
Lagu: Kembalilah Padanya
Artis: Hanin Dhiya
Komposer / Lirik: Marco Steffiano / Joshua Kunze / Adrian Rahmat Purwanto / Hanin Dhiya / Jessilardus
Produser: S/EEK
Hanin Dhiya antara bakat muda yang saya kira sudah selesa mencipta namanya untuk benar-benar diyakini penggemar muzik Indonesia. Dengan jumlah pendengar melebihi 1.2 Juta di Spotify langkah bermuziknya konsisten dengan penghasilan lag-lagu baru, kolaborasi bersama pemuzik lain serta penghasilan album.
Hari ini lebih lima tahun menyusun langkah sebagai penghibur yang sudah menghiburkan jutaan pendengar, Hanin Dhiya melebarkan jaluran bermuziknya dengan sebuah lagi lagu baru yang memberi dimensi berbeza dalam kembara bermuziknya.
“Kembalilah Padanya” sebuah karya kolaborasi S/EEK terhasil dalam asas Balada lembut yang dikemaskan dengan susunan muzik yang cukup current dengan feel lo-fi memercikkan sesuatu yang segar dalam menikmati muziknya.
Hanin Dhiya menerusi lagu ini memikat saya seawal lagu ini dibuka lagi. Kemasan muzik S/EEK benar-benar membawa muzik Hanin ke tahap yang berbeza dan membanggakan. Nuansa Pop begini memberi kelebihan untuk suara dan feel Hanin lebih menyerlah.
Kelembutan dalam pengucapan dan penyampaianny sangat baik kali ini. Mendengarkan lagu ini membuatkan saya semakin menyenangi Hanin yang baru ini.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Kolaborasi Manis Teza Sumendra & Marion Jola Lewat Single “Jatuh Cinta”