
Lagu: Waras
Artis: Firdaus Rahmat
Komposer / Lirik: Dari / Firdaus / Iqie Hugh
Potensi besar Firdaus Rahmat awal terlihat ketika dia mengedarkan “Aku Rayu” komposisi Omar K yang memberi bayangan masa depannya bermuzik cerah jika konsisten dan kena dengan percaturan. Namun single tersebut tidaklah terlalu memberi justice buat kembara bermuziknya.
Namun tuah itu hal yang di luar kotak kawalan kita sebagai pendengar. Usahanya dalam muzik banyak bergerak di belakang tabir dengan penghasilan lagu-lagu buat penyanyi lain khususnya. Sehinggalah awal tahun ini dia mengedarkan “Sentiasa” yang diambil sebagai runut bunyi siri TV dan berjaya menjadi siulan pendengar.
Bergerak atas landasan Pop dengan sentuhan muzik yang current Firdaus Rahmat bakat baru yang memiliki citarasa bermuzik yang sangat baik dan tidak hanya bergantung pada citarasa, dia juga bijak dalam merencana muziknya terhasil dengan feel yang sangat baik juga.
Hal ini sudah dibuktikan menerusi dua single sebelum ini dan diteruskan dengan single terbarunya “Waras” yang saya sifatkan cukup ‘firdaus’ sekali penghasilannya terutama sekali di intronya. Lagu ini bergerak dalam feel Pop yang menyenangkan – easy listening, tidak complicated.
Cuma hook nya agak lambat untuk mengikat kita dengan sekali pendengaran. Berbanding “Sentiasa” yang lebih sweet and simple, “Waras” bergerak agak mendatar tetapi masih sedap sebetulnya. Saya suka karakter vokal Firdaus yang cukup tersendiri dalam memberi tafsiran lirik yang dia lagukan.
Firdaus antara bakat muzik hari ini yang akan saya sentiasa nantikan kemunculan lagu-lagu barunya. Semoga dia terus konsisten dalam penghasilan muzik kerana potensinya sangat besar untuk bergerak dalam pasaran mainstream dan memberi infusi baru Pop tempatan.
6/10
ARTIKEL BERKAITAN