Terkini,

Nadin Amizah & Lomba Sihir Antara Yang Bakal Menghangatkan TAPAUfest 2023

Setelah kejayaan menarik kira-kira 3000 pengunjung pada tahun lepas, TAPAUfest kembali berlangsung Pada 7 dan 8 Oktober 2023 di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak. Berlatarbelakangkan tasik yang indah dan gunung-ganang, TAPAUfest menjemput komuniti indie Asia Tenggara untuk #LepakLenggong bersama artis indie ternama dan berpotensi ari MalaysiaSingapuraIndonesia dan Thailand dengan tema #SerumpunBerpesta.

“Dari taksub cuba nak jadikan festival kita lebih besar dan besar setiap tahun, kita buat keputusan untuk beri lebih perhatian kepada butiran-butiran kecil terutamanya dalam kurasi bagi membawakan komunti indie dan rakyat Lenggong terlibat sama,” kata Pengarah Kreatif TAPAUasia Sdn. Bhd, Ahmad Faris.

TAPAUfest 2023 adalah pengalaman festival oleh TAPAUasia dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong, Ipoh Social Club, Verssusika serta rakan rasmi Vans, Yoodo, Batik Air, Era, Gempak dan Syok. TAPAUfest 2023 disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia (KKD) melalui MyCreative Ventures (MYCV).

Pengunjung juga boleh berteduh dari matahari sambil belajar dan berkongsi pengetahuan di BENGKEL atau terokai karya pembikin filem indie di LAYAR yang dikurasi dengan kerjasama Kaki Seni.

Pengunjung boleh menghilangkan dahaga dan mengisi perut dengan sajian Malaysia terbaik dihidangkan oleh peniaga dari Lenggong dan ‘foodtruck’ dari seluruh Malaysia di WARUNG. Bagi mereka yang suka membeli-belah atau mengumpul rekod, ‘merchandise’ atau karya seni, PASAR menghimpunkan karya artis dan jenama indie sambil dihiburkan oleh DJ di pentas mini.

Satu perkara yang membezakan TAPAUfest daripada festival seni lain adalah peluang untuk berkhemah selama dua malam di Resort Tasik Raban dan merasai sepenuhnya pengalaman di Lenggong. Pengunjung boleh menempah tapak khemah di Santuy Campsite dan sertai sesi unggun api dan persembahan akustik atau buat mereka yang inginkan pengalaman lebih minimal boleh mengikat ‘hammock’ di antara dahan pokok menerusi Outsiders Campout.

Tiket Pre Sale sudah boleh dibeli mulai sekarang sehingga 6 Oktober 2023 dengan harga:

Tiket Solo Daily (1 tiket Hari 1 atau Hari 2) – RM175
Tiket Solo Weekend (1 tiket Hari 1 dan Hari 2) – RM330
Tiket Geng Weekend (4 tiket untuk Hari 1 dan Hari 2) – RM1200
Maklumat lanjut www.TAPAUfest.asia

Terkini,

Keraian Muzik M. Nasir Menerusi Persembahan “Gendang Pati” November Nanti


Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur – begitu nama persembahan yang bakal menyapa penggemar di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 18 November 2023, bermula 8 malam.

Ini bukan sembarangan ‘gendang’. ‘Gendang’ yang satu ini auranya sejak dulu dahulu dan sampai bila pun tetap sakti nan tergoyah. Keraian muzik yang mengisi seluruh kecanduan pesta Gendang Pati yang telah memberi kesan saat dipersembahkan tempoh hari di Singapura kini mahu dikongsi dan diserapkan ke dalam jiwa sekalian penggemarnya di Kuala Lumpur.

Dibawakan oleh MND SPORT & EVENT SDN BHD, M.Nasir tidak perlu menjanjikan persembahan yang spektakular atau luar biasa. “Hal ini kerana M. Nasir itu sendiri sudah merangkumi seluruh perkara seni yang luar biasa dan hebat. Jadi kami di MND Sport & Event Sdn. Bhd percaya dengan kemampuan penghibur yang satu ini.

“Beliau telah membawa roh yang kuat terhadap karya yang dilahirkan sejak berzaman dan dendendangkan ia dalam Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur ibarat kerja seni yang akan mengalir dengan lancar dan semula jadi,” ujar Daniel dari MND Sport & Event Sdn. Bhd.

Untuk menyaksikan Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur, tiket dengan beberapa kategori harga boleh didapati di laman web MyTicket.Asia. Tiket-tiket berharga RM228 (Bronze), RM258 (Silver), RM388 (Gold), RM428 (Platinum), RM488 (Diamond) dan RM888 (Meet & Greet). Selain layari MyTicket.Asia, tiket boleh dibeli di support@myticket.asia atau hubungi talian hotline 03 8605 0195.

INFORMASI
Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur
LOKASI: PLENARY HALL, KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE
TARIKH: 18 NOVEMBER 2023
MASA: 8.00 MALAM
PENGANJUR: MND SPORT & EVENT SDN BHD
PENERBIT: ROMAN ABADI SDN BHD
TIKET: RM228 (Bronze), RM258 (Silver), RM388 (Gold), RM428 (Platinum),
RM488 (Diamond) dan RM888 (Meet & Greet)
PEMBELIAN : support@myticket.asia / HUBUNGI TALIAN 03 8605 0195.
MEDIA SOSIAL : INSTAGRAM : @mndsportnevent

Highlight, Review,

“Igau” Terus Mengikat Vanessa Reynauld Dalam Ilham Balada

Lagu: Igau
Artis: Vanessa Reynauld
Komposer / Lirik: Naqiu / Wet / Mohsen
Produser: Rudy Nastia

Vanessa Reynauld bakat muda dalam potensi sangat besar dengan percaturan yang betul dia boleh dibentuk dengan begitu current, modern dan Pop. Namun entah mengapa pihak pengurusannya terus menerus memberi lagu-lagu Balada bernada tinggi dan meruntun jiwa.

Setelah duet bersama Naqiu menerusi “Rindu Separuh Nyawa” diteruskan dengan “Andai Itu Takdirnya” dan yang terkini “Igau” membuatkan Vanessa semakin stuck dengan ilham Balada serupa. Saya sebetulnya kecewa dengan hal ini. Vanessa sangat muda, so much in her. Dia penyanyi yang ada soul, ada groove dan style nyanyian yang sangat baik.

Tetapi ketiga-tiga hal itu sehingga hari ini belum saya kecapi daripada mana-mana lagu yang dirilis kecuali “Buat Ku Sempurna” yang setidaknya berjaya mengeluarkan segala keupayaan Vanessa untuk kedengaran current, dreamy and soulful.

Saya meilhat potensi besar Vanessa dalam persembahan muzik yang lebih muda ilham R&B Pop. Mungkin setelah “Igau” Vanessa boleh mencari arah baru bersama produser muda seperti MFMF., Mas Dewangga, Mike Chan dan Iqie Hugh dalam penghasilan muzik yang lebih current.

Rujukan Power Pop seperti Ariana Grande, SIA, Dua Lipa, Bebe Rexha dan Anne-Marie dengan tidak sukar saya percaya mampu meninggikan standard muzik Vanessa tanpa perlu stuck dengan lagu-lagu Balada ‘melandayu’ (Melayu Mendayu) simply because she still young! Vanessa ada look yang moden tapi macam tak seiring dengan lagu-lagu yang dihasilkan.

“Igau” musically sebuah Balada yang okey bagi saya. Melodinya sedap didengar dan produksi muziknya juga kemas. Cuma seawal ia dibuka dengan riff keras gitar itu berbisik di hati saya, it’s too masculine untuk seorang penyanyi wanita. Lagu ini sebetulnya lebih cocok dinyanyikan penyanyi lelaki (Amir Masdi perfect for this).

Saya mencari keserasian dalam attitude Vanessa dengan melodi lagu ini namun saya gagal setidaknya dalam kedua dan ketiga kali mendengarnya. Sekali lagi saya tegaskan lagu ini okey dan suara Vanessa seperti biasa perform sebaiknya but is this the real Vanessa? She needs to be young – to get young.


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Kolaborasi “Magis” Siti Nurhaliza, Mas Dewangga, Jova Devito & Aden King

Lagu: Magis
Artis: Siti Nurhaliza
Komposer / Lirik: Mas Dewangga / Jova Devito / Aden Kin
Produser: Mas Dewangga

Mas Dewangga dan Jova Devito dalam persembahan kolaborasi mereka sebagai komposer juga produser sudah terbilang saya kira untuk bergerak sebagai pelapis komposisi muzik tempatan yang datang dengan idea seimbang antara nilai komersi juga ketersendirian mereka.

Hal ini sudah dibuktikan lewat lagu “Debu” (Dayang & Amir Masdi) , “Amaran” (Siti Nordiana & Bunga) juga “Ring Ring” (Luqman Podolski) yang bergerak sebagai pembuktian dua anak muda ini tidak hadir hanya dengan visi delusi tetapi rasional untuk mengisi katalog Pop tempatan dengan melodi yang mudah didekati dan pada masa yang sama kedengaran cukup current.

Meneruskan kelangsungan karya-karya mereka, Mas dan Jova kali ini bersama Aden King menzahirkan sebuah lagi naskhah berjudul “Magis” yang lebih gempita perkhabarannya dengan persembahan sempurna Siti Nurhaliza sebagai pelantun melodi mereka kali ini.

Kekal berilham pada paksi “Amaran” dan “Sang Purnama” yang pernah dihasilkan sebelum ini, “Magis” hadir dalam persembahan cukup komersil, mengikat dan pastinya tidak sukar mengerakkan liuk tubuh pendengar saat mendengarkannya dengan penghasilan melodi yang cukup solid saya kira.

Saya sangat senang dengan korus lagu ini yang bergerak dalam tempo laju berisi lirik yang cukup puitis tanpa kedengaran canggung. Ia berbalut sempurna dengan melodi dalam teks lirik yang terhasil. “Aku hanya mahu cinta // Dan dirindu oleh sang pujangga yang dipuja // Bagai tanah yang dibaja // Tumbuh mekar cinta”

Vokal Siti is a killer – Sempurna tanpa perlu terlalu banyak modulasi. Dizahirkan secara terus dan tepat mengulik isi cerita yang ditulis dalam lirik yang tertulis. Saya kira lagu ini menjadi bukti terbaik untuk Siti kekal dalam persembahan lagu begini selepas “Anta Permana”.

8.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Kedewasaan TUJU Dalam Persembahan Fusion “Hingga Hujung hayati”

Lagu: Hingga Hujung Hayati
Artis: TUJU / Zainal Abidin
Komposer / Lirik: TUJU
Produser: TUJU

Telah jauh perjalanan bermuzik TUJU dalam sedar dan tidak dia sudah memberikan satu pengalaman menikmati muzik dengan begitu berbeza. Apa yang ada padanya? Attitude. Itu hal yang cukup kuat untuk TUJU bergerak sendiri tanpa perlu dibayangi siapa pun.

“DISKO” menjadi buah tangan sebelum ini bersama LOKA B dengan sebuah pengisian muzik yang bergerak sebagai uji kaji baru arah muziknya yang mungkin tidak sebegitu dominan sebelumnya. Dan berceirta tentang uji kaji dalam muzik, TUJU sekali lagi bereksperimentasi dengan sound fusion yang menarik pendengaran.

“Hingga Hujung Hayati” dipersembahkan bersama legenda muzik Fusion Folk Pop tempatan Zainal Abidin yang sangat dikenali dengan bunyi-bunyian asing di pendengaran muzik lokal yang datang dengan satu pengalaman berbeza.

Hal-hal ini diterapkan TUJU dalam single terbarunya ini tanpa kedengaran canggung dan berbalam. Menyatukan dua jiwa daripada arah muzik berbeza tetapi saling membaluti, melengkapi. Lagu ini saya kira a smart move untuk seorang pemuzik seperti TUJU untuk bergerak sebagai seorang pemuzik yang matang dan bergerak akal bijaknya.

Saya sering membayangkan the good pair untuk berkolaborasi bersama Zainal Abidin ialah Amir Jahari but TUJU give a sweet surprise. Lagu ini antara komposisi muzik dengan kemasan produksi yang terbentuk kemas dan melekakan.

Ia mungkin bukan hadir sebagai naskhah komersil yang akan mengisi FYP tikTok anda but this sound, this collaboration is much needed untuk sebuah perkembangan muzik tempatan yang beragam. Saya senang dengan idea keseluruhan lagu ini yang berhujung cemerlang dengan sample lagu “Hijau” yang pernah dirakam Zainal dahulu. Beri ruang untuk pendengaran anda benar-benar mesra dengan lagu sebegini.

8.9/10


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik,

Menyelami Jiwa Merdeka dR. Sam

Berilham muzik Reggae dalam balutan lirik berjiwa merdeka, Dr. Sam terus diingati sebagai seorang penghibur Patriotik.

Setiap kali menjelangnya bulan merdeka, lagu “Saya Anak Malaysia” pasti akan menjadi melodi yang berdendang di sana sini sebagai lambang kesatuan bangsa yang melambangkan jiwa besar patriotisme kita semua. Pelantunnya dR. Sam atau nama sebenar Salim Ibrahim menyinggah pasaran muzik tempatan dengan naskhah penuh kemanusiaan.

Pemilik nama penuh Salim Ibrahim antara bakat muzik yang awal merakamkan album solo dalam jaluran muzik Reggae. Bekerjasama dengan beberapa bakat muzik seperti M. Nasir, A. Ali dan Manan Ngah, namanya mula mengisi pasaran muzik tempatan di tahun 1983 dengan pengedaran album “Abu Nawas”

Bersama label Polygram ketika itu diisi dengan barisan sepuluh lagu diterbitkan oleh dua maestro muzik tempatan Michael Veerapan dan M. Nasir. Namun nama dR. Sam lebih dikenali ketika album ketiganya beredar.

Hits “Saya Anak Malaysia” yang diisi di album ketiganya itu benar-benar memberi momen tersendiri buat dR. Sam bergerak sebagai pemuzik. Dengan hampir kesemua lagu dihasilkan M. Nasir bersama penulisan S. Amin Sahab album ini bergerak dengan ilham Folk Nusantara.

“Sejuta Kalau Seribu Mungkin” menjadi sebuah lagi lagu yang memberi hits untuk dR. Sam di album ini. Ilham muzik dominan sifu M. Nasir di lagu ini dengan gaya mid-tempo menjadikan ia sebagai salah satu lagu yang cukup menarik di album ini.

Kisah dalam lagu-lagu yang berisi di album ini berlegar ilham masyarakat. Jiwa dalam lirik yang ditulis benar-benar menyelami kisah masyarakat biasa. Hal ini jelas dalam lagu seperti “Tuan Doktor”, “Raja Lelong” dan “Peristiwa di Tengah Hari”.

Album “Sinar Harapan” yang diedarkan pada tahun 1987 menjadi album terakhir yang dirakamkan dR. Sam namun apa yang sudah dipersembahkan menerusi lima album kesemuanya – Abu Nawas (1983), Sayang Oh Sayang (1984), Saya Anak Malaysia (1986), Semarak Merdeka (1987) dan Sinar Harapan (1989) akan sentiasa diingati pengikut muzik 80-an khususnya.

Kesemua lagu-lagu daripada dR. Sam boleh didengari di saluran YouTube EMI – Getaran Nostalgia.


ARTIKEL BERKAITAN

lyodra tak dianggap
Highlight, Review, Terkini,

“Tak Dianggap” Sebagai Sebuah Keutuhan & Pembuktian Karier Muzik Lyodra

Lagu: Tak Dianggap
Artis: Lyodra
Komposer / Lirik: Mario G Klau
Produser: S/EEK

Sedang semakin selesa mengatur pemasaran muziknya yang sentiasa disambut baik penggemarnya, Lyodra antara bakat muda muzik Indonesia yang saya kira rilislah apa jua naskhah pasti akan beroleh jutaan strim.

Hal ini sudah jelas terbukti dua tiga tahun kebelakangan ini sejak hits “Pesan Terakhir” meledakkan namanya dengan luar biasa sekali dengan terus bertaut pada populariti lagu lainnya seperti “Sang Dewi”, “Menyesal” dan “Ego”.

Mahu terus memberikan kebahagiaan buat penggemarnya Lyodra meneruskan perjalanan bermuzik dengan sebuah lagi pertaruhan Balada menerusi lagu ciptaan Mario G Klau dengan judul “Tak Dianggap”. Ini bukan kali pertama kolaborasi dua anak muda ini – sebelum ini Mario menghasilkan Ego dan Pesan Terakhir buat Lyodra.

Berasas ilham muzik yang tidak sukar menembus jiwa pendengar, Mario G Klau saya kira seorang yang handal dalam menghasilkan Balada. Hal ini sudah terbukti dalam lagu-lagu ciptaanya sebelum ini seperti Tak Ingin Usai (Keisya) dan Tak Segampang Itu (Anggi).

Ia mengikat pendengaran tanpa terlalu sukar. Dengan chord muzik yang mudah, lagu ini terhasil baik kerana melodinya yang tidak kompleks dan terhasil tanpa perlu memikirkan gelombang naik turun dinamiknya tetapi hanya bertahan pada teras emosi yang disalurkan sahaja. Saya kira inilah kunci kejayaan kebanyakan Balada galau Indonesia.

Kemasan muzik yang dilakukan S/EEK memberi nilai tambah untuk lagu ini kedengaran current biar masih berasas Balada. Vokal Lyodra seperti biasa tanpa perlu terlalu mencuba melantun nota-nota terlalu tinggi atau runs yang tidak-tidak. Dia cukup bersahaja menyentuh emosi pendengar. Antara Balada yang baik terhasil tahun ini. Berbandi “Ego” saya kira “Tak Dianggap” lebih mengikat.

7.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review,

“Crush” Sebuah Isyarat Baru Arah Muzik Eva Celia

Lagu: Crush
Artis: Eva Celia
Komposer / Lirik: Dimas Narawangsa / Marcello Laksono / Eva Celia / Petra Sihombing
Produser: Petra Sihombing

Melangkah sebagai pemuzik juga penyanyi yang bertapak itu harus beiring perkembangan juga kematangan. Baik daripada citarasa muzik yang semakin baik sehinggalah imej, visual dan pengalaman menikmati muzik as a whole – penyanyi harus evolve seiring masa.

Dan Eva Celia satu daripadanya yang lebih saya awal menyaksikannya pertama kali di pentas Red White Jazz, Kemang Jakarta (Telah tidak lagi beroperasi) yang mengalun merdu lagu-lagu asal Takkan Ada Cinta Yang Lain (Titi DJ) dan Prahara Cinta (Hedi Yunus) dengan begitu bersahaja sehinggalah dia menghasilkan album perdanaya – Eva Celia penyanyi yang saya begitu kagumi.

Biar kelibatnya tidaklah sehebat penyanyi Pop lain yang lebih besar jumlah penggemar dan pendengarnya, Eva Celia is a Jakarta music gems! Suaranya, muziknya dan imejnya sempurna membaluti dan melengkapi kehendak branding yang dia bawa.

Cukup sinonim dengan jaluran muzik Jazz, dua tahun lepas Eva Celia buat pertama kalinya saya kira menembus pasaran muzik lebih luas dengan single kolaborasi bersama Diskoria dan LaleIlmaNino menerusi hits “C.H.R.I.S.Y.E” yang sehingga hari ini saya percaya sudah distrim lebih 10 Juta kali banyaknya.

Setelah itu Eva menjalani kehidupan sederhana, sepertimana penyanyi wanita lainnya diam seketika mendirikan rumah tangga. Sehingga baru-baru ini dia merilis dua single terbaru yang bakal diisi di album penuh keduanya dengan ilham baru, gerakan baru dan persembahan serba segar.

Hal ini jelas tertulis di single perdana “Crush” yang memberi dimenasi baru muzik Eva Celia. Terhasil lebih dalam persembahan muzik Synth / Elektronik R&B dalam stail Pop. Mendengarkan intronya sahaja sudah memberi keterujaan buat saya menikmati keseluruhan lagu ini yang terhasil dalam sebuah persembahan yang belum pernah kita nikmati dalam karya Eva sebelum ini.

Killer utamanya masih lagi terletak pada nyawa persembahan effortless Eva yang bercerita menerusi lagu. Korusnya menangkap dengan sekali pendengaran dengan groove dalam kemasan muzik yang membaluti sempurna feel yang diberikan Eva sepanjang lagu.

“Crush” saya kira bergerak sebagai sebuah pembuktian betapa evolve nya Eva Celia sebagai seorang pemuzik, penyanyi yang semakin matang dan bercitarasa tinggi dalam muzik. Persembahan lagu begini saya kira mungkin tidak hadir untuk memenuhi pasaran muzik semasa tetapi amat diperlukan dalam membentuk ekosistem muzik yang baik. Tastefully produced!

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Mencari Cinta Yang Hilang Di Versi Baru “Begitulah Cinta”

Lagu: Begitulah Cinta
Artis: Ahmad Dhani / Raisa
Komposer / Lirik: Odie Agam
Produser: Ahmad Dhani

“Begitulah Cinta” sudah menjadi lagu duet yang cukup legenda sekali. Sudah dirakam dalam beberapa versi daripada Vina Pnduwinata bersama Harvey Malaiholo sehingga kolaborasi Harvey bersama Sheila Majid. Naskhah romantis ini bergerak sebagai sebuah lagu cinta yang cukup indah membuai dalam setiap versi.

Ahmad Dhani mengundang Raisa dalam memberi nyawa baru pada lagu ini dalam kemasan muzik yang berbeza daripada apa yang biasa kita dengar. Agak janggal pada awalnya dengan susunan muzik yang agak bereksperimentasi membuatkan ia kedengaran agak sedikit canggung.

Kelembutan yang biasa kita dengar di versi Harvey Malaihollo itu dipersembahkan Ahmad Dhani dengan cara yang sedikit keras bagi saya penghasilannya. Feel lagu ini bagai tidak memberi kehendak melodi asasnya.

Kolaborasi Raisa dan Ahmad Dhani juga agak kurang mesra sifatnya. Chemistry kedua-dua vokalis ini tidak seimbang dan tidak membaluti sesama sendiri jiwanya. Saya saat menghabiskan lagu ini terasa seperti diseksa akan gubahannya yang tidak menarik dan sedikit membunuh feel sebenar lagu ini.

2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Idgitaf Membebaskan Jiwa Menerusi Persembahan Pop “Mengudara”

Album: Mengudara
Artis: IDGITAF
Produser: Michael Rodovo / Ricco / Ibnu Dian / Wisnu Ikhsantama / Rama Harto Wiguna / Luthfi Adianto / Raka Bagaskara

Brigita Meliala atau sinonim dengan nama pentas IDGITAF mencuri perhatian dengan single “Terpikat Senyummu” yang beredar di tahun 2021. Sejak itu dia konsisten tidak hanya dengan penghasilan single baru malah cukup aktif dalam penerbitan album penuh.

Meneruskan kelangsungan bermuziknya yang dibaluti ilham Folk, Pop dalam bait-bait puitis lirik yang rata-ratanya bercerita tentang kepayahan dan kebebasan hidup – sebuah emansipasi dalam lagu menerusi cerita yang cukup dekat dengan jiwa-jiwa rapuh hari ini.

Setelah EP “Semoga Sembuh” tahun lalu, IDGITAF tidak mengambil masa yang lama untuk melengkapkan sebuah album untuk penggemarnya. Ilham yang sedang laju saya kira mengalir dalam ruang ideanya ditafsir sebaiknya dalam lagu-lagu yang dihasilkan.

Menyenangkan mungkin itu perkataan terbaik menggambarkan keseluruhan album ini. Melodi yang dihasilkan tidak kompleks dan terus merasuk. “Mulai” membuka album ini dengan dengan bait “Silahkan masuk // Harimu buruk // Jangan merajuk // Aku nyanyikan kau tinggal duduk.” Dengan barisan lirik pembuka itu sahaja IDGITAF sudah membuat kita senang tersenyum dengan persembahannya.

Hal ini diteruskan dengan baik menerusi lagu “Satu-Satu” yang beredar awal sebagai single perdana album ini. “Aku sudah tak benci // Walau nyatanya merugi // Terdengar tidaknya kata maaf // Dada lapang terima semua.” IDGITAF benar-benar membebaskan ruang lapang dalam sebuah cerita melepaskan dan memaafkan. Terlalu banyak hal yang baik di lagu ini terutama liriknya jika diamati sebaiknya.

“Dermaga” membuat saya semakin menyenangi penulisan IDGITAF. Susunan katanya terlalu flawless dalam penceritaan yang cukup sempurna sifatnya. “Kuterima kapal baru // Berharap akan jadi sesuatu // Tapi ternyata dia pergi // Lalu ku sendiri lagi.”

IDGITAF mempersembahkan ideanya dalam lagu-lagu yang dihasilkan dengan cukup personal namun relatable bagi kebanyakan orang. Kisah yang ditulis tentang jiwa-jiwa kecil yang tidak didengar disatukan dalam persembahan muzik yang besar jiwanya.


ARTIKEL BERKAITAN