Terkini,

Ruffedge Perkenal MV”Seperti Mereka” And We Still Mesmerize Dengan Vokal Mode

Setelah terhenti seketika fenomena vokal grup di Malaysia satu ketika dulu sehingga pertengahan 2000 bagai tiada yang meneruskan dengan bakat yang solid – boleh menyanyi, harmoni dan mencipta lagu dengan baik. Nama-nama seperti Innuendo, V.E dan Ruffedge semestinya kekal sebagai grup vokal terbaik yang pernah kita ada.

Dengan rangkaian hits bermula dengan Tiada Lagi Cinta, Bila Rindu, Da Bomb dan Khayalan – tahun lalu Ruffedge kembali dengan romantisme “Seperti Mereka” yang sekali lagi menjual vokal harmoni mereka yang masih lagi steady biar sudah sepuluh tahun tidak hadir tanpa sebarang single baru.

Siap melancarkan muzik videonya semalam, Ruffedge menggunakan khidmat arahan Zalhilman Ismail.

Memberi sedikit kelainan pada muzik video ini, Ruffedge memasukkan klip momen-momen menarik kenangan pasangan pengantin yang sempat mereka hiburkan sebelum ini di majlis keraian yang cukup meriah dan penuh cinta.

Seperti Mereka  merupaka lagu ciptaan sepenuhnya Azan Addin tampil feel soulful ballad yang sepatutnya mampu meneruskan kegemilangan Bila Rindu. Vokal mereka senjata utama menawan pendengar semasa dengan kualiti berbeza pada setiap ahli. And we still mesmerize mendengar vocal run Mode yang ternyata maha dasyat!

 

Terkini,

Elizabeth Tan Tampil Dengan Single “Semua Sudah” & Alif Show Us How To Do Pop in 2019! 

Pemasaran muzik Elizabeth Tan seakan membeku seketika setelah fasa “Knock Knock” dan “Setia” yang membawa namanya dikenali sekitar 2016. Dalam beberapa single selepas itu seperti “Tabah” (Audi Mok) dan “Darling” (Bo Amir), Lizzy agak struggle dalam mencari formula tepat dalam memikat pasaran muzik tempatan dengan lambakan bakat baru yang menjual idea Balada bunuh diri.

Namun tidak sekadar mahu terhenti di garisan itu, Lizzy kembali bangkit tahun lalu dengan pengurusan Warner Music dengan melancarkan single “Police Entry” dengan kejayaan luar biasa 9 Juta view di YouTube dan lebih 1 Juta jumlah strim di Spotify untuk single karya Hael dan Ezra itu.

Dan tidak mahu membuang lebih banyak masa, Elizabeth Tan dengan team pemasarannya melancarkan single “Semua Sudah” karya cipta sepenuhnya Alif bersama gandingan lirik tulisan bersama Lizzy sendiri. Nuansa Pop Semasa yang cukup kental sifat muzik Alif ini dicipta penuh groove dalam memikat pendengaran tempatan. And we believe this is how you do Pop in 2019.

Melodi Alif seperti biasa sentiasa tampil dengan ‘hook’ tersendiri yang cukup segar dalam menghasilkan sesuatu yang moden dan terkini. Selain penulisan bait-bait lirik bersahaja yang begitu sinonim dengan karya-karya Alif sebelum ini. Melodi yang catchy, lirik bersahaja yang cukup mudah untuk pendengar ikut dan hafal. “Semua sudah, Nampak pun sudah Kenal pun sudah Sayang pun sudah Gaduh pun sudah Semua sudah…”

Sepertimana dengan begitu kool dia menulis “Sibuk” untuk Kaka, Alif meneruskan penciptaan lagu yang saya kira harus menjadi paksi pop tempatan hari ini. Semua Sudah kini tersedia di semua gedung muzik digital dan muzik videonya dilancarkan 11 Januari lalu sudah mencecah jumlah 1 Juta tontonan sehingga artikel ini ditulis.

 

 

 

Terkini,

KLAV x RL Rilis “Lover” Dalam Versi Lebih Mellow

Kejayaan debut “Basic.” Yang beredar tahun lalu memberi kejayaan manis untuk dua bersahabat ini dikenali di persada muzik Indonesia khususnya. Single “Lover” yang baru diedarkan muzik videonya.

“Lover” Stripped Down dilancarkan 18 Januari lalu meneruskan kelangsungan muzik KLAV dan RL dalam rencana kerjaya mereka. Versi terkini Stripped Down kini tersedia di semua Gedung muzik digital.

Tentang RL x KLAV

  • Ditubuhkan pada tahun 2016
  • KLAV mula mendekati muzik seawal usia 12 tahun dengan minat terhadap instrumen Drum dan mula bermain piano dan gitar secara sendiri.
  •  Dipengaruhi muzik French Kiwi & Jacob Collier
  • Rizkia Larasti atau RL menganggap muzik sebahagian seni yang amat digemarinya sejak kecil.
  • Mula dengan Soundcloud cover lagu-lagu secara indie.
  • Pengaruh muzik neo-soul, Jazz dan R&B dengan menggemari pemuzik seperti Erykah Badu, Aaliyah dan H.E.R

Terkini,

Berikut Senarai Giliran Persembahan AJL 33

Persembahan setaraf konsert mega – itu yang dijanjikan produksi Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 yang bakal berlangsung pada 3 Februari ini di Axiata Arena, Bukit Jalil. Menurut produser AJL di majlis sidang akhbar minggu ini. Patutlah pilihan lagunya begitu nak buat konsert bukan pertandingan. Apa-apa sajalah. Tiada review panjang lebar akan dibuat, not worth my pen. lol. Berikut senarai giliran persembahan malam AJL33 nanti:

  1. Luluh (Khai Bahar)
  2. Jatuh Bangun (Haqiem Rusli/Omar K, Haqiem Rusli dan Ikhwan Fatanna/Aman Ra, Omar K, Haqiem Rusli, Ikhwan Fatanna)
  3. Kau Pun Sama (Syamel/Kidd Santhe/Syamel)
  4. Tak Pernah Hilang (Kaer dan Amylea/Farouk Roman/Amylea Azizan)
  5. Hajat (Hael Husaini/Hael Husaini dan Ezra Kong)
  6. Nisan Cinta (Siti Nordiana dan Jaclyn Victor/Hael Husaini, Mike Chan dan Ezra Kong)
  7. Di Matamu (Sufian Suhaimi/Sirkhan dan Rinkarnaen)
  8. Bunga (De Fam/Omar K dan J Jeevasingam/Altimet)
  9. Semakin (Siti Sarah/Mera Utama)
  10. Bunga (Ara Johari/Laq Hang Nadim/Hang Nadim)
  11.  Haram (Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah/Hael Husaini dan Ezra Kong)
  12.  Sampai Bila (Misha Omar/Sharon Paul/Ahmad Fedtri Yahya dan Shah Shamsiri)

 

#RetrospektifMuzik, Highlight, Terkini,

Meramu Repertoire Magnum Opus “Azlan Abu Hassan”

Jika disuruh pilih satu produser muzik paling berpengaruh dalam hierarki muzik tempatan nama Azlan Abu Hassan yang teratas akan saya letakkan. Kehalusan penciptaan melodi dalam repertoire muziknya terlalu istimewa dan besar bagi saya.

Dari 1985 saat “Sinaran” meninggikan nama Sheila Majid sehingga 1997 saat dia membuat saya melayang sejauhnya dalam Soulful ballad “Selamanya” persembahan cemerlang Innuendo. Tidak satu lagu pun ada yang masih gagal membuat saya kagum dengan komposisinya yang cukup tersendiri.

Lagu “Selamanya” is the reason why Azlan Abu Hassan menjadi one of the best music producer. Penciptaan melodinya  cukup kemas, tersendiri dengan susunan muzik yang seringnya beriiring kemas string atau setidaknya programming dalam bunyiannya cukup rich.

Selamanya menjadi titik kejayaan Azlan saat dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Anugerah Indistri Muzik ke-5

Lagu ini mengenepikan hit malar segar lainnya seperti “Puncak Kasih” Adnan Abu Hassan, “Aku Cinta Padamu” LY dan “Puji-Pujian” karya agung Farihin Abd Fattah yang ketika itu cukup disebut-sebut untuk pulang dengan trofi lagu terbaik. Namun terima kasih buat juri-juri celik muzik ketika itu yang nyata melihat kehalusan penghasilan melodi, puitis lirik dan kualiti produksi tinggi mengangkat Selamanya sebagai lagu terbaik.

Magis Azlan dan Innuendo diteruskan dalam single “Gemawan” dipetik menerusi album kedua grup vokal terbaik tempatan ini berjudul BrandNuEndo yang diedarkan sekitar 2001. Seperti mana Selamanya, lagu “Gemawan” sehingga hari ini menjadi lagu cukup ikonik karya cipta Azlan Abu Hassan.

gandingan azlan abu hassan dan innuendo dalam “selamanya” membuahkan hasil

Kerjasama Azlan Abu Hassan dalam menghasilkan soulful ballad tidak hanya pada Innuendo sahaja. Beberapa nama dominan lain seperti Nora, Adibah Noor, Camelia, Kaer Azami, Hazami, Jaclyn Victor and the list goes on.

Ketika “Keabadian Cinta” Anuar Zain meneruskan kegemilangan Selamanya dan Gemawan, Azlan cukup aktif mencipta cukup banyak hits di awal era 2000 antara yang paling dominan adalah “Menyemai Cinta Bersamamu” Nora, “Terlalu Istimewa” Adibah Noor, “Elegi Sepi” Azharina dan Kaer dalam hits malar segar “Izinkan ku Pergi”. Ziana Zain antara senior yang kerap menggunakan khidmat Azlan dalam hits seperti “Dingin” dan “Lara” selain Ramlah Ram dan single comeback nya “Ketentuan”.

Saya terlalu dekat dengan Karya Cipta Azlan Abu Hassan dan sejujurnya saya sentiasa menanti siapa lagi yang akan menyanyikan lagu-lagunya. Dalam wishlist tentu saja mahu melihat Siti dan Dayang melantun Balada hebatnya.

Dan di tahun 2007 ketika Siti menghasilkan album “Hadiah Daripada Hati” dengan berbekal dua lagu ciptaan Azlan berjudul “Sekian Lama” itu momen terbaik saya kira kerana penghasilan Sekian Lama terlalu baik sifatnya. It’s a gem in the album yang sehingga hari ini saya dengar.

Dua karya Azlan buat Alif Satar menerusi album “Definisi” (2013) berjudul “Kerna Dia” dan “Kesempatan Kedua” menambah lagi dua all time favorite saya dalam diskografi Azlan sebagai komposer dna produser muzik. Kraf muziknya dalam kedua-dua lagu ini cukup istimewa sekali especially Kerna Dia – all those sax in the song is major! 

Tidak tergantung ilham ballad Azlan banyak menerbitkan naskhah moderate Pop dengan feel R&B dalam beberapa lagu rancak seperti Fantasia (Hazami), Hanya di Mata (Erra Fazira), Katakanlah (Nora), Fatalistik (Ziana Zain), Pendita Penipu (Elly Mazlein)

Saya masih menanti melodi-melodi hebat Azlan dipersembahkan oleh Dayang Nurfaizah selain menanti sabar duet Adibah Noor dan Anuar Zain yang masih lagi belum diedarkan. Berikut 10 Karya Cipta Terbaik Azlan Abu Hassan pilihan MK.

  • Menyemai Cinta Bersamamu (Nora)
    Persembahan balada terindah dan terbaik sepanjang Azlan berkarier saya takhtakan pada kesempurnaan Menyemai Cinta Bersamamu yang cukup kemas serba-serbi penghasilannya dibantu penuh indah vokal Nora dan lirik puitis tulisan Ucu.
  • Sekian Lama (Siti Nurhaliza)
    Saya sukakan segala kelembutan yang ada dalam lagu ini. Baik melodi, persembahan vokal Siti hinggalah tulisan Azalea semuanya diramu indah tersusun kemas.
  • Malis Cinta (Sarah)
    Another rare gem yang tidak ramai tahu unless anda fanatik Sarah atau Azlan. Lagu yang dimuatkan dalam solo album terakhir Sarah sebelum menyepi ini cukup dalam sekali perasaannya. Melodi lagu ini begitu tersendiri tanpa mampu dibanding dengan mana-mana lagu pun.
  • Dikalung Kasihan (Imran Ajmain)
    Lirik Imran yang cukup puitis menyatu baik dalam menghasilkan feel Melayu yang cukup kuat dalam ballad ini. Dikalung Kasihan ketika diedarkan saya kira mampu meneruskan kegemilangan Seribu Tahun namun entah di mana silapnya lagu ini tenggelam tanpa air play meluas.
  • Gemawan (Innuendo)
    Gemawan was magical. Seperti mana kuatnya Menyemai Cinta Bersamamu begitu jugalah Gemawan. Harmoni vokal Innuendo dalam lagu ini luar biasa sekali. Lagu yang tidak pernah tua sifatnya – cukup rich dan tersendiri.

  • Elegi Sepi (Azharina)
    Antara penghasilan melodi Azlan yang unik dan berbeza. Asal diberikan kepada Raihan, lagu ini akhirnya memberi tuah buat Azharina dalam kariernya. Antara karya penting Azlan dalam kariernya.
  • Izinkan ku Pergi (Kaer Azami)
    Dalam senarai malar segar Azlan, Izinkan ku Pergi saya kira harus berada dalam senarai teratasnya. Bebarapa lagu buat Kaer yang lain saya suka tentu saja Andai, Bukan Kasihku dan Dalam Kenangan.
  • Selagi Bertahan (Jaclyn Victor)
    Beberapa melodi ciptaan Azlan yang cukup deep sifatnya seperti Malis Cinta (Sarah), Ku Temui (Amylea) dan Selagi Bertahan persembahan Jac ini membuatkan Azlan komposer yang faham akan sebuah rasa yang terdalam dalam mempersembahkan kekecewan dalam lagu tanpa perlu menjadi terlalu lembik dan meleweh.
  • Dedebu Cinta (Misha Omar)
    Dalam satu temu bual yang saya baca baru-baru ini Misha menyebut Dedebu Cinta menjadi lagu yang paling sukar untuk dia nyanyikan. Yet nobody does like Misha, lagu ini terlalu sempurna buatnya dan tiada sesiapa mampu menyamai feel Misha dalam versi studio Dedebu Cinta.
  • Terlalu Istimewa (Adibah Noor)
    Terlalu banyak lagu ciptaan Azlan buat Adibah namun tentu saja Terlalu Istimewa yang paling memberi impak dalam karier Adibah. Sebuah lagi lagu yang saya sangat sukakan dalam album yang sama adalah Fantasi Sebuah Cinta.

ARTIKEL BERKAITAN

Hazami – Dinamik Komposisi Melodi Dalam Memberi Justifikasi Vokal Yang Membekas Perasaan

Terkini,

Bakal Tampil Showcase Solo, Lan Perkenal Single “Twist Abang Sayang”

Tampil solo pasca Kristal dalam single “Berpisah Tanpa Rela” tahun lalu, Lan Solo tampil segar dalam ilham modern twist dalam lagu ciptaannya sendiri berjudul “Twist Abang Sayang” dan nukilan lirik oleh Rozi Sang Dewi.

“Saya telah merancang perjalanan seni saya bagi sepanjang tahun 2019. Oleh itu, bagi memulakan pengembaraan selama setahun ini saya mulakan dengan menghadiahkan sebuah single terbaharu buat peminat.”

“Lagu ini jauh daripada kebiasaan saya iaitu irama twist. Sengaja saya hadir dengan irama ini bagi membangkitkan suasana ceria dan happening di tahun baharu. Semoga aura positif ini dapat membangkitkan mood yang baik-baik sahaja buat kita semua,” ujar Lan.

Tambah Lan yang kini semakin aktif mencipta lagu, idea untuk menghasilkan Twist Abang Sayang ini adalah idea bersama team yang ingin melihat Lan Solo mencuba sesuatu yang lebih fresh dan santai serta mudah untuk diterima ramai.

“Saya mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk menyiapkan lagu ini sepenuhnya sehinggalah ia dilancarkan pada tarikh 9119.

“Saya memilih 9119 kerana antara pilihan susunan nombor yang cantik dan mungkin ia akan memberikan susunan yang baik juga dalam perjalanan karier.

“Selain itu bersempena dengan showcase pertama saya yang juga akan diadakan pada 2 Mac 2019 di Matic Kuala Lumpur. Lagu ini juga antara salah satu langkah promosi untuk menguar-uarkan tentang showcase tersebut,”katanya.

Oleh itu besar harapan Lan agar lagu ini dapat diterima dan tidak dilupakan agar peminat dapat hadir untuk bersama-samanya dalam showcase Lan Solo Next Level nanti.

Terkini,

Ikhlas Re-Jamm Bakal Satukan Sheila Majid, Zainal Abidin & Afdlin Shauki di Pentas “KL-Jamm 2019”

Sheila Majid antara yang akan beraksi di pentas KL Jamm

Bagaikan sebuah konsert reunio, itu gambarkan selepas melihat line-up artis legenda yang bakal membuat persembahan di festival muzik terbesar, KL Jamm, seperti diumumkan pada sesi sidang media di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC).

Barisan artis yang terlibat ialah Datuk Ramli Sarip, Datuk Zainal Abidin, Datuk Sheila Majid, Datuk Afdlin Shauki, Zamani, Amelina, Radhi OAG, Dr Burn, Santesh, Rabbit.Mac dan Sheezy.

Menurut pengerusi penganjuran KL Jamm yang juga Presiden KRU Music Sdn Bhd, Datuk Norman Abdul Halim, KL Jamm yang bakal berlangsung pada 26 hingga 28 April nanti, diharap dapat mengubah persepsi umum dan dunia mengenai industri muzik tempatan, sekali gus mendidik masyarakat untuk lebih terbuka terhadap artis yang mahu mengadakan persembahan di negara ini.

“Idea untuk mengadakan KL Jamm ni tercetus apabila saya berkunjung ke luar negara dan berpeluang melihat festival di sana.

“Jadi, saya terfikir kenapa Malaysia tidak mempunyai acara muzik seperti ini. Sedangkan kita mempunyai banyak barisan artis tempatan yang hebat dan berkualiti. “Jadi saya berharap penganjuran festival ini dapat memberi kebaikan kepada semua pihak terutama kepada industri muzik tempatan dan serantau,” katanya.

KL Jamm yang dianjurkan Music Unlimited International Sdn.Bhd ini, bakal menggabungkan pelbagai genre muzik seperti rock, hip hop, jazz dan juga pop. Untuk urusan pembelian tiket dan keterangan lanjut, layari www.kljamm.com

Highlight, Terkini,

Happy Forty Siti!

gambar: glam malaysia

Separuh usianya diabdikan sebagai penghibur yang memberi inspirasi dan senantiasa dilimpahi kasih sayang penggemarnya senusantara. Buatlah apa sahaja sukar kiranya untuk kita mengenepikan Siti dalam senarai bintang paling disenangi sepanjang zaman.

Seawal “Camar Yang Pulang” didendang penuh pesona di pentas akhir Bintang HMI dia sudah menarik perhatian saya dengan stail nyanyiannya yang cukup tersendiri. I mean who sing like that in 1995? Lenggok R&B yang dipersembahkan dalam lagu tersebut tersemat kemas jiwa melayunya.

Dan di debut 1996 terbitan Suria Records dengan garapan music maestro arwah Adnan Abu Hassan menawarkan barisan single Pop seperti “Jawapan Di Persimpangan”, “Jerat Percintaan” dan all time favorite saya “Antara Usia & Waktu” yang cukup mencuri perhatian.

Percubaan Adnan memberi warna berbeza dalam Pop ketika itu mungkin tidak terlalu ketara tetapi stail serta persembahan vokal Siti dalam album tersebut cukup original sekali.

Bait “Hujan turun tak berirama mentari pudar cahayanya…” dalam Antara Usia & Waktu is major!

Saya boleh ulang dengan tanpa pernah ada jemu. And again di Malaysia who sing like that in 1995? Liza Aziz mungkin. Warna vokal dalam menyampaikan maksud dalam lagu secara terus ke jiwa yang mendengarnya. She’s the master of it sebelum muncul yang lain mengikut formulanya.

Dan obsesi saya terhadap Siti diteruskan dengan “Satu Cinta Dua Jiwa” yang juga masih saya dengar sehingga hari ini. Dress suit fuchsia Michael Ong malam Juara Lagu ’99 masih ingat? One of her best outfit.

Lebih dua dekad di persada muzik, Siti saya kita satu-satunya penyanyi yang sudah bekerja  dengan hampir semua produser muzik ternama.

Namakan saja siapa, Ajai, Adnan, Azmeer, LY, Aubrey Suwito, Helen Yap, SharonPaul, M.Nasir, Mac Chew, Jenny Chin, Roslan Aziz, Pak Ngah, Aidit Alfian, Audi Mok. Semuanya sudah berjaya menghasilkan karya malar segar buatnya.

Malah sensasi Pop seberang, Melly Goeslaw, Glenn Fredly juga Dewiq yang mencipta barisan hits seperti “Biarlah Rahsia” dan “Bukan Cinta Biasa” yang ternyata sekali bukan biasa-biasa hasilnya.

Menyambut usia 40 tahun ini, Siti bakal tampil tour yang telah disusun di beberapa negara termasuk Malaysia, Singapura dan Indonesia. Lebih manis tahun ini bakal menyaksikan kembalinya Siti di pentas Royal Albert Hall London dalam siri Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour.

Satu demi satu kejayaan diukir tanpa perlu kita ulang kerana semua sudah termaktub dalam ingatan. Konsert demi konsert yang tidak pernah gagal memberi kepuasan dan rangkaian lagu-lagu malar segar yang akan sentiasa kita dengar dan raikan kegemilangannya.

Siti jarang gagal buat saya kagum setiap kali melihatnya di depan mata. Pertama kali menonton di Istana Budaya untuk konsert Satu (2009) kemudian Konsert Where The Heart Is di KLCC Plenary Hall (2014) dan yang terakhir saya di Konsert Siti & Friends (2016) di Stadium Negara – semuanya menawarkan pengalaman menikmati “Siti” dengan penuh senyuman kepuasan.

Dua dekad berteduh di bawah lindungan restu penggemar muzik nusantara sebagai pembuka juga penerus rezeki dalam kudrat yang tak henti, nama Siti saya kira sudah terlalu gah di lapangan muzik yang “Tingginya tidak terlawan…” (Cindai; 1997)

Untuk Siti, dari Muzik Kita – Happy Forty!

Pautan Artikel Berkaitan Siti:

10 (Sebelas) Lagu Siti Nurhaliza Ini Patut Dirakam & Dirilis Semula

20 Tahun Adiwarna Sebagai Benchmark Pop Lokal Malar Segar

Sumber gambar: GLAM Malaysia.

Terkini,

Mengenal Nadin Amizah “The Addictive Cake” in Music

Rumpang yang beredar tahun lalu membawa nama Nadin Amizah ke persada segar muzik Indonesia dengan jumlah strim mencecah 2 Juta kini.

Kelembutan melodi “Rumpang” benar-benar memikat pendengan saya saat pertama mendengarnya. Ditambah dengan teks lirik puitisnya menjadikan Nadin dalam senarai one to watch tahun ini dalam lapangan muzik indonesia.

Sweet surprise mengawali tahun 2019, Nadin merilis sebuah lagi single terbarunya berjudul “Sorai” yang meneruskan nota-nota muzik folk dalam persembahan Balada yang cukup lembut dan membuai. Sorai dicipta sepenuhnya Nadin bersama produser muzik Ibnu Dian.

Nama Nadin mula diperkenalkan menerusi single “All Good” bersama produser muzik muda paling handalan hari ini, Dipha Barus. All Good diedarkan pada tahun 2017 mencuri tumpuan pasaran muzik Indonesia dengan acuan muzik EDM dan Pop semasa yang menjadi signatur muzik Dipha. Setelah itu dia muncul duet bersama Adera dalam hits 90-an “Beauty & the Beast” yang lebih menyerlah merdu suara miliknya.

Ciri khas Nadin dalam penyampaian lagu-lagunya menjadikan dia keluar dari kepompong muzik semasa yang merayaka balada tipikal dalam jaluran muzik R&B seperti kebanyakannya. “Rumpan” dan “Sorai” menjadi a good start bakat ini untuk terus menyerlah sepanjang 2019.

TRIVIA

1. Nama instagramnya @Cakecaine merupakan gabungan perkataan Cake & Coccaine – manis dan addictive yang kami simpulkan sebagai “the addictive cake” in music
2. Single “All Good” mendapat 3 nominasi AMI Awards termasuk Karya Produksi Terbaik.
3. Diperkenalkan dengan Dipha Barus menerusi followers di Instagram.
4. Bermula dengan minat terhadap Beyonce, Nadin meluaskan pendengaran muziknya ke arah lebih variasi seperti Folk dan Pop.

Terkini,

Eksplorasi Folk Monita Tahalea Menerusi “Sesaat Yang Abadi”

Pasca pernikahan Monita bersama Bayu Risa masih kami menanti-nanti karya terbarunya. Hanya sekadar single rakam ulang “Antara Kita” yang menjadi pengisian runut bunyi Aruna & Lidahnya, Monita akhirnya kembali dengan single dalam ilham Folk yang menyaksikan dia bereksplorasi dengan bunyian elektronik yang minimal.

Lagu yang dicipta sepenuhnya Monita ini merupakan kolaborasinya bersama produser muzik Indra Prakasa dalam sebuah tema muzik yang disebut scientific- romantic. Hal ini dicipta menurut Monita kerana mahu memberi kepelbagaian dalam muzik yang lebih berisi dan bereksperimentasi.

Tambah Monita lagu ini bercerita tentang sebuah ruang atau personal yang tak lepas dari ingatan. Menariknya, single “Sesaat yang Abadi” tidak hanya tersedia dalam bentuk audio, tetapi juga dirilis dalam format video klip, yang disutradarai oleh Shadtoto Prasetio. Single ini juga telah tersedia dalam semua digital platform dari tanggal 28 Desember 2018 lalu.