Jumaat datang lagi, senarai lagu-lagu terbaru untuk anda isi sebagai penghibur akhir pekan.
Lagu: Beri Sedikit Waktu
Persembahan: Khai Bahar
Komposer / Lirik: Adi Pawana & Rudy Nastia
Produser: Rudy Nastia
Verdik: 5.6 / 10
Mengambil ilham pada penulisan lirik dan melodi lagu-lagu penyembuhan (healing) – Khai Bahar turut serta dalam menyatukan identiti muziknya dengan ilham ini. Lagu ini bersulam melodi yang sederhana dengan bait lirik yang banyak dalam lagu-lagu Amir Jahari khususnya. “Lepaskan saja apa kau rasa // Kau juga manusia.”
Lagu: Larut
Persembahan: Tomok
Komposer / Lirik: A R.T / FAI / Amylea
Produser: Amylea
Verdik: 4 / 10
Kalau saya produser, saya akan beritahu Tomok untuk bertenang dalam nyanyian. Vibrato sekilo seawal lagu bermula sampai berhujung benar-benar mengganggu. Melodi lagu ini okey berjalan dalam landasan Pop Rock namun agak forgettable terutama bahagian korus yang kurang daya pengikat.
Lagu: Aku Bukan Narsis
Persembahan: Hazama
Komposer / Lirik: Farouk Roman / Hazama / Zel Hadauan
Produser: Farouk Roman
Verdik: 5.7 / 10
Hazama paling juara dalam penghayatan dan lagu ini bernyawa kerana penghayatannya. Seawal ia membuka bahagian verse awal lagu ini sudah enangkap pendengaran saya dengan jiwa besarnya. Lagu ini sebetulnya sudah banyak di pasaran tetapi sekali lagi ia mengikat kerana jiwa besar Hazama dalam bercerita.
Lagu: Gelisah Jiwa Meronta Asmara
Persembahan: Tomok / Siti Nordiana
Komposer / Lirik: Sang Hitam / Didy / Tomok / Nana
Produser: Tomok / Siti Nordiana / Rudy Nastia
Verdik: 2.4 / 10
Nana dan Tomok faham pasaran muzik mereka dan faham apa yang sentiasa penggemar mereka mahukan. Atas alasan itu lagu-lagu leman masih berpaksi pada ilham serupa dan tak ada hal-hal baru yang membesarkan landskap Pop kedua-dua mereka. Berapa banyak lagi lagu sebegini yang harus kita diperdengarkan?
ARTIKEL BERKAITAN