
Lagu: Hilang Kendali
Artis: Aruma
Komposer / Lirik: Denis Ligia / Iqbal Siregar
Produser: SOIN
“Muak” membawa nama Aruma meledak sebagai bakat baru dalam bidang muzik Indonesia dengan penerimaan cukup baik penggemar lagu-lagu galau khususnya. Kisah cinta tidak kira bahagia atau derita sememangnya formula yang mudah mencuri perhatian pendengar.
Maka dengan itu kurang setahun bergelar penyanyi dengan satu hits, nama Aruma sudah cukup diraikan dengan cukup besar sekali. Hal ini pastinya datang dengan pakej bakat serta imej baiknya untuk disukai dengan tidak sukar pengikut muzik nusantara.
Tanpa mahu melengahkan lagu momentum muzik yang sedang begitu diraikan, Aruma menghasilkan single ketiganya dalam masa lebih kurang setahun bermuzik menerusi lagu “Hilang Kendali” yang sekali lagi menjual ilham galau dalam percintaan.
Komposisi muzik duo dinamik daripada Juicu Luicy – Iqbal Siregar dan Denis Ligia menjadi pertaruhan Aruma bersama syarikat pengurusannya Sony Music kali ini. Cukup lembut membaluti vokalnya, melodi lagu ini terhasil cukup simple dengan memberi fokus kepada penghasilan lirik.
Kisah cinta yang tidak diraikan dan harapan yang sia-sia itu saya kira cukup relateable dengan pendengar muda. “Apa ini pertanda // Atau hanya aku yang merasa kau suka // Padahal kau di sana biasa saja.” Cerita-cerita khayalan yang remeh saya kira tetapi dirasi anak-anak muda pastinya.
Lagu ini terhasil okey-okey sahaja bagi saya tetapi ia baik untuk jiwa muda Aruma dan penggemarnya yang pasti. It’s a sweet hopeless romantic song.
6/10
ARTIKEL BERKAITAN