#RetrospektifMuzik,

Hazami – Dinamik Komposisi Melodi Dalam Memberi Justifikasi Vokal Yang Membekas Perasaan

Saya mendengar Takdir (Dayang Nurfaizah) ketika album ini diedarkan sekitar awal tahun lalu dan terbit satu rasa betapa istimewa karya ciptaan Hazami dalam mencorak satu komposisi muzik yang memberi justifikasi pada vokal Dayang. Dan jujur dalam banyak-banyak lagu dalam album sepenuhnya balada itu, Takdir antara lagu dengan persembahan vokal terbaik Dayang.

Dalam erti kata lain saya puas mendengar butir sebutan dan feel Dayang dalam lagu tersebut. Takdir menjadi lagu kedua ciptaan Hazami buat Dayang. Kredit juga goes to Genervie Kam sebagai produser lagu tersebut pastinya. Coretan Cinta yang dimuatkan dalam album Dayang Sayang Kamu menjadi naskhah pertama ciptaan Hazami buat Dayang.

Kemudian saya mencari semula beberapa lagu ciptaan Hazami yang dinyanyikan penyanyi lain seperti Sarah (Tiada Dikau Tiada Makna & Cuma Permainan), Fazli Zainal (Harapan), Anuar Zain (Simpati Cintamu), Azharina (Rawan), Nikki (Pinta) dan Liza Hanim dengan lagu Cinta Kelana yang dimuatkan dalam album penuh terakhirnya Imagin sekitar 2007.

Ternyata lagu-lagu ciptaan Hazami punya dinamik melodi yang cukup bagus sekali. Kraf muziknya masih berlatar melodi balada melayu yang biasa kita dengar tetapi apa yang lebih menarik perhatian saya adalah Hazami bijak menggerakkan melodi ciptaannya sesuai penyampaian penyanyinya.

Sekalipun tidak semua lagu-lagu tersebut disusun dan diterbitkan oleh Hazami, tetapi kraf asal muziknya bagi saya cukup besar sifatnya tetapi masih in control, tiada yang terlalu mencuba menjadi luar biasa.

Hazami memulakan karier nyanyiannya dengan populariti Sonata Musim Salju dan Tekad. Pop yang dibawanya bersulam feel R&B tetapi masih kental feel Melayunya. Tekad masih antara lagu terbaik Hazami sehingga hari ini begitu juga Kata yang ditulis untuk album keduanya.

Lagu seperti Mungkir Bahagia bagi saya antara naskhah melodi yang cukup cemerlang penciptaannya yang memiliki semua elemen penting untuk menjadi malar segar. Dan formula serupa diteruskan dalam lagu Kata Cinta Madah Dusta (Album Nyata) dan Yang Pertama (Yang Pertama/Running) namun dua single tersebut sedikit gagal mendapat perhatian.

Pinta yang dicipta untuk Nikki masih antara komposisi terbaik Hazami yang pernah dicipta sepanjang kariernya selain Rawan persembahan Azharina. Skala muzik Pinta cukup luar biasa bagi saya dan apa yang lebih luar biasa adalah persembahan serba sempurna Nikki dalam lagu yang dimuatkan dalam album berjudul Maharani tersebut.

Sebuah lagi lagu yang cukup underrated adalah karya Hazami buat Amylea menerusi debut Selepas 3. Lagu berjudul Andai dengan feel R&B – Saya sukakan komposisi simple lagu begini. Groove masih terasa dan gabungan vokal Amylea dan back-up vokal yang dibuat Hazami cukup istimewa sekali. Groove yang sama kental dalam album Nyata yang saya sifatkan sebagai album terbaik sepanjang karier Hazami.

Tahun lalu sebelum melibatkan diri dalam pertandingan Gegar Vaganza, dia sempat menghasilkan single ketuhanan berjudul Maha. Lari daripada skop balada ala Mungkir Bahagia, lagu tersebut bagaimanapun tidak begitu mendapat perhatian. Melodinya baik cuma mungkin bukan untuk pasaran massa.

Terkini, Hazami sudah menyiapkan rakaman lagu terbaru Aishah berjudul Malar dan kita masih lagi menanti masanya untuk single tersebut dikeluarkan. It is good to know masih ada yang mampu melihat karya Hazami masih memiliki sakti. Untuk popular tiada jaminan tetapi untuk menjadi timeless dan sentiasa boleh didengar pada bila-bila masa itu pasti. Malah saya kira karya-karya Hazami biar kental jiwa melayunya tetapi masih punya kelas dan lebih baik daripada mana-mana lagu komposer muda seperti, ermm tidak mengapalah.
Terus sukses buat Hazami daripada Muzik Kita. Berikut Senarai Lagu Terbaik Ciptaan Hazami sepanjang masa.

PINTA
Penyanyi: Nikki
Album: Maharani (2005)
Arranger / Produser: Sharon Paul

Semua tentang lagu ini bagi saya cukup timeless – baik penciptaan melodi, lirik, susunan muzik cukup kemas Sharon Paul dan yang pastinya vokal memukau Nikki yang memberi justifikasi terbaik dalam lagu berjudul Pinta ini. Truly masterpiece!

KATA
Penyanyi: Hazami
Album: Kata (2005)

Formula Pop paling cemerlang sepanjang karier Hazami. Kraf lagu ini cukup asli dalam acuan yang tersendiri. Biar usia lagu ini sudah lebih sepuluh tahun namun ia masih segar untuk didengar tanpa jemu dan tanpa rasa ke belakang.

SIMPATI CINTAMU
Penyanyi: Anuar Zain
Album: Anuar Zain (2011)
Arranger / Produser: Irwan Simanjuntak

Sayang lagu ini terbiar begitu sahaja tanpa didengar umum kecuali penggemar Anuar. Landskap penciptaan Simpati Cintamu sememangnya acuan muzik yang biasa ditulis Hazami (dengarkan lagu-lagu dalam album Yang Pertama…Running). Irwan Simanjuntak yang bertindak sebagai arranger membuatkan standard lagu ini menjadi lebih baik dan menjadikannya cukup kemas sekali.

RAWAN
Penyanyi: Azharina
Album: Rawan (Single)

Antara lagu ciptaan Hazami yang datang dengan killer chorus. Melodi lagu ini cukup syahdu, melankolik yang terlalu but feel lima bintang Azharina dengan skil nyanyiannya membuatkan segala kesyahduan melodi ini tidaklah kedengaran terlalu meleweh (Atau saya yang in-denial lol).

ANDAI
Penyanyi: Amylea
Album: Selepas 3 (2008)
Arranger / Produser: Hazami

Saya sukakan simplicity yang ada dalam lagu ini. Latar muzik R&B yang cukup minimal tetapi masih memilki groove yang cukup baik. Mendengarkan semula lagu ini sekarang membuatkan saya fikir Hazami sudah 10 tahun ke depan berbanding lagu-lagu yang berada di carta teratas hari ini.

TIADA DIKAU TIADA MAKNA
Penyanyi: Sarah
Album: Tiada Dikau Tiada Makna (2005)
Arranger / Produser: Hazami

Inilah yang saya maksudkan pabila saya katakan Hazami seorang produser / komposer yang bijak memberi naskhah yang mampu memberi justifikasi pada kemampuan penyanyinya. Dinamik vokal Sarah cukup dirasai dalam lagu ini. Saya cukup puas mendengar penyampaian hebatnya yang pastinya datang daripada kekuatan melodi yang dicipta Hazami. Sebuah lagi lagu dalam album serupa ciptaan Hazami buat Sarah berjudul Cuma Permainan.

MUNGKIR BAHAGIA
Penyanyi: Hazami
Album: Kata (2005)

Hazami membawa ilham Balada ke satu tahap yang lebih kemas dan berstruktur. Saya sukakan corak kemasan muzik Mungkir Bahagia dan tentu saja feel yang cukup mendalam daripada Hazami. Contoh terbaik naskhah malar segar yang akan sentiasa senang untuk dinikmati.

CINTA KELANA
Penyanyi: Liza Hanim
Album: Imagin (2007)
Arranger / Produser: Genervie Kam & Hazami

Imagin saya sifatkan sebagai karya terbaik Liza Hanim. Puas, itu perkataan yang tepat menggambarkan betapa senangnya saya mendengar persembahan sempurna Liza Hanim dalam Cinta Kelana. Sayang sekali lagu ini terpinggir dan jika saya jadi team Liza lagu ini dan sebuah lagi lagu berjudul Semilir akan saya rilis semula.

TAKDIR

Penyanyi: Dayang Nurfaizah
Album: Dayang Nurfaizah (2017)
Arranger / Produser: Genervie Kam

Sebuah lagi gabungan sempurna Hazami dan Genervie yang begitu baik penciptaannya. Biar saya lebih suka kraf muzik Coretan Cinta, tidak dinafikan Takdir lebih mudah kiranya menangkap perhatian pendengar mass. Saya hanya berharap team Dayang akan memberi justifikasi pemasaran yang sebaiknya untuk lagu ini. Maybe a duet version dengan Hazami, why not kan?

PENGALAMAN CINTA
Penyanyi: Bob
Album: Hantaran Hati (2006)

Sebagaimana saya puas mendengar vokal Liza dalam Cinta Kelana begitu jugalah saya puas mendengar suara emas Bob dalam lagu ini. Kombinasi melodi, lirik dan vokal yang maha dahsyat.

IMPIAN
Penyanyi: Jaclyn Victor
Album: Gemilang (2004)
Produser: Edrie Hashim

Impian memiliki pattern muzik kemenangan sama seperti Gemilang. Komposisi serta struktur Impian cukup baik bagi saya Cuma lagu Gemilang terlalu besar skalanya sehingga menenggelamkan Impian untuk menarik perhatian. Namun Impian masih lagi antara penciptaan terbaik Hazami biar agak underrated.


ARTIKEL BERKAITAN

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

#PerspektifMuzik,

As Far We Can Tell, Ini Senarai Rilis Terbaik Separuh 2018

 

Artikel ini sebetulnya sambungan artikel sebelum ini yang mengupas pasaran muzik tempatan yang secara menyeluruhnya masih berlegar dengan lambakan balada daripada bakat muda yang amat diragui bakatnya. Mudah cerita pemasaran muzik yang ada sekarang tidak bervisi dan hanya berdasarkan apa yang seperti dikatakan – pendengar mahukan. Jika benar ini apa yang pendengar mahukan, again saya repeat – kenapa teruk sangat taste muzik korang? Berikut senarai rilis terbaik yang ada sepanjang setengah tahun ini tanpa mengikut turutan.

HARAM (Dayang Nurfaizah & Hael Husaini)
Hael Husaini / Ezra Kong

Diperdengarkan buat pertama kali di pentas Anugerah Neelofa yang lalu –  Lagu ini tidaklah terlalu original (rujuk lagu-lagu dalam album Faizal Tahir 2013) tapi relevan dan segar – baik melodinya, liriknya dan kolaborasi live yang begitu sempurna sekali. Gandingan Hael dan Dayang tidak kedengaran janggal, menyatu dengan sempurna di pentas. Tapi maaf saya  tidak begitu menyukai versi studio lagu ini yang seperti mendengar dua jentera vokal digital yang didayangkan dan dihaelkan (Saya harap anda faham maksud saya).

DEBAR LEMBUT (Salammusik)
Muhd Payung Irhas / Ashraf Salam Azlan

Corak muzik nusantara Salammusik dalam Debar Lembut membuatkan saya fikir masih ada harapan untuk genre begini bergerak tanpa di ‘fusion’ kan dengan cara yang terlalu elektronik. Penulisan lirik Ashraf juga sangat baik. Lagu ini sebetulnya sudah jauh meninggalkan lagu-lagu lain yang ada di pasaran mass hari ini. Peluang untuk melihat lagu ini popular mungkin sukar tapi saya percaya hayat lagu ini akan diingat lama sama seperti apa yang pernah Monoloque lakukan dalam Batu Belah Batu Konkrit (duet bersama Azlina Aziz)

OH! (Leaism)
Lea Ismail

Oh yes! Ini bakat baru paling promising tahun ini. Saya benar-benar sukakan kraf muzik Lea dalam single berjudul Oh! ini. Cukup lembut, menyentuh dan beremosi sekali. Dan saya sukakan cara Lea mengalun butir lirik dalam lagu ini dengan cukup jelas dan sampai cerita dalam teks yang ditulis. Saya berharap kraf begini akan diteruskan dan dikembangkan untuk single yang akan datang. Nasihat saya jangan buat lagu yang bising dan jangan jadi Fynn Jamal.

NJWA (EP)

EP ini beredar dengan hanya tiga lagu yang cukup solid penghasilannya. Ocean saya letakkan antara lagu terbaik yang pernah NJWA rakam sepanjang karier muziknya. Togok nukilan Loque juga menarik dengan eksperimentasi gamelan dalam kraf muzik yang cukup rich bunyiannya. Kualiti rakaman setiap lagu dalam EP ini terlalu hebat bagi saya. Kerjanya cukup halus dan butiran bunyian dapat didengar dengan cukup jelas dan puas sekali.

 

TAK PERNAH HILANG (Kaer & Amylea)

Farouk Roman / Amylea

Kolaborasi komersial yang cukup seimbang dan segala keseimbangan vokal dalam lagu ini menerbitkan satu perasaan yang cukup dalam mentafsirkan teks dalam lirik tulisan Amylea. Saya selalu percaya sebuah balada yang berjaya bukan atas faktor betapa tinggi nyanyian pelantunnya tetapi balada yang berjaya adalah naskhah yang memiliki feel yang sampai pada pendengar. Dan lagu Tak Pernah Hilang ini cukup sifatnya bergerak sebagai sebuah balada yang baik dan bersifat evergreen.

STARFEATHER (Faizal Tahir)
The Faithmen

Sejujurnya kali terakhir saya enjoy karya FT adalah lagu Assalamualaikum dan Negaraku kolaborasi hebat bersama SonaOne, Altimet, Joe Flizzow. Lagu yang lain-lain tu sejujurnya terlalu biasa dan tak ada apa yang terlalu istimewa. Even lagu Malaysia tu pun terlalu biasa untuk saya sebab dia FT jadi expectation kena tinggi sikit. But but but, Starfeather mengembalikan keterujaan saya mendengar FT sepertimana Assalamualaikum dan Negaraku.

Secara teorinya lagu ini terlalulah FT sifatnya tapi saya sangat sukakan cara team The Faithmen menyusun struktur lagu ini dengan efek khas melatari lagu ini dengan justifikasi yang cukup baik. Bukan setakat nak buat dan Nampak moden. Dan saya sangat-sangat sukakan bait ini – “If you feel like you’ve got the weight of the world on your shoulders, Look around, you’re alive, Alhamdulillah…”Indah…

SAMPAI KE HARI TUA (Aizat)
Aizat memang master dalam menulis melodi romantis begini. Raniaku, Dwihati dan Lagu Kita antara contoh lain. Sampai ke Hari Tua mungkin terinspirasi daripada kejayaan Strala tapi saya rasa SKHT lebih romantis, lembut dan menyenangkan. Lagu begini akan jadi klasik sebab yang pastinya akan sentiasa dipasang di majlis-majlis persandingan pengantin-pengantin baru.

 

SEMAKIN (Sarah)

Mera Utama

Saya betul-betul puas dengan comeback Sarah ini yang cukup sifat perasaannya. Vokal Sarah amat gemersik di bahagian awal dan transform menjadi cukup powerful towards the end. This is a very intense balada patah hati yang memiliki esen muzik balada Indo Pop. And its totally okay Sarah at least rujukan awak tidaklah kedengaran kebelakang.

LOVESICK (Midnight Fusic)
Adrian Danial / Arif Kamarudin / Firdaus Azmi / Muaz Rabbani

Sebuah kugiran yang cukup promising. Lovesick sebuah naskhah indie dengan groove dan feel retro yang menarik kraf muziknya. Current dan earworm untuk pasaran urban yang jalannya mungkin bukan untuk pasaran Khai Bahar atau Wany Hasrita yang pastinya tetapi nyata lebih baik daripada kedua-dua itu.

VIBE (Kuizz)
Kuizz Shah

Jumlah strim di Spotify yang melebihi 2 Juta membuktikan Kuizz bukan calang-calang bakat. Saya mula mendengar karya bakat muda ini ketika dia mewakili Malaysia untuk program Air Asia #DreamComeTrue dan single Vibe ini bukti ada sesuatu yang luar biasa dan harus kita sama-sama sokong serta angkat bakat yang bergerak sendiri ini ke standard yang lebih tinggi lagi.

#PerspektifMuzik,

Pola Muzik Sebahagian 2018 – Wacana Keraguan Dalam Perkembangan

Sebahagian 2018 berjalan tanpa kejutan menghidang sejumlah lambakan balada yang datang dengan formula serupa. Dan setelah hampir 2-3 single saya masih tidak faham apa yang membuatkan Khai Bahar begitu dijulang dan lebih saya tak faham lagu sebagus Sentiasa Merinding tak dapat airplay langsung.  I mean kenapa teruk sangat taste muzik korang?

Melihat carta 10 teratas JOOX, Spotify dan RIM buat saya tepuk dahi. Radio masih lagi dengan prinsip atas permintaan tanpa mahu menjadi ‘pendidik’ – what should you listen and what you should not. Media di TV atau akhbar pun serupa. Masing-masing sibuk menjilat yang paling popular demi rating dan circulation.

Pasaran urban Pop (Bukan hip-hop) semakin jauh dengan pasaran semasa, album No.3 Atilia jauh sekali dapat kita dengar diperkatakan, NJWA yang muncul dengan EP tiga lagu yang cukup membanggakan juga semakin meragukan permintaannya. Dan jumlah 2 juta strim di Spotify untuk lagu Vibe oleh Kuizz Shah bagai tiada makna untuk pendengar lokal.


Single Vibe saya kira sudah cukup rencah untuk popular, disenangi malah digilai anak muda. Maksud saya kalau korang boleh enjoy The Chainsmoker, Post Malone, Marshmello, Sahwn Mendes tak ada alasan rasanya untuk tidak enjoy corak muzik Kuizz.

Salammusik antara grup urban yang cukup membanggakan. Saya kira kraf muzik Debar Lembut cukup membanggakan. Intepretasi muzik Melayu asli mereka cukup authentic tanpa diganggu dengan efek bunyi bising sehingga hilang keaslian penciptaan melodi.

Power Pop Vocalist seperti Sarah (Semakin), Misha Omar (Sampai Bila), Azharina (Cinta Terbagi Dua), Liza Hanim (Mimpi) dan Nora (Ada Dalam Tiada) sudah melakukan tugas mereka atas permintaan anda untuk mereka keluar dengan lagu baru. Tapi yang masih berjuta view nya di YouTube masih nama-nama pelik Floor 88 yang ulang guna formula Khalifah, Arif Bahran, Asad Motawh atau Fara Hazel yang urban pada Namanya sahaja.

Jika ada bakat baru yang benar-benar menarik perhatian saya hanyalah Aziz Harun. Setidaknya harapan untuk melihat wujudnya Jason Mraz Malaysia masih lagi ada. Aziz di bawah kendalian Faithful Music punya citarasa muzik yang ke depan dan produksi muziknya bukanlah sebarang. Yang lain tu, mungkin boleh belajar corak muzik Aziz.

CORAK PEMASARAN KAMAR SENI – BUNGA KEJAYAAN
Saya paling tertarik corak pemasaran produksi Kamar Seni yang meminggirkan terus pemasaran digital YouTube dan Online streaming. Fokus terhadap gig dan jual cara konvensional – membuktikan CD does matter! Terima kasih kerana masih percaya corak pemasaran begini kerana after all next 10 atau 20 tahun andai kata tiada lagi YouTube atau Spotify haaa nak dengar kat mana?

Saya harus respek cara Kamar Seni ini dan saya kira mereka cukup berjaya mencipta satu kelompok penggemar muzik yang menyimpang sedikit daripada pasaran radio lokal. Hari ini, back in 2016 bila saya begitu mahu Masdo dan Orkes A. Hizadin popular ketika bekerja sebagai Editor Pengisian Lokal di JOOX menjadi nyata juga setelah penat berkempen untuk menaikkan banner serta memuatkan lagu Bunga dan Kejayaan dalam most of top JOOX Playlist.

 

KAER, AMYLEA DAN IDAYU

Saya kira Tak Pernah Hilang persembahan Kaer dan Amylea satu kejayaan manis buat dua bakat kelahiran Akademi Fantasia ini. Duet yang paling finest menurut saya – melodinya baik, liriknya okey dan yang pastinya vokal mereka tidak dimesinkan seperti suara Dayang dimesinkan dalam Haram (betul-betul haram).

Persembahan mereka sederhana tetapi feel sangat mendalam dan sempurna. Tiada antara mereka – baik Kaer atau Amylea ada yang mahu ‘menjerit’ menunjukkan siapa yang lebih tinggi nyanyiannya (Come on dah 2018, menyanyi nada tinggi melampau atau nak show off skil untuk bukti yang awak hebat menyanyi is so passe). Tak Pernah Hilang dibikin lembut dan menyenangkan tanpa perlu berusaha membuktikan apa-apa – just feel!

Mendengar teaser lagu-lagu baru Kaer di Insta Story miliknya buat saya fikir kita masih ada harapan untuk pasaran Urban Popper berkembang seperti mana di Jakarta. Saya ingin sekali melihat Yura, Tulus, Jaz, Vidi, Kunto Aji, Raisa dan Diastika versi Malaysia berhasil.

Dan mendegar kembali album Selepas 3 (Amylea) yang beredar kira-kira 10 tahun lalu membuatkan saya fikir album tersebut lebih segar muziknya berbanding lagu-lagu carta teratas yang ada sekarang. Semoga Amylea juga berhasil terus dengan single yang lebih baik selepas ini.

Dan dalam clan ini, seorang lagi iaitu Idayu – power house vocalist yang saya kira masih lagi mencari naskhah yang mampu memberi justice untuk kariernya. Nasihat saya, Idayu perlukan senior dalam produksi lagu yang betul-betul dapat memberi justifikasi pada vokal hebatnya. Ajai dan Azlan Abu Hassan dua nama yang saya pasti mampu memberi naskhah yang baik buatnya. Dan saya rasa Bob should join this clan. A duet with Idayu produce by Ajai akan bagi justice buat kedua-dua bakat ini. #percayalah

NOTA AKHIR:
Kita tidak lagi perlukan lagu seperti Bunga (Ara), Luluh (Khai Bahar), Di Matamu (Pian), Yang Terindah (Achey), Aqilah (Floor 88), Sandiwara(Xpose), menahan, menanggung, merintih, merindu semua tu… – Lemas, membimbangkan dan mundur!

 

#RetrospektifMuzik,

Mazlan Hamzah – Peralihan dan Pengaruh Besar Muzik R&B Tempatan

Saya sering mendengar tentang kehebatan muzik Mazlan Hamzah daripada individu-individu senior yang terlibat secara langsung dan tidak dalam lapangan muzik lokal. Namun secara peribadi saya tidak dibesarkan dengan lagu-lagunya. Saya hanya tahu betapa besarnya pengaruh muzik figura yang satu ini terhadap karier Anuar Zain, Hazami dan Sheila Majid khususnya.

Sejujurnya juga saya hanya mendengar single “Aku Cinta Padamu” versi Sheila Majid terlebih dahulu berbanding versi asal persembahan Mazlan Hamzah sendiri. Lagu yang dimuatkan dalam solo album berjudul Refleksi yang diedarkan pada tahun 1987 itu benar-benar memberi intepretasi muzik R&B lokal tempatan yang saya kira punya corak serupa bakat Indonesia seperti Fariz RM dan Utha Likumahuwa khususnya.

Dan terima kasih saya buat Aszuad daripada Cloudworks kerana sudi berkongsi album yang sangat ‘rare’ ini untuk saya dengar dan belajar lebih dalam lagi tentang pengaruh muzik yang dibawa Mazlan Hamzah dalam gerakan muzik urban tempatan.

Mazlan Hamzah dikemudi ilham fikir Nassier Abu Kassim ketika itu merekrut Booty Boys menerbitkan album yang diberi judul “Aku & Diriku” yang diedarkan pada tahun 1984. Sejujurnya saya tidak begitu menggemari konsep muzik Aku & Diriku yang menurut saya terlalu kuat pengaruh Quinary M (Kugiran yang disertai Mazlan bersama Mazuin Hamzah) especially dalam beberapa lagu balada mendayunya termasuklah duet bersama Sheila Majid berjudul Rindu Pada Ayah yang terlalu biasa bagi saya.

Hanya selepas tiga tahun kemuadian, Refleksi (1987) diterbitkan saya kira muzik Mazlan Hamzah lebih ke depan. Album ini diterbitkan oleh Boon dengan barisan komposer seperti Adnan Abu Hassan, Johan Nawawi, Iman Majid dan Mazlan Hamzah sendiri yang menulis untuk lagu Satu Persoalan dan Kau Tiada Lagi.

 

 

Selain hit Aku Cinta Padamu saya paling sukakan groove dalam lagu seperti Beri Setengah Saja (Odie Agam) actually lagu ini juga pernah dirakam oleh Utha Likumahuwa, saya tidak begitu pasti siapa yang asal menyanyikan lagu ini. Jika mengikut selidikan saya, versi Utha Likumahuwa dimuatkan dalam album kompilasi Odie Agam berjudul Beri ½ Saja yang diedarkan pada tahun 1988. Jadi mungkin boleh jadi ia milik asal Mazlan.

All time favorite saya menerusi debut ini tentu saja duet bersama Liza Aziz menerusi lagu Satu Persoalan yang cukup indah komposisinya. Serta beberapa trak lain seperti Tragedi yang kembali groove dan cukup segar sekali penciptaannya.

Album ini saya kira antara karya awal gerakan muzik urban yang seiring dengan album Famieza (Getaran), Azmil (Pilihanku), Sheila Majid (Dimensi), Salamiah Hassan (menghitung Hari) dan Anita Sarawak (Asmara). Wonderful album tetapi terbiar. Masih kurang atau hampir pasti tiada generasi baru yang mahu meninggikan naskhah ini.

 

Jujur sedikit terkilan juga sedih melihat karya-karya hebat begini tidak ditinggikan darjatnya.

Lihat sahaja di negara seberang Indonesia. Karya-karya Candra Darusman, Odie Agam, Utha, Fariz RM sentiasa dirakam semula dengan intepretasi yang terkini dan moden sekali.

Maliq & d’Essentials mengembalikan pengaruh pemuzik legenda ini dalam album terkini mereka seperti Sriwidari dan Musik Pop dengan cukup kental sekali pengaruh Indo Pop 80-an yang dimodenkan dengan cukup menyenangkan sekali.

Saya tidak tahu siapa yang mahu mengemudi impian Muzik Kita ini untuk menjadi kenyataan. Tapi saya sudah beberapa nama yang molek untuk merakam semula lagu hebat seperti Getaran – Famieza (Dayang Nurfaizah), Persis Kekasihku – Sheila Majid (Liza Aziz), Melodi Cinta – Mazlan Hamzah (Anuar Zain), Pilihanku – Azmil (Ferhad), Cintamu Muzik di Hatiku – Anita Sarawak (Noryn Aziz), Kadangkala – Salamiah Hassan (Adibah Noor), Dia – Fran (Syafinaz), Kau Tinggi di Awan Biru – Sharifah Aini (Siti Nurhaliza) dan Hanya Kasih – Uji Rashid (Ernie Zakri).

Buat setakat ini, hanya impian sahajalah belum ada perkembangan positif media kita untuk meninggikan muzik lokal. Yang masih ditinggikan hanyalah cerita sakit mental pelantunnya.

 

Review,

NJWA – Mendalami The Brand New Najwa Mahiaddin

Transisi karier muzik Najwa Mahiaddin (Kini NJWA) saya kira seiiring dengan pengaruh muzik semasa yang semakin dekat dengan ilham lo-fi R&B seperti Daniel Caesar, Sabrina Claudio dan Jorja Smith serta H.E.R yang cukup dominan dengan muzik lo-fi R&B begini.

Ketika EP Aurora diedarkan pada tahun 2014, NJWA tidak lagi mahu memandang ke belakang dengan melakukan apa yang dilakukan dalam abum penuh Innocent Soul yang kental mood Motown R&B yang cukup hebat sekali penghasilannya.

Namun sekuat mana pun saya menggemari NJWA yang di fasa tersebut, sebagai pendengar saya terbuka untuk melihat bagaimana penyanyi dan pemuzik ini berkembang dengan kraf yang mahu dilaksanakan buat penggemar dan juga peminat muzik secara umum.

Dan selepas duet yang cukup indah Sentiasa Merinding menjengah pasaran muzik tempatan tahun lalu, kali ini NJWA muncul dengan EP 3 lagu yang beredar 27 April lalu.

EP self-titled ini dibuka dengan lagu berjudul In The Name of Love yang saya sifatkan begitu organik sekali penghasilannya. Ada feel ‘rainforest’ dengan efek bunyi dan susunan muzik minimal tapi cukup deep. Ibarat sebuah mantra muzik yang cukup mengkhayalkan.

Dan NJWA terus membuat pendengar leka dan khayal dengan lagu seterusnya  Togok – eksperimentasi muzik dengan mengambil sampel lagu gamelan yang disatukan dengan melodi asli lagu ini. Naskhah begini saya kira cukup berat untuk pasaran lokal khususnya tetapi ia buat kita cukup ke depan dengan satu pengalaman menikmati muzik yang tidak banyak sedikit berbeza.

Saya paling sukakan lagu terakhir EP ini berjudul Ocean. Inilah NJWA yang saya nantikan dan sukakan. Penjiwaan dan emosi dalam lagu ini cukup terdalam dan indah sekali penghasilannya. Dan ya, saya cukup puas mendengar vokal NJWA dalam lagu ini.

Mendengar Ocean buat saya tidak sabar menunggu sebuah lagi soulful ballad begini berjudul Take Love Back yang sering NJWA persembahkan di persembahan live-nya.

Review,

Pop Satu Dekad Afgan!

Ketika awal dia muncul mencuri perhatian dengan single Terima Kasih Cinta (Mario Ricardo) suara gemersiknya sudah mula digilai tidak hanya di pasaran Indonesia malah gelombangnya terasa sehingga ke Malaysia.

Dengan tikaman wajah lembut, tutur bersantun dan perwatakan yang menyenangkan, Afgan bikin gadis senusantara menggila dengan kelibatnya dalam pasaran muzik komersil. Nyata percaturan Terima Kasih Cinta yang diikuti dengan beberapa single lain seperti Entah, Sadis dan Klise membawa tuah buat sosok kelahiran asli Jakarta ini.

Dan hari ini selepas sepuluh tahun mengemudi pasaran Pop Indonesia dan nusantara, Afgan muncul dengan sebuah naskhah kompilasi yang lengkap dengan 14 lagu terbaiknya termasuk beberapa lagu baru serta rakaman semula.

Mengenal Afgan dan corak muziknya sebetulnya dia tidaklah begitu grip my soul. Balada nyanyianya dalam lagu seperti Jodoh Pasti Bertemu dan Bukan Cinta Biasa khususnya sekadar meneruskan apa yang pernah dibawa Glenn Fredly, Marcell, Anuar Zain dan Rio Febrian.

Namun untuk menjadi Pop star dalam lapangan komersil lagu-lagu begitu harus diketengahkan terlebih dahulu untuk mengukuhkan nama sebagai penyanyi yang diyakini bakatnya. Beberapa single up-tempo seperti Pesan Cinta, Katakan Tidak, Wajahmu Mengalihkan Dunia dan Tak Pedulimeneruskan populariti Afgan sebagai soloist Pop.

Hanya sehingga Afgan memperkenalkan single Percayalah bersama Raisa dan Kunci Hati menerusi album SIDES membuka mata saya akan keseriusan muzik yang ada pada Afgan. SIDES memberi satu dimensi berbeza dalam persembahan muzik Afgan yang lebih tastefully produced.

Beberapa lagu dalam SIDES benar-benar hebat produksinya. Selain Kunci Hati dan Percayalah lagu-lagu seperti Berani Sadari, Knock Me Out dan Setia Menunggu memberikan standard muzik Afgan pada tahap yang lebih tinggi dan membanggakan. Dan sejak itu, saya kira Afgan sudah berjaya menawan perspektif muzik seperti standard yang saya fikir sepatutnya.

Kelahiran Dekade sebagai sebuah pengalaman sedekad muziknya juga saya sifatkan sebagai sebuah album yang solid sifatnya. Lagu baru kolaborasi bersama Rendy Pandugo dan Isyana Saraswati berjudul Heaven bikin saya semakin kagum dengan citarasa muzik Afgan.

Lagu ini cukup sempurna sifatnya sebagai sebuah kolaborasi yang begitu segar dan terkini begitu juga dengan trak Sudah yang begitu baik penciptaannya. Namun pendengaran saya tentu saja teralih pada kolaborasi Afgan bersama Sheila Majid dalam Bawalah Cintaku.

Lagu karya Bebi Romeo yang diproduksi semula oleh Andi Rianto dengan susunan string lima bintang yang begitu hebat sekali produksinya. Saya jujur melayang mendengar versi duet ini yang cukup lembut, sederhana tetapi sempurna sebagai sebuah naskhah Pop yang menyenangkan.

Afgan di aras satu dekad ini sudah berdiri sama tinggi dengan senior lainnya seperti Marcell juga Glenn dalam kraf muzik yang semakin disenangi dan diterima mudah pasaran yang lebih besar skalanya. Saya kira penggemar Afgan tidak hanya terikat pada satu kelompok tetapi mampu menawan penggemar cross genre lainnya.

Review,

Maudy Ayunda (Oxygen) – Hembusan Pop Dengan Produksi Muzik Yang Seindah Rasa

Mendengar Oxygen kali pertama menerbitkan rasa kagum saya pada Maudy Ayunda yang bermula sangat hijau dengan suara halus ketika dia begitu hit dengan filem Perahu Kertas sekitar 2012. Dan saat itu Maudy doesn’t grip my soul sehinggalah album Moments, Maudy masih tidak begitu menarik perhatian saya kecuali trak Sekali Lagi yang cukup baik penghasilannya.

Namun Oxygen mengubah segala persepsi saya terhadap keseriusan Maudy yang mahu bergerak sebagai penyanyi. Oxygen bergerak sebagai hembus nafas Pop yang cukup matang dan hebat sekali. Pola suara Maudy semakin besar dan kemas dalam penyampaiannya.

Album ini dibuka sebagai prolog Pop yang catchy berjudul Kini & Selamanya yang segar dan punya vibes yang positif seperti menyatakan this is a brand newMaudy! Aku Sedang Mencintaimu balada tipikal Maudy yang tidaklah begitu mengagumkan sekadar okey sahaja penghasilannya.

Saya kira album ini bermula dengan trak Oxygen yang menjadi sebab mengapa saya menyukai Maudy yang baru ini. Lagu naskhah Audi Mok ini seakan cukup cocok dengan karakter vokal Maudy. Semuanya tentang lagu ini cukup baik sekali penghasilannya. Saya mengulang dengar lagu ini berkali-kali sebelum beralih ke trak seterusnya.

Ku Tunggu Khabarmu dan Home to You meneruskan momentum muzik Oxygen yang punya feel urban Pop yang serupa. Tidak terlalu mendayu sekalipun susunan string di belakangnya agak mellow untuk lagu ini tetapi ia masih okey dan senang dinikmati.

Keterujaan saya dalam album ini diteruskan dengan lagu We Don’t Still Water kolaborasi bersama the greatest new talent Teddy Adhitya yang semua maklum feel Soul dan Urban miliknya sangat dasyat sekali. Ini antara trak terbaik album ini. We Don’t Still Water membawa standard muzik Maudy ke aras yang lebih baik.

Alasan Untuk Bahagia sebuah lagi lagu yang memiliki feel R&B yang baik. Saya mudah enjoy dengan lagu-lagu begini especially bahagian korusnya yang cukup catchy dan punya feel 80’s beat. Be Right Back ada feel folk /country pop yang not bad at all. Lagu-lagu begini begitu menyerlahkan vokal Maudy.

Beberapa trak lain dalam album ini saya kira melengkapi Oxygen sebagai sebuah album Pop yang solid dan seimbang antara value muzik dan komersil. Saya happy dengan penghasilan album ini. Feel Maudy bersahaja, produksi muziknya tidak terlalu kedengaran mencuba untuk kedengaran cool tetapi berjaya dalam kesederhanaan yang melengkapi Oxygen sebagai sebuah nafas Pop yang cemerlang.

#RetrospektifMuzik,

15 Tahun Fuuyo! Sebagai Album Urban Pop Paling Tastefully Produced

Pasaran sukar muzik urban ketika era 90-an sehingga hari ini sedikit sebanyak membuktikan sempitnya penerimaan pendengar massa yang tidak begitu memandang muzik ini sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan.

Berbanding di era 80-an saya kira muzik kita lebih beragam dan menerima terbuka pasaran muzik yang keluar kepompong pasaran Balada bunuh diri. Nama seperti Sheila Majid, Freedom, Fairuz Hussein dan Mazlan Hamzah diterima baik bukan sahaja pasaran tempatan malah nusantara.

Pasaran Pop R&B semakin kecil ketika pertengahan 90-an yang dimonopoli kugiran Pop seperti Spring, Slam dan Ukays serta bakat solo seperti Ramlah, Ziana, Haida, Safura dan lain-lain. Tetapi apa yang baiknya radio masih memutar lagu-lagu Sheila Majid, Zainal Abidin contohnya. Berbanding hari ini yang 90 peratus daripada apa yang kita dengar adalah benda serupa.

Afdlin Shauki memulakan karier nyanyiannya bersama Roslan Aziz Production (R.A.P) dengan single Sampai Bila yang dimuatkan dalam album R.A.P 96 yang memberi warna Pop berbeza ketika di pasarkan.

Selepas fasa R.A.P Afdlin mengambil masa cukup panjang untuk mengedarkan debut berjudul Fuuyo! Yang hanya diedarkan pada tahun 2013. Megambil masa 12 tahun untuk menyempurnakan Fuuyo! Album self-fund ini bagaimanapun dipandang sepi tanpa sebarang pendedahan radio khususnya.

Afdlin keluar daripada kepompong Balada bunuh diri dengan menghasilkan sesuatu yang lebih moden. Nuansa Funk, R&B, Jazz yang diadun dalam Pop cara Afdlin saya kira menjadikan muzik kita pada ketika itu ke depan dan lebih bercitarasa antarabangsa (Selain Innuendo, Ferhad dan Reshmonu).

Album ini datang dengan 17 trak yang masih segar biar sudah 15 tahun beredar di pasaran. Funk dalam Aku Lelaki dan Sampai Bila killer album ini. Saya tidak tahu ada atau tidak penyanyi lelaki yang memiliki sisi funk seperti apa yang Afdlin persembahkan dalam album ini.

Aku Lelaki all time fav saya, I can listen to this song at any time. Masterpiece karya Afdlin yang saya letakkan antara terbaik sejarah dalam penghasilkan muzik funk R&B tempatan. Groove dalam trak ini diteruskan dalam lagu seperti Ku Tak Mahudan Tuan & Hamba.

Fuuyo! Tidak hanya fokus pada lagu-lagu berentak rancak sahaja percubaan balada Afdlin tidak juga mengecewakan. Tapi ballad Afdlin bukanlah jenis balada bunuh diri. Afdlin lebih senang bercerita tentang keindahan dalam cinta, persahabatan, tentang istimewanya wanita dan humanism dalam lagu seperti Waras antara kritikan sosial terbaik dalam penghasilan muzik Pop tempatan.

Waras saya letakkan sebagai lagu terbaik dalam album ini. Bait lirik di bawah cukup memperlihatkan betapa Afdlin peka dalam penghasilan muzik yang tidak hanya terikat pada idea putus cinta sahaja.

“Di Malam Ini Aku Mahu Bersendiri
Bertemankan Sunyi
Untuk Ku Tenangkan Hati
Selama Ini Kerap Saja Diganti
Disaat Ini Kulupakan Segala
Masalah Dunia Yang Sering Melanda
Sementara Walaupun Untuk Sementara.”

Keindahan balada Afdlin diteruskan dalam tiga lagi lagu lain seperti Bukan Cinta (Dirakam semula versi duet Amylea & Azan), Hingga ke Akhirnya (Dirakam semula oleh Dayang Nurfaizah) dan Mia Sara. Tiga balada indah, lembut dan tidak meleweh yang pastinya.

12 TAHUN PEMBIKINAN, BERMODALKAN RM130K & DIPANDANG SEPI?
Afdlin dengan batalion produksi Fuuyo! Seperti Mac Chew, Jenny Chin, Acis, Pacai, Aji dan Fenditelah memberikan satu citarasa muzik yang bersifat global. Cuma masalanya, radio tidak ambil pusing akan album ini, syarikat pengedaran ketika itu malah menganggap album ini tiada demandyang memaksa Afdlin menjual sendiri albumnya di blog peribadinya.

Tapi saya selalu percaya demand hanya akan datang pabila adanya pendedahan yang betul. Benda yang baru, yang belum biasa tentu akan ambil masa. Tapi itu bukan alasan untuk kita meminggirkan terus produk yang baru, yang masih kuraR&Bng permintaan. Apresiasi muzik harus sama rata tanpa adanya double standard.

Menurut Afdlin, Fuuyo! Dicetak sebanyak 7500-unit (CD & Kaset) yang sepatutnya diedarkan secara menyeluruh oleh EMI ketika itu. Tetapi entah di mana silapnya, keberadaan album ini hampir tiada di kedai-kedai CD semenanjung Malaysia.

Hal ini membuatkan Afdlin melakukan kerja gila dengan menjual album Fuuyo! Sendiri dengan projek yang dinamakan Afdlin Dah Hilang Akal. Apa yang dia lakukan adalah menyerahkan kepada pendengar untuk meletakkan harga album tersebut jika mereka berminat membeli dengan harga serendah 10 sen. Ya sepuluh sen.

Hal ini saya kira sudah cukup jelas memperlihatkan kekecewaannya terhadap diskriminasi muzik ketika itu terhadap penyanyi yang bergerak sendiri sepertinya ketika itu.

Batalion Muzik Fuyoo! Fendi, Aji, Acis, Pacai dan Afdlin

Membaca komen mereka yang berminat mendapatkan album tersebut, banyak yang menyatakan Fuuyo! Sukar didapati di kedai dan saya kira ini adalah masalah  pengedaran. EMI tak buat kerja? Atau bukan priority kerana hanya dilantik sebagai pengedar?

Mendengar kembali Fuuyo! Bagi saya ia bukanlah naskhah yang berat atau sukar dihadam. Afdlin sudah merencana album ini dengan corak paling Pop yang catchy, easy-listening tapi tastefully produced. Sama seperti apa yang Amy Mastura lakukan dalam Pop-nya. Semuanya ringan tetapi kemas dan berkelas (Ini yang artis hari ini tiada).

Jadi saya tidak pasti mengapa radio menolak Fuuyo! Dan disebabkan sikap atau taste orang radio yang hanya mahu main suicidal teenage ballad sehingga hari ini kita masih dengar lagu dengan formula serupa. Yang berganti hanyalah generasinya.

Terima kasih daripada Muzik Kita buat Afdlin dan batalion muzik Fuuyo! kerana menghasilkan sesuatu yang akan terus kami dengar bangga dan tidak malu untuk diperkenalkan pada kenalan seberang setidaknya.


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik 17 Tahun “Kirana” Sebagai Naskhah Pop Yang Maha Hebat

#PerspektifMuzik,

MenJampi Separuh Lagu Yang Sejati & Yang Akan Terus Tergantung Sepi AJL32

Tinggal hanya beberapa hari kita akan merayakan sebuah pesta muzik yang paling dinanti saban tahun. Di saat AIM semakin sepi – sebut saja tidak lagi relevan. I mean Poova Artis Baru Terbaik mengalahkan SonaOne? Mana dia sekarang dan SonaOne bersama Joe Flizzow menang Juara Lagu, duet dengan Yuna etc etc.

Relevan, itu apa yang cuba saya sampaikan. AIM selepas fasa Ramli MS dan Jennifer Thompson jadi makin krikk krikk. Dan saya pusing tengok, baca dan perhati semula sejarah Juara Lagu nampaknya juara-juara pesta muzik ini lebih menepati terma Lagu Terbaik.

Lagu yang bagus bagi saya harus seimbang segala bentuk. Bukan sahaja keaslian penciptaan melodi yang sedap, lirik yang puitis dan penyampaian yang baik tetapi kena popular. Kenapa kena popular? Kerana hanya yang terbaik dan popular sahaja akan mengecap level Evergreen.

Dan disebabkan itu Kau Kunci Cintamu Dalam Hatiku, Isabella, Janji Manismu, Teratai Layu di Tasik Madu, Tanya Sam Itu Hud-Hud, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta, Gemilang, Lagu Untukmu dan paling terkiniLelaki Teragung menjadi lagu yang sentiasa on demand, yang sentiasa radio pasang dan sentiasa boleh didengar (walaupun kadang jelak jugak).

Lagu-lagu yang saya sebutkan tadi sudah capai satu tahap evergreen dan yang menariknya lagu-lagu tersebut bukanlah lagu-lagu yang menang kategori Lagu Terbaik AIM. Di sini yang saya maksudkan AJL lebih relevan untuk pasaran yang bersifat nasional setidaknya. Penerimaan berterusan dan keseimbangan antara nilai seni muzik dan komersil.

SISTEM PENJURIAN DAN PEMILIHAN JUARA

Saya tidak tahu  bagaimana sistem penjurian AJL dibuat secara details. Setakat yang kita tahu, beberapa barisan juri dilantik untuk menilai dan dan markah secara terkumpul dilaksanakan. Maka yang paling tinggi dikira sebagai juara. Itu perihal standard mana-mana penjurian.

Pabila Tolong Ingatkan Aku persembahan Ana Raffali diumumkan pada AJL Ke-25 mengundang suasana kurang senang. Maka banyaklah pihak yang mempertikai pemilihan yang dibuat juri ketika itu diketuai sifu M.Nasir. Kisah serupa terjadi pada beberapa tahun sebelumnya, pabila Keliru – Ajai & Nurul karya sepenuhnya Aidit Alfian menerima respons serupa.

Masa Kelirudiumumkan Juara ramai yang menebak Nirmala atau Menadah Gerimis. Tapi sejujurnya saya sangat setuju dengan pemilihan Keliru yang lebih Pop, moden dan muziknya ke depan berbanding lagu-lagu yang lainnya. Bak kata idola saya Saniboey, Nirmala tu terlalu Pak Ngah and what’s new about it?

Tolong Ingatkan Aku menepis terus dua lagu hebat Faizal Tahir Selamat Malam dan Hanyut yang disebut sebagai calon juara sebelum malam pertandingan. Namun saya kira Tolong Ingatkan Aku cukup besar sifat humanisme-nya berbanding lagu lain yang terlalu terus bercerita tentang cinta. Lihat sahaja pesaing lainnya Cinta Sempurna, Sofea Jane dan Ku Ada Kamu umpamanya.

Jika ada satu tahun yang saya kurang setuju dengan juaranya adalah AJL 30 bila juri decideuntuk memilih Potret (Akim & The Majistret). Saya tidak cakap lagu tersebut tidak bagus tetapi untuk menewaskan Assalamualaikum (Faizal Tahir) adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Biar sehingga hari ini saya masih rasakan Assalamualaikum harus menjadi juara tahun tersebut.

Jiwa besar dalam Assalamualaikum bukan calang-calang naskhah yang kita boleh dapat selalu dan sejujurnya Potret itu terlalu Pop dan forgettable untuk diangkat sebagai naskhah juara. Mewangi menurut saya lebih baik tetapi gagal ke final pada tahun sebelumnya.

 

M.NASIR PEMEGANG REKOD JUARA TERTINGGI

Sifu muzik M.Nasir memegang rekod tertinggi sebagai komposer yang paling banyak menang sepanjang musim penganjuran Anugerah Juara Lagu dengan empat kemenangan keseluruhan. 3 kemenangan sebagai komposer dan penyanyi dan satu lagi kemenangan sebagai komposer menerusi lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud, Ghazal Untuk Rabiah (Bersama Jamal Abdillah), Andalusia dan Awan Nano(Persembahan Hafiz).

Rekod ini diekori rapat Arwah Adnan Abu Hassan (Jerat Percintaan & Bunga-Bunga Cinta) dan Pak Ngah (Cindai & Balqis) dengan kemenangan sebanyak dua kali sepanjang 32 tahun penganjuran AJL sehingga hari ini.

PRISMA POP AJL 32
Sejujurnya dua belas lagu yang bertanding tahun ini tidaklah berada di tahap yang terlalu bagus. Semua masih berlegar ilham Pop semasa, tidak kurang juga yang sekadar mencedok ilham muzik 90-an yang dah terlalu banyak bagi saya.

Kejutan manis yang saya harapkan tahun ini. Tentu saja saya tidak mahu Warkah Untukku, Lebih Sempurna atau Bayang menang juara. Kalau tiga lagu ini diangkat top 3 sekali pun saya rasa AJL jadi makin tak menarik.

 

Kejutan manis bagaimana yang saya harapkan? Kita imbas kembali kemenangan Apa Khabar yang cukup-cukup membanggakan. Dan sejujurnya saya memang sangat berharap Apa Khabar menang untuk duo hip-hop ini pulang bangga.

Kenapa saya mahu Apa Khabar menang tahun tersebut? Sebabnya mudah, lagu tersebut datang dengan formula muzik yang current, memecah dominasi klise muzik Melayu dan punya nilai evergreen yang akan kekal lama sifat juga keberadaannya dalam pasaran muzik lokal. Korus catchy, lirik jujur telus meaningful dan Apa Khabar sebuah lagu yang bersifat cukup personal tetapi boleh dinikmati semua. Dan arrangementApa Khabar malam tersebut – 5 bintang! A world class performance.

Hal hayat dalam lagu sangat penting bagi saya. Lagu yang bagus senang dan banyak tetapi lagu yang boleh bertahan lama itu yang semakin sukar dicari. I mean siapa saja yang masih mencari Cinta Muka Buku untuk didengar dan lagu tersebut adalah finalis yang menurut ramai sekadar meninggikan rating tontonan (tapi saya tidak menidakkan bakat penciptaan lagu yang ada pada Najwa Latiff).

 

JUARA YANG MANA PILIHAN MUZIKKITA?

Berderu juga DM di Instagram kami bertanyakan siapa yang MK jangkakan untuk menang tahun ini. Secara peribadi dan terus dijelaskan di sini – Jampi memiliki semua elemen yang saya jelaskan dari awal tadi.

Potensi lagu ini untuk dibesarkan sifatnya di pentas AJL begitu luas. Struktur atau asas Jampi saja sudah menang bab originality. Jika disusun kemas seperti apa yang dilakukan Justin Timberlake dalam persembahan BRITS Awards,  Jampi akan wow the whole stadium even the whole semesta.

Lagu ini punya sifat hampir serupa dengan Mirror. All the guitar riffs dari awal hingga ke hujung lagu disatukan dengan susunan string dan tambah trumpet repertoire dan back-up vokal yang strong, Jampi akan buat semua terjampi dengan the whole productionpersembahan tersebut.

Akan tetapi itu hanya visual saya sahaja. Bagaimana team Hael mahu membentuk Jampi saya tidak tahu tapi apa yang saya tahu Jampi cukup segala elemen untuk jadi calon juara terbaik tahun ini. Saya cuma takut kalau Hael tampil dengan idea mirip persembahan Anugerah Skrin tahun lalu. Saya hanya mampu senyum jelah. It was a really bad idea! #JanganBuatLagi #Please

Line-up AJL 32 penuh dengan lagu-lagu yang melodious. Tergantung Sepi punya melodi yang paling sedap, korus cemerlang Aku Cinta dan Akhirnya Cinta juga antara yang bagus. Komposisi istimewa Ajai dalam Separuh Matiku Bercinta antara yang cukup kemas dan terperinci penciptaannya. Saya juga punya harapan untuk Ajai pulang sebagai juara untuk lagu ini.

Persoalan sama ada Sejati mampu dinobatkan sebagai lagu terbaik tahun ini selepas kemenangan AIM 2 tahun lalu belum siapa tahu. Nora dengan Menyemai Cinta Bersamamu menang besar 2 kategori di AIM tapi tewas dengan Seandainya Masih Ada Cinta di AJL. Jadi tiada jaminan untuk Sejati bergelar juara tetapi Sejati kuat di bahagian liriknya begitu juga dengan Aku Yang Sebenar (Hazama) yang mungkin dilihat sebagai calon underdog.

Sebetulnya siapa pun yang menang itu hal kedua. Apa yang paling penting adalah sumbangan AJL sebagai apresiasi seni muzik tempatan itu yang harus kita semua berterima kasih. TV3 setidaknya memberi hiburan yang ada value dan tidak syok sendiri (in terms of penerimaan).

Harapan saya agar TV3 dapat pertimbangkan untuk memperkenalkan kategori Susunan Muzik Terbaik. Sayang arrangement hebat Apa Khabar, Tak Pernah Menyerah dan Lelaki Teragung tahun lalu disia-siakan tanpa sebarang apresiasi. Atau setidaknya beri kredit ketika persembahan dilakukan.

Satu lagi harapan saya buat semua yang akan perform cukup-cukuplah dengan idea drama pentas. Tak perlu berlakon, tak perlu gimik bukan-bukan. Stand still, bergerak bila perlu dan bernyanyilah sepuas hati anda. Jangan tenggelamkan lagu yang bagus dengan persembahan yang murah.

Nota kecil: Rujuk betapa besarnya persembahan monokromatik Lelaki Teragung tahun lalu yang hanya bermain dengan melodi, pencahayaan, kostum dan figura Dayang kerana di hujungnya jiwa penyanyi itu yang mahu kita rasakan dan resapi dan merinding. But then again, tak semua punya kebesaran yang Dayang miliki.

 

Selamat maju jaya muzik Malaysia…

#BetariSeni,

Noraniza Idris: Dasawarsa Seni Penyanyi Saduran ke Biduanita Irama Melayu Asli Paling Dihormati

Agungnya seorang penghibur bernama Noraniza Idris dalam memperjuangkan seni muzik Melayu Asli berdekad lamanya amat dipandang tinggi. Bermula di pertengahan era muzik 80-an sehingga hari ini Noraniza Idris masih belum berhenti apa lagi mengalah memperjuangkan irama Melayu Asli yang dijuangkan lebih 3 dekad ini.

Seperti penyanyi seangkatan Ramlah Ram, Wann, Rohana Jalil dan lainnya – Noraniza Idris juga mula menjual bakat nyanyiannya menerus program Bintang RTM pertama kali pada tahun 1983 dan diikuti tahun 1985. Biar hanya layak ke peringkat separuh akhir, bakat yang dimiliki akhirnya menarik minat Life Records yang menyunting Biduanita ini sebagai penyanyi rakaman.

Biar pun di saat itu dia harus siap bersaing dengan penyanyi yang seusianya namun Noraniza berdiri sendiri dengan bermula sebagai penyanyi saduran yang merakam semula hit-hit tempatan dan nusantara seperti Lela Manja. Kemunculan pertamanya menerusi album kompilasi Melayu Deli (1985) yang turut menampilkan nama besar seperti L.Ramli dan S.Jibeng.

Hanya setahun selepas itu dia muncul dengan debut solo berjudul Kaparinyo yang menampilkan 14 trak saduran dan diterbitkan oleh Omar Taib (Komposer malar segar, Rindu Bayangan). Antara hit album ini Bulan Ditutup Awan dan menerusi album ini jugalah menyaksikan kolaborasi perdananya bersama Abdullah Chik sebelum mereka berdua disatukan dalam album penuh.

 

Percubaan Noraniza Idris sebagai penyanyi di sekitar tahun 80-an sebetulnya tidaklah begitu dipandang kerana pada ketika itu penyanyi yang merakam lagu-lagu saduran dikecam dengan stigma penyanyi gred B.

Populariti Ramlah Ram dan Wann ketika itu juga menjadi faktor nama Noraniza sedikit tenggelam dan tidaklah begitu diberi perhatian besar sekalipun percubaannya merakam lagu-lagu Pop seperti Inginku Sandarkan Harapan rakaman semula lagu asal Hetty Koes Endang not bad at all cumanya saya kira di era itu pendengar, A&R dan orang-orang radio lebih selektif serta peka terhadap keaslian. Jadi yang harus diangkat hanyalah yang terbaik sahaja (tidak seperti hari ini).

PERCUBAAN DEMI PERCUBAAN YANG MEMATANGKAN KRAF SENI NORANIZA IDRIS
Namun sebagai seorang penyanyi yang besar jiwa dan cintanya terhadap muzik, Noraniza Idris evolve sebagai bukan sahaja penyanyi tetapi performer – penghibur yang bekerja keras dalam menghasilkan kraf seninya sehingga dipandang dan dihargai.

Album pertama bersama Sony Music terbitan Ramli MS & Jimmy Ali

Selepas tamat kontrak bersama Life Records, Noraniza Idris membawa visi baru bersama Sony Music menerusi album Pop Tradisional yang cukup baik penghasilannya pada tahun 1992. Album yang diterbitkan Ramli MS dan Jimmy Ali (dua individu penting pembikinan album Unplugged Ziana Zain) ini menampilkan sisi Pop yang digabung elemen nusantara dalam 10 trak yang dimuatkan.

Mendengar kembali trak yang disusun semula Ramli MS dalam lagu seperti seperti Rindu-Rinduan dan Alangkah Indah Di Waktu Pagi buat saya fikir album ini memberi suntikan yang sedikit moden tetapi agak sukar diterima ketika diedarkan. Album ini sekali lagi dipandang sepi, tetapi sejujurnya mendengar kembali album ini (di YouTube) buat saya fikir terlalu banyak elemen muzik yang bagus harus dihayati dan dijadikan rujukan.

Kembara seni muzik Noraniza Idris selepas itu banyak berlegar dengan kolaborasi bersama Abdullah Chik sehinggalah legenda muzik ini menghembuskan nafas terakhir dalam salah satu persembahan bersama Noraniza Idris di Kelantan sekitar 1995.

KEBANGKITAN SEMULA DAN FENOMENA ALA DONDANG
Nama Noraniza Idris selepas itu sepi untuk beberapa tahun sehinggalah terbukanya syarikat rakaman Suria Records (SRC) memberi satu lagi peluang untuknya melakukan apa yang dia percaya. Dan ya, kali ini dengan usahasama Pak Ngah dan S.Atan, Noraniza Idris mencuri segala tumpuan yang ada pada legasi muzik Pop ketika itu dengan single Awallah Dondang yang cukup besar skala penerimannya.

Nyata album Ala Dondang memberi justifikasi atas usaha keras dan keyakinan bakat ini dalam memperjuangkan jalinan muzik Melayu Asli untuk diterima lebih meluas dan berada di kasta yang lebih tinggi dan dihormati.

Ala Dondang berjaya dijual sehingga 200,000 unit dan album ini turut mendapat pengiktirafan Anugerah Industri Muzik bagi kategori Album Pop Etnik Terbaik dan sekali gus mendapat pencalonan Album Terbaik tahun 1998.

Tanpa mahu menoleh ke belakang, Noraniza Idris bersama SRC bergerak laju untuk terus menghasilkan lagu-lagu tradisi Melayu ini ke peringkat lebih tinggi. Maka terhasil Pop Dikir dalam Dikir Puteri (Album Mashyur) dan eksperimentasi nuansa Borneo dalam Ngajat Tampi (Album Bekaba) dan akar muzik Sewang milik orang asli dalam Iboq (Iktiraf).

Iboq pernah tercalit kontroversi seketika pabila pihak RTM memutuskan untuk menggali isi lagu tersebut sebelum diberi airplay. Namun menurut Noraniza dalam salah satu artikel Utusan Malaysia (https://goo.gl/QStBDU) lagu tersebut dibikin dengan kajian mendalam beriring kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Pahang.

 

Begitu halus sekali usaha Noraniza Idris dalam menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai pemuzik agar segala yang terhasil bukan semborono. Setiap lagu dihasilkan berisi dan didahului dengan kajian mendalam sebelum dikomersilkan bagi pasaran meluas. Kerja keras yang saya cukup sanjung usahanya.

Ternyata kreativiti penyanyi ini tidak hanya terikat pada penghasilan lagu yang tersendiri sahaja tetapi dia bergerak kemas dan bijak dengan menggunakan pentas sebagai ruang untuk dia terus bereksperimentasi dan berkreativiti.

Iktiraf menampilkan hits berjudul Iboq dan Manira.

Pentas yang saya maksudkan tentu saja Anugerah Juara Lagu. Noraniza saya kira sangat bijak menggunakan peluang yang ada untuk digunakan sepenuhnya dengan cukup bermanfaat. Bermula dengan pembabitan AJL 1997 dengan Awallah Dondang maka seMalaysia bergemalah irama Zapin didendang penuh santun dan disiplin di pentas AJL.

Kegigihan serta kerja keras bintang ini dalam memberikan persembahan terbaik sebetulnya bukan untuk apa jua pengiktirafan tetapi saya kira niat sebenarnya untuk mengetengahkan lagu-lagu tradisi ini ke peringkat lebih luas dan dikenali juga difahami adalah lebih tinggi nilainya.

Persembahan-persembahannya di pentas AJL memberi warna yang cukup tersendiri. Pengalaman sebenar menikmati muzik di pentas dengan iringan muzik live yang mengasyikkan. Siapa saja boleh lupa dengan persembahan cukup kemas Hatinya Tak Tahan?

Liuk lembut bahasa tubuh dalam gerak tari yang disusun dengan disiplin tinggi cukup magical sekali. To be honest saya masih kurang setuju juri memilih Erti Hidup (Dayang Nurfaizah) sebagai juara Etnik Kreatif kerana estetika seni muzik dan persembahan Hatinya Tak Tahan begitu agung sekali penghasilannya.

Saya tidak pasti berapa ramai individu yang memasuki bidang seni muzik komersil tempatan yang mengendong disiplin setebal Noraniza Idris. Jauh sekali mahukan glamor atau populariti kerana saya percaya kehadiran bintang ini sebagai anak seni sekadar mahu berkongsi bakat serta kepercayaannya terhadap muzik Melayu Asli yang semakin haus dan terpinggir ini.

JIWA BESAR ‘AURA’ DAN ‘SAWO MATANG’

Saya tidak mahu begitu mengulas album-album awal Noraniza bersama SRC kerana saya faham semua sudah sedia maklum akan rencana muziknya. Cuma dua album solo penuh terakhirnya, Aura (album terakhir bersama SRC) dan Sawo’ Matang (album studio selepas fasa SRC) yang mahu saya kongsikan betapa besar dan universalnya Noraniza Idris dalam menzahirkan karyanya.

Sepanjang bersama SRC album Aura antara kegemaran peribadi saya. Menerusi album ini Noraniza sudah mula bereksperimen dengan muzik yang lebih beragam atau fusion. Membawa standard muzik irama Malaysia ke peringkat lebih global.

Produksi Aura sangat hebat menurut saya. Lihat saja bagaimana Hala Timur mengembalikan gemilangnya dikir barat dengan suntikan melodi dan lirik yang cukup humanis sekali. Itu belum saya ulas lanjut skala besar muzik dalam lagu seperti Berendoi, Putera Lantai Emas, Syakuntala dan Raja Alang.

Semuanya bergerak atas satu repertoire muzik yang cukup gemilang dan tinggi nilai seninya. Mendengar Aura berserta inlay album ini mampu membantu kita sebagai pendengar memahami isi lagu yang ditulis. Noraniza menulis terperinci akan makna setiap lagu yang ada dalam album ini.

Di sini saya kira nilai hiburan dalam lagu-lagunya bersifat ilmiah. Namun sayangnya jika anda tidak memiliki fizikal album ini anda tidak faham apa yang saya maksudkan. Cara terbaik menikmati Aura adalah dengan membaca isi yang ditulis dalam album ini.

Begitu juga dengan Sawo’ Matang sebuah lagi persembahan cukup rich hasil bunyiannya. Kualiti rakaman album ini dengan susunan string, bassline power dan kombinasi vokal Noraniza dan back-up vocal yang menyatu baik.

Sawo’ Matang bagi saya adalah satu pelayaran muzik nusantara Melayu yang cukup halus penghasilannya. Setiap kali mendengar album ini akan sentiasa wujud kekaguman pada setiap lagu yang dihasilkan. Dua lagu ciptaan Noraniza Idris dalam album ini Hatinya Tak Tahan dan Ayuh Juragan! Masih saya letakkan sebagai lagu terbaik dalam legasi muzik tradisi tempatan.

Mendengar Sawo’ Matang mengingatkan saya pada estetika seni filem dan muzik Drupadi atau Setan Jawa yang dimodenkan dengan bunyian synth dan dikemaskan dengan susunan muzik orchestra yang cukup membuai.

Dengarkan sahaja betapa indahnya susunan muzik Disebut Jangan Dikenang Jangan. Jauh saya melayang membayangkan lagu ini dipersembahkan dalam full string orchestra secara live. Dan feel Noraniza dalam lagu ini melampaui mana-mana persembahan lainnya.

 

MELAKA 17 DISEMBER 2005 – Noraniza Idris SUMBER: Utusan Malaysia.

KES CERAI SMS DAN TENGGELAM BURAM SEBUTIR BINTANG 
Tahun 2005 selepas fasa Sawo’ Matang Noraniza Idris dihimpit kontroversi. Saya kira ini lumrah seorang Primadona – jatuh bangun yang menjadikan ia azimat juga kekuatan untuk meneruskan apa yang diperjuangkan.

Kisah diceraikan Fareez melalui SMS menjadi buah mulut, perhatian media dan massa yang membuatkan kerdip bintang Primadona ini buram sehingga selepas itu masyarakat seperti meminggirnya.

Dalam satu artikel panjang yang cukup menarik daripada Utusan Online Noraniza Idris bercerita lengkap tentang perceraiannya yang sedikit sebanyak menggangu fokus ketika menyertai Separuh Akhir Muzik-Muzik.

Meskipun hatinya tidak tenteram kerana dibebani pelbagai masalah, Noraniza tetap meneruskan perjuangan seninya termasuk menyertai pertandingan separuh akhir Muzik -Muzik pada Oktober lalu.

“Kalau ikutkan hati, saya tidak mahu menyertainya tapi saya kasihan dengan peminat-peminat yang mengharapkan penyertaan saya itu. Belum pernah saya menyertai Muzik-Muzik tanpa pergi latihan. Terasa diri saya seperti artis yang tidak berdisiplin pula.

Bila tidak buat latihan, saya sedikit gelisah sewaktu menyanyi di pentas. Alhamdulillah, saya terpilih juga ke peringkat akhir Muzik-Muzik yang akan berlangsung pada 15 Januari depan (2005).

“Sebenarnya sewaktu di belakang pentas pada pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik itu, saya sedih sangat kerana selama ini sebelum menyanyi, Fareez akan peluk saya untuk memberi semangat. Saya masih tidak dapat mengubah rutin yang sering dilakukan selama ini.”

 

“Sebelum bertanding, saya tetap hantar SMS kepadanya minta restu walaupun dia tidak pernah membalas SMS saya selepas saya menerima SMS daripadanya pada September lalu,” kata Noraniza Idris menceritakan pengalamannya selepas tidak tinggal sebumbung dengan suami. – Petikan Utusan Online (2005)

 

NORANIZA IDRIS HARI INI

Masih lagi meneruskan legasi warisan muzik dan budaya tradisi Melayu, Noraniza Idris hari ini aktif dalam kempern #SaveIramaMalaysia dengan pelbagai aktiviti kebudayaan di bawah Malay World Cultural Paradise (MWCP) badan yang mencari dan melatih bakat-bakat muda yang berminat dalam seni budaya Melayu.

Tahun lalu sahaja dia sudah menyiap edarkan dua single Wangikanlah Hatimu ciptaan Amir Jahari dan AG Coco dan Permata Saadah (Rosli Selasih) yang cukup hebat penciptaannya. Saya masih keliru mengapa radio masih tidak mahu memainkan Wangikanlah Hatimu yang cukup moden, catchy dan sedap sekali melodinya.

Betari seni yang satu ini saya kira sudah terlalu banyak berbudi dalam meneruskan kelangsungan akar budaya Melayu yang entah siapa lagi memiliki jiwa sebesarnya. Saya kagum hormat dengan segala usaha yang dilakukan. Bukan mudah, bukan sedikit usaha kudrat yang telah dilaksanakan.

Tapi di mana penghargaan yang kita letakkan padanya? Radio sudah tidak mempedulikan apa lagi surat khabar jauh sekali majalah yang semakin laju mengejar muka baru bagi kepentingan rating penerbitan.

Mungkin yang tinggal hanya dia yang mahu terus meninggikan akar budaya muzik Melayu. Semoga usaha mulia Noraniza Idris ini berbayar setimpal dengan apa yang telah dia usahakan. Usah biar sampai masa hilangnya permata ini beriiring kesal baru kita mahu mengangkatnya kembali.


ARTIKEL BERKAITAN

Mendekati Aura Bintang 3 Dekad Ramlah Ram Sebagai Biduanita Pop Tempatan