Nama Noorkumalasari ketika mula melibatkan diri dalam bidang nyanyian sudah utuh dikenali sebagai Pelakon juga Model yang cukup ternama. Dan dengan kelahiran album perdananya yang berjudul “Kau Dalam Ingatanku” memberi lebih keterujaan penggemarnya.
Diedarka di penghujung 70-an ketika Sharifah Aini, Uji Rashid dan Anita Sarawak sedang dipuja-puja sebagai Biduanita masa hadapan, Noor mencuri peluang yang ada dengan mencuba nasib sebagai penyanyi.
Biar secara peribadi saya kira Noor bukanlah penyanyi yang memiliki kualiti vokal yang hebat dengan pesaingnya yang lain namun dia memberi warna berbeza dalam persembahan Pop Melayu 70-an dan 80-an dengan rencam berbeza.
Lagu seperti “Langkah Kanan” yang hadir dengan ilham Disko dan Pop pertembungan klise era 70-an antara contoh yang saya maksudkan dengan vokal Noor yang biasa-biasa. Penyampaiannya agak tawar dalam pengucapan yang juga penceritaan yang tiada keterujaannya. Lagu yang rancak ini menjadi lemah dipersembahannya. Berbeza jika ia di tangan Anita.
Pendengaran saya sekali lagi terganggu dengan persembahan vokalnya menerusi lagu “Cita-Citaku”. Melodinya baik namun sekali lagi nyanyian Noor membuat saya tertawa kecil dengan lirik terlalu personal yang bagai tidak kena dengan melodinya. Such a grand melody untuk lirik yang begini.
Bait “Bermula aku menjejakkan kaki // menjadi seorang peragawati // kerjanya rumit setiaplah hari // ratusan fesyen memikat hati // dengan gembira kucuba bergaya // mengikut rentak yang sesuai.” benar-benar buat saya geli hati.
Namun begitulah corak penceritaan di era tersebut. Sebuah lagi lagu yang menggelitik hati saya adalah “Mak Cu” cerita tentang Mak Cu dengan ragamnya yang bermacam-macam. “Hati Mak Cu bagai digores duri // Tak sabar menahan Mak Cu jatuh tersepak di kaki tak sempat menari”
Sebelum ia diteruskan dengan bait “Hero Mak Cu segera menerpa // Ala harimau menerkam mangsanya // Dipaut ditarik bertalu-talu // Peluh meleleh basah baju” . Saya sangat terhibur dengan lagu ini, tak sangka sungguh macam ni pun boleh rilis ya di era 70-an.
“Hari Mana Bulan Mana” mungkin lagu yang paling boleh saya enjoy di album ini. Irama Joget di lagu ini hadird dalam standard biasa lagu-lagu Joget yang ada. Walaupun lenggok Noor masih aneh dan tak sedap bagi saya, melodinya masih boleh didengar.
Album ini sebuah percubaan yang benar–benar mahu menguji sama ada Noor mampu bergelar penyanyi atau tidak. Namun nampaknya dia benar-benar membuktikan she can sell sehingga memiliki lebih 4 album bersama EMI sehingga pertengahan 80-an.
ARTIKEL BERKAITAN