
Lagu: Malam Semakin Dingin
Artis: Tajul / Afieq Syazwan
Komposer / Lirik: Aiman / Lukhman S
Bakat muda Tajul dan Afieq Syazwan bergerak sebagai barisan pelapis muzik Pop yang saya kira sudah cukup stabil dengan jumlah penggemarnya yang tidak jarang payah untuk mendapat jumlah tontonan dan juga strim yang tinggi setiap kali keluar dengan naskhah muzik yang baru.
Disatukan dalam sebuah lagu rakaman semula persembahan asal kumpulan Spin berjudul “Malam Semakin Dingin” – sekali lagi mereka berdua membuktikan keutuha nama mereka ini cukup disenangi pendengar melodi ‘leman’ khususnya.
Saya senang dengan idea merakamkan semula lagu-lagu terdahulu yang kadang kurang atau tidak sempat mendapat perhatian tetapi punya potensi besar untuk dilagukan semula sebagai naskhah baru yang mampu mencuri perhatian pendengar. Hal ini sangat banyak dilakukan pemuzik seberang, Indonesia khususnya.
Dan kemunculan Tajul bersama Afieq menerusi rilis ini satu daripada usaha yang baik kerana sejujurnya saya tidak pernah mendengar pun lagu ini dalam versi Spin. Saya hanya mendengar versi kumpulan tersebut setelah mendengar versi dua penyanyi muda ini.
Terhasil dalam melodi lara Balada bunuh diri yang biasa kita dengar, kekuatan lagu ini sepenuhnya terletak pada kemampuan vokal Afieq dan Tajul. Saya semakin menyenangi karakter vokal Tajul yang semakin matang tetapi kekal sederhana tidak berlebihan.
Feel Afieq sangat membantu memberi warna dalam rakaman semula “Malam Semakin Dingin” ini. No doubt he has the voice yang sangat cocok dengan lagu begini. Sangat sedap nyanyian Afieq dan saya boleh pejam mata sajalah dengan melodi Aiman yang terhasil daripada ilham “Gelisah Mimpi” meets “Bicara Manis Menghiris Kalbu” yang biasa kita dengar ini.
Namun since melodinya dicipta di era serupa dan tidak banyak hal baru yang boleh diwarnakan. Namun saya harus memberi kredit dengan kualiti rakaman dan kemasan muziknya yang tidaklah terlalu lame, semangat Baladanya boleh dikatakan mewah dan hal ini sekali lagi saya kira sangat dibantu feel hebat Afieq.
Lagu begini akan bagi lebih keterujaan buat pendengar / penonton jika dipersembahkan secara live di pentas besar. People will definitely will sing a long. “Malam Semakin Dingin” saya sifatkan sebagai naskhah leman yang acceptable.
6.9/10
ARTIKEL BERKAITAN
Potensi Besar Firdaus Rahmat Dalam Bermuzik Diteruskan Dengan Single”Waras”