Highlight, Review, Terkini,

Tarikan R&B Adrian Khalif Diteruskan Menerusi Single “Khilaf”

Lagu: Khilaf
Artis: Adrian Khalif
Komposer / Lirik: Adrian Khalif / Faishal MF / Iqbal Siregar
Produser: Greybox

Jika anda penggemar muzik Indonesia saya pasti tidak sukar untuk menyukai lagu-lagunya bakat bernama Adrian Khalif ini. Sejak mula mencuri perhatian dengan lagu “Made In Jakarta” pada tahun 2017 bersama Dipha Barus, dia konsisten menghasilkan lagu-lagu dalam pasaran muzik Urban dengan jiwa Indonesia yang kental.

Sempat merilis sebuah EP berjudul “Feeling Under Construction” dan album “Embrace, Embrace”, Adrian cukup promising dengan jaluran muzik R&B dan Urban Pop yang cukup sesuai dengan vokal serta feel yang disampaikan.

“Utopia”, “Alibi” dan “Take Care” (Bersama Cantika Abigail) merupakan tiga lagu teratas all time favorite saya daripada Adrian. Muziknya cukup moden seiring apa yang ada di pasaran global namun jiwa Indonesianya cukup tebal dan amat disenangi.

Setelah hadir dengan kolaborasi bersama Juicy Luicy menerusi lagu “Kembali Kesepian” tahun lalu, Adrian Khalif melangkah yakin dengan single terbarunya berjudul “Khilaf” yang sekali lagi hadir dalam ilham R&B.

Adrian dalam bakat bermuziknya menghasilkan lagu, menyanyi dan rap menghasilkan “Khilaf” sebagai sebuah lagu yang cukup kuat sifat “Adrian” nya – Sekali mendengar anda sudah tahu berat jiwa Adrian di lagu ini.

Killer lagu ini terletak pada korusnya yang cukup catchy dan sing-a-long. “Maaf khilaf tak sengaja, Maaf buat kau kecewa…” Saya kira bait yang cukup mudah melekat biar hanya sekali mendengar lagu ini.


ARTIKEL BERKAITAN

Menelusuri Fasa Bahagia Andien Sebagai Ibu di Single “Tiba Tiba Tabi”

Highlight, Review, Terkini,

Amni Musfirah Mengembalikan 2000’s Feel Lewat Debut “Crown”

Album: Crown
Artis: Amni Musfirah
Produser: Amni Musfirah

Amni Musfirah mencuri perhatian saya ketika dia merilis single berjudul “Goodbye” sekitar 2019 dengan feel Soul dan R&B yang dia miliki sebelum meneruskan kelembutan dalam persembahan vokalnya dengan lagu “Bukan Bahagiamu”.

Crown” menjadi pertaruhan perdana Amni merilis album penuh yang terisi 9 lagu yang ditulis sepenuhnya oleh Amni sendiri. Megambil ilham Pop, R&B dan juga Ballad yang cukup dominan pengaruh Alicia Keys I must say. Penulisan melodi Amni di album ini banyak dipengaruhi muzik yang beredar di awal era 2000.

Elemen Pop R&B yang jelas dapat didengar dalam beberapa lagu seperti “My Heart is Yours”, “I Got You” dan “Wish“. Melodi yang dihasilkan cukup catchy dan menghiburkan. Korus “I Got You” contoh terbaik yang bersifat sing-a-long dan mudah membuat kita melekat dengan melodinya.

“Something Special” antara personal favorite saya. Lagu ini terhasil cukup simple tetapi ada hook yang cukup kuat. Saya senang mendengar penyampaian Amni yang biar sederhana namun cukup memikat dan menyatu baik dengan melodinya. Bahagian “Ba-da-da-doo..” yang melatari vokal Amni saya kira pemikat yang menambah manis lagu ini.

“Wish” begitu Alicia Keys sekali saya kira. Lagu-lagu begini tidak sukar untuk saya enjoy terutama sekali untuk menikmati clarity vokal Amni sepanjang lagu. Hal serupa saya dapati di lagu “Misty” yang datang dalam feel R&B yang cukup kental sekali.

Amni sudah menghasilkan sesuatu yang berani untuk sebuah album self-produced. Keberanian dan kesungguhan menghasilkan album yang sebegini menuntut usaha yang bukan sedikit jadi Amni seharusnya tidak banyak sedikit diberi lime light daripada pendengar muzik nusantara setidaknya.

Buat Amni dan seluruh warga kerja “Crown” , this might not earn you million views or stream namun satu hal yang lebih penting adalah menghasilkan muzik di landasan yang betul itu hayatnya pasti akan lebih panjang.

7.3/10


ARTIKEL BERKAITAN

Nuansa Bossa Crinkle Cut Menerusi Single “Fascination”

 

Highlight, Review, Terkini,

Cantika Abigail Melepas Galau Lewat Rakaman Semula “Tak Mungkin Ku Melepasmu”

Lagu: Tak Mungkin Ku Melepasmu
Artis: Cantika Abigail
Komposer / Lirik: Ahmad Bagja / Yon Chasman
String: The City of Prague Philharmonic Orchestra
Produser: Irwan Simanjuntak

Indonesia sering merayakan ilham rakaman semula lagu-lagu hebat terdahulu dengan menghasilkan rendisi tersendiri yang tidak hanya luar biasa tetapi apa yang penting adalah melestraikan rangkaian lagu-lagu ini dengan standard yang lebih baik.

Tahun ini setelah Krisdayanti bersama Sandhy Sandoro merakam semula hits Marcell dan Shanty berjudul “Hanya Memuji” serta Sammy Simorangkir yang sempat berkongsi rasa dirakaman semula lagu “Dibalas Dengan Dusta” nyanyian asal Audy – Tiba giliran si manis Cantika Abigail pula.

Memilih lagu yang dipopularkan band Pop Dygta berjudul “Tak Mungkin Melepasmu”, Cantika memberi sebuah kejutan yang masih belum kita bayangkan dia akan merakamkan sebuah Balada ini sebegini.

Cukup dikenali dengan rangakaian lagu-lagu R&B bersama grup G.A.C, Cantika dalam rencana karier solonya turut mengendong ilham Urban Pop / R&B menerusi beberapa single seperti “Start Over” dan “Sign”.

Menerusi “Tak Mungkin Ku melepasmu” , Cantika memberi satu sisi berbeza dengan kematangan vokal serta emosi yang cukup menyatu sempurna dengan susunan muzik yang baru ini.

Dilengkapkan dengan string session istimewa bersama The City of Prague Philharmonic Orchestra, lagu ini terhasil cukup grand dan mewah sekali hasilnya. Emosi Cantika bergerak tenang sepanjang lagu ini yang menghasilkan sebuah pelayaran emosi yang sayu sekali.

Single ini saya kira hadir sebagai sebuah kejutan manis bukan sahaja buat penggemarnya tetapi juga pendengar muzik Indonesia keseluruhannya. “Tak Mungkin Ku Melepasmu” ditanganinya dengan cukup indah sekali.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Mendekat, Melihat & Menikmati 19 Tahun Usia Bermuzik Maliq & d’Essentials!

#PerspektifMuzik, #RetrospektifMuzik, Highlight, Terkini,

Alleycats – Sebuah Wajah Muzik Pop Kontemporari Malaysia

Perjalanan karier bermuzik sesebuah kugiran di era lapangan 70-an dan 80-an cukup menarik. Bergerak atas medium persembahan pentas dengan kemampuan menyanyi dan perform secara langsung, bakat-bakat legenda ini dicungkil bakat mereka sama ada di pentas kelab malam atau pertandingan nyanyian.

Keyakinan yang sudah diletakkan ketika berpentas menjual bakat muzik membawa mereka ke studio rakaman bergelar penyanyi, memiliki album penuh atau EP dan menghasilkan rangkaian hits malar segar yang didengar berganti generasi.

Dan hal ini membuatkan kemampuan menyanyi dan berpentas mereka itu tidak pernah hilang bisanya. Lihatlah bagaimana artis-artis lama yang menjangkau usia 60 atau 70 masih mampu menyanyi live dengan sangat baik. Kerana apa? Kerana kehebatan itu sudah dilatih sebelum mereka mengecap populariti sebagai penyanyi.

Alleycats sebuah kugiran yang dibentuk penghujung 60-an antara yang mengecap kegemilangan sebagai pemuzik dengan cara yang saya sebutkan tadi. Awal bergerak sebagai pemuzik kelab malam sehingga pertengahan 70-an, Alleycats mencuri perhatian record label di Singapura ketika mereka sibuk di pentas Mocambo, Hong Kong.

Album berjudul “Terima Kasih” yang beredar di tahun 1979 menjadi pertaruhan perdana bersama label Philip – Polygram Records. Tanpa perlu membuang banyak masa mereka mencipta gemilang sebagai pemuzik Pop dengan hits “Jika Kau Bercinta Lagi”  dan “Senandong Semalam”.

Album yang diterbitkan oleh Wan Ibrahim itu melonjakkan nama Alleycats sebagai kugiran Pop yang cukup promising ketika itu. Dan dek kerana penerimaan yang luar biasa debut tersebut pihak record label tanpa mahu melengahkan masa mengedarkan sebuah lagi album di tahun yang sama dengan judul “Penyanyi”.

Album yang menampilkan tenaga kerja seperti Ooi Eow Jin dan M.Nasir itu meneruskan populariti Alleycats di corong-corong radio sehinggalah liputan meluas di media massa. Diterbitkan oleh Eric Yeow bersama Polygram Singapore / Hong Kong.

Dan sejak itu nama Alleycats memonopoli pasaran muzik 80-an seiring dengan populariti Sudirman, Sharifah Aini dan Anita Sarawak ketika itu. Album demi album dihasilkan dengan rangkaian hits malar segar yang tidak terhitung banyaknya menjadikan kugiran Pop ini antara living legend yang sentiasa didengari berganti generasi.

Sudah merakamkan lebih 20 album studio keseluruhan, lagu-lagu seperti “Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi”, “Sampaikan Salam Cintaku”, “Andainya Aku Pergi Dulu”, “Hingga Akhir Nanti” dan “Suara Kekasih” sudah termaktib dalam sejarah muzik tempatan sebagai rangkaian lagu terbaik yang pernah dicipta sepanjang zaman.

Dari Pop, Balada, Disko sehingga irama Joget, Alleycats sudah membentuk acuan muzik mereka yang bersifat Malaysia sekali hasilnya. Bersama M.Nasir sebagai produser yang paling banyak menghasilkan lagu-lagu buat Alleycats – terhasil sebuah kosmik Pop yang cukup sinonim dengan kugiran ini.

Namun seperti mana bintang Pop yang lain, kembara muzik Alleycats juga ada turun naiknya. Selepas M.Nasir melepas ikatan bersama Polygram arah muzik kugiran ini bercelaru tanpa berjaya mencipta hits baru yang mampu menandingi karya-karya M.Nasir.

Hal ini jelas terbukti menerusi penghasilan album “Untukmu” (1992) yang hadir tanpa satu pun sentuhan M.Nasir. Mengukuhkan fakta-fakta ini perkara ini boleh dirujuk dengan kejayaan kumpulan Search dan Wings yang cukup booming di lewat 80-an dan 90-an dalam memonopoli pasaran muzik ketika itu dengan karya-karya Nasir.

Setelah itu mereka hanya fokus menghasilkan album kompilasi sehinggalah di tahun 1998 Alleycats bersama produser Eric Yeow menghasilkan album berjudul “Kucing Lorong” yang juga sekali lagi gagal mencuri perhatian yang besar.

Namun itu tidak sesekali melenyapkan nama Alleycats di pasaran muzik semasa. Hits terdahulu mereka masih mendapat air play dan kelibat mereka di televisyen juga pentas persembahan masih lagi aktif cuma lagu-lagu baru yang terhasil tidaklah memiliki hook serupa seperti apa yang mereka lakukan bersama M.Nasir.

Penghasilan album kompilsi terus menjadi fokus Alleycats setelah itu sehinggalah di tahun 2001 mereka kembali bekerjasama dengan M.Nasir menerusi sentuhan emas buat lagu “Setelah Bertahun” dan “Mawar Berduri”.

Kehebatan Alleycats itu secara peribadi bagi saya adalah versatiliti dalam bermuzik mereka yang tidak langsung menenggelamkan identiti mereka. Biar harus merakamkan lagu joget seperti “Joget Terluka” dan “Joget Gurau Senda” semuanya tidak lari dari landansan terbaik untuk kita tahu itu Alleycats.

Menonton kembali persembahan live mereka di YouTube buat saya fikir Datuk David Arumugam dan band mates nya itu memang dilahirkan untuk perform, untuk bermuzik secara langsung. Kini kesemua lagu-lagu bertaraf legenda mereka boleh dinikmati di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.


ARTIKEL BERKAITAN

Bernostalgia Dengan Persembahan Pop Melayu Sudirman Menerusi Album “Lagu Anak Desa”

Highlight, Review, Terkini,

Nuansa Bossa Crinkle Cut Menerusi Single “Fascination”

Lagu: Fascination
Artis: Crinkle Cut
Komposer / Lirik: Choong Siew Mun / Frances Tsen Hen Wearn / Grace Foo Wai San / Lim Hong Koon / Wong Woei Shin
Produser: Kuszanagi

“Sweet Nothings” menjadi pertaruhan perdana grup vokal R&B Tempatan, Crinkle Cut. Album berisi 9 lagu tersebut dihasilkan dalam acuan Urban Pop dengan pengaruh R&B yang cukup kental sekali dalam hampir kesemua lagu.

Lagu-lagu pertaruhan hits mereka seperti “Sweet Nothings” dan “Measure You” di album perdana tersebut benar-benar mengingatkan saya pada rakaman awal NJWA (Najwa Mahiadin ketika itu) di album “Innocent Soul” yang berat sekali feel R&B yang dibawa.

Hal-hal ini saya kira cukup bersatu baik dengan kemampuan vokal mereka yang cukup lantang dan beriring harmoni yang baik. Maka awal tahun ini terhasillah sebuah lagi single berjudul “Alone” sebelum merilis “Fascination” yang beredar baru-baru ini.

“Fascination” hadir dalam pesona berbeza dengan memanipulasi nuansa Bossa  dan Jazz dalam feel light and easy yang cukup menawan. Cukup mudah menangkap pendengaran dengan hanya sekali mendengar sahaja.

Crinkle Cut antara treasure muzik tempatan yang cukup menarik untuk kita tinggikan. Muzik mereka dihasilkan dalam satu produksi yang cukup kemas, bercitarasa dan punya standard muzik yang cukup baik.

Mendengarkan “Fascination” dan beberapa lagu di album perdana mereka membuat imaginasi saya melayang membayangkan kolaborasi grup wanita ini dengan barisan vokalis hebat seperti Noryn Aziz dan NJWA. In future, perhaps?

6.3/10


ARTIKEL BERKAITAN

Bihzhu Mengembalikan Keindahan Melodi “Chendering” Dengan Penuh Pesona

Highlight, Review, Terkini,

Faizal Tahir Mengalunkan Kembali Keindahan Pop Nasyid Menerusi “Syahadah”

Lagu: Syahadah
Artis: Faizal Tahir
Komposer / Lirik: Faizal Tahir / Ikhwan Fatana / Mage / Wan Salleh 
Produser: Adib Hussin / FT

Dalam mahu menghentikan seketika perjalanan nyanyiannya, Faizal Tahir saya kira sudah boleh digelar ikon Pop yang cukup dihormati kredibilitinya sebagai pemuzik yang sentiasa berani mengambil tanggungjawab untuk sentiasa meniggikan standard Pop tempatan ke tahap yang membanggakan.

Graf muziknya tidak terikat ilham serupa, biar masih berlegar idea Pop tetapi ia bergerak seiring dengan apa yang ada di pasaran global tanpa berkompromi dengan penghasilan lagu yang biasa-biasa penciptaannya.

Lihat saja setelah fasa “Rojak” FT bersama batalion muziknya di Faithful Music menzahirkan sangat banyak lagu-lagu baru yang memonopoli pasaran Pop tempatan dengan sangat cemerlang sekali. “X Missing U”, “Sad to Cry”, “Nobody” sehingga yang terkini menzahirkan sebuah alunan Pop Nasyid menerusi single “Syahadah”

Bergerak dalam tempo cukup terkini dalam penghasilan yang cukup catchy, “Syahadah” sangat mengingatkan saya bagaimana kita amat mudah terpikat dengan penghasilan “Puji Pujian” 2 dekad lalu. Sangat mudah menangkap tanpa perlu terlalu menjadikan sesuatu yang simple itu kedengaran cheesy.

Kemasan muzik “Syahadah” hadir cukup moden, disusun kemas dengan cara terbaik untuk pendengar muda dekat kembali dengan irama Nasyid. Dan hal-hal ini saya fikir harus menjadi rujukan untuk semua pemuzik Nasyid bagi meneruskan kelangsungan muzik ini di pasaran muzik semasa.

“Syahadah” merupakan lagu yang dimuatkan menerusi album “Qibla” yang menjadi naskhah akhir sebelum dia berehat sebagai penyanyi sepenuh masa. Namun saya pasti ini bukan titik nokhtah buat kita semua untuk terus menikmati kosmik Pop yang akan diteruskan perjuangannya bersama Faithful Music.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Humanisme Hattan Dalam Sebuah Album Tribute “Palestin”

Highlight, Review, Terkini,

Bihzhu Mengembalikan Keindahan Melodi “Chendering” Dengan Penuh Pesona

Lagu: Chendering
Artis: Bihzhu
Komposer / Lirik: James William Boyle / Zainal Abu
Arranger: Idris Koh Keng Hui
Produser: Melina William

Saya sering bertanya lagu Malaysia itu sepatutnya soundnya bagaimana ya? Sebagai seorang yang membesar dengan lagu-lagu Melayu saya sebetulnya sudah jemu dengan Balada yang terlalu banyak dan memualkan.

Dan ia agak memalukan bila mana saat rakan-rakan di Indonesia mempertanyakan “di Malaysia itu lagunya masih galau-galau terus.” Dan setiap kali persoalan itu ditanyakan saya akan stuck sekejap. Sebab memang betul pun.

Yang diraikan di sini terus menerus lagu Balada sakit hati yang memang buat saya sakit hati dan telinga dengan taste orang kita. Bukan tak ada yang bagus cuma tidak mahu diangkat sebaiknya.

Saya kira bakat indie kita yang memberikan bunyi berbeza itu sering dipandang sepi. Melihat bakat-bakat wanita seperti Alena Murang, Mayabayu dan Bihzhu umpamanya yang struggle mencari tempat di hati pendengar tempatan.

Awal tahun ini Alena Murang dan Mayabayu merilis single dengan nuansa etnik Malaysia yang disatukan dengan bunyian Pop untuk dikomersilkan secara meluas mendapat sambutan baik tetapi masih belum menyeluruh.

Terkini seorang lagi bakat wanita yang saya kagumi secara peribadi bernama Bihzhu merakam ulang lagu berjudul “Chendering” yang pernah beberapa kali dirakam sebelum ini antaranya Bing Slamet dan Zainal Abidin dalam komposisi asal James Boyle yang digubah semula.

Di tangan Bihzhu, “Chendering” terhasil dalam alunan Folk dan Jazz yang cukup lembut membuai pendengaran.

Produksi rakaman lagu ini sangat cemerlang. Setiap sisi bunyian instrumen muzik dapat ditangkap pendengaran dan hal ini menyatu cukup baik dengan persembahan vokal Bihzhu. Nasihat saya dengar menggunakan headphones.

Sesekali alunan Bihzhu mengingatkan saya pada Mia Palencia di lagu “Sayang” spirit yang dikendong itu sama dalam mentafsirkan sebuah lagu yang bersifat “Malaysia” sekali jiwanya.

“Chendering” sudah siap sebagai sebuah naskhah klasik yang hampir dilupakan tetapi ditinggikan kembali standard nya oleh Bihzhu dan batalion muziknya. Hal ini sangat penting saya kira dalam terus melestarikan lagu-lagu yang baik tetapi sudah semakin dilupakan.

Usaha yang dilakukan Bihzhu ini saya kira harus diraikan, disokong dan diperdengarkan secara meluas. Pasaran muzik begini harus diberi peluang sama tinggi dengan jaluran muzik di pasar komersil yang lain.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Gitu’an” Sebuah Manipulasi Budaya & Seni Muzik Etnik Dalam Sentuhan Segar Persembahan Alena Murang

 

Highlight, Review, Terkini,

Menelusuri Fasa Bahagia Andien Sebagai Ibu di Single “Tiba Tiba Tabi”

Lagu: Tiba Tiba Tabi
Artis: Andien
Komposer / Lirik: Andien Aisyah / Shinta Priwit
Produser: Andien Aisyah / Dody Is

Masih dalam fasa bahagia menikmati hidup sebagai seorang ibu kepada dua anaknya, Andien Aisyah menggerakkan kraf muziknya dalam legar ruang hidupnya hari ini. Dan kebahagian-kebahagiaan ini jelas terlihat dalam beberapa rilis terkini yang dizahirkan kebelakangan ini.

Setelah merilis “Anakku Sayang” karya ciptaan bersama Rieka Roslan, Andien meneruskan dengan penghasilan lagu buat dua anakanya menerusi single “Tiba Tiba Tabi” yang diciptakan Andien bersama Shinta Priwit.

Terhasil cukup fun dalam penulisan lirik yang cukup meaningful malah playful, “Tiba Tiba Tabi” menceritakan tentang keletah anak keduanya bernama Tabi. Terhasil sebagai kesinambungan indah lagu-lagu seperti “Anakku Sayang” , “Indahnya Dunia” dan “Belahan Jantungku” .

Andien saya kira sedang melalui fasa bahagia yang mengubah sedikit landskap muziknya dengan cara yang paling nyaman buat kita sebagai pendengar untuk menikmati alunan playfulnya di lagu ini.

“Tiba Tiba Tabi” hadir dengan kemasan muzik yang cukup membanggakan. Saya begitu enjoy mendengarkan susunan string muzik di lagu ini yang diibaratkan seperti menikmati soundtrack filem anak-anak.

Di bahagian hujung keletah Kawa dengan bait bualnya bersama Andien juga menjadi faktor pemikat single yang terhasil cukup istimewa ini.

7.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Pesona Bintang Nan “SATU” Ruth Sahanaya Menerusi Kolaborasi Komposisi LaleIlmanNino

Highlight, Review, Terkini,

Sebuah Duka Terindah Khodi Lewat Single “Dia Bagiku”

Lagu: Dia Bagiku
Artis: Khodi
Komposer / Lirik: Farouk Roman / Khodi
Produser: Farouk Roman

Khodi antara bakat baru yang cukup saya looking forward sejak dia berawal merilis “Ke Mana” bersama Razqa di tahun 2019. Khodi ada tone suara yang cukup tersendiri, lembut dan soothing. Lagu-lagu dalam nuansa R&B / Soul saya kira cukup cocok dengan karakter suara yang dia miliki.

Selepas merilis “Ke Mana”, awal tahun ini Khodi hadir berbeza dengan single “Lenggang” yang merubah terus landskap muzik Pop yang dia miliki. “Lenggang” not a bad song tapi seperti yang selalu kata, Khodi is bigger than that.

Terkini bersama Farouk Roman dia menghasilkan sebuah Balada indah yang cukup lembut membuai. Diberi judul “Dia Bagiku” yang melatari drama bersiri “Single Terlalu Lama” ini mengembalikan keterujaan saya menikmati suara Khodi.

“Dia Bagiku” cukup ramuan Balada yang sedap didengar, tidak berlebihan dan cukup menyerlahkan karakter vokal Khodi sebagai seorang vokalis yang berbakat. Semoga in future Khodi boleh teruskan dengan arah muzik begini dan juga seperti yang dilakukan menerusi “Ke Mana” yang benar-benar memberi justice pada vokalnya.

Lagu ini saya kira tidak sukar membuatkan kita senang untuk menikmatinya. Cuma saya tidak pasti jika pendengar kita mahu meraikan Balada lembut begini kerana di lagu ini tiada unnecessary jeritan atau rintahan seperti mana yang orang kita suka.

6.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Sendiri” Melewati Nuansa Pop Terbaru Anuar Zain

Highlight, Review, Terkini,

Melirik Nuansa Penuh Groove & Catchy Andmesh Menerusi “Tiba-Tiba”

Lagu: Tiba-Tiba
Artis: Andmesh
Komposer / Lirik: Andmesh Kamaleng
Produser: Kandria Kananta

Andmesh berawal cukup promising dalam memikat pendengaran nusantara dengan hits “Cinta Luar Biasa” yang cukup booming sekali. Penangan lagu tersebut terbawa laju sehingga ke negara ini.

Penulisan melodinya hadir dalam formula yang mudah saya kira. Tidak hanya di lagu “Cinta Luar Biasa” tetapi hampir keseluruhan lagu-lagu Andmesh mengambil pendekatan mesra pendengar tanpa perlu bereksperimentasi dengan chord muzik yang beragam.

Apa yang dia tawarkan saya kira adalah rasa dan sebagai penyanyi juga pemuzik Andmesh kiranya bijaklah sebenarnya. Dia tahu pendengar sukakan sesuatu yang ringan, yang boleh buat mereka relate dengan kisah peribadi.

Maka lahirlah lagu-lagu seperti “Hanya Rindu”, “Jangan Rubah Takdirku” juga “Nyaman”. Walaupun sebetulnya lagu-lagu paten begini sudah lebih awal dialunkan penyanyi terdahulu seperti Mike Mohede, Budi Do Re Mi, Rizky Febian, Jaz antaranya.

Originality mungkin itu yang tidak ada padanya tapi sebagai seorang yang terlibat dalam showbiz Andmesh bijak membaca apa yang majoriti pendengar mahukan dalam sesebuah karya lagu.

Maka dengan formula yang ada itu dia meneruskan kelangsungan kepada lagu-lagu yang telah rilis dengan menerbitkan sebuah lagi single terbaru berjudul “Tiba-Tiba”.

Lagu yang ditulis sepenuhnya Andmesh ini hadir dalam groove berbeza yang buat saya sangat-sangat enjoy dengan penghasilan keseluruhan lagu ini.

Melodi “Tiba-Tiba” masih berlegar pada apa yang sinonim dengan Andmesh, ditambah dengan groove mid tempo yang disatukan dengan penulisan lirik yang sekali lagi memainkan peranan penting memikat pendengar.

“Rasa ini tiba-tiba ada  setelah sekian lama kita berpisah.” I mean semua boleh relate kan situasi begini. Jadi di sinilah Andmesh memanipulasi melodi yang simple menjadi dekat dan relevan dengan pendengar.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Rakaman Ulang Nostalgia “Hanya Memuji” Krisdayanti & Sandhy Sondoro