Highlight, Review, Terkini,

Kemunculan Perdana Alvin Jo Setelah Menjuarai X-Factor Indonesia Menerusi “Iman Tak Sama”

Lagu: Iman Tak Sama
Artis: Alvin Jo
Komposer / Lirik: Axl Hunila

Baru saja dinobatkan sebagai Juara baru program X-Factor Indonesia, Alvin Jonathan atau nama pentasnya Alvin Jo hadir dengan single “Iman Tak Sama” yang dipersembahkan di pentas akhir minggu lalu.

Pesona Alvin sejak audition telah membuka mata banyak orang dengan kelebihan dalam persembahan vokalnya selain pakej rupa dan imej yang cukup komersial untuk dipasarkan. Saban minggu Alvin hadir dengan aura pentas yang tersendiri mengikat perhatian penonton untuk kekal menikmati persembahannya.

Siap hadir menakluk pasaran muzik Indonesia, “Iman Tak Sama” hasil ciptaan Axl Hunila ini hadir dalam persembahan Balada yang semakin hangat mengisi pasaran Pop Indonesia yang mengangkat lirik perbezaan agama dalam percintaan.

Penulisan lirik yang semakin banyak di pasaran sejak pertama rasanya dipersembahkan Marcell menerusi “Peri Cintaku” sebelum diilhamkan dalam lagu Mahen “Seamin Tak Seiman” dan Brisia Jodie menerusi lagu “Tabu”.

“Iman Tak Sama” memberi kelebihan pada vokal Alvin yang menyenangkan dan terhasil dalam nada Balada yang tidak sukar untuk pendengar nikmati. Lagu-lagu begini ilhamnya mungkin bukan baru tetapi cukup mesra pendengaran.

Berbekal single ini saya kira langkahnya harus lebih laju selepas ini dalam penghasilan lagu-lagu baru bagi terus memikat pendengaran peminat lagu-lagu Pop Indonesia.

6.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Titi DJ Merealisasikan Netizen Dream Project Menerusi “To Lose”

Highlight, Review, Terkini,

Rossa & Andi Rianto Menzahirkan Rendisi Baru “Sekali Ini Saja”

Lagu: Sekali Ini Saja
Artis: Rossa
Komposer / Lirik: Glenn Fredly

Persembahan Ratu Balada Indonesia, Rossa sentiasa hadir dalam pelayaran perasaan yang cukup membuai rasa. Sejak dia bermuzik leboh 20 tahun lalu, nyanyiannya sentiasa memberi sentuhan tersendiri dalam kesederhanaan yang tidak sukar untuk kita larut dengan nyanyiannya.

Maka terzahirlah lagu-lagu popularnya seperti “Hati Yang Kau Sakit”, “Aku Bukan Untukmu”, “Tegar” dan “Ayat-Ayat Cinta” antaranya yang kekal popular sehingga hari ini. Dinyanyikan kembali dan popular kembali biar sudah bergant generasi yang menikmatinya.

Meneruskan kembara bermuzik yang sudah memasuki fasa cukup selesa berjalan sebagai salah seorang Diva Pop Nusantara, Rossa bersama produser muzik Andi Rianto memberi sentuhan baru bagi lagu “Sekali Ini Saja” yang lebih awal dipersembahkan oleh Glenn Fredly.

Siapa saja penggemar Indo Pop yang tidak megenal dengan lagu ini . Sudah hampir 2 dekad diedarkan, kembara lagu ini bergerak terus dengan persembahan sempurna Rossa menerusi lagu ini yang dilatari kemasan muzik Andi Rianto yang meninggikan standard teks lagu ini ke tahap yang lebih baik.

Rosa penyanyi yang bijak dalam penceritaan. Dia bercerita dengan sangat baik menerusi emosinya sepanjang lagu ini. Siap sebagai sebuah lagi melodi galau yang bakal digilai ramai orang.

8.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Romantisme Brisia Jodie & Stevan Pasaribu Menerusi “Ternyata Hanya Kamu”

Highlight, Review, Terkini,

Kolaborasi Pop Raya Hael Husaini & Dolla Menerusi “Suara Lebaran Kita

Lagu: Suara Lebaran Kita /
Artis: Hael Husaini / Dolla
Komposer / Lirik: Ezra Kong / Hael Husaini
Produser: Ezra Kong

Gerakan Pop Raya sejak dua tiga tahun kebelakangan ini bergerak seiring landasan Pop semasa. Dolla tahun lalu menghasilkan hits “Raya Raya Raya” karya kolaborasi produser muzik di Faithful Music yang dikepalai Mike Chan menyiapkan sebuah naskhah future Pop raya yang cukup segar.

Hael Husaini juga begitu antara yang sudah menghasilkan Pop Raya menerusi “Bersyukur Seadanya” yang sehingga hari ini masih diputarkan dan masih segar didendangkan.

Terhasil sebuah kolaborasi dua Pop sensation ini dalam sebuah maskhah Pop Raya terbaru berjudul “Suara Lebaran Kita”. Menggabungkan eleman Pop dan K-Pop yang disatukan dalam rencana muzik dua artis papan atas ini.

Melodi lagu in cukup catchy dan menangkap biar hanya dengan sekali pendengaran. Daya pengikatnya sudah pasti pada korusnya yang hadir dengan groove yang cukup menarik. Kolaborasi ini terhasil solid sebagai sebuah lagu yang pastinya akan diulang dengar.

“Suara Lebaran Kita” bergerak sebagai sebuah naskhah Pop yang sedap didengar tanpa meminggirkan feel raya sebagai pengisian utamanya. Yang dimodenkan adalah kemasan muziknya dalam rasa nostalgia yang masih dikekalkan di dalamnya.


ARTIKEL BERKAITAN

Kelangsungan Hits Raihan Diteruskan Alif Satar & The Locos

#RetrospektifMuzik, Terkini,

“Yayadan” Sebuah Refleksi Pop Kerohanian Sharifah Aini

Bergerak tanpa sebarang batas muzik yang menghadangi, Biduanita Sharifah Aini sudah merakamkan pelbagai jenis lagu dalam jaluran muzik yang pelbagai sepanjang hayatnya bernadi di pasaran muzik tempatan.

Terhasil daripada ilham muzik tradisional Melayu Asli dia bergerak dalam landskap Pop, Disko dan merentas era Balada yang pelbagai sehingga menghasilkan kolaborasi Hip-Hop bersama Too Phat.

Bakat bermuzik luar biasanya membenarkan pasaran muziknya cukup luas dan beragam. Sebuah album berjudul “Yayadan” terhasil dalam kerancakan muzik Nasyid mendominasi pasaran muzik satu ketika dulu.

Bergerak sebagai sebuah gabungan alunan Kontemporari Nasyid dan Tradisional, “Yayadan” digerakkan oleh empat produser muzik yang cukup berpengaruh. Ramli MS, Pak Ngah, S.Atan dan Eddie Marzuki menngemudi album dalam konteks muzik Sharifah Aini yang cukup menyatu baik muzik dan vokalnya.

Single perdana berjudul “Yayadan” ciptaan Pak Ngah menggabungkan muzik padang pasir dengan ilham lirik ketuhanan juga kemanusiaan cukup mendapat perhatian ketika diedarkan. Barisan liriknya tersusun baik dalam susunan bahasa yang begitu humanis sekali.

Carilah ketenangan dalam diri sendiri
Munajat di sepertiga malam
Temulah keagungan tika alam berseri

Sebuah lagu yang menarik minat saya akan album ini adalah medley “Selimut Putih / Keagungan Tuhan” nyanyian asal D’lloyd dan Kumpulan Al-Suraya. Lagu ini disusun semula muziknya oleh S.Atan dengan cukup kemas sekali. Paduan muzik dua lagu yang disatukan dalam satu lagu menghasilkan sesuatu yang cukup menarik sekali.

Vokal penuh perasaan Sharifah Aini menerusi lagu ini begitu memaknakan isi lagunya dengan cukup baik sekali. Sebuah lagi intepretasi rakaman baru terbaik di album ini adalah “Permaidani” yang turut pernah dirakam oleh Aris Ariwatan sebelum ini.

“Fitrah Insani” antara yang hadir dengan kemasan muzik yang cukup baik Ramli M.S. Melodi terhasil dalam sentuhan muzik padang pasir yang biasa kita dengar namun diberi sentuhan magis dalam susunan muziknya yang menarik.

Sebuah lagi lagu yang dihasilkan arwah Pak Ngah berjudul “Kepulangan Dalam Iman” juga antara yang hadir dengan penghasilan melodi yang cukup baik dibaluti vokal istimewa Sharifah Aini. Sebutannya sangat jelas dan itu sentiasa menjadi keistimewaannya sebagai seorang penyanyi.

Album ini dihasilkan pada tahun 1998 ketika rancaknya penerimaan muzik Nasyid di pasaran. Kelibat “Yayadan” dalam mengisi ruang yang ada sebetulnya menjadikan ia cukup istimewa kerana ketika itu muzik ini didominasi penyanyi berkumpulan lelaki khususnya.

“Yayadan” Bergerak matang dan cemerlang di produksi muziknya yang sangat kemas dengan kualiti rakaman album yang cukup berkualiti biar sehingga hari ini jika didengar kembali masih mampu menangkap pendengaran.

Kesemua lagu-lagu daripada album “Yayadan” kini boleh dinikmati secara rasmi di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.


ARTIKEL BERKAITAN

Melayani Perasaan Dalam 8 Balada Terindah Biduanita Sharifah Aini

Highlight, Review, Terkini,

Romantisme Brisia Jodie & Stevan Pasaribu Menerusi “Ternyata Hanya Kamu”

Lagu: Ternyata Hanya Kamu
Artis: Brisia Jodie / Stevan Pasaribu
Komposer / Lirik: Stevan Pasaribu / David Albert / Brisia Jodie
Produser: David Albert

Dua bintang Pop yang cukup meningkat naik di Indonesia, Stevan Pasaribu yang cukup booming tahun lalu dengan single jutaan strim, “Belum Siap Kehilangan” dan mantan peserta Indonesian Idol, Brisia Jodie yang cukup hits dengan rangkaian solo dan duet bersama Arsy Widianto diastukan dalam sebuah naskhah Balada terbaru.

“Ternyata Hanya Kamu” dizahirkan sebagai sebuah lagu yang mengikut template Indo Pop yang biasa kita dengar. Melodi memikat dengan korus yang hadir dengan daya pengikat membuatkan lagu ini tidak sukar untuk dinikmati.

Vokal Stevan bagi saya sangat outstanding membuka lagu ini di bait “Ingin ku ulang kembali kisah kita” yang dialun cukup lembut dan membuai rasa sekali sebelum disambut dengan kelembutan Brisia mengisi ruang verse yang sudah berjaya membuat lagu ini begitu menarik sekali penghasilannya.

Bait lirik cinta “Ternyata hanya kamu, tempat untuk hatiku, Takkan lagi aku mencari, Karna hanya kamu” menruskan kelangsungan Balada cinta lagu-lagu Indonesia yang sinonim dengan kelembutan dalam rasa yang membuai.

Lagu ini sepastinya tidak sukar menembus ruang rasa penggemar Brisia dan Stevan khususnya yang rata-ratanya generasi muda yang sentiasa dahagakan alunan melodi seperti ini.

6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Titi DJ Merealisasikan Netizen Dream Project Menerusi “To Lose”

Review, Terkini,

Kelangsungan Hits Raihan Diteruskan Alif Satar & The Locos

Sejak mengedarkan sebuah rakaman semula “Sesungguhnya” lagu asal yang dimuatkan di album perdana Raihan “Puji Pujian” pada tahun 2019 – Alif Satar bersama pasukan pemasaran muziknya semakin aktif merangka ilham tersebut sebagai sebuah projek tahunan. Selepas kejayaan perdana itu Alif meneruskan kelangsungan projek rakaman semula “Damba Cintamu”.

Tahun ini bergerak dalam skala yang lebih luas menzahirkan EP rakaman semula lagu-lagu Raihan, Alif Satar yang kini bergerak bersama The Locos, kugiran muziknya menerbitkan lima lagu popular grup nasyid tersebut dengan sentuhan muzik baru yang lebih ringan dan menghiburkan.

Dibuka dengan trak “Bismillah” sebelum diteruskan dengan “25 Rasul” dihasilkan dengan pertembungan Pop dan Nasyid yang terhasil menyenangkan. Pendekatan yang saya sifatkan sebagai lebih mesra pendengaran bagi memikat minat peminat muzik yang lebih muda.

Saya lebih tertarik dengan medley “Puji Pujian x Syukur” kerana penyatuan dua lagu ini melengkapi antara satu sama lain. Transisi dari satu lagu ke lagu kedua bagai tidak terasa bergerak sebagai dua lagu berbeza. Kemasan muziknya memberi justifikasi yang bagus untuk meninggikan standard lagu asalnya. Cukup fun dan seronok untuk dihayati.

Projek “The Sunnah The Better” ini saya kira sebuah inisiatif meninggikan kembali hits terdahulu dengan baik sebagai sebuah kelangsungan buat generasi baru yang mungkin mengenal lagu tetapi tidak mengenal penyanyi asalnya.

Dua lagu menutp EP ini. “Asollatuwassalam” dan “Rayuan Rindu” memberi sedikit rasa syahdu yang memberi keseimbangan keseluruhan projek ini.


ARTIKEL BERKAITAN

Melayani Pop Ballad Malar Segar KRU 

#RetrospektifMuzik, Highlight, Review, Terkini,

“Sujud” Sebagai Pertembungan Pop, Rock & Humanisme Ella

Lagu: Sujud
Artis: Ella 
Komposer / Lirik: Ella

Tahun 2017 menyaksikan kali terakhir diva Rock, Ella menghasilkan sebuah album penuh yang saya sifatkan sebagai the brand new Ella yang terisi dengan lagu-lagu yang masih kental jiwa Ella tetapi dipersembahkan dengan cukup moden. Produksi muzik keseluruhan album yang berjudul Peace Love Rindu itu terhasil dalam sebuah pengalaman menikmati muzik yang cukup membanggakan sekali terutama sekali jika anda penggemar Ella.

Tersedia dengan hits “Ku Sedia” tulisan Faizal Tahir bersama Mike Chan dan Omar K album tersebut turut menampilkan nama-nama baru seperti Sam Bunkface juga AG Coco sebagai produser selain mengekalkan M.Nasir sebagai produser utama beberapa lagu di album tersebut.

Sebuah lagu yang begitu mencuri perhatian saya pertama kali mendengarkan keseluruhan album Peace Love Rindu adalah “Sujud” naskhah ciptaan sepenuhnya Edrie Hashim. Hadir dalam adrenali Pop Rock yang cukup membentuk sifat Ella serba baru, lagu yang menariknya diisi dengan penulisan lirik bersifat ketuhanan dan kemanusiaan yang cukup tinggi.

“Sujud” saya letakkan sebagai salah satu lagu terbaik di album tersebut. Lagu ini terhasil sempurna dalam penyatuan melodi yang bagus, lirik yang cukup kemas dan persembahan vokal yang cukup memuaskan. Persembahan jujur Ella di lagu ini sangat begitu dirasai sekali.

Saat dia mengalun korus “Dan aku mensyukuri kehadiran mu, Kerna ku tahu ku tahu tiada duanya” saya kira kita semua dapat rasakan keikhlasan Ella dalam memaknakan setiap isi lirik di lagu ini. Antara bait lain yang cukup kuat bagi saya adalah Kau lindungi imanku, Moga kan selalu teguh hatiku.”

Lagu ini antara yang masih saya dengarkan biar sudah hampir lima tahun diedarkan, penghasilan muziknya sangat relevan untuk diperdengarkan. Antara masterpiece persembahan Ella di album Peace Love Rindu.


ARTIKEL BERKAITAN

Melayani Pop Ballad Malar Segar KRU 

#PerspektifMuzik,

#PerspektifMuzik Menelusuri 3 Dekad Susur Galur Perkembangan Muzik R&B Tempatan

Meneliti pasaran muzik lokal dalam genre Pop dan R&B, pengaruh muzik R&B kita banyak dipengaruhi mod muzik Indonesia. Rencah melodi masih disulam dengan feel Melayu. Citarasa lokal yang tidak pernah akan lekang biar setebal mana nuansa R&B yang cuba diketengahkan mana-mana penyanyi tempatan sekali pun.

Muzik R&B tempatan sebetulnya digerakkan lebih luas ketika era 80-an di mana produser-produser muzik seperti Michael Verrapan, Mazlan Hamzah, Azman Abu Hassan, Johan Nawawi, Susan Goh, Fauzi Marzuki dan Adnan Abu Hassan menggerakkan muzik ini.

Penyanyi seperti Famieza menerusi album Getaran telah mecipta satu nuansa R&B yang cukup baik sekali. Selain Francisca Peters yang hadir dengan debut Komputer Muzik (1984) produksi kemas Michael Veerrapan. Lagu-lagu dalam Komputer Muzik seperti Dia, Malam Sunyi, Keyakinan Diri dan Oh Cahaya memiliki chord muzik yang banyak dipengaruhi Lionel Richie, Phillip bailey dan Stevie Wonder ketika itu.

Begitu juga Fairuz Hussein yang paling dihormati kredibilitinya dalam memperjuangkan nuansa ini. Dua album Perdana Fairuz yang diedarkan pada tahun 1988 (Kali Pertama) dan Coba Lagi (1990) turut mendapat tempat di Indonesia. Fairuz juga menjadi penyanyi tempatan pertama yang berduet dengan soloist terunggul Jakarta, Harvey Malaiholo.

Beberapa lagu Fairuz seperti Kali Pertama, Ku Coba Lagi, Lagu Sambaria, Lembayung Sepi dan Apa sehingga hari ini menjadi naskhah terbaik R&B tempatan. Kali terakhir Fairuz muncul dengan album penuh (self-fund) pada tahun 2009 menerusi album Anugerah yang agak dipandang sepi.


FENOMENA SINARAN & TUA SEBELUM WAKTU SHEILA MAJID
Dalam kelangsungan pencarian nota-nota upbeat dalam R&B lokal, Sheila Majid dilihat yang paling dominan sekitar 80-an sehingga 90-an. Album Emosi (1987) kental feel R&B dan neo Pop yang menentang arus muzik perdana ketika itu.

Emosi menampilkan senarai hits terbanyak dalam mana-mana album Sheila Majid. Lagu seperti Sinaran, Tua Sebelum Waktunya, Fikirkan Dulu, Antara Anyer & Jakarta, Persis, Di Dalam Emosi Ini & Relakan meletakkan standard muzik Pop R&B di tahap yang lebih diterima ramai.

Sheila Majid lantas digelar ratu Jazz ketika itu biarpun apa yang ditawarkan bukanlah seratus peratus R&B tetapi hanya menggunakan koding muzik jazz dan melawan apa yang ditawarkan di pasaran ketika itu. Legasi muzik Sheila diterima terus dalam beberapa albumnya selepas itu seperti Warna, Legenda & Ratu.

KEMUNCULAN BAKAT SOPRANO NING BAIZURA
Tahun 1993, Sony Music Malaysia memperkenalkan bakat bernama Ning Baizura di bawah kendalian penerbit muzik, Jari mencipta satu kejutan manis. Suara Ning ketika itu dianggap sebagai cukup unik bagi memberi warna dalam pasaran muzik tempatan.

Single Curiga mencuri tumpuan luar biasa. Dan bermula dari situ, diversity R&B tempatan yang dikaitkan dengan melodi-melodi upbeat beralih kepada sesuatu yang lebih soulful. Ning memukau dalam debut Dekat Padamu dengan beberapa lagu lain seperti Dugaanku dan Mungkin.

Ning dilihat memiliki pengaruh muzik black ketika itu. Album kedua menyusul dengan lebih baik. Single seperti Pasti, Kau & Aku, Penjara Kasih & In Another Life. Pada tahap ini Ning dilihat sebagai pelapis muzik R&B yang begitu boleh dibanggakan.

Tidak keterlaluan jika saya katakan Ning mencipta momen-momen terbaik muzik tempatan dengan album-album hebatnya yang lain seperti Teguh (album terbaik Ning), Always, Ke Sayup Bintang sehinggalah album Jepunnya Natural Woman.

Kemunculan Ning juga sedikit sebanyak menenggelamkan nama Fairuz Hussein malah Liza Aziz yang turut menghasilkan debutnya pada tahun 1992 yang menampilkan produser hebat seperti Azman Abu Hassan dan Ross Arifin.

Aishah menerusi album yang diterbitkan sendiri bersama EMI berjudul Tiada Duka…Untuk Apa menyuntik elemen cukup moden dalam muziknya. Dengarkan saja lagu-lagu hebat seperti Ombak, Semalamalaman, Orientalism juga feel luar biasa Antara Cinta & Kasih masih lagi menjadi album terbaik yang pernah dihasilkan bintang Pop ini.

DOMINASI SOLOIST LELAKI & REVOLUSI INNUENDO
Casey menerusi debut yang dihasilkan bersama Aubrey Suwito memberi warna dalam pasaran muzik semasa. Menerusi hit Seribu Impian, Casey muncul cukup tersendiri ketika itu sebelum kemunculan Sharizan menerusi trak Inggeris I Am No King ciptaan Helen Yap.

Namun dua nama ini hanya bertahan sementara sahaja kerana sambutan dingin terhadap lagu-lagu begini. Seperti biasa Balada masih mendominasi pasaran ketika itu. Percubaan Fauziah Latiff menerusi lagu Sahabat antara yang cukup berjaya juga ketika itu.

Positive Tone mengembalikan Liza Aziz buat kita semua menerusi album Pop R&B maha hebat berjudul Hati Ini yang menampilkan nama-nama besar seperti Ahmad Izham Omar, Azlan Abu Hassan dan Paul Moss sebagai produser album ini.

Dan antara banyak-banyak album yang dihasilkan Postive Tone, Innuendo mencipta impak serta fenomena tersendiri. Rendisi segar mereka dalam hit asal Carefree berjudul Belaian Jiwa membawa kembali R&B ke pasaran semasa dengan jayanya.

Anuar Zain muncul dengan album solo perdananya bersama Warner Music pada tahun 1998. Tidak salah jika melabel ini sebagai killer album dengan deretan hit malar segar seperti Bila Resah, Jangan Menangis Lagi, Musim Berlalu dan Tangisan Naluri.

Selepas itu muncul Kaer dengan debut Menjelma juga Reshmonu yang lebih solid dengan produksi album yang berkualiti tinggi. Dengarkan sahaja bagaimana dia merencana album Monumental dan Harapan (full album Melayu) dengan feel R&B, Jazz.


KEMUNCULAN DAYANG NURFAIZAH
Setelah tampil dengan album berjudul Pujaanku (1999) kemunculan Ning sedikit dingin dengan segala kontroversi akan cerita peribadinya membuatkan pandangan beralih pada bakat bernama Dayang Nurfaizah yang muncul dengan debutnya pada tahun 1998.

Album solo Perdana Dayang kental nuansa Pop Balada. Dengarkan sahaja lagu-lagu seperti Hakikat Cinta, Hujan Lagi Hati Ini dan Hasrat Nurani. Namun perhatian terhadap vokalnya melebihi lagu-lagu balada yang dipersembahkan.

Remake I Believe I Can Fly dan single Kembalilah Sayang membuktikan pengaruh nyanyian Dayang lebih terarah pada nuansa R&B.

Album kedua menyusul dengan single Seandainya Masih Ada Cinta, Bahagia, Sedingin Mana Cintamu, Bahagia dan Sekali Lagi menyerlahkan kredibiliti sebenar Dayang sebagai penyanyi yang tidak hanya terikat pada nuansa balada semata.

Selepas itu satu per satu feel R&B Dayang bawa dalam setiap albumnya. To name a few Dayang Sayang Kamu, Ingin Kumiliki sehingga remake Kasih yang saya sifatkan sebagai album remake paling berani sekali dalam menyatukan melayu asli dengan feel R&B yang cukup eksperimental.

Jika anda masih ingat Camelia menerusi album Memori (1999) menjadi antara naskhah penting Pop R&B sehingga hari ini. Karya-karya Ahmad Izham Omar, Azlan Abu Hassan dan Kenny Tay dalam album tersebut antara yang cukup solid nuansa R&B.

KESINAMBUNGAN MUZIK URBAN SYAFINAZ, NORYN AZIZ DAN JACLYN VICTOR
Syafinaz diperkenalkan EMI pada tahun 1999 dengan sebuah album Pop R&B yang menampilkan hit malar segar Ingin Bersamamu ciptaan Aubrey Suwito. Persinggahan sementara Syafinaz sebagai penyanyi menghasilakn dua album kesemuanya.

Siapa boleh melupakan album remake Syyh… yang menampilkan rendisi moden lagu-lagu Datuk Ahmad Nawab seperti Rindumu Rinduku, Tiada Maaf Bagimu, Kemesraan, Kusangka Siang Kiranya Malam dan lainnya? Syafinaz berhenti menghasilkan album selepas itu dia hanya membiarkan sejarah menyimpan semat karya yang akan sentiasa dikenang itu.

Noryn Aziz muncul berbeza setelah album terakhirnya Fantasi O Realiti (1997) secara total. Tiada lagi pop alternatif ala Alanis Morrissette atau Natalie Imbruglia – Noryn yang baru lebih musically sensual and sexy.

Alam Maya diterbitkan sekitar tahun 2006 dengan menampilkan nama Daniel Verrapan sebagai produser. Feel Soul & Jazz melatari album ini dengan cukup yakin sekali. Alam Maya masih saya letakkan sebagai album penting dalam legasi muzik R&B, Soul & Jazz tempatan.

Dua album terawal Jac – Gemilang dan Inilah Jac antara produksi yang cukup baik namun Jac semakin hilang arah selepas itu terutama sekali bila dia memutuskan untuk bersama KRU Music yang sempat menghasilkan dua album penuh.

PERCUBAAN YANG GAGAL
Saya tidak pasti berapa ramai yang masih ingat dengan penyanyi bernama Taheera. Dia tidak pernah memiliki album penuh tetapi beberapa lagu yang pernah dirilis punya pengaruh R&B dan Jazz yang cukup bagus sekali.

Lagu Keliru bersama Dave Andrew, penampilan dalam lagu kumpulan V.E dan Triple Noize antara kemunculan perdana Taheera. Namun sayang bagai tiada ruang baginya untuk mendapat tempatan di pasaran tempatan.

Beberapa nama lain seperti Nurfatimah, Shahirah, Hetty Sarlene, Wan Hardiah dan Dina muncul dalam nuansa serupa yang diperjuangkan Dayang Nurfaizah. Namun tidak semua mampu bertahan.

Wan Hardiah datang dengan dua single Balada Seindah Janji dan Tertutup Buatmu. Namun lagu-lagu lain dalam album tersebut nyata sedikit mentang arus perdana. Beat R&B dan Dance dalam album tersebut gagal mendapat perhatian. Lagu karya Dave Andrew berjudul Cahaya antara yang terbaik pernah Wan Hardiah rakam sepanjang kariernya.

Dan muncul Shahira yang pernah dikatakan klon Dayang di bawah kendalian Iman Wan menampilkan hit Cinta Terluhur (Azlan Abu Hassan) juga hanya sekadar one hit wonder sekalipun menurut saya album itu begitu baik sekali penghasilannya.

Begitu juga dengan Dina yang hadir cukup promising tetapi tenggelam kerana kurangnya peluang atau pelan pemasaran yang salah. Nora selepas fasa Menyemai Cinta Bersamamu hadir dengan album Nora | Nora yang menampilkan lagu Kau Tak Pernah Jauh, Mata dan Ajaib Cinta mencuba dengan groove nukilan Audi Mok namun impaknya tidak sehebat album sebelumnya.


R&B MAESTRO TEMPATAN

I would say Michael Verrapan is the music genius yang memberi suntikan muzik bersifat internasional dan global dalam penghasilan lagu-lagu lokal. Lihat sahaja debut Francissca Peters berjudul Komputer Muzik (1984) dan pada tahun 1997 duo ini berkolaborasi sekali lagi dalam album Setinggi Angkasa.

Roslan Aziz menerusi syarikat R.A.P mengahsilkan banyak lagu-lagu Sheila Majid yang cukup hebat bersama pemuzik Mac Chew dan Jenny Chin khususnya. Ahmad Izham Omar meneruskan dengan beat yang lebih bersifat international dengan terhasilnya bakat hebat Innuendo dan Ferhad.

Paling saya suka adalah corak muzik Azlan Abu Hassan baik dalam fast number atau pop ‘Disney’ yang dihasilkan semuanya indah belaka. Masa (Liza Aziz), Fantasia (Hazami), Ku Izinkan Kasih (Camelia), Menyemai Cinta Bersamamu (Nora), Selamanya, Gemawan (Innuendo) dan karya-karya lainnya cukup tersendiri.

R&B HARI INI
Kitaran muzik hari ini nyata berbeza. Semuanya telah dimodenkan dengan teknologi yang sejujurnya membunuh terus feel dalam nyanyian khususnya. Di barat sendiri muzik R&B konvensional sudah tidak lagi mendapat tempat pasaran massa. Semuanya sudah dimodenkan atau saya sebut dimesinkan dengan pengaruh muzik trance, dubstep, K-POP dan muzik elektronik yang lain.

Pasaran muzik Malaysia hari ini saya kira sudah terlalu stagnant dengan idea serupa. Saya sejujurnya letih mendengar lagu-lagu seperti Aisyah, Zalikha atau Sedalam-Dalam Rindu yang terlalu old-fashioned dan tiada revolusi – baik daripada segi muziknya mahupun nyanyiannya.

Harapan untuk kita mendapat pelapis dalam muzik berteras pop r&b yang dijuangkan Liza Aziz, Sheila Majid, Ning Baizura, Noryn Aziz dan lain-lainnya semakin menipis. Jika ada pun pasti ruangnya terlalu kecil untuk disokong pasaran semasa.

Saya berharap stesen-stesen radio dapat menyediakan slot khusus di stesen mereka agar lagu-lagu ini tidak hilang begitu sahaja dan dapat dinikmati generasi akan datang. Jika tidak, album-album yang bagus seperti Hati Ini (Liza Aziz), Teguh & Always (Ning Baizura), Getaran (Famieza), Kali Pertama (Fairuz Hussein), Hawa (Nikki) serta album lainnya akan dilupakan serta lenyap dalam kitaran muzik semasa.

DAFTAR ALBUM R&B TEMPATAN PILIHAN MUZIK KITA

Azmil – Pilihanku (1983)
Mazlan Hamzah – Aku & Diriku (1984)
Sheila Majid – Emosi (1985)
Fairuz Hussein – Kali Pertama (1988)
Sheila Majid – Warna (1988)
Fairuz Hussein – Coba Lagi (1990)
Liza Aziz (1992)
Casey (1994)
Ning Baizura – Ning (1994)
Ning Baizura – Teguh (1995)
Sheila Majid – Ratu (1995)
Liza Aziz – Hati Ini (1995)
Sharizan – Hadir (1995)
Innuendo (1997)
Ning Baizura – Always (1997)
Fran – Setinggi Angkasa (1997)
Ning Baizura – Ke Sayup Bintang (1997)
Anuar Zain (1998)
Camelia – Memori (1999)
Dayang Nurfaizah – SMAC (2001)
Innuendo – BrandNuendo (2001)
Anuar Zain (2002)
Reshmonu – Monumental (2003)
Ferhad – Katakan Saja (2003)
Ning Baizura – Selagi Ada (2003)
Syafinaz..Syyh (2003)
Shahira – Cinta Terluhur (2004)
Dayang Nurfaizah – Dayang Sayang Kamu (2004)
Nikki – Maharani (2004)
Dayang Nurfaizah – Kasih (2005)
Jaclyn Victor – Inilah Jac (2006)
Noryn Aziz – Alam Maya (2006)
Hazami – Nyata (2007)
Kaer – Menjelma (2007)
Nikki – Hawa (2008)
Reshmonu – Harapan (2009)
Fairuz Hussein – Anugerah (2009)
Noryn Aziz – I’m Alright (2010)
Dayang Nurfaizah – Sayang & Cahaya (2011)

*Artikel Bertarikh asal 2 Ogos 2019


ARTIKEL BERKAITAN

10 Album Ini Berusia Sedekad Tahun Ini Dan Masih Menjadi Antara Produksi Pop Terbaik Tempatan

Highlight, Review, Terkini,

Aisha Retno Menembus Emosi Pendengar Di Single “Pencarianku”

Lagu: Pencarianku
Artis: Aisha Retno
Komposer / Lirik: Sharon Paul / Aisha Retno

Aisha Retno bintang masa depan bagi saya. Kekuatannya sebagai vokalis itu luar biasa sekali untuk bakat sehijaunya. Nyanyian Aisha kemas malah semakin baik dan baik sejak awal pertama saya mendengar “Mengikat Jiwa” naskhah ciptaan Aldi Nada Permana bersama Aisha sendiri.

Biarpun saya percaya bakat Aisha itu akan sangat menjadi baik jika dibentuk menjadi R&B star namun untuk diterima di pasaran tempatan Balada harus dipercaturkan dahulu maka terhasillah “Cinta Denganmu” dan “Nukilanku” bagi mencuri perhatian pendengar tempatan yang okey okey sahaja penerimaannya.

Saat dia merilis W.H.U.T tahun lalu saya kembali seronok kerana inilah direction muzik yang harus dia tujui. Moden, muda dan current. Aisha boleh jadi Ariana Malaysia tapi masalahnya orang Malaysia kurang sedia. Malah W.H.U.T lebih menyerlah dan popular di kalangan Indonesian berbanding Malaysian. But no doubt lagu tersebut memang arah terbaiknya untuk bersinar jauh.

Namun sekali lagi untuk bergerak dalam radar popular tempatan Balada itu harus menjadi pertaruhan. Maka sekali lagi Aisha mencuba menarik minat perhatian pendengar tempatan dengan sebuah lagi Balada berjudul “Pencarianku” yang dihasilkan bersama Sharon Paul.

Lagu ini disusun muziknya seperti apa yang biasa kita dengar sebetulnya dalam lambakan Balada yang ada. Cuma persembahan vokal Aisha benar-benar memberi kelebihan untuk lagu ini bersinar lebih daripada penghasilan melodinya. Jujur “Pencarianku” agak lambat merasuk pendengaran saya, hanya setelah beberapa minggu dirilis saya benar-benar cuba untuk terikat dengan melodinya.

Vokal Aisha is a master class. Dia menyusun vokalnya dengan sangat cantik dan kemas sekali. Setiap bahagian terisi penceritaan yang sangat memaknakan setiap bait lirik yang ditulis. Adlibnya sangat kemas tidak berlebih-lebihan terjaga baik emosinya agar tidak ‘berlawan’ dengan muzik yang terhasil tetapi tercantum baik.

Kalau secara peribadi W.H.U.T masih lagi saya letakkan sebagai arah terbaik untuk Aisha bergerak sebagai penyanyi masa depan. Dia masih muda dan memiliki citarasa bermuzik yang sangat baik, semoga Aisha akan find the balance antara to please the mass market dan stay true to herself.

“Pencarianku” bergerak dalam susunan muzik yang baik dan tastefully produced. Saya terbuai dalam alunan sempurna Aisha. Kalau tengah broken lagu macam ni memang layan. Cuma personally saya lebih senang dengan Aisha di dalam W.H.U.T yang lebih current and young.

6.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Pertaruhan Komersial Margosa Menerusi “Cinta Pasti Bersatu” Bersama Aepul Roza

Highlight, Review, Terkini,

Rizky Febian Meramu Kembali “Salah” Persembahan Asal Potret

Lagu: Salah
Artis: Rizky Febian
Komposer / Lirik: Melly Goeslaw

Pasaran muzik Indonesia cukup meraikan lagu-lagu terdahulu yang diberi nafas baru bagi meneruskan kelangsungan hayat lagu-lagu in iuntuk terus bernadi berganti generasi. Selepas Noah menghidupkan kembali roh album-album Peterpan dengan persembahan baru, kini tiba giliran Rizky Febian pula.

Menghembuskan nafas segar lagu cukup popular daripada kugiran Potret yang dianggotai Melly Goeslaw dan Anto Heod, Rizky meramu kembali lagu “Salah” dengan cara yang cukup moden dalam infusi City Pop dan Synth yang menyatu cemerlang.

Perisai utama di lagu ini pastinya feel Rizky yang cukup bersahaja sekali dalam menggayakan “Salah” dengan cara baru yang begitu kuat sekali roh Rizky di dalamnya. Kemasan muzik ini terhasil cukup current dan menarik sekali susunanya.

“Saalh” terhasil sebagai remake yang meninggikan standard lagu asal ini ke tahap yang baik dan relevan untuk pasaran muzik hari ini. Rizky bergerak sebagai bakat muda yang nyata konsisten dalam penghasilan lagu-lagunya.


ARTIKEL BERKAITAN

Pengertian Cinta Raisa Menerusi “Cinta Sederhana”