
Lagu: Sang Dewi
Artis: Andi Rianto & Lyodra
Komposer / Lirik: Andi Rianto / Titi DJ
Produser: Andi Rianto
Meramu semula rangkaian hits terdahulu itu menuntut satu tenaga kerja kreatif untuk menjadikan naskhah baru yang dirakam semula itu tidak terhasil di bawah standard lagu asalnya. Dan hal ini jika berada di tangan produser muzik berpengalaman pasti akan mejadi sesuatu yang cukup membanggakan.
Andi Rianto yang mengembalikan “Bahasa Kalbu” pada tahun lalu dengan layangan vokal merdu Raisa mengerah ilham kreatif terbarunya untuk sebuah lagi hits Titi DJ berjudul “Sang Dewi” yang kali ini dibawakan suara generasi baru Pop Indonesia iaitu Lyodra.
Terhasil dalam rakaman full string Budapest Scoring Orchestra yang cukup melekakan, lagu ini dibuka dengan cukup grand sekali sebelum vokal merdu Lyodra mengisi emosi keseluruhan lagu ini.
Andi Rianto yang menyusun semula skor muzik bagi lagu ini bijak dalam meninggikan standard lagu asalnya ke tahap yang lebih baik. Hal yang sangat diperlukan jika melakukan rakaman semula. Idea besarnya diberi justifikasi yang cukup baik sekali.
Pengalam mendengar “Sang Dewi” yang baru ini seperti kelahiran semula sebuah hits malar segar yang pastinya sudah menjadi antara naskhah Pop terpenting dalam sejarah muzik Indonesia.
Lagu ini menjadi semakin baik di penghujung lagunya. Semakin dramatik dengan kemampuan vokal Lyodra yang mewarnai keseluruhan lagu sebagai sebuah pengalaman baru menikmati “Sang Dewi” tanpa perlu dibandingkan di versi asalnya.
7.9/10
ARTIKEL BERKAITAN