
Lagu: Cintaiku
Artis: Alyah
Komposer & Lirik: Ikhwan Fatanna / Wan Saleh / Arisz Ab Rahman / Hasniza
Label: Nova Music (M) Sdn Bhd
Usai merilis “Meluruh” tahun lalu, penyanyi Balada tempatan, Alyah hadir sekali lagi dengan single terbarunya “Cintaiku” yang hadir dalam ilham Balada serupa namun masih berbekal sesuatu yang menarik kerana penghasilan melodinya.
Digembar-gembur mencedok ilham lagu tema siri Korea popular, Goblin – melodi ciptaan Ikhwan Fatanna, komposer meningkat naik ini doesn’t come with a surprise tetapi masih sedap penghasilan melodinya.
“Cintaiku” yang menurut Alyah cabaran baru buatnya ini kerana pemilihan key berbeza. “Kalau bercakap soal kekuatan, dalam lagu ini vokal saya menjadi lain. ’Key’ yang dipilih untuk lagu ini mengubah ‘tone’ suara saya. Pendek kata, bunyinya tidak seperti lagu saya sebelum ini. Saya yakin, bagi yang kali pertama mendengar akan cakap suara saya lain.”
Lagu ini setelah diulang dengar punya potensi yang baik untuk popular seperti lagu Alyah yang sebelumnya seperti “Jutaan Purnama” dan “Sesal Separuh Nyawa” yang begitu disenangi penggemarnya juga pasaran luas muzik komersil lokal.
“Cintaiku” siap beredar di semua gedung muzik digital juga video lirik yang tersedia di YouTube rasmi Nova Music. Lagu ini turut mengisi slot drama bersiri “Camelia”
6.3/10
ARTIKEL BERKAITAN