Terkini,

Desy Edhar – The Brand New Angelic Voice Dari Seberang

Indonesia tidak pernah kurang bakat-bakat baru yang mahu meneruskan kemjuan muzik mereka. Hari ini kami diperkenalkan dengan seorang lagi bakat baru bernama Desy Edhar yang tampil perdana dengan single “Distraction”.

Beredar di hari kekasih kelmarin, Desy Edhar memperkenalkan bakatnya dengan merilis single perdananya yang cukup kontra dengan nuansa hari kasih sayang ini.

Desy Edhar dikenal aktif sebagai gitaris grup musik pop/jazz asal Samarinda, Aphrodite. Berawal dari fase down dalam hidupnya, ia mulai menulis lagu-lagu sendu yang kemudian diunggah ke Soundcloud. ‘Distraction’ selanjutnya adalah lagu yang dipilih untuk digarap lebih serius. Dibantu oleh Arie Wardhana (Backstage Studio) sebagai music producer, Desy Edhar menguatkan sisi kegelisahannya di lagu ini.

Tak lepas sampai disitu, bersama Made Mun dari Three AM Studio ‘Distraction’ dihadirkan dalam format music video yang juga memvisualkan kegundahan hati yang dihantui kenangan yang tak diinginkan. Simak melalui kanal YouTube Desy Edhar.

 

Terkini,

Maliq & d’Essentials Merakam Semula Rilis Terdahulu di “Abbey Road”

17 tahun menjadi penerus pasaran muzik urban Pop nusantara, Maliq & d’Essentials sudah merakamkan tujuh buah album dengan transisi muzik yang berevolusi serta berbeza dalam setiap krag terkini yang mereka pasarkan.

Meneruskan kelanjutan muzik yang diperjuangkan dalam album terdahulu yang bermula dengan debut berjudul “1st” sehingga “Senandung Senandika” sebuah album rakaman khusus lagu-lagu terpilih daripada 7 album ini dirakam semula dalam sebuah album yang diberi judul “The Essential Hits – Recorded Live in London”.

Menjadikan album kelapan mereka ini lebih istimewa, band yang digawangi Angga, Widi, Indah, Jawa, Lale dan Ilman kini berada di London bagi proses rakaman album ini di salah satu studio legendary dunia, Abbey Road.

“Dalam rangka 17 tahun umur Maliq & D’Essentials, kami ingin merayakannya dalam cara yang istimewa dengan merakam ulang lagu-lagu pilihan dari album 1 sampai 7 di salah satu studio rekaman terbaik di dunia,” ungkap drummer Widi Puradiredja kepada Pop Hari Ini.

Menghabiskan masa seminggu di Abbey Road Studio, album ini dirakam secara live. Sebanyak 10 lagu dirakam semula dengan sebuah lagu baru yang berjudul “Senja Teduh Pelita”. Semua proses rakaman, mixing dan mastering turut dilakukan di sana.

Diskografi
1st (2005)
Free Your Mind (2007)
Mata Hati Telinga (2009)
The Beginning of Beautiful Life (2010)
Sriwedari (2013)
Musik Pop (2014)
Senandung Senandika (2017)

 

 

Highlight, Review, Terkini,

Ardhito Pramono – Jelmaan “Jamie Cullum” Dalam Feel Nusantara

Single “Bila” yang dimuatkan dalam album runut bunyi “Susah Sinyal” memperkenalkan saya pada soloist muda ini namun lagu tersebut tidak begitu melekat di hati (bak kata Sarah) sehinggalah saya mendengar single lainnya seperti “Perlahan Menghilang” dan “I Placed My Heart” yang kemudiannya membawa obsesi saya pada Ardhito dalam dua single meganya tahun lalu “Bitterlove” dan “Fake optics”.

Dan hari ini, 15 Februari Ardhito mengerdarkan EP terbaru “A Letter to My 17 Year Old” yang memuatkan lima lagu yang solid mengutuhkan nama Ardhito di legasi yang cukup tersendiri.

EP ini dibuka cukup impresif dengan lagu “Say Hello” yang saya ulang dengar berkali-kali sudah hari ini. Feel swing, jazz, swinggin’ 60’s dalam groove cukup rasanya. Hanya dengan mendengar lagu ini saja saya boleh katakan ini album 5 bintang.

Diteruskan dengan Bitterlove dan Fake Optics – Ardhito membuat saya fikir dia bukan bakat muda yang sekadar mahu kemilau showbiz. Muziknya datang dengan visi yang cukup jelas ke depan. Dan entah mengapa setiap kali mendengar Bitterlove aura Jamie Cullum terpancar dalam muziknya.

Jazz dan groove dalam EP ini diteruskan lagi dengan single “Superstar” yang saya letakkan sebagai lagu terbaiknya.

Superstar lengkap sebagai naskhah Swing yang dimodenkan dalam penyampaian serta penulisan liriknya yang cukup juicy and playful. Saya mengulang dengar lagu ini berkali-kali sepanjang hari. Such a great piece daripada anak muda sepertinya.

Album ini ditutup lembut dengan lagu “Cigarettes of Ours” dalam feel akustik yang saya sifatkan perfect as a lullaby. Bakat seperti Ardhito memberi warna cukup cerah dalam pasaran muzik Indonesia yang semakin meriah dengan soloist baru yang datang dengan identiti cukup tersendiri.

Setelah Tulus, Kunto Aji, Teddy Adhitya, Rendy Pandugo dan Bam Mastro yang meneruskan apa yang diusahakan Glenn Fredly, Tompi, Sandhy Sondoro dan Marcell khususnya, saya kira Ardhito Pramono siap untuk cukup dikenali tahun ini dalam skala lebih besar dengan segala kredibiliti dan originality yang dia miliki.

It’s time untuk kita di Malaysia to learn something from them dan betulkan apa yang terlalu banyak salahnya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

“Resonance” Persembahan Pop Cemerlang GAC

Highlight, Review, Terkini,

AJL Is Over, Masa Untuk Tukar Playlist & Ini Senarai Lagu Untuk Anda Bulan Ini

Pasaran muzik berjalan laju masih banyak nama yang harus diberi perhatian bagi perkembangan showbiz tempatan. It is really a time to stop talkin about that cheesy pelamin anganku musnah idea. Muzik Kita menyenaraikan beberapa rilis terbaik untuk anda dengar sepanjang bulan Januari – Februari 2019 yang sempat diedarkan serta beberapa lagu di penghujung tahun 2018 yang masih segar serta relevan untuk dinikmati semua. Enjoy!

Truth – Zamaera
Lagu ini diedarkan penghujung 2018 menutup tahun tersebut dan memulakan 2019 dengan sebuah persembahan penciptaan Hip-hop yang cukup melodius dan berjiwa. Saya semakin sukakan kraf muzik Zamera yang bergerak cukup tersendiri dengan estetika muzik yang cukup bervisi.

Pun Boleh – SonaOne & Alif
Duo ini tidak pernah lagi mengecewakan. Selepas “Obvious” mereka tampil penuh groovy dalam sebuah teks yang penuh sindiran. Sick beat, sing-a-long chorus yang pasti melekat di pendengaran biar pertama kali mendengarnya.

Bila Entah – Aisyah Aziz
Duo Hael & Ezra meneruskan magis dalam penghasilan lagu yang berkelas menerusi single terbaru Aisyah Aziz berjudul “Entah Bila” ini. Saya sangat sukakan attitude Aisyah dalam lagu ini dengan feel serta teks lirik yang cukup genius! Classy.

Ur Cute But Boring – Lunadira
Lunadira is all you need to listen now! Bakat muda ini dalam percubaan menjual muziknya dengan cara tersendiri begitu menjadi sekali. Formula the new R&B yang kebanyakan pasaran muzik global hari ini tawarkan berjaya dilaksanakan dengan justifikasi yang cukup baik. Juicy and tastefully produced.

No Space – Alextbh
Alextbh seorang lagi bakat muda lokal yang berjaya memikat pendengaran global. No Space meneruskan segala groove yang ada padanya tanpa kedengaran superficial atau pretentious. A very bright future ahead!

Pipiyama – Shiha Zikir
Saya tidak pasti bila kali terakhir saya enjoy dangdut. Bukan apa lagu-lagu seperti Lagi Syantik dan Goyang Dua Jari bagi saya terlalu &#$%^ sifatnya. But Shiha tampil dengan dangdut yang saya sifatkan sopan dan bersantun – baik struktur muziknya sehinggalah liriknya yang tidak terlalu #$%&* seperti Lagi Syantik dan Goyang Dua Jari.

Kata Hati – Heidi
Saya sukakan melodi lagu ini – melankolik dalam satu feel yang cukup dalam tanpa perlu menjerit dan meraung. Bakat Heidi is one to watch this year selain Jamilah. Semoga justice pemasaran diberikan sebaiknya dalam lagu ini dan Heidi perlukan sebuah lagi single tahun ini untuk mengukuhkan namanya.

Gadees – Zaim Ajmal
Tak banyak bbnu yang menarik perhatian saya tambahan pula yang sibuk nak buat balada bunuh diri. Tapi Zaim mengingatkan saya pada Aziz Harun. Mid-tempo Pop dalam lagu Gadees ini tampil elemen twist minimal dan catchy. Dan Zaim ada suara yang sedap.

Suara Hati – Idayu
Idayu tampil ilham moderate Pop dalam single terbarunya ini. Saya sukakan Idayu yang begini tidak terlalu mellow seperti dua single sebelumnya. Semoga rilis ini memberi justice buat kariernya kerana we need more of this kinda Pop dalam radio.

Simpan Sedikit Rindu – Asmidar & Joe Bazli
Lagu ni actually biasa-biasa saja, sekadar mencuba mengulang kejayaan Sampai Bila. But atleast saya seronok dengar Asmidar buat ballad semula selepas long time hits Biar Sampai Ke Bintang.

 

Semua Sudah – Elizabeth Tan
Single ini sebetulnya lebih baik daripada Police Entry nya sebelum ini. Cerita tentang relationship dalam lagu ini bagi saya brutally real! I mean bila sampai satu tahap dalam relationship kita akan tanya diri sendiri what more? or what’s next? Dan seperti biasa melodi Alif jarang sungguh mengecewakan.

 

Nota: Bolehlah delete lagu Di Matamu dan Bunga daripada playlist korang tu ya…

Highlight, Terkini,

“I wrote this song after a hookup one night,” Alextbh Merilis Single “No Space”

“Stoop So Low” yang beredar pada 2016 menjadi titik mula bakat R&B baru tempatan ini diterima cukup global. Dengan jumlah strim yang kini melebihi 12 Juta, Alextbh bergerak cukup tersendiri dalam merencana kraf muziknya.

Setelah itu dia tampil makin yakin dalam beberapa single yang mengutuhkan lagi namanya sebagai the new R&B sensation. Lagu seperti “Morning (See You Again)”, “Still Mine”, “You” dan “Like That” semuanya sudah dinikmati lebih 1 Juta pendengar di Spotify.

Dengan vokal sensual & jaluran muzik terkini, Alextbh sering disebut sebagai Malaysian version of Troye Sivan kerana personaliti serta stail dalam bermuzik.

Terkini dia tampil dengan single “No Space” yang beredar 30 Januari lalu dengan vibe R&B yang cukup berkelas. Selepas tampil mellow dalam single “Walls”, single No Space tampil dengan feel serupa yang ada pada kebanyakan lagu hari ini. Cukup current, segar dan mesra radio.

Menerusi satu artikel Wonderland Magazine, Alextbh berkongsi ilham dibalik lagu “No Space” ;

“I wrote this song after a hookup one night,” alextbh explains. “The premise is pretty much ‘I wanted sex, I got it, I loved the feeling of it, and I want to share it.’

It’s liberating — both sexually and in writing.

I went to Denmark fully prepared to make some sadboy shit, so it’s funny that this song came out of that trip. I guess every artist needs a bit of fun Scandi-pop in their repertoire.

Namanya mungkin kurang dikenali di lapangan Muzik komersil tempatan namun Alextbh bukan nama asing di media antarabangsa. Billboard, Wonderland, V Magazine semua sudah memberi ktedit buat pemuzik muda lokal ini.

 

Terkini,

Rayssa Dynta Reproduksi Dua Single Dari EP “Prolog”

2018 memberi satu kejutan manis buat bakat baru seberang ini ketika EP perdananya “Prolog” berjaya mencuri perhatian pendengar di sana dengan hits “Something About Us” yang turut  berjaya menembusi pencalonan Album Terbaik AMI Awards 2018 serta Bakat Baru Terbaik.

Tampil dengan ilham Electro Pop dalam EP lima lagu tersebut, Rayssa Dynta memberi warna cukup segar dan berbeza pasaran muzik Indonesia yang sentiasa membawa visi yang penuh eksperimentasi muzik.

Beredar 1 Februari lalu, Rayssa tampil merilis dua single perdana daripada EP Prolog dengan lagu “Something About Us” dan “Hands” dalam versi akustik yang menampilkan sisi berbeza gadis ini.

Dua single ini mendapat sentuhan produksi Aryo Ardhianto yang memukau dengan susunan piano dalam lagu-lagu ini. Menurut Rayssa keinginannya untuk meriliskan versi ini sudah lama diimpikan kerana senang dengan susunan muzik sederhana yang memberi mood berbeza dalam penyampaiannya.

Terkini,

“Yusuf Ubay” Diumum Sebagai Vokalis Terbaru “Nidji”

Setelah setahun tampil tanpa vokalis, Nidji mengumumkan nama “Yusuf Ubay” sebagai vokalis terbaru mereka lewat sebuah pencarian di akaun media sosial dengan penggunaan hashtag #mimpiadalahkunci2019 sejak Disember tahun lalu.

Pengumuman rasmi yang dibuat 2 Februari lalu dilakukan menerusi akaun Instagram Nidji sekali gus secara rasmi mengganti Giring yang sudah berkarya lebih 17 tahun bersama Nidji sebagai sebuah band Pop Rock yang cukup dikenali senusantara.

Muhammad Yusuf Nur Ubay atau senang digelar Ubay merupakan peserta Indonesian Idol kelapan pernah menghasil sebuah album penuh dalam jaluran muzik Elekctro-Pop berjudul “U Turn” pada tahun 2016 dan kali terakhir tampil single solo pada tahun 2017 menerusi single “Feel Good”.

Giring menerusi akaun Instargammnya mengucap selamat buat Ubay yang dipilih dalam ratusan yang mencuba untuk menjadi vokalis terbaru Nidji dalam meneruskan kelangsungan perjuangan muzik Nidji.

“Regenarasi … melanjutkan yang baik dengan doa dan niat yang baik. Goodluck @yusufubay29 … selamat senang senang berkarya dan merayakan hidup bersama @nidjiofficial,”

Pada September 2017, Giring mengumumkan dirinya terjun ke dunia politik dengan bergabung ke dalam Parti Solidaritas Indonesia. Nidji yang sebelumnya beranggotakan Giring, Ariel, Andro, Adri, Run-D dan Rama menambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia hiburan sekitar awal 2018.

Hal ini membuatkan ramai penggemar mereka mencipta #SelamatTidurNidji dalam proses sei mereka daripada sebarang lagu baru dan tour. Ubay diraikan dalam satu konsert istimewa Nidji beberapa hari lalu sebagai vokalis terbaru kugiran ini.

View this post on Instagram

Bandung, • Salah satu kota yang membesarkan Nidji. Sambutannya yang hangat tidak pernah berubah dari 17 tahun yang lalu. Jikalau ada yang lebih dari sebuah ucapan terima kasih banyak sudah kami lakukan • Malam itu @giring pamit sebagai vokalis kami untuk Kota Bandung dan @yusufubay29 diamanahkan Giring untuk melanjutkan cerita Nidji. Selain itu ada peserta #mimpiadalahkunci2019 lainnya yang sudah memberikan semangat baru untuk kami. Terima kasih banyak • Kami dari Nidji mengucapkan terima kasih yang sebesar-besarnya kepada @langitmusik @fruitteasosroid @berlianentertainment #MariGroup , radio-radio lokal pendukung dan seluruh pihak yang terkait sehingga kita semua dapat merealisasikan dan menyelesaikan kegiatan #mimpiadalahkunci2019 • Jadi, siapkah kalian untuk konser Nidji untuk terakhir kalinya bersama Giring? • Photo by: @hafizhweda #nidji #nidjiband #nidjiholic #musicastudios #music #musician #band #Indonesia #musicphotography #photography

A post shared by Nidji (@nidjiofficial) on

Terkini,

Beriring Kebolehan Bermain Muzik & Follower Yang Tinggi – Zaim Ajmal Perkenal Single “Gadees”

Lapangan muzik Pop remaja hari ini semakin pantas bergerak dengan bakat yang tidak henti tumbuhnya. Universal Music Malaysia memperkenalkan bakat baru bernama Zaim Ajmal yang cukup dikenali di kalangan pengikutnya di Instagram dengan merilis single perdana berjudul “Gadees”.

Mengambil ilham Moderate Pop yang cukup catchy dengan pengaruh muzik swinggin 60’s di korusnya lagu ini kiranya mampu menarik perhatian pendengar tempatan yang gemarkan sesuatu yang baru. Diproduksi oleh Taja, “Gadees” ditulis sepenuhnya oleh Zaim sendiri yang bergerak sebagai komposer dan penulis lirik.

Dengan lebih 105 ribu pengikut di Instagram, Zaim memikat penggemarnya di Malaysia dan juga Indonesia yang menggelarkan diri mereka ‘Zaimons’.

Video muzik ‘Gadees’ juga dijangka dilancarkan pada bulan Februari. Zaim beri bayangan bahawa muzik video tersebut membawa tema tarian era 60 -an. Kata Zaim, dia akui seronok ketika menjalani penggambaran video muzik tersebut. Zaim juga akan memuatnaik teaser serta maklumat terkini berhubung muzik video itu kepada peminat menerusi akaun Instagramnya.

#PerspektifMuzik, Terkini,

Melihat 10 Juara Lagu Yang Lalu Dalam Perkembangan Muzik Domestik Hari Ini

Menunggu kurang dua hari lagi heboh siapa bakal Juara Lagu tahun ini, kami ingin menoleh 10 Tahun ke belakang di mana 10 juara yang pernah diangkat TV3 sebagai jagoan tahunan muzik Malaysia.

Dalam barisan 10 Juara yang sudah dinobat kita kembali ke tahun 2008 di saat “Lagu Untukmu” Karya Taja, Tass & Lan memberi evolusi luar biasa dalam pasaran muzik tempatan yang ketika itu dahagakan sentuhan rock yang moden dengan ilham muzik terkini. Maka Azlan & The Typewriter dinobat jagoan muzik malam AJL sepuluh tahun lalu.

Dan senarai lagu-lagu yang sudah bergelar juara sepanjang sepuluh tahun lalu adalah seperti berikut:

2008
“Lagu Untukmu” – Meet Uncle Hussain (Taja & Tass & Lan)

2009
“Pergi” – Aizat Amdan (Pete Teo & Amran Omar)

2010
“Tolong Ingatkan Aku” – Ana Raffali (Ana Raffali)

2011
“Awan Nano” – Hafiz Suip (M. Nasir / Budi Hekayat)

2012
“Terukir Di Bintang” – Yuna (Yuna Zarai)

2013
“Bahagiamu Deritaku” – Hafiz Suip  (LY / Baiduri)

2014
“Apa Khabar” – Joe Flizzow & Sona One (Joe Flizzow & SonaOne)

2015:
“Potret” – Akim Ahmad & The Majistret (Akim / Hang Nadim / Afham Zulhusmi Ahmad)

2016:
“Lelaki Teragung” – Dayang Nurfaizah (Natashah / Iman Imran)

2017:
“Jampi” – Hael Husaini  (Hael Husaini & Ezra Kong)

Dalam barisan 10 Juara ini ada beberapa Juara yang sepatutnya tidak bergelar Juara di tahunnya kerana ada lagu lain yang sepatutnya diangkat. Pertama di tahun 2013 ketika juri-juri mengangkat “Bahagiamu Deritaku” yang sepatutnya menjadi milik “Kalau Aku Kaya” yang tampil idea lagu rakyat moden (sebut Hip-Hop) yang cukup segar penghasilan melodinya, lirik dalam kritikan sosial yang genius dan chemistry Altimet dan Awi Rafael yang menyatu baik.

Dan siapa saja boleh lupa duit bertaburan di stadium putra bukit jalil di hujung persembahan mereka, yet juri masih mengangkat balada lembik “Bahagiamu Deritaku” sebagai juara pilihan mereka tahun tersebut.

Kedua, di tahun 2009 saat “Pergi” menepis terus “Dan Sebenarnya” sebagai juara. Bukan nak kata “Pergi” bukan lagu yang bagus sepertimana saya kata “Bahagiamu Deritaku tadi. Tapi at that particular year and moment, Dan Sebenarnya itu is everything that we need sebagai paksi baru muzik tempatan.

“Pergi” datang dengan komposisi yang sangat sweet dan kemas namun seperti saya selalu kata lagu yang bagus itu perlu ada elemen malar segar yang masih kita dengar biar 10 atau 20 tahun akan datang. Dan faktor ini ada pada Dan Sebenarnya. Faktor pertama penciptaan yang bagus, kedua baru elemen malar segar / popular.

Dan dan dan yang terakhir, mistake paling besar Azmeer dan batalion juri buat adalah dengan memilin “Potret” sebagai Juara Lagu 2015 dengan tanpa rasa bersalahnya menidakkan kehebatan “Assalamualaikum” sebagai naskhah luar biasa hebat sifatnya.

Kemenangan Estranged menerusi lagu “Itu Kamu”

MENGIMBAS KEMBALI AJL 10 TAHUN LALU
Ketika Estranged memberi kejutan manis di pentas final AJL 2007, dengan kemenangan “Itu Kamu” saya kira pasaran muzik tempatan sudah menuju satu langkah yang cukup ke depan dan kiranya kita sudah cukup sedia menerima sesuatu yang lebih segar.

Dan keterujaan ini diteruskan dengan kemenangan “Lagu Untukmu” sebagai kelangsungan yang cukup melegakan. Melihat lebih banyak karya-karya yang berani, progresif tetapi masih relevan dengan pasaran lokal tanpa kedengaran terlalu mencuba untuk menjadi berbeza.

Di tahun ketika “Potret” diangkat sebagai juara, Alif memberi satu warna cukup berbeza dalam persembahan Kaka menerusi “Bukan Hal Aku” yang menjadi pilihan top 3 saya ketika itu kerana evolusi Pop yang diberikan.

Lihat di mana Alif hari ini, karya-karyanya mendominasi carta lagu Pop semasa. Cuma saya kira ketika itu kita belum betul-betul bersedia untuk pasaran muzik sebegitu sepertimana hari ini.

Pasaran muzik kita menjadi sedikit tasteless dalam dua tiga tahun kebelakang. Rencana untuk meninggikan muzik tempatan dimatikan dengan bercambahnya bakat-bakat baru daripada label muzik baru yang mencedok ilham Saari Amri tanpa ada evolusi dalam muzik yang mampu mengembangkan pasaran.

Namun saya kira kita masih bertuah kerana ada barisan anak muda di pasaran urban yang mahukan perubahan dalam muzik dengan melakukan sesuatu yang lebih bercitarasa namun sokongan belum cukup meluas untuk melawan pasaran muzik Balada yang terlalu banyak.

https://www.youtube.com/watch?v=rS50u8CHLzw

Di tahun 2010 dan 2011 ketika juri-juri membuat keputusan untuk memberi kemenangan pada “Tolong Ingatkan Aku” dan “Awan Nano” saya kira kita sudah siap siaga untuk satu paten baru dalam Balada. Melodinya lebih folk-ish, ada feel nusantara.

Even, Ana dikritik beberapa penulis ketika itu yang mempertikaikan kemenangannya, saya melihat sebaliknya. Puitis lirik serta originality melodi Tolong Ingatkan Aku bersifat cukup nostalgik dan classy.

Begitu juga dengan keunikan Awan Nano ditulis cemerlang kolaborasi M.Nasir dan Budi Hekayat. Tapi sayang kelangsungan Balada begini tidak pula menjadi ikutan kalau ada pun mungkin terlalu kecil sifatnya untuk dipertandingkan di pentas besar AJL.

Contoh terdekat yang boleh saya fikir Fynn Jamal yang lagunya bagus suaranya tidak. Rujuk lagu Suatu Pernah dan Terbang Tunduk.

Dan selepas Awan Nano, Yuna tampil ilham 50’s dalam intepretasi muzik indie yang cukup segar sekali hasilnya.

It’s a sweet surprise, Yuna mencipta love anthem yang baru untuk pasaran muzik tempatan dan hal ini sangat harus diraikan dalam satu skala besar pasaran muzik tempatan.

Lagu-lagu seperti Lagu Untukmu, Terukir Di Bintang, Awan Nano, Apa Khabar, Lelaki Teragung, Assalamualaikum dan terbaru tahun lalu Jampi menjadi satu langkah memajukan pasaran muzik ke arah yang lebih baik.

Muzik harus berevolusi ke hadapan tanpa mencedok ilham lapuk dan menghidangkan dengan cara yang serupa. Sebab itu saya tidak setuju lagu-lagu seperti Luluh, Di Matamu, Bunga (Ara), Kau Pun Sama berada di pentas final.

Terlalu ketinggalan malah tidak salah saya katakan juara di tahun 2002 sehingga 2006 (Keliru, Bunga-Bunga Cinta, Rela Ku Pujuk, Gemilang dan Terlalu Istimewa) lebih maju daripada empat lagu yang saya sebutkan tadi.

Mengikut perkadaran timbang tara yang dilakukan, saya kira agenda memenangkan “Bunga” Altimet boleh jadi. Tapi sejujurnya kalau bercakap tentang komposisi lagu, ada beberapa lagu yang saya kira cukup tersendiri. Haram (Hael Husaini & Ezra Kong) dan Nisan Cinta (Hael Husaini, Mike Chan & Ezra Kong).

Struktur muzik “Nisan Cinta” paling kuat antara yang lain dan susunan bahasa dalam teks lirik lagu ini cukup indah sekali biar hanya mahu bercerita tentang teguhnya cinta. Lagu ini sebetulnya meniggalkan jauh balada lain yang ada kali ini.

Bunga Altimet okey cuma saya kira terlalu Altimet sifatnya. Somehow saya rasa it’s an extended version of Kalau Aku Kaya. Tapi terus terang saya seronok membaca teks liriknya yang fun, real dan humanis biar kurang puitis tapi penuh kritikan sosial.

Sampai Bila akan sangat cantik di pentas final kerana susunan muziknya begitu kemas sekali biar saya tidak menemukan originality dalam penciptaan lagu tersebut.

Malah Sampai Bila punya satu penceritaan perasaan paling hebat berbanding lagu lainnya. Sedap, memang sedap apatah lagi feel luar biasa Kak Mitch di stage nanti rasanya semua akan menjerit lah kiranya. Tak gitu… Tapi itu bukanlah tiket mudah untuk bergelar juara.

Too many filler dalam senarai finalist kali ini saya kira memudahkan kerja juri di pentas final. Good luck buat semua yang bertanding, sebaiknya rileks saja di pentas tak perlu terlalu excited sebab hal excited ini seringnya akan bunuh persembahan coz it leads you trying so hard on stage. Jika bukan “Nisan Cinta seharusnya “Haram” diangkat sebagai juaranya

Saya cuma berharap bukan lagi Azmeer di barisan juri (As if…)


ARTIKEL BERKAITAN

#RoadtoAJL32 10 Lagu Malar Segar Yang Terlepas Peluang ke Pentas Akhir Juara Lagu

Terkini,

Ilham Puisi, Buku & Perpustakaan Membentuk Muzik “Ruangbaca”

Mula ditubuhkan sebagai duo muzik pada tahun 2015, Viny Mamonto (vokal/pianika) dan Saleh Hariwibowo (vokal/gitar) bergabung atas minat terhadap puisi, buku dan ruang perpustakaan dalam menghasilkan muzik yang diilhamkan daripada 3 elemen tersebut.

Setelah empat tahun berjalan, Ruangbaca kini merampungkan debut album yang akan dirilis pada Februari mendatang. Sambil menunggu perilisan tersebut, Ruangbaca telah memperkenalkan single “Di Belantara Kata” di semua gedung muzik digital.

“Separuh Puisi” adalah pemaknaan Ruangbaca terhadap kehidupan.

“Puisi itu bukan hanya terdapat di dalam kumpulan sajak, novel, film, atau kata-kata yang keluar dari mulut penyair”, kata Viny sang vokalis sekaligus manajer Ruangbaca. “Puisi ada di keseharian kita!”

Segala tingkah laku kita punya unsur puitis bagi diri sendiri maupun orang lain. Separuh Puisi menceritakan tentang pengalaman puitis Ruangbaca bersama alam, pasangan, dan diri sendiri.

Separuh Puisi juga menunjukkan bahwa album Di Belantara Kata yang nanti akan dirilis merupakan gabungan antara puisi dan musik—lagu Ruangbaca adalah puisi yang dinyanikan.

Separuh Puisi dan keseluruhan lagu dalam album direkam di Rucs Record dengan bantuan Rezky Ramadhan sebagai music director dan Abdul Chaliq sebagai sound engeneer. Single dan Album Ruangbaca dirilis oleh Katakerja. Setelah rilis, Ruangbaca berencana melakukan tour Di Belantara Kata di perpustakaan terpilih.