sendiri.

Sezairi sehingga trak kelima ini benar-benar membuat saya enjoy dengan penghasilan keseluruhan album. Muziknya tidak complicated, mudah mengikat dengan sekali pendengaran dan terus mencuri pendengaran dengan effortless sekali.

Ketersendirian vokal yang dia miliki menjadi tunjang pada kekuatan album ini. Hal ini jelas dalam trak seperti “Luarbiasa” dan “Hollow” khususnya yang begitu menjual karakter vokal falsetto miliknya dengan keupayaan bercerita dalam lagu menjadikan Sezairi a smart singer.

Kolaborasi bersama Teddy Adhitya antara yang paling saya look forward sebetulnya saat Sezairi mengumumkan penghasilan album ini. Dan ternyata “Enough” terhasil dengan cukup baik sekali penghasilannya. Kolaborasi ini antara yang paling saya enjoy tahun ini. Kemasan muzik di lagu ini cukup hebat sekali, kemas dan tastefully produced. Liriknya juga cukup mengikat “Kecukupanmu dan berhasilmu // Dan segala kekuranganmu // Indah bagiku”. Saya melayang dalam bait-bait indah di lagu ini.

Album ini ditutup dengan dua lagu “Forever” dan “4pm” yang dihasilkan dalam persembahan Pop semasa. Saya cukup menyenangi “Forever” yang digerakkan dalam ambien muzik yang memiliki potensi besar membawa nama Sezairi ke tahap yang lebih jauh. Cukup current.

Album ini sebuah refleksi kematangan Sezairi sebagai pemuzik yang memiliki citarasa bermuzik yang cukup tinggi dan terbuka dengan pembaharuan tanpa perlu menghilangkan identiti sebenarnya. Hal ini yang membuatkan seseorang artis dan pemuzik itu mampu melebarkan lagi ladskap muzik mereka. “Self Soothing” saya sifatkan sebagai album terbaik yang pernah dirakamkan bakat ini.

8.9/10


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik,

HITS: 1993

90-an akan sentiasa menjadi era dalam muzik yang akan sentiasa diraikan biar berganti generasi dan biar selama mana pun usia pelayaran lagu-lagunya beredar. Pasti akan sentiasa ada yang akan meraikan kembali lagu-lagu di era ini yang dianggap cukup original dan dijadika rujukan muzik hari ini.

Komposer seperti Fauzi Marzuki, Adnan Abu Hassan, Manan Ngah, M. Nasir antara yang cukup berhasil mengciptakan lagu-lagu hits sepanjang zaman yang siap dinyanyikan barisan penyanyi popular ketika itu seperti Fauziah Latiff, Ziana Zain, Ramlah Ram dan ramai lagi.

Muzik Kita menyelongkar katalog muzik Getaran Nostalgia EMI mencari tahu lagu-lagu yang usianya sudah mencecah angka tiga dekad dan masih tetap diraikan pelbagai generasi penggemar muzik tempatan.

TERATAI LAYU DI TASIK MADU (FAUZIAH LATIFF)

Lagu ciptaan Adam Ahmad ini benar-benar menciptakan momen manis sepanjang karier bermuzik Fauziah Latiff sebagai penyanyi Balada yang cukup diraikan sehingga hari ini. Melodinya yang diisi dengan lirik cukup sedih dalam perlambangan bunga teratai dengan korus yang cukup ikonik berbalut sempurna feel Fauziah Latiff.

SEMBILU (ELLA)

Hits yang melatari filem lakonan Ella “Pemburu Bayang” ini menjadi antara hits yang memberi kelebihan untuk Ella bersinar sebagai penyanyi Sentimental Rock. Dihasilkan dalam acuan muzik komposer terunggul Saari Amri, “Sembilu” menjadi antara lagu yang cukup popular sepanjang 1993.

BAYANGAN GURAUAN (MEGA)

Kebangkitan fenomena grup Balada 90-an memberi ruang untuk kumpulan Mega menyerlah dengan lagu “Bayangan Gurauan” yang sehingga hari ini masih menjadi lagu cari makan Rahmat sebagai vokalis utamanya. Komposisi muzik LY ini cukup kuat acuan muzik 90-an yang cukup digilai ketika diedarkan sehingga hari ini masih diraikan didengarkan.

SEGALANYA PASTI (AIDA AGIL)

Aida Agil cemerlang dalam memberikan sesuatu yang cukup besar jiwanya di lagu ini. “Segalanya Pasti” ciptaan Awang BPR sebuah penghasilan melodi yang cukup memberi justifikasi yang baik untuk Aida Agil menyerlahkan segala kemampuan vokal yang dimiliki. Cukup mahal dan tersendiri.

GEMURUH (SEARCH)

Gemuruh menjadi anthem Search dan Wings dalam meneruskan momentum muzik Rock tempatan dengan acuan muzik yang cukup hebat. Lagu ini bergerak dalam dua jiwa besar kugiran terbesar Rock tempatan dengan komposisi muzik M. Nasir yang benar-benar membebaskan jiwa radikal kedua-dua vokalinya.

RATNAKU (ROY)

Soloist yang cukup dikenali dengan rangkaian lagu-lagu Patriotik ini menghasilkan album solonya perdananya yang diterbitkan bersama oleh M. Nasir, Jenny Chin dan Arab. “Ratnaku” menjadi hits yang membuatkan Roy cukup dikenali sehingga hari ini. Kolaborasi M. Nasir bersama Loloq dalam menghasilkan melodi serta lirik lagu ini benar-benar menyerlahkan sisi sebenar vokal Roy.

UNTUKMU SELAMANYA (VISA)

Sebuah lagi kumpulan Pop tempatan yang memiliki momen gemilang sepanjang 90-an. Visa bersama Happy Records menghasilkan beberapa hits utama antaranya “Untuk Selamanya” dan “Dalam Gerimis” yang cukup digilai sekitar 1993 dan 1994. “Untukmu Selamanya” menjadi hits perdana buat mereka mencuri perhatian pendengar tempatan.

MENGERTI (KRU)

Mencipta kelainan di era 90-an, gelombang Rap dibawakan oleh trio bersaudara ini dengan rencah rasa lirik berbahasa Malaysia menjadi KRU perhatian ketika “Mengerti” diedarkan. Momentum muziknya benar-benar memecah tembok pasaran muzik Balada dengan memberi kepelbagaian yang diperlukan pasaran muzik tempatan ketika ia diedarkan.


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Kisah Hopeless Romantic Aruma Menerusi Single “Hilang Kendali”

Lagu: Hilang Kendali
Artis: Aruma
Komposer / Lirik: Denis Ligia / Iqbal Siregar
Produser: SOIN

“Muak” membawa nama Aruma meledak sebagai bakat baru dalam bidang muzik Indonesia dengan penerimaan cukup baik penggemar lagu-lagu galau khususnya. Kisah cinta tidak kira bahagia atau derita sememangnya formula yang mudah mencuri perhatian pendengar.

Maka dengan itu kurang setahun bergelar penyanyi dengan satu hits, nama Aruma sudah cukup diraikan dengan cukup besar sekali. Hal ini pastinya datang dengan pakej bakat serta imej baiknya untuk disukai dengan tidak sukar pengikut muzik nusantara.

Tanpa mahu melengahkan lagu momentum muzik yang sedang begitu diraikan, Aruma menghasilkan single ketiganya dalam masa lebih kurang setahun bermuzik menerusi lagu “Hilang Kendali” yang sekali lagi menjual ilham galau dalam percintaan.

Komposisi muzik duo dinamik daripada Juicu Luicy – Iqbal Siregar dan Denis Ligia menjadi pertaruhan Aruma bersama syarikat pengurusannya Sony Music kali ini. Cukup lembut membaluti vokalnya, melodi lagu ini terhasil cukup simple dengan memberi fokus kepada penghasilan lirik.

Kisah cinta yang tidak diraikan dan harapan yang sia-sia itu saya kira cukup relateable dengan pendengar muda. “Apa ini pertanda // Atau hanya aku yang merasa kau suka // Padahal kau di sana biasa saja.” Cerita-cerita khayalan yang remeh saya kira tetapi dirasi anak-anak muda pastinya.

Lagu ini terhasil okey-okey sahaja bagi saya tetapi ia baik untuk jiwa muda Aruma dan penggemarnya yang pasti. It’s a sweet hopeless romantic song.

6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Melodi “Emas” Nadeera Sebagai Sebuah Pembuktian

Lagu: Emas
Artis: Nadeera
Komposer / Lirik: Omar K
/ Iqie Hugh / Firdaus Rahmat / Alyah

Perjalanan panjang Nadeera untuk meyakinkan kita sebagai pendengar yang dia juga selayaknya berada di barisan papan atas muzik tempatan itu bukan pendek dan mudah. Dengan segala ini dan itu dia berjuang semahunya biar dalam skala besar atau kecil untuk menokhtahkan itu mungkin bukan pilihan.

Jadi berjalanlah dalam sukar anak muda ini mencari tahu apa agaknya yang pendengar kita mahukan. Suara sedap tiada yang menidakkan, kebolehan menyanyi secara live juga tiada siapa yang menyangkal. Jadi di mana silapnya ya? Itu soalan bernilai satu juta ringgit.

Ia berbalik pada selera pendengaran kita. Pendengar diberi pilihan untuk suka, untuk menolak atau untuk terus meraikan apa yang sedia ada. Namun tidak adil juga jika kita hanya meraikan apa yang sudah sedia ada tanpa membuka ruang untuk potensi lain yang ada.

Jadi dengan keterbukaan yang ada akhirnya, Nadeera membuktikan sekali lagi yang dia sudah memang cukup sedia to be there – there! Maka dengan kejuaraan di pentas Big Stage yang lalu nama Nadeera mengisi ruang juga kesempatan to be there setidaknya untuk seketika waktu ini.

Apa percaturan seterusnya? Tentulah lagu baru, maka terjasil single “Emas” sebuah melodi mewakili dirinya – tentang kepayahan juga jeritan lubuk dalam untuk pendengar muzik tempatan membuka ruang selebarnya untuk dia bersayap dan terbang jauh seperti mana penyanyi wanita lainnya.

Secara dasarnya lagu ini terhasil okey-okey sahaja. It’s giving me “Gemilang” dan “Memori Tercipta” vibes yang dihasilkan lebih sepuluh tahun lalunya. So do we need an idea of ten years back to represent music now? Ya dan tidak jawabnya. Okey saya di sini akan menjadi sedikit kritikal dalam ulasan.

Produksi lagu ini saya kira grand dengan kemasan muzik yang boleh tahan besar sifatnya (Sepertimana Gemilang juga Memori Tercipta or maybe juga “Never Enough”). Namun cukup mampukah ia menyentuh jiwa-jiwa yang tidak memahami apa itu muzik yang grand? Hal ini membuatkan saya tertarik untuk membawa pendengar kepada lagu “Jiwa Yang Bersedih” (Ghea Indrawari) dalam ilham serupa tentang impian, kesempatan dan ruang suara yang ingin didengarkan.

Kenapa lagu itu berjaya? Kerana ia menyentuh jiwa-jiwa manusia biasa yang mungkin tidak faham apa itu kemasan muzik yang grand tetapi dihasilkan dengan penuh kesederhanaan untuk membuatkan ia relatable dengan pendengar. Bait “Selama ini kau hebat // Hanya kau tak didengar” jika mahu dibandingkan dengan “Kerana kau harus tahu // Kasih ini lebih bernilai dari emas.” yang mana anda akan lebih relate dan menyentuh?

Penciptaan lagu hari ini saya kira tidak perlu terlalu kompleks dengan idea yang terlalu besar (jika mahu mengusik jiwa pendengar semasa). Banyak hal yang ada di Indonesia boleh dijadikan panduan juga rujukan. Benar tidak semuanya baik tetapi cuba fikir kenapa lagu-lagu galau mereka yang terhasil sesimple melodi mampu menyentuh banyak jiwa dan distrim puluhan juta kali banyaknya.

Hal ini juga sudah terbukti di sini – “Langit Yang Sama” (Dalia Farhana), “Hasrat” (Jahari) juga “Pulang” (Insomniacks) yang distrim berjuta kalinya. Dan tidak bermakna menyanyikan lagu begini tanpa nada tinggi dan modulasi kita tidak mampu menikmati kemerduan alunan penyanyinya.

Ambillah pelajaran itu dan rendahkan sedikit kemahuan dan keinginan dalam membuktikan entah apa lagi. Kita semua sedia maklum Nadeera itu penyanyi yang strong, ada power yang luar biasa. Apa kata selepas ini Nadeera fokus bagaimana mahu menjentik perasaan pendengar pula dengan persembahan melodi yang simple dan lirik yang terus menusuk jiwa yang mendengar.

This is obviously not a bad song – vokal Nadeera membaluti baik penghasilan keseluruhan lagu ini tetapi saya sejujurnya mahu melihat Nadeera dalam persembahan Pop with some beats and punch seperti “Boneka”, “Siapa Tak Mahu” atau “Ikut Rentakku” yang lebih groove dan attitude. Itu arahnya kalau Nadeera mahu show off her power vocal. Power Ballad just too much di sini dan dia perlu be different and bold. Namun jika Nadeera benar-benar mahu fly high dengan Balada dia perlu benar-benar fahamkan apa yang pendengar biasa mahukan.

6.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Keluar Daripada Pasaran Balada, Tiara Andini Hadirkan “Flip It Up”

Lagu: Flip It Up
Artis: Tiara Andini
Komposer / Lirik: Hyuk Shin / ByHVN / Rosanna / Ener
Produser: ByHVN(153/Joombas)

Tiara menjalani perjalanan bermuzik penuh restu penggemar muzik Indonesia dan nusantara. Lagu-lagu galau yang mengisi katalog muziknya belum ada satu pun yang saya kira tidak berjaya menjerat citarasa penggemarnya. Semua diraikan dengan sebaiknya.

Setelah tahun ini merilis “Tega” dalam persembahan Balada yang tipikal di pasaran muzik sekarang juga kolaborasi “Menyesal” bersama Lyodra dan Ziva, Tiara mengulik ilham baru dalam single terbarunya “Flip It Up” dalam ramuan Pop / EDM K-Pop yang mengeluarkan sisi manisnya menjadi lebih wild and fun.

Suara Tiara saya kira cocok di lagu begini, attitude bermuziknya baik tanpa kedengaran canggung. It is a sweet surprise kerana selama ini Tiara sering terjerat dalam ilham Pop yang manis-manis kisahnya jika tidak galau di Baladanya.

Lagu begini saya kira membebaskan jiwa mudanya yang seharusnya menjadi jaluran muzik yang sebenar buat Tiara selepas ini. Vokal Tiara ada weight yang mampu mengeluarkan attitude bermuziknya dengan visi berbeza.

Belum lagi saya mendapatkan attitude begini daripada Tiara sebelum ini dan “Flip It Up” satu langkah berani pihak penrusannya dalam merangka karier muzik Tiara agar tidak stagnant dengan ilham Mid-tempo Pop dan Balada sahaja. This is a repeat mode!

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik,

Listrik Lirik: Loloq

Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis sudah sebati dikenali di lapangan seni muzik tempatan sebagai seorang penulis lirik yang cukup banyak menyumbang hasil karyanya untuk komposer hebat M. Nasir khususnya. Biar sudah melepaskan tanggungjawabnya di dunia sebgai individu yang cukup dikagumi pemikiran serta peribadinya, apa yang dia tinggalkan pada kita takkan lepas dari ingatan.

Selain dikenali dengan nama pena Loloq, dia cukup dikenali dengan nama lain seperti Nurbisa, Cenderawasih, Kristo Bombo dan Fakir Iskandar. Namun biar apa jua nama yang digunakan olehnya, kemampuannya sebagai seorang penulis itu akan sentiasa dapat dihidu individu yang sudah biasa dengan corak penulisannya.

Hari ini Loloq tidak lagi bersama kita namun karya-karya hasil kerjanya akan sentiasa diperkatakan, dikaji, ditulis dan dihargai. Menerusi kataloq Pop Getaran Nostalgia di saluran YouTube, Muzik Kita menyelami seberapa dalam mungkin hasil penulisan Loloq yang membekas kesan.

BAGAIKAN PUTERI (FARRA / ZURAINI)

Siapa yang tidak mengenal Pop Dance yang cukup ikonik ini? Dengan nama pena di kredit album sebagai Fakir Iskandar dia menulis lirik ini dalam ilham ‘cinderella’ yang cukup dreamy dan membangkit semangat. “Tapi sayang hanyalah impian // Bulan tak bisa tumbuh di taman” korus yang mengikat dan membaluti sempurna melodi tulisan Zuraini. Sedikit trivia, kesemua lirik di album debut Farra ditulis sepenuhnya Loloq dengan nama Fakir Iskandar.

LAYAR IMPIAN (ELLA / SATIMAN)

“Tapi kini bila dewasa // Aku mula sedar betapa mimpi // Hanyalah suatu permainan //Jiwa insan dalam kesepian” Tulisan Loloq yang cukup popular dalam banyak-banyak lagu yang dirakamkan Ella sebagai the queen of Rock. Loloq berkisah tentang impian, cita-cita dan harapan di lagu ini – tentang what if? yang jelas di barisan “Jika mimpi masa silam // Bisa kusimpan dalam kaca // Jadi perhiasan” berbalut perasaan dalam kiasan juga perlambangan.

DI AMBANG WATI (WINGS / M. NASIR)

Melankolik melodi ciptaan M. Nasir ini dibaluti sempurna puitis lirik Nurbisa. “Yang putih bersih // Dalam gita kama // Si ratu yang di rindu // Persis citra sakti mimpi.” untuk sebuah sentimental Rock saya kira sesuatu yang cukup besar sifat kata-katanya. Membaca teks lirik ini tanpa mendengarkan lagunya memberi satu perasaan berbeza seperti membaca puisi panjang tentang perpisahan dan ketidakpastian. “Menghitung detik perpisahan // Mendamba ke pangkuan kekasih // Menangis dalam kesyahduan.”

BENGANG (MANTERRA / FAUZAN S)

Tajuknya sahaja sudah memberi keterujaan untuk mendengarkan lagunya. Dengan nama Kristo Bimbo, Loloq menggerakkan penceritaan Bengang sebagai sebuah persembahan yang keliru dalam satu arah yang pasti. “Mana datang cahaya // Bukanlah tajuk cerita // Siapapun kau ku sudi terima.” Sebelum diteruskan dengan “Biarpun dosa semalam // Sebesar gunung menembus awan // Yang penting hatiku dapat kau tawan”

LAILA NAMAMU TERATAS (SEARCH / M. NASIR)

Loloq dalam meramu kisah wanita dalam lagu pasti hadir dalam idea paling cerdasnya. Diisi dengan bait-bait puitis manis, “Laila Namamu Teratas” satu daripada yang cukup membekas kesan. “Namamu teratas indah bercahaya Laila // Menerangi ruang hati bersama makna mimpi” – sebuah manifestasi tertinggi dalam memuja wanita sebagai subjek dalam penulisan liriknya.

RATNAKU (ROY / M. NASIR)

Kolaborasi M. Nasir dan Loloq jarang gagal menciptakan momen yang tersendiri. “Ratnaku” antara komposisi muzik Pop yang datang dengan jiwa besar Roy dalam penceritaan manis Loloq. “Keringkan bibirmu // Oh, Ratnaku // Cubalah senyum // Kerna tangisamu kan hanya // Menambah dukaku.”


ARTIKEL BERKAITAN