
Lagu: luluh
Persembahan: empty page.
Komposer / Lirik: Hezza Ezzackry / Aliff Fadhullah
Produser: Hezza Ezzackry
Potensi bermuzik empty page. sudah dilihat dengan barisan lagu-lagu yang siap dirilis beberapa tahun kebelakangan ini. Adunan Pop dengan pendekatan Indie menjadikan muzik mereka seimbang dalam mengisi katalog muzik komersial yang ada.
Penciptaan lagu-lagu mereka sebetulnya tidak sukar didekati, ada galaunya, ada berat perasaannya dan ada juga satu sound yang signifikan. Cuma jika mahu dilihat mungkin belum ada satu lagu yang kuat untuk kita ingat pada mereka.
Tahun ini dengan peluang menghasilkan lagu bagi runut bunyi filem “Kata Hati” arahan Nadiah Hamzah, empty page. terus menelusuri satu lapangan Pop yang seimbang. “luluh” terhasil dalam penciptaan melodi yang sedap menurut saya.
Transisi verse ke korusnya mengalir sebagai sebuah melodi yang mengusik jiwa dan bait-bait liriknya juga begitu relateable dengan pendengar tempatan. Kesemuanya terhasil dengan begitu baik melengkapi kehendak pengisian filem ini.
Bait “Kuterima kekalahanku.” menjadi kekuatan pada lagu ini untuk menjadikan ia sebuah naskhah yang kuat. Overall ia sebuah Pop yang baik dan menyenangkan. empty page. punya laluan yang baik jika filem ini meledak box office yang pastinya akan membantu jumlah strim lagu ini. Namun jika sebaliknya ia tidak mengubah fakta ini antara lagu terbaik yang pernah mereka hasilkan.
7.3/10
ARTIKEL BERKAITAN