Lebih dua dekad mengmudi perjalanan bermuzik yang tiada lelah dan hentinya, Dayang Nurfaizah menjadi aset penting muzik tempatan tidak hanya memberi keterujaan akan bakatnya tetapi evolusi dalam muzik Pop yang sentiasa berbalut ilham baru. Menjelang album Pop terbaru yang bakal dirilis, Muzik Kita menyenarai 10 Lagu Terbaik Dayang Nurfaizah
Lagu: Debu
Komposer / Lirik: Mas Dewangga / Jova Devito / Firdaus Rahmat / Mike Chan / Karim Karam / Acap Salim
Produser Muzik: Mike Chan / Mas Dewangga / Jova Devito
This probably the most underrated among the fans, tetapi saya begitu menghargai penghasilan lagu ini yang begitu memberi satu landskap baru muzik Dayang secara khususnya dan dinamik tersendiri untuk memajukan muzik tempatan secara amnya. “Debu” saya kira evolusi Pop tempatan dengan komposisi segar yang dikemaskan dengan sound dan porduksi muzik yang momentumnya mendepani mana-mana pun lagu yang terhasil pada tahun yang sama. Transisi verse ke korus sehingga ke penghujungnya kemas dan tersusun. Dihasilkan oleh barisan Pop Genius tempatan yang bergabung dalam satu lagu – A MASTERPIECE!
Lagu: x missing u
Komposer / Lirik: Faizal Tahir / Ja’a / Mage / Mike Chan / Tuju / Yonnyboii
Produser Muzik: Faizal Tahir / Adib Hussin / Mike Chan
“x missing u” bergerak sebagai sebuah lagi eksperimentasi Pop yang sangat berjaya dihasilkan. Sekali lagi Dayang berevolusi dengang sound yang sangat current, fresh dan forward. Penghasilannya menjadi bukti idea kolaborasi mampu membuah satu ilham genius. “x missing u” sebuah lagi lagu yang saya kira mungkin the less favorite fans juga pengikut muzik tempatan but usaha Faithful Music bersama Dayang Nurfaizah dalam menghasilkan lagu ini sesuatu yang berani. Keluar daripada kotak standard sound Pop tempatan, biar sehingga hari ini masih belum ada yang mampu menyamai standard yang dihasilkan dalam “x missing u”. Best Pop of the decade.
Lagu: Haram
Komposer / Lirik: Ezra Kong / Hael Husaini
Produser Muzik: Ezra Kong / Hael Husaini
“Haram” satu kelahiran semula Dayang Nurfaizah setelah fasa Balada seperti “Di Pintu Syurga”, “Langit Cinta” dan “Lelaki Teragung”. Kemampuan Hael dan Ezra dalam menghasilkan Pop bernuansa segar memberi satu lagi hayat baru untuk Dayang bernadi. “Haram” datang dengan melodi yang agak lain untuk peminat Dayang yang mungkin ketika itu sudah jemu dengan template melodi “Di Pintu Syurga”. Kolaborasi ini begitu memberi kelebihan untuk kedua-dua mereka (Dayang dan Hael) evolve sebagai pemuzik dan peghibur yang terbuka pada perubahan muzik.
Lagu: Tak Pernah Menyerah (AJL30)
Komposer / Lirik: Akid / Poji
Produser Muzik: Genervie Kam
Genervie Kam is a music genius. Caranya menyusun kembali melodi yang simple menjadi sesuatu yang grand seperti di versi AJL ini menjadi bukti ilham yang kecil jika kena dengan percaturannya ia mampu menjadi sangat besar dan hebat. Tak Pernah Menyerah melalui satu transformasi yang luar biasa daripada versi studio ke versi live yang cukup gah ini. Momentum muziknya semakin hebat ke penghujung lagu. Kemasan muziknya menyatu sempurna persembahan LUAR BIASA Dayang Nurfaizah. This is her best AJL moment.
Lagu: Tiba-Tiba
Komposer / Lirik: Amer Munawer
“TIba-Tiba” dihasilkan mengikut kemampuan luar biasa Dayang sebagai penyanyi yang memiliki jiwa tersendiri dalam penghasilan lagu-lagu bersifat R&B Soul. Melodi yang dihasilkan Amer menerusi lagu ini benar-benar membenarkan Dayang bebas dalam permainan suara dan stail nyanyiannya. Korusnya mengikat dan ini antara lagu yang saya paling puas menikmati persembahan vokal studio Dayang Nurfaizah.
Lagu: Seandainya Masih Ada Cinta
Komposer / Lirik: Ajai / Syed ENV
Produser Muzik: Ajai
Mungkin jika bukan kerana lagu ini, Dayang masih terikat untuk menghasilkan Balada mendayu seperti “Hakikat Cinta”. Karya Ajai yang satu ini memberi magis dalam kerjaya Dayang kerana penghasilannya benar-benar menepati apa yang Dayang perlukan untuk bersinar ketika ia dihasilkan tanpa perlu terikat idea Balada 90-an yang lainnya. Setiap versi live persembahan Dayang akan memberi warna berbeza yang membuatkan kita mendengarnya tanpa jemu. Antara Balada terbaik yang pernah dihasilkan Ajai sepanajng kariernya.
Lagu: Mana Mungkin
Komposer / Lirik: Azalea
Produser Muzik: Azlan Abu Hassan
Lagu ini diterbitkan setelah kejayaan “Seandainya Masih Ada Cinta” dan “Pintaku Yang Terakhir” yang sekali lagi meneruskan ilham R&B Ballad Dayang secara konsisten. Melodi ciptaan Azalea ini datang sempurna menepati kehendak vokal dan stail dalam nyanyian Dayang Nurfaizah. Korusnya antara yang datang dengan daya pengikat yang cukup timeless. Antara melodi Balada Pop dengan infusi R&B terbaik yang pernah dihasilkan.
Lagu: Separuh Matiku Bercinta
Komposer / Lirik: Ajai
Produser Muzik: Ajai
Sekali lagi Ajai memberi magis dalam penghasilan melodinya. “Separuh Matiku Bercinta” sebuah Balada yang dalam jiwa dan perasaannya tanpa memerlukan Dayang berlebihan dalam penyampaiannya. Kesederhanaan melodi lagi ini dibaluti satu jiwa yang sepi dan kekecewaan yang tidak tersifat zahir tetapi dirasai siksa jiwanya. “Separuh Matiku Bercinta” saya sifatkan sebagai lagu paling sedih pernah dirakamkan Dayang Nurfaizah. “Di mana saat indah // Ke mana perginya semua?”
Lagu: Lelaki Teragung
Komposer / Lirik: Natasya / Iman Imran
Produser Muzik: Genervie Kam
Ketika ia diedarkan “Lelaki Tergaung” datang dengan komposisi yang tersendiri yang tidak perlu dibayangi mana-mana Balada yang ada di pasaran ketika itu. Genervie Kam menyusun asas melodi lagu ini menjadi sesuatu yang cukup refreshing untuk sebuah Balada yang memiliki sifat evergreen. Dan buktinya sehingga hari ini “Lelaki Teragung” menjadi salah satu lagu penting karier muzik Dayang Nurfaizah.
Lagu: Hilang
Komposer / Lirik: Audi Mok / Nurfatima
Produser Muzik: Audi Mok
“Hilang” memiliki groove tersendiri biar beralas asas Balada. Ini kelebihan Audi Mok sebetulnya dan dengan kemampuan Dayang lagu ini menjadi sebuah lagu yang istimewa biar penghasilannya melodi simple tetapi jiwanya menepati apa yang diperlukan melengkapkan naskhah ini sebagai lagu yang baik ketika ia diedarkan.
ARTIKEL BERKAITAN