
Lagu: Sampai Kapan
Artis: Ziva Magnolya
Komposer / Lirik: Bemby Noor
Label: Unicersal Music Indonesia
Pasaran Pop muzik Indonesia sentiasa hadir dengan bakat-bakat muda yang tampil dengan ilham muzik current dan kekinian. Ziva Magnolya diperkenalkan menerusi pertandingan Indonesian Idol bersama dua lagi nama besar batch nya – Lyodra dan Tiara Andini.
Ziva mencuri perhatian ketika projek genius Yovie Widianto menghasilkan #TerlanjurCinta sebuah single dalam 3 rendisi berbeza yang dibawakan ketiga-tiga bakat Indonesian Idol ini. Ziva salah satunya yang hadir dalam pesona vokal lembutnya.
Setelah itu Ziva bersama produser LaleIlmanNino menghasilkan “Mata-Mata Hariku” menghasilkan sebuah lagi Ballad yang cukup lembut. No doubt, lagu tersebut dengan mudah mencuri perhatian penggemarnya.
Terkini, Ziva bersama Universal Music Indonesia menghasilkan single ketiga bersama produser Bemby Noor menerusi lagu “Sampai Kapan” dengan sentuhan muzik R&B yang nyata lebih cocok dengan karakter vokal Ziva.
Lagu ini bersifat ringan namun diisi dengan korus yang catchy yang mudah menangkap pendengaran dengan sekali pendengaran sahaja. Feel R&B begini mengingatkan saya pada Rahmania Astrini yang banyak menghasilkan Pop R&B begini.
Ziva memiliki clarity vokal yang sangat baik. Setiap kata diisi dalam lirik ini disampaikan jelas dan tepat dengan emosi yang perlu dia deliver untuk keseluruhan lagu. Ziva saya kira akan punya hayat yang panjang dalam industri muzik Indonesia.
6.8/10
ARTIKEL BERKAITAN
“Soulmate” Persembahan Sederhana Arsy Widianto & Brisia Jodie