Highlight, Terkini,

Daftar Nominasi AMI Awards 2018 – Dominasi Pasaran Urban & Persaingan Junior Senior Industri Muzik Indonesia.

Dua hari sudah, pihak AMI Awards 2018 mengumumkan senarai pendek finalis yang berjaya dipilih panel muzik Indonesia yang terbaik antara yang terbaik berada di pasaran muzik penuh warna Indonesia. Dan kategori-kategori ini dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut genre dominan pasaran muzik seberang seperti Pop, R&B, Jazz, Rock, Dangdut, Folk Country, Religi, Teknikal dan lain-lain termasuk kategori khusus muzik Kanak-Kanak.

Melihat senarai penuh ini sahaja sudah buat MK kagum dengan betapa besarnya pasaran muzik Indonesia yang nyata lebih terbuka dan luas (mungkin atas faktor geografi dan demografi). Kategori Pop memberi kejutan yang cukup manis rasanya buat Marion Jola yang merupakan barisan top 12 Indonesian Idol yang lalu.

Marion sudah mampu bangga dengan pencapaiannya bagi kami kerana biar tidak dapat meletakkan dirinya di tempat dua tertinggi final Idol dia mampu cukup diterima cemerlang bukan sahaja dengan jumlah 15 Juta tontonan di YouTube malah kini dengan single Jangan bersama Rayi Putra dia mendapat 5 nominasi bagi kategori Pop.

Nama-nama senior seperti Andien yang tampil cemerlang dengan album studio berjudul Metamorfosa cemerlang dalam beberapa kategori utama seperti Album Terbaik, Artis Solo Pop (Wanita), Artis Jazz Terbaik (Vokal) dan beberapa kategori lain. Begitu juga dengan Ruth Sahanaya dan Sheila On 7 yang berhasil dengan nominasi utama seperti Album Terbaik dan Karya Muzik Terbaik.

Bakat-bakat segar pasaran Urban seperti Adrian Khalif, Bam Mastro, Ramengvrl,  Ardhito Parmono, Rayssa Dynta masing-masing memberi saingan cukup sengit tahun ini. Cuma sedikit terkilan pabila nama GAC menerusi single Sailor  terlepas dalam mana-mana nominasi tahun ini.

Berikut daftar pencalonan AMI Awards 2018.

 

ALBUM TERBAIK TERBAIK

Cadence Blue (A.Nayaka – PreachJa Records / Warner Music Indonesia)

Detik Waktu : Perjalanan Karya Cipta Candra Darusman (Various Artist – Signature Music Indonesia / Demajors Independent Music Industry)

Metamorfosa (Andien – Demajors Independent Music Industry)

Prolog (Rayssa Dynta – Double Deer Records)

Rinduku (Ruth Sahanaya – Kariza Music Productions)

 

KARYA PRODUKSI TERBAIK TERBAIK

Fake Optics (Ardhito Pramono – Sony Music Entertainment Indonesia)

Film Favorit (Sheila on 7 – 507 Records)

Jangan (Marion Jola & Rayi Putra – Universal Music Indonesia)

Money Honey (Count Me In) (Dipha Barus & Monica Karina – Pon Your Tone / Juni Records)

Teduhnya Wanita (Raisa – Juni Records)

 

PENDATANG BARU TERBAIK TERBAIK

Bam Mastro (Idols)

Marion Jola (Jangan)

Monica Karina (Money Honey (Count Me In))

NonaRia (Santai)

Ramengvrl (Go! (I Can Be Your))

Rayssa Dynta (Something About Us)

Reality Club (Is It The Answer?)

 

BIDANG POP

 

ARTIS SOLO WANITA POP TERBAIK

Andien (Metamorfosa)

Maudy Ayunda (Aku Sedang Mencintaimu)

Raisa (Lagu Untukmu)

Widi Mulia (Wahai Kau Tuan)

Yura Yunita (Harus Bahagia)

 

ARTIS SOLO PRIA POP TERBAIK

Adrian Khalif (Flawless/Merona)

Afgan (Love Again)

Anji (Menunggu Kamu)

Rendy Pandugo (7Days)

Sal Priadi (Ikat Aku Ditulang Belikatmu)

Vidi Aldiano (Tak Sejalan)

 

DUO/GRUP/VOKAL GRUP/KOLABORASI POP TERBAIK

Arsy Widianto & Brisia Jodie (Dengan Caraku)

Lalahuta (Tunggu Apa Lagi)

Maliq & D’Essentials (Bagaimana Kutahu)

Marion Jola & Rayi Putra (Jangan)

RAN (Kulari Ke Pantai)

Sheila on 7 (Film Favorit)

Sheryl Sheinafia, Rizky Febian & Chandra Liow (Sweet Talk)

 

PENCIPTA LAGU POP TERBAIK

Adrian Khalif, Syawaldi Iqbal Siregar, dan Denis Ligia (Flawless/Merona – Adrian Khalif)

Erdian Aji Prihartanto (Menunggu Kamu – Anji)

Eross Candra (Film Favorit – Sheila on 7)

Raisa Andriana, Haris Pranowo, Marco Steffiano & Rayendra Sunito (Teduhnya Wanita – Raisa)

Yovie Widianto (Harus Bahagia – Yura Yunita)

 

PENATA MUSIK POP TERBAIK

Anindyo Baskoro, Ilman Ibrahim Isa, dan Arya Aditya Ramadhya (Jangan – Marion Jola dan Rayi Putra)

Ari Renaldi (Harus Bahagia – Yura Yunita)

Marco Steffiano (Flawless/Merona – Adrian Khalif )

Marco Steffiano dan Rayendra Sunito (Teduhnya Wanita – Raisa )

Mohammad Istiqamah Djamad (Di atas Meja – Payung Teduh)

 

ALBUM POP TERBAIK

7 Bidadari (Naif)

Dekade (Afgan)

Detik Waktu : Perjalanan Karya Cipta Candra Darusman (Various Artist)

Oxygen (Maudy Ayunda)

Ruang Tunggu (Payung Teduh)

 

BIDANG R&B

 

ARTIS SOLO PRIA/WANITA R&B TERBAIK

Agnez Mo (Long As I Get Paid)

Dira Sugandi (Malaikat Kecilku)

Isyana Sarasvati (Winter Song)

Rayssa Dynta (Something About Us)

Teza Sumendra (I Did It)

 

DUO/GRUP/VOKAL/KOLABORASI R&B TERBAIK

Aydra & Prince Hussein (Know You Better)

Coldiac (Wreck This Journal)

Emir Hermono & Rayssa Dynta (Call on You)

Gamaliel Audrey Cantika (Sailor)

Isyana Sarasvati & Gamaliel Tapiheru (Terpesona)

 

BIDANG JAZZ

 

ARTIS INSTRUMENTALIA JAZZ TERBAIK

Barry Likumahuwa (SHRTL)

Demas Narawangsa (Discover)

Indra Lesmana (Mystical Glow)

Joey Alexander (Moments Notice)

Krakatau Reunion (Prthvi Mata)

 

ARTIS JAZZ VOKAL TERBAIK

Adikara Fardy (Detik Waktu)

Andien & Tomorrow People Ensemble (Warna-Warna)

Ardhito Pramono (Fake Optics)

NonaRia (Antri Yuk)

Ruth Sahanaya (Gitaku)

 

ALBUM JAZZ TERBAIK

Chapter Two (Krakatau Reunion)

Metamorfosa (Andien)

Rinduku (Ruth Sahanaya)

Rumah Batu (Dwiki Dharmawan)

Surya Sewana (Indra Lesmana)

 

Bidang Rock

 

ARTIS SOLO PRIA/WANITA ROCK/INSTRUMENTALIA ROCK TERBAIK

Ambang Christ (Fight For Glory)

Balum (Another Next Time)

Damon Koeswoyo (Sepi)

Maxime Bouttier (Make Your Day)

Toto Tewel (Kontra)

 

DUO/GRUP/VOKAL/KOLABORASI ROCK TERBAIK

/rif (Malaikat Kecil)

Grassrock (Damai Indonesiaku)

Gugun Blues Shelter (Sweet Looking Woman)

Marcell & Oddie (Ketika Dunia Berhenti Berputar)

Pee Wee Gaskins (Fluktuasi Glukosa)

 

ALBUM ROCK TERBAIK

Bertuhan Dengan Marah (Jikunsprain)

Candu Baru (Zat Kimia)

Kebersamaan (Indonesia Kita)

Life’s Not The Same (Giant Step)

Sukma Pieters (Sukma Pieters)

#PerspektifMuzik,

Mengenal Dipha Barus – Joki Cakram Paling Hangat Dari Kota Jakarta

Kitaran muzik Indonesia tidak pernah membosankan saya. Sebagai seorang yang membesar dengan mendengar Harvey Malaihollo, Katon Bagaskara, ME, AB3, Ruth Sahanaya sehingga munculnya Krisdayanti, Maliq n D’Essentials dan era kugiran Dewa 19, SO7 dan Padi – saya kira piramid muzik Indonesia sentiasa memberi keterujaan bagi saya.

Tahun ini tahun besar untuk joki cakram (DJ) paling hangat Jakarta mencipta nama dalam skala yang cukup besar sekali. Nama Dipha Barus hari ini menjadi dambaan semua penyanyi yang mahu berkolaborasi bersamanya.

Rakaman semula lagu saduran Aku Wanita oleh Bunga Citra Lestari antara yang paling popular tahun ini. Kolaborasi ini antara yang begitu menjadi sekali selain all-time favorite saya tahun ini Made In Jakarta kolaborasi Dipha bersama Adrian Khalif yang penuh groove namun masih terasa esen muzik Indonesianya.

Saya mula mendengar nama Dipha ketika kolaborasinya bersama Andien dalam lagu Rindu Ini yang dimuatkan dalam album rakaman semula Let It Be My Way yang diedarkan pada tahun 2014 dan kemudian nama Dipha sekali lagi mendapat perhatian saya ketika dia muncul dalam debut extended Teza Sumandra tahun lalu menerusi lagu I Want You Love.

Terus terang saya bukan penggemar EDM dan muzik-muzik yang berlegar pada idea beat-beat pantas elektronik ini. Tetapi saya kira istimewanya Dipha Barus ini adalah kerana dia tidak sesekali berkompromi untuk hanya menghasilkan beat dalam lagu sahaja. Yang paling saya kerap ulang dengar adalah kolaborasi bersama Rinni Wulandri dan Teza Sumandra menerusi trak Lemme Get That.

Setiap produksi yang dihasilkan bakat berusia 31 tahun ini masih mengekalkan melodi dalam lagu tanpa terlalu overdo hanya untuk kedengaran current dan internasional. Bunyi Indonesia dalam produksi muzik Dipha masih ada yang dibantu kuat pelantunnya.

“Gue ingin menjadi musisi yang terus mengeksplorasi budaya. Bukan cuma budaya Indonesia, tetapi eksplorasi ke mana-mana. Jadi intinya gue nggak mau bikin musik yang sekadar gamelan berkolaborasi dengan DJ. Bagi gue bukan begitu caranya. Seharusnya bagaimana musik-musik ini bisa ketemu titik tengahnya.” – Dipha Barus (Rolling Stone ID)

PENGARUH MUZIK JAMIROQUAI KE FRANK OCEAN & KUALA LUMPUR

Dipha dalam temubual bersama Rolling Stone Indonesia memberitahu Frank Ocean adalah pengaruh besar dalam penghasilan muziknya. Ketika dia di bangku sekolah, Dipha mula bermain muzik bersama kugiran Infinity yang banyak bermain lagu-lagu saduran.

Kendatipun obsesinya terhadap muzik tidaklah disokong sepenuhnya oleh kedua ibu bapanya, Dipha Barus kedatangan Dipha ke Kuala Lumpur sebagai pelajar Lim Kok Wing yang berkelulusan grafik ini meneruskan segala obsesi dalam muziknya ketika ibunya mengirimkan upright bass miliknya ketika menuntut.

Hasrat untuk meneruskan minat dalam bidang muzik di Berkeley terbantut di situ namun sebetulnya perjalanan muzik Dipha sebetulnya bermukim di Kuala Lumpur apabila dia membeli turntable pertamanya di sini dan terlibat dengan home session gig bersama teman-teman kuliah.

Maka di sini bermula segala perkenalan Dipha bersama DJ Yulansi dan Ray Soo yang mambawanya ke kelab malam ternama Kuala Lumpur, Zouk ketika itu sebagai opening act buat dua DJ tersebut. Saya kira di sinilah titik mula bakat Dipha disedari.

DJ Blink antara yang membawa Dipha ke acara seperti LAPSAP dan kolaborasi mereka di ruang The Loft, Zouk membawa nama Dipha setapak lagi dalam arena muzik sebagai joki cakram yang semakin dinantikan kemunculannya setiap hujung minggu.

Sekitar 2007 Dipha harus pulang ke Jakarta kerana masalah kesihatan ayahnya sebelum kembai membuat comeback di Zouk bagi slot Unity yang diselenggarakan persatuan pelajar Indonesia di Kuala Lumpur.


PULANG KE JAKARTA BERSAMA AGRIKULTURE
Sisa pengalaman bermain muzik di kelab popular Kuala Lumpur akhirnya mengembalikan Dipha ke Jakarta dengan menubuhkan Agrikulture yang menghasilkan sebuah album pada tahun 2012 dengan hit Lagu Cinta Cintaan.

Dipha aktif sebagai DJ bagi acara muzik elektronik sekitar Indonesia. Dia memulakan PonYourTone sebagai acara festival muzik yang kemudiannya bergerak sebagai sebuah label muzik yang menjadi hub kreatif anak muda Jakarta hari ini yang mahu berkarya.

Membaca journey muzik Dipha ini sebetulnya membuatkan saya cukup terinspirasi. Daripada angan-angan tak berestu mahu ke Berkeley belajar muzik membawanya ke Kuala Lumpur bergaul dengan kelompok muzik elektronik di sini sehingga menjadi produser paling on demand tahun ini di Jakarta.

Daripada tenaga muda seperti Roman Food Soldier, Rinni Wulandri sehingga top score muzik Pop seperti Andien, Titi DJ dan Bunga Citra Lestari – Dipha membuktikan obsesi berserta kerja keras akhirnya membuahkan hasil yang cukup memuaskan hatinya.

Tahun lalu Dipha sudah mencipta satu lagi sejarah yang tersendiri, Anugerah Musik Indonesia (AMI Awards) 2017 menganugerahkannya trofi Karya Produksi Rap / Hip-Hop Terbaik dan Karya Produksi Dance / Electronic Terbaik.

Dan tahun ini dia mampu berbangga pabila mendapat nominasi tertinggi AMI Awards 2018 dengan tujuh pencalonan kesemuanya termasuk Karya Terbaik menerusi lagu Money Honey. Dan dengan beberapa lagi single cemerlangnya tahun ini seperti Decide dan Skin To Skin (Monica Karina) Dipha saya kira sudah cukup selesa dengan apa yang diusahakan selama ini.

Ini hanya satu permulaaan, saya pasti segala jenis kecemerlangan yang dikecapi sepanjang tahun ini akan berterusan kerana kerja keras, minat tinggi dan segala kualiti yang ada dalam dirinya yang ada mampu membawa nama Dipha Barus kekal relevan dalam legasi yang diciptanya.

Bagi yang baru mahu mengenal Dipha Barus di Malaysia, Ini senarai lagu yang harus anda dengarkan. Lebih mudah klik sahaja pautan Spotify MuzikKita di bawah

 

 

#RetrospektifMuzik, Highlight,

20 Tahun Adiwarna Sebagai Benchmark Pop Lokal Malar Segar

Ketika Purnama Merindu diedarkan kira-kira 20 tahun yang lalu nama Siti Nurhaliza meniti bibir pengikut muzik Pop lokal bukan sahaja kerana bakat nyanyiannya malah peribadi yang sangat disenangi (sehingga kini). Siti dengan pasukan pemasaran muzik SRC (Suria Records) dengan mastermind Tan Su Lok dan Adnan Abu Hassan meninggikan standard muzik Pop Siti ke tahap yang lebih baik.

Saya masih memiliki salinan kaset yang dibeli ketika masih dibangku sekolah dahulu. Dan obsesi terhadap lagu Sendiri juga Satu Cinta Dua Jiwa dan Tak Boleh Lupa ketika itu sehingga hari ini masih menjadi senarai teratas lagu kegemaran penyanyi hebat ini.

Adiwarna yang membawa maksud amat indah beredar selepas kejayaan Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu dan Cindai yang meneruskan gemilang nama Siti ketika itu yang cukup digilai semesta nusantara.

Tidak salah kiranya kami meletakkan Adiwarna sebagai acuan Pop yang mana formulanya diguna pakai label-label rekod yang lain dalam ‘mencipta’ Siti Nurhaliza versi mereka. Lihat sahaja bagaimana formula menggunakan penerbit yang cukup ramai dalam satu album digunapakai dalam album Satu Per Satu – Elly Mazlein (NAR Records), Sarah (NAR Records) Kembali – Intan Sarafina (Warner Music), Puteri Jelmaan – Liza Hanim (SRC) malah Kirana (BMG) persembahan Nora yang diedar sekitar tahun 2000.

Adiwarna menampilkan nama-nama besar produksi muzik tempatan ketika itu seperti Adnan Abu Hassam LY, Azmeer, Azlan Abu Hassan, Johari Teh, Zuriani Zonneveld dan Salman yang mencorak Adiwarna sebagai taruhan Pop yang hebat tidak hanya dari segi penjualan 4x Platinum (100,000 Unit) malah meninggikan nama Siti di tanah seberang dengan hit Menyintaimu Selamanya (Sendiri) hasil nukilan LY dan Baiduri.

Menyemak indeks lagu-lagunya daripada hits Purnama Merindu (Azmeer) sehingga all time favorite kami Satu Cinta Dua Jiwa (Azlan Abu Hassan), tidak salah kiranya Adiwarna diangkat sebagai Album Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-6 (1999) menolak terus 3 saingan utamanya Masyur (Noraniza Idris & Pak Ngah) Syukur (Raihan & Farihin Abd Fattah) dan Bikin Wilayah (Search & M.Nasir).

Selain membawa pulang trofi Album Terbaik, Adiwarna turut pulang dengan trofi Album Pop Terbaik mengenepikan saingan hebatnya Anuar Zain (1998), Fauziah Latiff (Jee’98), Saleem (Maaf) dan Slam (Dalam Harapan).

Mendengar Adiwarna hari ini membuatkan saya faham mengapa album ini meminggirkan album lainnya sebagai album terbaik yang diedarkan sekitar tahun 1998. Evergreen mungkin perkataan yang tepat menggambarkan Adiwarna sebagai naskhah Pop malar segar yang diterima sehingga hari ini.


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik 20 Tahun “Memori” Dalam Lipatan Sejarah Pop R&B Tempatan

#RetrospektifMuzik,

20 Tahun Innuendo – Warisan Legasi R&B Yang Tertinggal

Ketika Belaian Jiwa pertama diperkenalkan pada halwa massa sekitar 1998, saya baru menginjak masuk usia 13 tahun. Kiranya baru nak masuk form 1 dan sejujurnya saya tidak kenal apa itu muzik R&B kecuali mendengar beberapa lagu daripada Boyz II Men atau Mariah Carey (itupun kerana lagu mereka popular di radio).

Jadi dengan kemunculan Innuendo sebetulnya buat saya makin dekat dengan genre muzik ini. Selepas itu barulah saya kembali mengorek balik kewujudan muzik R&B tempatan dengan bahan bacaan (esp. daripada Saniboey Ismail) dan mendengar kembali semua album-album awal Sheila Majid, Ning dan Fairuz Hussein.

Menerusi dua album penuh (Innuendo & BrandNuendo) dan sebuah album remix (Enhanced) Grup ini cukup cemerlang meyakinkan pasaran muzik semasa dengan muzik R&B yang sebelumnya agak sukar menembusi pasaran luas terutama penerimaan radio. Dan remake kejayaan Belaian Jiwa maka lahirlah pejuang R&B yang lainnya membuat remake lagu-lagu lama dengan sentuhan lebih moden dan segar.

Ferhad dengan Kasih Berubah, Ruffedge menyusul dengan Khayalan dan sebelum itu KRU memperkenalkan Indigo dengan single rakaman semula Suraya.

HARMONI VOKAL TERBAIK
Back to cerita Innuendo, tahun ini debut yang dihasilkan sepenuhnya kreativiti Ahmad Izham Omar bersama pemuzik hebat lainnya menjadikan Innuendo sebagai benchmark baru hala Pop tempatan ketika itu.

Biar muzik mereka agak ke depan berbanding pemuzik yang lain dan dianggap sebagai terlalu berani – tiada siapa yang menyangkal Belaian Jiwa adalah remake terbaik yang pernah dihasilkan.

Saya masih ingat kali pertama mendengan If I Could yang pantas mengingatkan saya pada lagu Boyz II Men. Harmoni vocal mereka begitu hebat sekali, dengarkan saja lagu-lagu seperti Selamanya, So Good Inside, Just For You, Until End of Time dan tentu saja Belaian Jiwa.

Saya fikir jika tiada Innuendo sebagai penggerak utama kumpulan vokal yang berani mempertaruhkan R&B sebagai percaturan, nama-nama seperti Rufffedge dan V.E belum tentu ada untuk mengisi demad yang dicipta.

Kegemilangan Belaian Jiwa Membawa Tuah Buat Innuendo Mencuri Perhatian Pendengar Muzik Tempatan.

REKOD ANUGERAH INDUSTRI MUZIK KE-5
Debut ini tidak hanya membuka mata pendengar muzik semasa ketika itu, namun perhatian diberi ke peringkat lebih tinggi. Percaturan album ini nyata bukan sesuatu yang sia-sia apabila Innuendo mencipta sejarah tersendiri dengan membawa pulang 6 anugerah utama AIM ke-5.

Mereka membawa pulang trofi bagi kategori Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik, Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Album Inggeris Tempatan Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Belaian Jiwa) dan Lagu Terbaik (Selamanya) ciptaan Azlan Abu Hassan.

Dan sehingga hari ini saya kira rekod anugerah terbanyak dalam satu majlis masih lagi dipegang oleh mereka.

Hari ini tiada lagi Innuendo, atau tidak salah jika saya katakan tidak akan ada lagi Innuendo. Namun apa yang mereka tinggalkan buat perkembangan industry muzik  tempatan sudah tercatat dalam sejarah yang takkan mungkin dapat dipadam dan akan sentiasa diingat SELAMANYA.


ARTIKEL BERKAITAN

#PerspektifMuzik Menelusuri 3 Dekad Susur Galur Perkembangan Muzik R&B Tempatan

#BetariSeni,

Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She’s “The Finesse Queen of Leman”

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia.

Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan.

Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu).

Semua nama-nama ini mengendong ilham #baladabunuhdirikeranacinta yang saya maksudkan tadi. Produser besar yang nama mereka saya sebut di awal tadi menjadi individu-individu penting dalam mencorak pasaran muzik tempatan.

Suria Records pada awal 90-an sehingga hujung era tersebut menghasilkan banyak nama di legasi Balada tempatan. Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Anis Suraya, Mazleela, Saidatul Erma dan beberapa penyanyi lelaki seperti Aqasha mencipta impak besar pasaran muzik 90-an.

PERCATURAN GURINDAM RINDU BERKASIH & BAYANGAN SITI NURHALIZA

Dalam kerancakan SRC menghasilkan bakat-bakat muda, muncul FMC yang sedikit sebanyak cuba menghasilkan sesuatu dengan formula serupa SRC. Maka datanglah bakat bernama Siti Nordiana yang dilihat sebagai klon gemerlap bintang Siti Nurhaliza ketika itu.

Siapa sahaja yang sukakan klon bukan? Nama Nana awalnya tidaklah dipandang tinggi. Apatah lagi ketika itu dia keluar ketika nama Siti Nurhaliza sedang di puncak. Kemudian semakin perlahan ditutup dengan populariti Dayang, Sarah dan Misha Omar awal era 2000. Namun begitu Nana masih memiliki kelompok peminat yang banyak

Kelibat Nana dalam persada muzik tempatan ada tetapi tidak dipandang tinggi. Masih berbekal hit seperti Kasihmu Seakan Berubah, Cinta Hanya Sandaran, Dalam Gerimis Hati Menangis dan Bukan Mengungkit Tapi Membangkit.

Selepas kerjaya solonya perlahan, FMC mengubah rentak pemasaran dengan menghasilkan album duet bersama Achik. Dua album Istimewa Untukmu (2003) dan Benang Emas (2006) menghasilkan hit dominan Paling Comel (Aidit Alfian) dan Memori Berkasih (Patrick Khamis).

Dengan dua single duet tersebut dan sebuah album bersama Syura (Firus) masih tidak membawa nama Nana di tahap yang begitu membanggakan. Malah boleh saya katakan belum ada momen terbaik sepanjang dia bersama FMC membawa penjenamaan Siti Nordiana di tahap yang terlalu baik (kecuali penyertaan dalam beberapa siri Juara Lagu).

Biar begitu, menidakkan Nana sebagai penyanyi yang baik tidak sama sekali. Dia memiliki pola suara yang kemas dan tidak berlebih-lebih dalam persembahan vokalnya (jauh sekali untuk membuktikan sesuatu). Biar dilihat sebagai penghibur yang bukan di legasi Senarai A, apa yang patut dibanggakan Nana tidak pernah mengalah apa lagi meninggalkan jauh penggemarnya.

TAK TAHAN, SHORT HAIR, SKIRT PENDEK – NEW BORN NANA?

Album Semakin Jelas (2011) mengubah sedikit arah imej Nana yang lebih daring. Dalam satu persembahan Party EH! Dengan skirt pendek menjadi buah mulut media dan blogger akan penampilannya. Dalam satu kenyataan di mStar Online;

“Sebenarnya saya tak rasa pun gaun itu seksi. Mungkin orang tidak pernah melihat saya berpakaian begitu, sebab itulah ramai yang terkejut sedangkan saya memakai gaun seperti itu mengikut kesesuaian majlis. Lagipun inilah kali pertama saya memakai gaun pendek di depan khalayak.

“Rasanya, gaun yang saya pakai itu tak seksi melampau. Takkan saya nak berimej yang sama saja, nanti orang bosan pula.

 “Penampilan baru ini juga merupakan imej sempena dengan keluaran single lagu terbaru saya yang berjudul ‘Tak Tahan’. Apapun, saya tak kisah dengan tanggapan orang kerana mereka mempunyai hak untuk memberikan pandangan dan saya terima itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Single Tak Tahan ciptaan Manusia Putih dan Nawfas sebetulnya memberi arah baru dalam rencana muzik Nana yang sebelum ini bergantung pada balada kea rah pop yang lebih moderate. Sedap tapi masih gagal memberi faedah buat karier Nana.


DIAM UNTUK KEMBALI MERDU

Sebelum Nana memasuki Gegar Vaganza musim kedua, dia sempat melahirkan sebuah album ketuhanan berjudul Anakku Sayang yang merupakan fasa seterusnya bukan sahaja karier tetapi kehidupan Nana sendiri.

Kembalinya Nana pada fitrah wanita muslimah, imej bertudung ini kami kira seiring usia serta status Nana sendiri. Fasa diam bergerak sebagai pengusaha butik dan kemudian menghasilkan Anakku Sayang menjadi pertaruhan yang selamat buatnya.

Jujur saya terbuai dengan persembahan Nana dalam album ini menampilkan lagu seperti Suara Ibu, Selawat Badariah dan Dodoi Si Dodoi yang sejujurnya bagi saya persembahan paling merdu dalam banyak-banyak album.

Namun puncak gemilang sebenar dalam kerjaya Nana tentu saja ketika dia membuat comeback menerusi program Gegar Vaganza. Ibarat sebuah kejutan manis, prestasi Nana dalam persembahan pentas di GV cukup cemerlang dan sangat membanggakan.

Mungkin faktor kematangan suara dan kebijaksanaan dalam persembahan pentas membuatkan Nana begitu menyerlah sekali sepanjang berada dalam Gegar Vaganza. Dan tidak salah saya katakan jika Nana adalah juara yang paling menyerlah dalam perkembangan karier showbiz berbanding juara lainnya.


THE FINESEE QUEEN OF LEMAN

Saya kira semua juga percaya karier Nana mekar dan semakin gemilang selepas fasa GV. Single ketuhanan Pesanan Teragung membawa muzik Nana ke tahap yang sedikit berbeza daripada apa yang pernah dia persembahkan sebelum ini. Ternyata lagu ciptaan Audi Mok ini memberi kelebihan berbeza pada Nana.

Namun untuk kembali memberi kepuasan sebenar buat penggemarnya, Nana menghasilkan Terus Mencintai yang dihasilkan sepenuhnya penyanyi dan komposer ini. Nana bijak dalam percaturannya. Terus Mencintai membawa nama Nana ke tahap yang lebih tinggi. Dan sejujurnya saya kira Nana telah menaikkan kraf muzik ‘leman’ yang dijuangkan selama ini pada tahap kematangan dalam muzik yang lebih.

Pabila lagu ini tidak diangkat ke final Juara Lagu yang lalu saya agak pelik kerana komposisi lagu ini nyata lebih baik berbanding lagu lain yang ada terutama sekali Bayang dan Menahan Rindu. Tetapi attitude Nana saya kira telah membuatkan Nana win big time di saat Ayda Jebat mempertikaikan keputusan juri, Nana tenang menerima seadanya.

Saya kira itu jugalah berkat sabarnya seorang anak seni seperti Nana, tidak pernah mengalah apalagi mempersoalkan rezekinya dalam bidang yang diperjuangkan ini. Jauh sekali mahu membuktikan apa-apa kepada marhaen. Cukup dengan melakukan apa yang dia percaya tanpa mengharapkan pujian apa lagi julangan.

Nana tidak pernah terusik setiap kali dijentik. Malah jauh sekali menjadi defensive – jika dia mahu dia pasti boleh saja melenting setiap kali dilabel penyanyi kampung. Namun saya kira dia tidak pernah memikirkan tentang label, kasta dan standard dalam karier nyanyiannya. Dan semoga dengan attitude yang betul ini, terus bersinarlah kerdip bintang The Finesee Queen of Leman ini.


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik,

Hazami – Dinamik Komposisi Melodi Dalam Memberi Justifikasi Vokal Yang Membekas Perasaan

Saya mendengar Takdir (Dayang Nurfaizah) ketika album ini diedarkan sekitar awal tahun lalu dan terbit satu rasa betapa istimewa karya ciptaan Hazami dalam mencorak satu komposisi muzik yang memberi justifikasi pada vokal Dayang. Dan jujur dalam banyak-banyak lagu dalam album sepenuhnya balada itu, Takdir antara lagu dengan persembahan vokal terbaik Dayang.

Dalam erti kata lain saya puas mendengar butir sebutan dan feel Dayang dalam lagu tersebut. Takdir menjadi lagu kedua ciptaan Hazami buat Dayang. Kredit juga goes to Genervie Kam sebagai produser lagu tersebut pastinya. Coretan Cinta yang dimuatkan dalam album Dayang Sayang Kamu menjadi naskhah pertama ciptaan Hazami buat Dayang.

Kemudian saya mencari semula beberapa lagu ciptaan Hazami yang dinyanyikan penyanyi lain seperti Sarah (Tiada Dikau Tiada Makna & Cuma Permainan), Fazli Zainal (Harapan), Anuar Zain (Simpati Cintamu), Azharina (Rawan), Nikki (Pinta) dan Liza Hanim dengan lagu Cinta Kelana yang dimuatkan dalam album penuh terakhirnya Imagin sekitar 2007.

Ternyata lagu-lagu ciptaan Hazami punya dinamik melodi yang cukup bagus sekali. Kraf muziknya masih berlatar melodi balada melayu yang biasa kita dengar tetapi apa yang lebih menarik perhatian saya adalah Hazami bijak menggerakkan melodi ciptaannya sesuai penyampaian penyanyinya.

Sekalipun tidak semua lagu-lagu tersebut disusun dan diterbitkan oleh Hazami, tetapi kraf asal muziknya bagi saya cukup besar sifatnya tetapi masih in control, tiada yang terlalu mencuba menjadi luar biasa.

Hazami memulakan karier nyanyiannya dengan populariti Sonata Musim Salju dan Tekad. Pop yang dibawanya bersulam feel R&B tetapi masih kental feel Melayunya. Tekad masih antara lagu terbaik Hazami sehingga hari ini begitu juga Kata yang ditulis untuk album keduanya.

Lagu seperti Mungkir Bahagia bagi saya antara naskhah melodi yang cukup cemerlang penciptaannya yang memiliki semua elemen penting untuk menjadi malar segar. Dan formula serupa diteruskan dalam lagu Kata Cinta Madah Dusta (Album Nyata) dan Yang Pertama (Yang Pertama/Running) namun dua single tersebut sedikit gagal mendapat perhatian.

Pinta yang dicipta untuk Nikki masih antara komposisi terbaik Hazami yang pernah dicipta sepanjang kariernya selain Rawan persembahan Azharina. Skala muzik Pinta cukup luar biasa bagi saya dan apa yang lebih luar biasa adalah persembahan serba sempurna Nikki dalam lagu yang dimuatkan dalam album berjudul Maharani tersebut.

Sebuah lagi lagu yang cukup underrated adalah karya Hazami buat Amylea menerusi debut Selepas 3. Lagu berjudul Andai dengan feel R&B – Saya sukakan komposisi simple lagu begini. Groove masih terasa dan gabungan vokal Amylea dan back-up vokal yang dibuat Hazami cukup istimewa sekali. Groove yang sama kental dalam album Nyata yang saya sifatkan sebagai album terbaik sepanjang karier Hazami.

Tahun lalu sebelum melibatkan diri dalam pertandingan Gegar Vaganza, dia sempat menghasilkan single ketuhanan berjudul Maha. Lari daripada skop balada ala Mungkir Bahagia, lagu tersebut bagaimanapun tidak begitu mendapat perhatian. Melodinya baik cuma mungkin bukan untuk pasaran massa.

Terkini, Hazami sudah menyiapkan rakaman lagu terbaru Aishah berjudul Malar dan kita masih lagi menanti masanya untuk single tersebut dikeluarkan. It is good to know masih ada yang mampu melihat karya Hazami masih memiliki sakti. Untuk popular tiada jaminan tetapi untuk menjadi timeless dan sentiasa boleh didengar pada bila-bila masa itu pasti. Malah saya kira karya-karya Hazami biar kental jiwa melayunya tetapi masih punya kelas dan lebih baik daripada mana-mana lagu komposer muda seperti, ermm tidak mengapalah.
Terus sukses buat Hazami daripada Muzik Kita. Berikut Senarai Lagu Terbaik Ciptaan Hazami sepanjang masa.

PINTA
Penyanyi: Nikki
Album: Maharani (2005)
Arranger / Produser: Sharon Paul

Semua tentang lagu ini bagi saya cukup timeless – baik penciptaan melodi, lirik, susunan muzik cukup kemas Sharon Paul dan yang pastinya vokal memukau Nikki yang memberi justifikasi terbaik dalam lagu berjudul Pinta ini. Truly masterpiece!

KATA
Penyanyi: Hazami
Album: Kata (2005)

Formula Pop paling cemerlang sepanjang karier Hazami. Kraf lagu ini cukup asli dalam acuan yang tersendiri. Biar usia lagu ini sudah lebih sepuluh tahun namun ia masih segar untuk didengar tanpa jemu dan tanpa rasa ke belakang.

SIMPATI CINTAMU
Penyanyi: Anuar Zain
Album: Anuar Zain (2011)
Arranger / Produser: Irwan Simanjuntak

Sayang lagu ini terbiar begitu sahaja tanpa didengar umum kecuali penggemar Anuar. Landskap penciptaan Simpati Cintamu sememangnya acuan muzik yang biasa ditulis Hazami (dengarkan lagu-lagu dalam album Yang Pertama…Running). Irwan Simanjuntak yang bertindak sebagai arranger membuatkan standard lagu ini menjadi lebih baik dan menjadikannya cukup kemas sekali.

RAWAN
Penyanyi: Azharina
Album: Rawan (Single)

Antara lagu ciptaan Hazami yang datang dengan killer chorus. Melodi lagu ini cukup syahdu, melankolik yang terlalu but feel lima bintang Azharina dengan skil nyanyiannya membuatkan segala kesyahduan melodi ini tidaklah kedengaran terlalu meleweh (Atau saya yang in-denial lol).

ANDAI
Penyanyi: Amylea
Album: Selepas 3 (2008)
Arranger / Produser: Hazami

Saya sukakan simplicity yang ada dalam lagu ini. Latar muzik R&B yang cukup minimal tetapi masih memilki groove yang cukup baik. Mendengarkan semula lagu ini sekarang membuatkan saya fikir Hazami sudah 10 tahun ke depan berbanding lagu-lagu yang berada di carta teratas hari ini.

TIADA DIKAU TIADA MAKNA
Penyanyi: Sarah
Album: Tiada Dikau Tiada Makna (2005)
Arranger / Produser: Hazami

Inilah yang saya maksudkan pabila saya katakan Hazami seorang produser / komposer yang bijak memberi naskhah yang mampu memberi justifikasi pada kemampuan penyanyinya. Dinamik vokal Sarah cukup dirasai dalam lagu ini. Saya cukup puas mendengar penyampaian hebatnya yang pastinya datang daripada kekuatan melodi yang dicipta Hazami. Sebuah lagi lagu dalam album serupa ciptaan Hazami buat Sarah berjudul Cuma Permainan.

MUNGKIR BAHAGIA
Penyanyi: Hazami
Album: Kata (2005)

Hazami membawa ilham Balada ke satu tahap yang lebih kemas dan berstruktur. Saya sukakan corak kemasan muzik Mungkir Bahagia dan tentu saja feel yang cukup mendalam daripada Hazami. Contoh terbaik naskhah malar segar yang akan sentiasa senang untuk dinikmati.

CINTA KELANA
Penyanyi: Liza Hanim
Album: Imagin (2007)
Arranger / Produser: Genervie Kam & Hazami

Imagin saya sifatkan sebagai karya terbaik Liza Hanim. Puas, itu perkataan yang tepat menggambarkan betapa senangnya saya mendengar persembahan sempurna Liza Hanim dalam Cinta Kelana. Sayang sekali lagu ini terpinggir dan jika saya jadi team Liza lagu ini dan sebuah lagi lagu berjudul Semilir akan saya rilis semula.

TAKDIR

Penyanyi: Dayang Nurfaizah
Album: Dayang Nurfaizah (2017)
Arranger / Produser: Genervie Kam

Sebuah lagi gabungan sempurna Hazami dan Genervie yang begitu baik penciptaannya. Biar saya lebih suka kraf muzik Coretan Cinta, tidak dinafikan Takdir lebih mudah kiranya menangkap perhatian pendengar mass. Saya hanya berharap team Dayang akan memberi justifikasi pemasaran yang sebaiknya untuk lagu ini. Maybe a duet version dengan Hazami, why not kan?

PENGALAMAN CINTA
Penyanyi: Bob
Album: Hantaran Hati (2006)

Sebagaimana saya puas mendengar vokal Liza dalam Cinta Kelana begitu jugalah saya puas mendengar suara emas Bob dalam lagu ini. Kombinasi melodi, lirik dan vokal yang maha dahsyat.

IMPIAN
Penyanyi: Jaclyn Victor
Album: Gemilang (2004)
Produser: Edrie Hashim

Impian memiliki pattern muzik kemenangan sama seperti Gemilang. Komposisi serta struktur Impian cukup baik bagi saya Cuma lagu Gemilang terlalu besar skalanya sehingga menenggelamkan Impian untuk menarik perhatian. Namun Impian masih lagi antara penciptaan terbaik Hazami biar agak underrated.


ARTIKEL BERKAITAN

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

#PerspektifMuzik,

As Far We Can Tell, Ini Senarai Rilis Terbaik Separuh 2018

 

Artikel ini sebetulnya sambungan artikel sebelum ini yang mengupas pasaran muzik tempatan yang secara menyeluruhnya masih berlegar dengan lambakan balada daripada bakat muda yang amat diragui bakatnya. Mudah cerita pemasaran muzik yang ada sekarang tidak bervisi dan hanya berdasarkan apa yang seperti dikatakan – pendengar mahukan. Jika benar ini apa yang pendengar mahukan, again saya repeat – kenapa teruk sangat taste muzik korang? Berikut senarai rilis terbaik yang ada sepanjang setengah tahun ini tanpa mengikut turutan.

HARAM (Dayang Nurfaizah & Hael Husaini)
Hael Husaini / Ezra Kong

Diperdengarkan buat pertama kali di pentas Anugerah Neelofa yang lalu –  Lagu ini tidaklah terlalu original (rujuk lagu-lagu dalam album Faizal Tahir 2013) tapi relevan dan segar – baik melodinya, liriknya dan kolaborasi live yang begitu sempurna sekali. Gandingan Hael dan Dayang tidak kedengaran janggal, menyatu dengan sempurna di pentas. Tapi maaf saya  tidak begitu menyukai versi studio lagu ini yang seperti mendengar dua jentera vokal digital yang didayangkan dan dihaelkan (Saya harap anda faham maksud saya).

DEBAR LEMBUT (Salammusik)
Muhd Payung Irhas / Ashraf Salam Azlan

Corak muzik nusantara Salammusik dalam Debar Lembut membuatkan saya fikir masih ada harapan untuk genre begini bergerak tanpa di ‘fusion’ kan dengan cara yang terlalu elektronik. Penulisan lirik Ashraf juga sangat baik. Lagu ini sebetulnya sudah jauh meninggalkan lagu-lagu lain yang ada di pasaran mass hari ini. Peluang untuk melihat lagu ini popular mungkin sukar tapi saya percaya hayat lagu ini akan diingat lama sama seperti apa yang pernah Monoloque lakukan dalam Batu Belah Batu Konkrit (duet bersama Azlina Aziz)

OH! (Leaism)
Lea Ismail

Oh yes! Ini bakat baru paling promising tahun ini. Saya benar-benar sukakan kraf muzik Lea dalam single berjudul Oh! ini. Cukup lembut, menyentuh dan beremosi sekali. Dan saya sukakan cara Lea mengalun butir lirik dalam lagu ini dengan cukup jelas dan sampai cerita dalam teks yang ditulis. Saya berharap kraf begini akan diteruskan dan dikembangkan untuk single yang akan datang. Nasihat saya jangan buat lagu yang bising dan jangan jadi Fynn Jamal.

NJWA (EP)

EP ini beredar dengan hanya tiga lagu yang cukup solid penghasilannya. Ocean saya letakkan antara lagu terbaik yang pernah NJWA rakam sepanjang karier muziknya. Togok nukilan Loque juga menarik dengan eksperimentasi gamelan dalam kraf muzik yang cukup rich bunyiannya. Kualiti rakaman setiap lagu dalam EP ini terlalu hebat bagi saya. Kerjanya cukup halus dan butiran bunyian dapat didengar dengan cukup jelas dan puas sekali.

 

TAK PERNAH HILANG (Kaer & Amylea)

Farouk Roman / Amylea

Kolaborasi komersial yang cukup seimbang dan segala keseimbangan vokal dalam lagu ini menerbitkan satu perasaan yang cukup dalam mentafsirkan teks dalam lirik tulisan Amylea. Saya selalu percaya sebuah balada yang berjaya bukan atas faktor betapa tinggi nyanyian pelantunnya tetapi balada yang berjaya adalah naskhah yang memiliki feel yang sampai pada pendengar. Dan lagu Tak Pernah Hilang ini cukup sifatnya bergerak sebagai sebuah balada yang baik dan bersifat evergreen.

STARFEATHER (Faizal Tahir)
The Faithmen

Sejujurnya kali terakhir saya enjoy karya FT adalah lagu Assalamualaikum dan Negaraku kolaborasi hebat bersama SonaOne, Altimet, Joe Flizzow. Lagu yang lain-lain tu sejujurnya terlalu biasa dan tak ada apa yang terlalu istimewa. Even lagu Malaysia tu pun terlalu biasa untuk saya sebab dia FT jadi expectation kena tinggi sikit. But but but, Starfeather mengembalikan keterujaan saya mendengar FT sepertimana Assalamualaikum dan Negaraku.

Secara teorinya lagu ini terlalulah FT sifatnya tapi saya sangat sukakan cara team The Faithmen menyusun struktur lagu ini dengan efek khas melatari lagu ini dengan justifikasi yang cukup baik. Bukan setakat nak buat dan Nampak moden. Dan saya sangat-sangat sukakan bait ini – “If you feel like you’ve got the weight of the world on your shoulders, Look around, you’re alive, Alhamdulillah…”Indah…

SAMPAI KE HARI TUA (Aizat)
Aizat memang master dalam menulis melodi romantis begini. Raniaku, Dwihati dan Lagu Kita antara contoh lain. Sampai ke Hari Tua mungkin terinspirasi daripada kejayaan Strala tapi saya rasa SKHT lebih romantis, lembut dan menyenangkan. Lagu begini akan jadi klasik sebab yang pastinya akan sentiasa dipasang di majlis-majlis persandingan pengantin-pengantin baru.

 

SEMAKIN (Sarah)

Mera Utama

Saya betul-betul puas dengan comeback Sarah ini yang cukup sifat perasaannya. Vokal Sarah amat gemersik di bahagian awal dan transform menjadi cukup powerful towards the end. This is a very intense balada patah hati yang memiliki esen muzik balada Indo Pop. And its totally okay Sarah at least rujukan awak tidaklah kedengaran kebelakang.

LOVESICK (Midnight Fusic)
Adrian Danial / Arif Kamarudin / Firdaus Azmi / Muaz Rabbani

Sebuah kugiran yang cukup promising. Lovesick sebuah naskhah indie dengan groove dan feel retro yang menarik kraf muziknya. Current dan earworm untuk pasaran urban yang jalannya mungkin bukan untuk pasaran Khai Bahar atau Wany Hasrita yang pastinya tetapi nyata lebih baik daripada kedua-dua itu.

VIBE (Kuizz)
Kuizz Shah

Jumlah strim di Spotify yang melebihi 2 Juta membuktikan Kuizz bukan calang-calang bakat. Saya mula mendengar karya bakat muda ini ketika dia mewakili Malaysia untuk program Air Asia #DreamComeTrue dan single Vibe ini bukti ada sesuatu yang luar biasa dan harus kita sama-sama sokong serta angkat bakat yang bergerak sendiri ini ke standard yang lebih tinggi lagi.

#PerspektifMuzik,

Pola Muzik Sebahagian 2018 – Wacana Keraguan Dalam Perkembangan

Sebahagian 2018 berjalan tanpa kejutan menghidang sejumlah lambakan balada yang datang dengan formula serupa. Dan setelah hampir 2-3 single saya masih tidak faham apa yang membuatkan Khai Bahar begitu dijulang dan lebih saya tak faham lagu sebagus Sentiasa Merinding tak dapat airplay langsung.  I mean kenapa teruk sangat taste muzik korang?

Melihat carta 10 teratas JOOX, Spotify dan RIM buat saya tepuk dahi. Radio masih lagi dengan prinsip atas permintaan tanpa mahu menjadi ‘pendidik’ – what should you listen and what you should not. Media di TV atau akhbar pun serupa. Masing-masing sibuk menjilat yang paling popular demi rating dan circulation.

Pasaran urban Pop (Bukan hip-hop) semakin jauh dengan pasaran semasa, album No.3 Atilia jauh sekali dapat kita dengar diperkatakan, NJWA yang muncul dengan EP tiga lagu yang cukup membanggakan juga semakin meragukan permintaannya. Dan jumlah 2 juta strim di Spotify untuk lagu Vibe oleh Kuizz Shah bagai tiada makna untuk pendengar lokal.


Single Vibe saya kira sudah cukup rencah untuk popular, disenangi malah digilai anak muda. Maksud saya kalau korang boleh enjoy The Chainsmoker, Post Malone, Marshmello, Sahwn Mendes tak ada alasan rasanya untuk tidak enjoy corak muzik Kuizz.

Salammusik antara grup urban yang cukup membanggakan. Saya kira kraf muzik Debar Lembut cukup membanggakan. Intepretasi muzik Melayu asli mereka cukup authentic tanpa diganggu dengan efek bunyi bising sehingga hilang keaslian penciptaan melodi.

Power Pop Vocalist seperti Sarah (Semakin), Misha Omar (Sampai Bila), Azharina (Cinta Terbagi Dua), Liza Hanim (Mimpi) dan Nora (Ada Dalam Tiada) sudah melakukan tugas mereka atas permintaan anda untuk mereka keluar dengan lagu baru. Tapi yang masih berjuta view nya di YouTube masih nama-nama pelik Floor 88 yang ulang guna formula Khalifah, Arif Bahran, Asad Motawh atau Fara Hazel yang urban pada Namanya sahaja.

Jika ada bakat baru yang benar-benar menarik perhatian saya hanyalah Aziz Harun. Setidaknya harapan untuk melihat wujudnya Jason Mraz Malaysia masih lagi ada. Aziz di bawah kendalian Faithful Music punya citarasa muzik yang ke depan dan produksi muziknya bukanlah sebarang. Yang lain tu, mungkin boleh belajar corak muzik Aziz.

CORAK PEMASARAN KAMAR SENI – BUNGA KEJAYAAN
Saya paling tertarik corak pemasaran produksi Kamar Seni yang meminggirkan terus pemasaran digital YouTube dan Online streaming. Fokus terhadap gig dan jual cara konvensional – membuktikan CD does matter! Terima kasih kerana masih percaya corak pemasaran begini kerana after all next 10 atau 20 tahun andai kata tiada lagi YouTube atau Spotify haaa nak dengar kat mana?

Saya harus respek cara Kamar Seni ini dan saya kira mereka cukup berjaya mencipta satu kelompok penggemar muzik yang menyimpang sedikit daripada pasaran radio lokal. Hari ini, back in 2016 bila saya begitu mahu Masdo dan Orkes A. Hizadin popular ketika bekerja sebagai Editor Pengisian Lokal di JOOX menjadi nyata juga setelah penat berkempen untuk menaikkan banner serta memuatkan lagu Bunga dan Kejayaan dalam most of top JOOX Playlist.

 

KAER, AMYLEA DAN IDAYU

Saya kira Tak Pernah Hilang persembahan Kaer dan Amylea satu kejayaan manis buat dua bakat kelahiran Akademi Fantasia ini. Duet yang paling finest menurut saya – melodinya baik, liriknya okey dan yang pastinya vokal mereka tidak dimesinkan seperti suara Dayang dimesinkan dalam Haram (betul-betul haram).

Persembahan mereka sederhana tetapi feel sangat mendalam dan sempurna. Tiada antara mereka – baik Kaer atau Amylea ada yang mahu ‘menjerit’ menunjukkan siapa yang lebih tinggi nyanyiannya (Come on dah 2018, menyanyi nada tinggi melampau atau nak show off skil untuk bukti yang awak hebat menyanyi is so passe). Tak Pernah Hilang dibikin lembut dan menyenangkan tanpa perlu berusaha membuktikan apa-apa – just feel!

Mendengar teaser lagu-lagu baru Kaer di Insta Story miliknya buat saya fikir kita masih ada harapan untuk pasaran Urban Popper berkembang seperti mana di Jakarta. Saya ingin sekali melihat Yura, Tulus, Jaz, Vidi, Kunto Aji, Raisa dan Diastika versi Malaysia berhasil.

Dan mendegar kembali album Selepas 3 (Amylea) yang beredar kira-kira 10 tahun lalu membuatkan saya fikir album tersebut lebih segar muziknya berbanding lagu-lagu carta teratas yang ada sekarang. Semoga Amylea juga berhasil terus dengan single yang lebih baik selepas ini.

Dan dalam clan ini, seorang lagi iaitu Idayu – power house vocalist yang saya kira masih lagi mencari naskhah yang mampu memberi justice untuk kariernya. Nasihat saya, Idayu perlukan senior dalam produksi lagu yang betul-betul dapat memberi justifikasi pada vokal hebatnya. Ajai dan Azlan Abu Hassan dua nama yang saya pasti mampu memberi naskhah yang baik buatnya. Dan saya rasa Bob should join this clan. A duet with Idayu produce by Ajai akan bagi justice buat kedua-dua bakat ini. #percayalah

NOTA AKHIR:
Kita tidak lagi perlukan lagu seperti Bunga (Ara), Luluh (Khai Bahar), Di Matamu (Pian), Yang Terindah (Achey), Aqilah (Floor 88), Sandiwara(Xpose), menahan, menanggung, merintih, merindu semua tu… – Lemas, membimbangkan dan mundur!

 

#RetrospektifMuzik,

Mazlan Hamzah – Peralihan dan Pengaruh Besar Muzik R&B Tempatan

Saya sering mendengar tentang kehebatan muzik Mazlan Hamzah daripada individu-individu senior yang terlibat secara langsung dan tidak dalam lapangan muzik lokal. Namun secara peribadi saya tidak dibesarkan dengan lagu-lagunya. Saya hanya tahu betapa besarnya pengaruh muzik figura yang satu ini terhadap karier Anuar Zain, Hazami dan Sheila Majid khususnya.

Sejujurnya juga saya hanya mendengar single Aku Cinta Padamu” versi Sheila Majid terlebih dahulu berbanding versi asal persembahan Mazlan Hamzah sendiri. Lagu yang dimuatkan dalam solo album berjudul Refleksi yang diedarkan pada tahun 1987 itu benar-benar memberi intepretasi muzik R&B lokal tempatan yang saya kira punya corak serupa bakat Indonesia seperti Fariz RM dan Utha Likumahuwa khususnya.

Dan terima kasih saya buat Aszuad daripada Cloudworks kerana sudi berkongsi album yang sangat ‘rare’ ini untuk saya dengar dan belajar lebih dalam lagi tentang pengaruh muzik yang dibawa Mazlan Hamzah dalam gerakan muzik urban tempatan.

Mazlan Hamzah dikemudi ilham fikir Nassier Abu Kassim ketika itu merekrut Booty Boys menerbitkan album yang diberi judul “Aku & Diriku” yang diedarkan pada tahun 1984. Sejujurnya saya tidak begitu menggemari konsep muzik Aku & Diriku yang menurut saya terlalu kuat pengaruh Quinary M (Kugiran yang disertai Mazlan bersama Mazuin Hamzah) especially dalam beberapa lagu balada mendayunya termasuklah duet bersama Sheila Majid berjudul Rindu Pada Ayah yang terlalu biasa bagi saya.

Hanya selepas tiga tahun kemuadian, Refleksi (1987) diterbitkan saya kira muzik Mazlan Hamzah lebih ke depan. Album ini diterbitkan oleh Boon dengan barisan komposer seperti Adnan Abu Hassan, Johan Nawawi, Iman Majid dan Mazlan Hamzah sendiri yang menulis untuk lagu Satu Persoalan dan Kau Tiada Lagi.

 

 

Selain hit Aku Cinta Padamu saya paling sukakan groove dalam lagu seperti Beri Setengah Saja (Odie Agam) actually lagu ini juga pernah dirakam oleh Utha Likumahuwa, saya tidak begitu pasti siapa yang asal menyanyikan lagu ini. Jika mengikut selidikan saya, versi Utha Likumahuwa dimuatkan dalam album kompilasi Odie Agam berjudul Beri ½ Saja yang diedarkan pada tahun 1988. Jadi mungkin boleh jadi ia milik asal Mazlan.

All time favorite saya menerusi debut ini tentu saja duet bersama Liza Aziz menerusi lagu Satu Persoalan yang cukup indah komposisinya. Serta beberapa trak lain seperti Tragedi yang kembali groove dan cukup segar sekali penciptaannya.

Album ini saya kira antara karya awal gerakan muzik urban yang seiring dengan album Famieza (Getaran), Azmil (Pilihanku), Sheila Majid (Dimensi), Salamiah Hassan (menghitung Hari) dan Anita Sarawak (Asmara). Wonderful album tetapi terbiar. Masih kurang atau hampir pasti tiada generasi baru yang mahu meninggikan naskhah ini.

 

Jujur sedikit terkilan juga sedih melihat karya-karya hebat begini tidak ditinggikan darjatnya.

Lihat sahaja di negara seberang Indonesia. Karya-karya Candra Darusman, Odie Agam, Utha, Fariz RM sentiasa dirakam semula dengan intepretasi yang terkini dan moden sekali.

Maliq & d’Essentials mengembalikan pengaruh pemuzik legenda ini dalam album terkini mereka seperti Sriwidari dan Musik Pop dengan cukup kental sekali pengaruh Indo Pop 80-an yang dimodenkan dengan cukup menyenangkan sekali.

Saya tidak tahu siapa yang mahu mengemudi impian Muzik Kita ini untuk menjadi kenyataan. Tapi saya sudah beberapa nama yang molek untuk merakam semula lagu hebat seperti Getaran – Famieza (Dayang Nurfaizah), Persis Kekasihku – Sheila Majid (Liza Aziz), Melodi Cinta – Mazlan Hamzah (Anuar Zain), Pilihanku – Azmil (Ferhad), Cintamu Muzik di Hatiku – Anita Sarawak (Noryn Aziz), Kadangkala – Salamiah Hassan (Adibah Noor), Dia – Fran (Syafinaz), Kau Tinggi di Awan Biru – Sharifah Aini (Siti Nurhaliza) dan Hanya Kasih – Uji Rashid (Ernie Zakri).

Buat setakat ini, hanya impian sahajalah belum ada perkembangan positif media kita untuk meninggikan muzik lokal. Yang masih ditinggikan hanyalah cerita sakit mental pelantunnya.

 

Review,

NJWA – Mendalami The Brand New Najwa Mahiaddin

Transisi karier muzik Najwa Mahiaddin (Kini NJWA) saya kira seiiring dengan pengaruh muzik semasa yang semakin dekat dengan ilham lo-fi R&B seperti Daniel Caesar, Sabrina Claudio dan Jorja Smith serta H.E.R yang cukup dominan dengan muzik lo-fi R&B begini.

Ketika EP Aurora diedarkan pada tahun 2014, NJWA tidak lagi mahu memandang ke belakang dengan melakukan apa yang dilakukan dalam abum penuh Innocent Soul yang kental mood Motown R&B yang cukup hebat sekali penghasilannya.

Namun sekuat mana pun saya menggemari NJWA yang di fasa tersebut, sebagai pendengar saya terbuka untuk melihat bagaimana penyanyi dan pemuzik ini berkembang dengan kraf yang mahu dilaksanakan buat penggemar dan juga peminat muzik secara umum.

Dan selepas duet yang cukup indah Sentiasa Merinding menjengah pasaran muzik tempatan tahun lalu, kali ini NJWA muncul dengan EP 3 lagu yang beredar 27 April lalu.

EP self-titled ini dibuka dengan lagu berjudul In The Name of Love yang saya sifatkan begitu organik sekali penghasilannya. Ada feel ‘rainforest’ dengan efek bunyi dan susunan muzik minimal tapi cukup deep. Ibarat sebuah mantra muzik yang cukup mengkhayalkan.

Dan NJWA terus membuat pendengar leka dan khayal dengan lagu seterusnya  Togok – eksperimentasi muzik dengan mengambil sampel lagu gamelan yang disatukan dengan melodi asli lagu ini. Naskhah begini saya kira cukup berat untuk pasaran lokal khususnya tetapi ia buat kita cukup ke depan dengan satu pengalaman menikmati muzik yang tidak banyak sedikit berbeza.

Saya paling sukakan lagu terakhir EP ini berjudul Ocean. Inilah NJWA yang saya nantikan dan sukakan. Penjiwaan dan emosi dalam lagu ini cukup terdalam dan indah sekali penghasilannya. Dan ya, saya cukup puas mendengar vokal NJWA dalam lagu ini.

Mendengar Ocean buat saya tidak sabar menunggu sebuah lagi soulful ballad begini berjudul Take Love Back yang sering NJWA persembahkan di persembahan live-nya.