Review,

“DETAIL” Naskhah Dynamic Duo Pasaran Muzik Hip-Hop Kelas Satu Tempatan 

Album yang paling dinanti kiranya tahun ini akhirnya sempat berdar 12 April lalu secara digital. Kolaborasi yang saya kira tidak pernah terlintas ideanya ini di fikiran menghasilkan satu kraf muzik yang cukup membanggakan.

Alif & SonaOne bukan nama asing pasaran muzik Urban / Hip-Hop tempatan. Pasca Sleeq membawa Alif berkarier dengan lebih bebas, kreatif dan berkelas. Lihat sahaja lagu-lagu karyanya buat Kaka – Bukan Hal Aku, Kembali, Terima Kasih dan Sibuk. Semuanya datang dengan ilham Pop Urban yang cukup memajukan lapangan muzik lokal secara umum.

Alif yang sering saya letakkan sebagai the new music shape-shifter (Baca artikel penuh di pautan hujung artikel) telah berjaya membentuk satu gelombang muzik yang tersendiri terutama sekali dalam memberi citarasa yang hebat dalam pasaran muzik lokal. Semua Sudah (Elizabeth Tan), Satu Peluang dan Donde (Andi Bernadee) sudah menciptakan benchmark baru muzik tempatan yang pada tahap yang membanggakan.

Single “Obvious” yang beredar Oktober tahun lalu menjadi langkah awal kolaborasi Alif dan SonaOne yang sudah diletakkan sebagai antara 10 terbaik 2018 (50 Lagu Terbaik 2018) dan dengan mudah sekali komposisi melodi dan kualiti produksi lagu tersebut diletakkan sebagai Lagu Terbaik 2018. Sempurna sebagai sebuah produksi muzik yang diperlukan pasaran tempatan untuk dilihat lebih ke depan dan berkelas.

Meneruskan kelangsungan “Obvious”, dynamic duo ini mengedarkan “Pun Boleh” sebuah lagi naskhah catchy yang cukup baik penghasilannya. Sempoi, selamba namun masih tampil dalam pengisian kualiti muzik yang bukan biasa-biasa.

DETAIL dibarisi 15 lagu kesemuanya yang mengambil ilham seratus peratus Hip-Hop dengan pengisian penuh cerita anak muda, cita-cita dan pemberontakan jiwa di dalamnya. “THE SOUP” definitely mendahului senarai lagu favorite saya dalam album ini. Saya masih mencari sample lagu Melayu Asli (jika benar ada) yang mana digunakan dalam trak cukup hebat ini.

ALIF & SONAONE DI MAJLIS PELANCARAN “DETAIL” GAMBAR: BUDIEY

“DISCO” Menarik perhatian dengan eksperimentasi muzik dan beat lo-fi yang maha hebat hasilnya. Entah berapa kali saya mengulang dengar lagu ini sebelum sedia menulis penuh artikel ini. Dan keterujaan ini diteruskan dengan lagu lainnya seperti “TAK MAHU” yang cukup kental signature muzik Alif.

“LOOK AROUND” menjadi single ketiga album ini datang dengan ilham muzik komersil yang mesra pendengar. Catchy dan easy-listening seperti “PUN BOLEH” namun saya kira “OBVIOUS” lebih baik penghasilannya.

Album ini saya kira cukup segala ramuan untuk kita labelkan sebagai naskhah album terbaik. Alif & SonaOne memberi satu rasa baru yang cukup sempurna dalam memberi warna pasaran muzik tempatan.

15 lagu dalam album ini tidak hanya dihasilkan untuk kedengaran current tetapi saya kira ia mampu menjadi naskhah malar segar seperti mana kita enjoy Too Phat (Plan B) di era awal 2000 atau KRU (Oh La! La!) di era 90-an. 2019 belum berakhir tapi saya kira tidak terlalu awal untuk saya letakkan “DETAIL” sebagai album terbaik tahun ini.

8.5/10


ARTIKEL BERKAITAN:

Pop Masa Depan – Cerita Tiga Bakat Ali Aiman, Kuizz Shah & Alif

Highlight, Review, Terkini,

Ratapan Sepi “Aizat” Dalam Seriosa Syahdu Berjudul “Angin Lalu”

Kelibat anak muda bernama Aizat yang mula kita lihat dan kagum bakat organiknya ini adalah ketika di pentas Akademi Fantasia musim ke-5. Hari ini setelah 12 tahun bermuzik saya kira Aizat sudah boleh berbangga dengan apa yang dia capai hari ini.

Nama Aizat sudah berada di tahap yang baik untuk kita hormati tidak hanya sebagai penyanyi malah pemuzik yang sudah mencipta momen kariernya yang tersendiri. Bermula dengan balada “Hanya Kau Yang Mampu” Aizat meneroka lebih lagi kemampuannya dalam bermuzik sepanjang 12 tahun dia berkarya.

Aizat berjaya mencipta kraf Pop yang begitu baik tanpa terlalu berkira-kira mengikut ilham pasaran semasa. Apa sahaja yang dia lakukan hari ini kita semua sudah siap sedia untuk menerima, mendengar dengan penuh keterujaan.

 

Kejayaan “Sampai Ke Hari Tua” single terhangatnya tahun lalu dengan jumlah strim Spotify melebihi 3 Juta dan MV di YouTube yang kini melebihi 15 Juta tontonan menjadi bukti dia sudah berada di tahap selesa sebagai penyanyi komersil.

Tampil sekali lagi tahun ini dengan single terbaru berjudul “Angin Lalu” yang cukup meruntun emosi, Aizat memberi satu warna berbeza dalam kembara kariernya.

Lagu ciptaan Aizat bersama Mel Ramlan ini tampil dengan sentuhan lirik bersama abangnya Anas Amdan dalam feel ballad yang disusun indah string session oleh Alvin Witarsa (yang pernah bekerja bersama Afgan, Tulus, Yura Yunita & Noh Salleh antaranya). Anas turut bertindak sebagai produser single ini.

Balada cukup indah ini saya kira mampu sekali lagi meneruskan kejayaan single sebelumnya dengan kraf muzik yang lebih deep dan berjiwa kali ini. Datang dengan pakej melodi yang cukup baik, pemulisan lirik yang puitis dan susunan muzik yang cukup menyentuh perasaan oleh Rudy Nastia. Antara karya terbaik Aizat setelah “Langit Tetap Biru” yang diedarkan pada 2015.

Seiring dengan kelahiran single ini Aizat tampil berbeza dengan memperkenalkan filem pendek yang diarahkan Ganesh V & Yee Lisan yang kini tersedia di YouTube.

 

Review, Terkini,

Indie Folk Darling – Beverly Matujal Tampil Sassy Menerusi “Goldmine”

Untuk menghasilkan sesuatu yang di luar zon komersil pasaran muzik tempatan bagi saya adalah sesuatu yang cukup berani seseorang pemuzik lokal mampu lakukan. Risikonya besar, jika ia berjaya hal ini mampu memberi pulangan pelaburan. Jika sebaliknya ia mungkin tidak merugikan daripada segi kepuasan berkarya namun investment dalam bentuk wang yang dikeluarkan mungkin menjadi satu pembaziran.

Beverly Matujal bukan nama besar pasaran muzik komersil mahupun indie. Namun setelah mendengar dan melihat kebolehan yang dimiliki, Beverly saya kira harus diangkat kerana keberaniannya memberi satu warna cukup berbeza pasaran muzik tempatan.

Keluar daripad zon selesanya yang sering tampil mellow menerusi beberapa single sebelum ini seperti “If I Fall in Love” dan “Escalate” – Beverly Matujal, bakat kelahiran Kota Kinabalu ini tampil dengan single up tempo berjudul “Goldmine”.

Lagu yang ditulis dan diproduksi sepenuhnya Beverly ini mengangkat isu materi dan nilai diri dalam merdu alunannya menerusi lagu berdurasi 3.42 minit ini.

“Goldmine” terlahir sebagai satu variasi yang cukup penting dalam pasaran muzik Malaysia. Melodinya dibikin dalam ramuan komersil dengan penelitian di bahagian produksi muzik yang baik. Formulanya sudah cukup untuk menjadi naskhah mesra pendengar.

Melewati kalender muziknya, Beverly banyak dipengaruhi legenda muzik folk dan country seperti Joni Mitchell, Carole King dan Dolly Parton dengan feel lebih current daripada bakat muda seperti Kacey Musgraves dan Gabrielle Aplin.

Keberanian Beverly membawa genre yang begitu jarang diambil peduli pasaran lokal ini saya kira harus diberi pujian. Setidaknya satu usaha daripada bakat muda sepertinya ini tidak membuatkan kita malu untuk diketengahkan ke peringkat lebih global. Hasil karyanya cukup tersendiri dan bersifat antarabangsa.

Bakat seperti Beverly dan beberapa rakan perjuangan lainnya, Amni Musfirah, Jamilah dan The Impatient Sisters memberi satu citarasa muzi yang lebih memikat. Semoga akan ada ruang untuk mereka diangkat ke peringkat lebih tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN:

Mendampingi Feel Folk Pop Lokal Dalam Nota-Nota Lembut Beverly Matujal

 

 

 

Terkini,

Melewati Dreamy Lullaby “The Impatient Sisters” Menerusi Single “Hopeless”

Kugiran indie folk tempatan The Impatient Sisters bukan nama baru dalam persembahan kraf muzik yang cukup tersendiri. Pasaran muzik mereka biar tidak besar di lapangan komersil masih cukup relevan dan punya potensi besar untuk dikembangkan di masa depan.

Sempat mengedarkan single bahasa tahun lalu menerusi “Hanyut” Theimpsis meneruskan feel folk dalam persembahan muzik mereka menerusi lagu terbaru “Hopeless” yang bakal beredar 26 April di semua gedung muzik digital.

Tampil lebih mellow kali ini dengan feel country dan folk yang cukup lembut, “Hopeless” saya ibaratkan bagai sebuah lullaby sepi yang sempurna mengisi jiwa-jiwa yang ditinggalkan.

Meneruskan melodi lembut yang menjadi signature muzik mereka seperti Far Away, Oh Kawan, Hanyut dan hit Hey There Young Sailor – Hopeless bakal menjadi seuah lagi lagu yang akan meneruskan kelangsungan muzik mereka.

The Impatient Sisters mula bermuzik sejak tahun 2011 dan sempat mengedarkan sebuah album penuh pada tahun 2014 dengan hits “Hey There Young Sailor” yang kini sudah distrim lebih 1.6 Juta kali di Spotify.

The Impatient Sisters yang terdiri daripada Soraya, Nazeera dan Irena saya kira meneruskan ilham Folk Pop tempatan dengan pendekatan cukup current dan tidak salah jika diletakkan tiga bersaudara ini antara bakat kugiran yang harus kita banggakan.

#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

Dangdut Not Dead: Struggle & Survival Dangdut Dalam Pasaran Muzik Tempatan

Ketika Warner Music Malaysia memperkenalkan gadis kilang bernama Amelina dengan lenggok Melayu mendendang “Rindu” – nuansa asli Indonesia di pasaran muzik lokal, membuka satu peluang besar bakat-bakat dangdut Malaysia untuk mencuri tumpuan serupa.

Lagu ciptaan Darwis itu mencipta kembali fenomena dangdut yang lebih awal dibawakan oleh nama senior seperti Zaleha Hamid, M. Daud Kilau dan Ramlah Ram antaranya. Legasi “Selamat Jalan Romeo” (1994) yang cukup hangat ketika diedarkan berkesinambungan dengan kejayaan Amelina menerusi debut yang menampilkan hits “Rindu” dan “Yang Indah Yang Hangat”.

Kegilaan terhadap Amelina berterusan dengan album solo keduanya berjudul “Asyik” (yang saya sifatkan sebagai album terbaik Amelina) dengan dua nama besar lapangan muzik dangdut Iwan dan Ruslan Mamat.

Beberapa single menerusi album ini cukup berhasil mendapat perhatian dan meniti bibir pengikut muzik lokal sehingga hari ini seperti “Asyik”, “Di Dadaku Ada Kamu”, “Ah, Rindu Lagi” dan “Anak Dara”. Amelina di saat ini sudah dilihat sebagai individu penting yang menggerakkan fenomena baru muzik dangdut Malaysia.

Dan dengan kejayaan Amelina, mengilhamkan nama Mas Idayu yang lebih awal di lapangan muzik tempatan tetapi belum mempunyai momen yang kuat untuk dikenang dalam kariernya. Warner Music melabur untuk kraf dangdut Mas Idayu menerusi hit “Cintaku 100%” dan  “Robek Hatiku”.

Kejayaan Mas Idayu walaubagaimanapun tidak sedikit membenamkan populariti Amelina. Dua kraf muzik dangdut mereka jika didengar memiliki signature yang tersendiri.

Warner banyak bereksperimen dalam muzik Mas Idayu dengan elemen muzik tradisi jaipong dalam “Senggol-Senggolan Cubit-Cubitan” dan kemudian eksperimentasi dangdut Mas Idayu diteruskan dengan memasukkan elemen Bhangra menerusi lagu “Bolehlah Boleh”.

Setelah itu maka bersusun nama lainnya yang mencuba untuk menyemarakkan pasaran muzik ini dengan barisan nama lain seperti Sheeda, Ifa Raziah, Haiza, Shikin, Asha Malik, Tushee, Leina Hangat dan grup wanita bernama Eva antaranya.

Setiap mereka saya kira berjaya jugalah mencipta nama biar sekejap – dengan rangkaian hit Dag Dig Dug, Angkat Kaki, Bulan Cinta dan lainnya. Kejayaan Mas Idayu sebagai Pop singer turns Dangdut sensation memberikan ilham serupa buat Tushee, Leina Hangat, Asha Malik dan Intan Sarafina juga yang pernah muncul sebagai penyanyi dangdut menerusi album Dang Dang Dut II.

Masih ingat album kolaborasi “Dang Dang Dut” 1996? Tampil dengan hit sepanjang zaman “Yang Tersayang” duet malar segar Iwan dan Amelina yang turut menampilkan Sheeda. Album rakaman semula beberapa hits dangdut terdahulu ini diberi sentuhan muzik lebih segar dan fun dinikmati.

DANGDUT HARI INI

Percubaan Amelina membuat comeback sekitar 2015 menerusi “Cinta Harus Seksi” karya ciptaan Ajai dipandang sedikit sepi, ruang untuk Dangdut bersaing dengan lagu lainnya kelihatan semakin sukar.

Ifa Raziah juga pernah mencuba dengan “Terus Terang” yang punya elemen Hip-Hop dalam Rap Lawa Nie Geng pada tahun 2016 juga antara yang saya kira moden penghasilannya. Namun masih gagal dipasarkan secara meluas.

Baby Shima antara bakat muda yang senang membawa genre Dangdut dalam perjalanan kariernya sehingga hari ini dan berjaya memikat Nagaswara, syarikat rakaman seberang mengambilnya sebagai artis rakaman sebumbung dengan Dangdut Sensation – Siti Badriah (Lagi Syantik).

Tahun ini menyaksikan 3 lagu Dangdut daripada 3 solo wanita yang cukup establish nama mereka – Amelina tampil dengan “Janda Anak Enam”, Haiza tampil lebih Pop dengan “Young & Gentleman” dan merdu Shiha dalam “Pipiyama” sudah siap sebagai sebuah naskhah yang solid untuk dipopularkan.

Peluang untuk lagu-lagu ini popular dan dikembangkan ada jika beriring sokongan penuh semua. Usaha pertama adalah pihak televisyen, radio dan portal hiburan untuk memberi publisiti yang sepatutnya.

Tidak salah kiranya memberi ruang lagu-lagu ini mendapat air play di waktu prime sebagai tanda sokongan untuk period tertentu. Jika setelah itu masih tiada permintaan daripada pendengar untuk terus dimainkan maka pasaran hari ini untuk Dangdut nyata semakin kecil. Namun usaha untuk memulakan itu harus ada terutama bagi pihak yang mempunyai platform besar seperti radio dan televisyen.

Kolaborasi Aizat, Mel Ramlan dan Haiza menerusi “Young & Gentleman” datang approach cukup moden. Melodi yang catchy, lirik yang mudah dihafal dan killer chorus nya yang cukup baik. Amelina teus kekal authentic dengan jiwa Dangdut tebalnya. Shiha menerusi “Pipiyama” lebih menarik minat saya kerana komposisi melodi dan kelembutan dalam penyampaian Shiha.

Usaha lainnya harus dilakukan mungkin kolaborasi bersama bakat-bakat baru yang semakin besar namanya mampu membantu genre ini terus dinikmati dan dihargai.  Semoga akan ada ruang berterusan untuk pejuang Dangdut di Malaysia menempatkan diri sebaris lagu popular papan atas lainnya.

Terkini,

“Bendi Harmoni” Hembusan Senandung Nusantara Folk Dari Bandung

Ekspresi dan eskperimentasi pemuzik Bandung yang menamakan diri mereka “Bendi Harmoni” dalam jalinan muzik Folk dengan pengaruh Jamaican music mengilhamkan satu kraf muzik tersendiri kugiran ini.

Projek kolaborasi Andriana (ThePaps), Sagit (ThePaps), Rusli (saratuspersen) & Dimas (Mrsonjaya) yang berawal pada tahun 2015, menghasilkan sebuah keasyikan yang membangun warna Bendi Harmoni menerusi album terbaru ini.

“Kugir Kobam” menjadi tajuk album perdana mereka setelah EP “Catatan Seekor Anjing” beredar pada tahun 2015. Album yang dihasilkan dalam bingar pemilihan presiden terbaru Indonesia ini merupakan satu analogi kuasa dan rakyat yang menceritakan keindahan Indonesia itu sendiri.

10 lagu melengkapkan album ini dengan nuansa Folk, Pop, Jamaican dan atas nama cinta yang dirangkum menjadi satu dalam melodi penuh harmoni dan bebas pengisiannya.

Berikut temu bual ringkas MK bersama Bendi Harmoni;

1. Pengaruh muzik Bendi Harmoni datang dari mana?
Musik Bendi banyak dipengaruhi oleh Cake, Jack Johnson, Elly Kasim, P Ramlee, Dan Iwan Fals.

2. Maksud di balik nama Bendi Harmoni?
Bendi artinya Kereta Kuda, sedangkan harmoni adalah keseimbangan dalam perbedaan (karena masing-masing personil berangkat dari karakter musik yang berbeda) jika disimpulkan bendiharmoni adalah suatu kendaraan laju cepat yang tetap seimbang menghidupi ruang musik.

3. Apa yang ingin ditawarkan kepada pendengar menerusi album perdana ini?
Kami menawarkan warna musik folk olds skoll dengan sentuhan musik jamaican modern ditambah syair sastrawi yang sedikit “liar”.

4. Ceritakan proses rakaman album ini dibuat. Ada cabaran tersendiri?
Album dibuat memakan waktu kurang lebih 4 bulan di escape studio Bandung, dengan dinamika dan keinginan para personil yang selalu merasa kurang puas. Tantangannya adalah mengendalikan semangat para personil agar tiba pada kata cukup, ditambah ya mengolah musik yang agak kurang umum ini agar dapat diterima oleh pendengar dan khalayak umum.

5. Perancangan di masa depan.
Rencana berikutnya adalah kami sedang mempersiapkan sebuak konser tunggal dalam rangka pesta rilis album ini, dan tentu saja kembali ke studio untuk memproduksi kembali musik berikutnya.

Highlight, Review, Terkini,

Lewat Sebuah Kerinduan, Eva Celia Melahirkan Single “Kala Senja” Sebagai Naskhah Bahasa Indonesia Pertamanya

Eva Celia nama yang semakin memikat dan besar di pasaran muzik Indonesia hari ini. Debut “And So It Begins” yang beredar di tahun 2016 meletakkan satu standard muzik Indonesia di tahap yang lebih tinggi dan bercitarasa baik.

Nama Eva Celia memikat perhatian saya saat menonton beberapa rakaman video bersama bapanya, maestro muzik seberang Indra Lesmana dalam siri showcase berbeza. Antara yang paling menarik perhatian adalah rakaman video “Prahara Cinta” dan “Takkan Ada Cinta Yang Lain” di Red White Jazz, Kemang Jakarta sekitar 2014.

Gaya bersahaja bersama gitar dan merdu lembut suaranya mengalunkan Pop malar segar tersebut benar-benar menarik perhatian. Setelah itu, nama Eva Celia saya letakkan antara bakat baru yang cukup besar potensinya untuk bergerak sebagai penyanyi dan pemuzik yang matang.

Dan saat “And So It Begins” menjadi sebut-sebutan penggemar muzik Indonesia, Eva saya kira mampu berbangga dengan pencapaian album tersebut yang memberikan 3 nominasi Anugerah Musik Indonesia termasuk Album Soul/R&B/Urban Terbaik.

Terkini, setelah Januari lalu sempat merilis “A Long Way” Eva memberi satu kejutan manis dengan terlahirnya single berbahasa Indonesia pertamanya sepanjang berkarier sejak 2014. Lagu yang diberi judul “Kala Senja” itu mereupakan karya Eva bersama Hon Lesmana dan Matthew Sayersz yang menulis bait puitis lagu ini.

“Setelah mendapat inspirasi mood lagu ini, saya berpikir bahwa lagu ini akan lebih menyentuh jika dibawakan dalam bahasa Indonesia. Karena belum pernah menulis lagu dalam bahasa Indonesia, saya tahu hal ini akan menjadi tantangan besar,” Kata Eva Celia menerusi portal PopHariIni.

Mengepalai produksi lagu ini, Eva Celia masih senang mendapat sentuhan Demas Narawangsa sebagai produser yang turut memproduksi lagu “A Long Way” sebagai single keduanya tahun ini.

 

Terkini,

Alyah “Meluruh” Segala Perasaan Dalam Single Terbarunya

Alyah dalam lapangan muzik Balada tempatan sudah menjadi satu nama yang sentiasa dinantikan kemunculannya. Jalannya untuk mendapat tempat di pasaran massa cukup panjang sehingga tuah “Tak Mungkin Kerna Sayang” karya cipta Ajai membawa namanya cukup dikenali sehingga hari ini.

Magisnya dalam menampilkan hits malar segar nyata bukan lagi persoalan. Saya kira melodi dalam lagu-lagu seperti Kisah Hati, Sesal Separuh Nyawa, Kau Yang Terindah sehingga Jutaan Purnama sudah layak dilabel sebagai naskhah malar segar.

Pergilah ke mana-mana sahaja pusat karaoke atau pertandingan nyanyian, “Kisah Hati” bagai sudah menjadi lagu wajib untuk semua nyanyikannya. Dan bagi meneruskan kelangsungan balada indahnya, Alyah tidak hanya mahu berhenti pada kejayaan lagu-lagu tersebut.

Tampil dengan lagu berjudul “Meluruh” ciptaannya bersama Helen Yap dan lirik tulisan Slen, Alyah sudah siap sedia menawan lebih ramai lagi penggemar muzik Balada tempatan dengan lagu yang beredar hari ini 19 April 2019.

Meluruh disusun dan diterbitkan oleh Helen Yap.

Terkini,

“Langgar Lari” Pertaruhan Terbaru monoloQue Dalam Memartabat Bahasa Melayu Klasik

Sinonim dengan rangkaian lagu yang memartabatkan bunyi serta sastera Melayu klasik, monoloQue terus berkarya dalam single perdana mereka tahun ini “Langgar Lari – Dari Seberang” yang sudah beredar di semua gedung muzik digital 22 Mac lalu.

Setelah tampil single duet bersama “NJWA” menerusi single “Chinta” tahun lalu dengan ilham susunan muzik dengan penggunaan instrumen Gamelan yang turut tampil dengan ilham muzik video yang cukup tinggi nilai estetika visualnya. “Langgar Lari” meneruskan ilham memperkasakan bahasa Melayu klasik menerusi penulisan lirknya.

Lagu ini disimpan loQue sejak tahun 2006 adalah satu eksperimen tentang penggayaan Bahasa Malaysia dalam penulisan lirik selepas keajaiban album Selamat Tinggal Dunia (keluaran tahun 2005), album penuh Bahasa Malaysia oleh Butterfingers. yang menjadi batu loncatan loQue mengasah ketajaman kosa kata dan ayat Bahasa Malaysia.

“Bila dua atau tiga instrumen dimainkan bersama, gelombong-gelombang bunyi bertemu, tenaga menjadi satu, inilah keajaiban bunyi yang tercipta bila semua ada bersama dan tak mungkin boleh terjadi jika hanya dirakam instrumen satu-persatu.” Kongsi loQue yang baru-baru ini dinobatkan sebagai pemenang lagu tema terbaik dengan Atma Jiwa (Filem: Buskers) di Festival Filem Malaysia ke 30.

Berada di Jakarta, Indonesia untuk sesi rakaman, menyuntik inspirasi pada loQue dan teman di mana semangat nasionalisme dan memartabatkan budaya amat tinggi di kalangan muda mudi mereka. Ini dilihat bukan hanya daripada hasil seni yang dihasilkan tetapi juga bagaimana masyakat hargai karya-karya tempatan dan bangga dengan hasil anak bangsa. Alangkah bagus jika ini dapat diterjemahkan dalam penghargaan muda mudi pada muzik kita pasca Malaysia baru.

Dalam agenda lainnya, loQue kini sedang dalam proses menyiapkan projek “Makmal Kampung Batu” yang akan beroperasi sepenuhnya dalam bulan April 2019 dan uji kaji bunyi-bunyian album ketiga monoloQue akan mula  tidak lama lagi.

Terkini,

#ICYMI Segi Band, Awi Rafael, Kucaimars, Rendy Faliq & Amir Hassan Tampil Single Terkini

SEGI – SURVIVAL

Kumpulan Segi  melancarkan single terbaru mereka yang berjudul “Survival” setelah dua single tahun lalu “Adinda” dan “Broken”. Lagu “Survival” bakal menjadi penanda aras utama kumpulan Segi dalam aspek penulisan dan susunan muzik yang ingin dikongsikan.

Masih kekal dalam genre rock, menerusi penghasilan “SURVIVAL” mereka mahu tampil dalam satu jalinan muzik yang lebih global dan terbuka seperti pop, RnB selain mahu mencuba irama tradisional dan sebagainya pada masa hadapan. Single terbaru kumpulan Segi ini telah dirakam bermula awal Januari sehingga akhir Februari 2019. 

RENDY FALIQ – KATA HATI

Seorang lagi bakat baru yang mencuri perhatian dengan single “Kata Hati” yang menjadi OST drama TV “Lelaki Kiriman Tuhan. Lagu yang dicipta Rendy bersama Daniel Rayes mendapat sentuhan susunan muzik daripada Sharon Paul.

AWI RAFAEL – RAHSIAKU

Bagaikan sebuah surat cinta berlagu, ‘Rahasiaku’ merupakan manifestasi cinta Awi untuk suri hatinya, Atikah. “Rahasiaku” merupakan hasil nukilan Awi sendiri bersama Edi Hamid. Malah Awi turut bertindak sebagai penerbit rakaman lagu ini bersama penerbit terkenal Indonesia, Posan Tobing. Lagu yang melalui proses penerbitan di Kuala Lumpur dan Jakarta ini bakal dimuatkan dalam album baru Awi berjudul “Euphoria” yang bakal menyusul tidak lama lagi.

KUCAIMARS – JAWAB

Mula meraih populariti apabila video lagu-lagu saduran dendangannya yang dikongsi menerusi laman media sosial mendapat sambutan hangat netizen, kini Amirul Husyairi bin Nani atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Kucaimars muncul dengan single debut berjudul “JAWAB”.

Lagu karya ciptaan Akim Ahmad dan Zarimi Zahari yang masing-masing menggunakan nama pena, Hang Nadim dan Laq. Video muzik rasmi “JAWAB” arahan Elfie Nazari dibintangi oleh Kucaimars sendiri dan menampilkan Sharifah Rose, model yang mengukir nama melalui laman media sosial.

AMIR HASSAN – GYKT

Selepas muncul dengan single pertama yang berjudul ‘Bicaramu’ pada tahun lalu, penyanyi muda yang semakin meningkat naik, Amir Hasan kini tampil dengan single keduanya yang berjudul ‘Gadis Yang Ku Tunggu’. “GYKT” dicipta oleh penyanyi dan komposer terkenal Aizat Amdan bersama Mel Ramlan.