
Lagu: Galeri
Artis: Nurfatima
Komposer / Lirik: Firdaus Rahmat / Mas Dewangga / Altimet
Produser: Mas Dewangga / Firdaus Rahmat
Nama Nurfatima saya kira tidaklah begitu besar penerimaannya dalam pasar besar muzik tempatan. Saya percaya atas faktor tanggapan muzik “bandar” yang dikendongnya selama bermuzik membuatkan Nurfatima agak niche pasaran tempatan.
Namun itu bukan hal besar kerana jika kita melihat katalog muzik Pop Nurfarima saya kira dia mahu bergerak tanpa perlu terikat ilham apa yang pasaran muzik mahukan (kecuali album perdananya) dan terus dengan ilham R&B Pop yang sebati dengan karakter vokalnya.
Nur sangat dikenali dengan Balada “Selembut Sutera” dan itu saya kira kerana pasaran muzik sukakan Balada begitu. Sedangkan sepanjang karier muziknya Nur sudah menawarkan Balada yang lebih baik daripada itu seperti “Tiada Ertinya”, “Dugaan Cinta”, “Mawar” yang rata-ratanya datang dengan sentuhan muzik Audi Mok dan Azlan Abu Hassan yang lebih grand. Tapi entah mengapa ia tidaklah begitu besar penerimaannya.
Terkini Nur hadir dengan single terbarunya bersama Kayda setelah memunculkan diri di pentas Gegar Vaganza kira-kira dua tahun sudah. Lagu berjudul “Galeri” hasil kolaborasi anak muda masa depan Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat bersama lirik Altimet.
“Galeri” berilham Pop yang cukup familiar dengan nuansa muzik yang biasa Nur sajikan sebelum ini di lagu-lagu dengan elemen R&B nya seperti “Gadis”, “Hanya Kau”, “Gangguanmu” antaranya. Lagu ini bukanlah sesuatu yang baru dalam galeri Pop Nur tetapi masih kedengaran current dan cocok buatnya.
Cuma ia agak predictable dan tidak begitu push Nur ke tahap yang lebih baik – vocally and musically. Mediocre untuk bakat besar yang dia miliki, jika beriring tuah lagu ini akan jadi something jika tidak Nur perlu teruskan sahaja dengan menghasilkan sesuatu yang lebih personal untuk portfolio muziknya.
6.5/10
ARTIKEL BERKAITAN
Kesinambungan Raggaeton Andi Bernadee di Single “Kais Pagi Kais Petang”