Cenderawasih menjadi duo bukan Melayu yang mendominasi pasaran muzik tempatan di era 80-an dengan cukup berjaya. Mereka diraikan dalam kepelbagaian bermuzik di era tersebut dengan penuh beragam dan berwarna. Persembahan mereka menerusi tiga album penuh menjadi bukti siapa sahaja mampu mendapat peluang serupa untuk popular.
Irene & Helen Savaree pasangan adin beradik yang disatukan sebagai duo bermuzik di bawah label EMI sekitar pertengahan 80-an menghasilkan album perdana mereka berjudul “Sepanjang Perjalanan” yang diedarkan pada tahun 1984 dengan 10 lagu keseluruhannya.
Mendapat sentuhan muzik daripada Syed Haron dan Fauzi Marzuki antaranya, kedua-dua mereka hadir dengan pesona berbeza berbanding dengan apa yang pernah dipersembahkan artis baru seangkatan mereka ketika itu.
Produser S.Atan menjadi individu yang bertanggungjawab membawa dua beradik ini ke label EMI ketika itu untuk bergelar artis rakaman. Dengan kelahiran album perdana tersebut membawa Cenderawasih antara nama yang paling banyk rangkaian hits ketika itu sebelum muncul dengan dua lagi album setelah itu.
Album kedua dan ketiga yang diproduksi sendiri S.Atan membawa satu definisi sendiri muzik mereka. Dalam persembahan Pop Melayu yang kadang tidaklah begitu menarik untuk didengar tetapi dibentuk dengan satu cara yang tersendiri untuk dihayati.
Cenderawasih tidaklah juga datang dengan pakej suara yang begitu baik sebetulnya, nyanyian mereka kadang terdengar mendatar dan colorless. Lagu seperti “Masa” antaranya yang saya maksudkan. Atau ya mungkin boleh jadi trend di era tersebut juga sememangnya banyak berkonsepkan begitu.
“Kerinduan Malam” mejadi lagu yang boleh saya layani. Melodinya simple tetapi ada semangat Pop Jazz di dalamnya walaupun tidaklah begitu menonjol namun masih senang untuk didengari. Begitu juga dengan lagu “Mencari Sinar” yang ada esen Synth Pop yang quite enjoyable didengar seperti mendengarkan Raja Ema.
Cenderawasih walaubagaimanapun sudah memberi warna berbeza dalam pasaran muzik tempatan. Nuansa muzik mereka sebetulnya memang menggmabrkan situasi muzik 80-an yang hadir dalam ragam berbeza bunyi serta sifatnya.
Mendengarkan kembali dua album mereka di saluran YouTube Getaran Nostalgia membawa satu refleksi bermuzik yang ditinggalkan namun jika digubah dengan cara yang lebih kekinian ia mampu menjadi sebuah naskhah yang cukup menarik.
ARTIKEL BERKAITAN