
Lagu: Pelangi Cinta
Artis: Diskoria bersama Afifah Yusuff
Komposer & Lirik: A.Rianto / Daiva Prayudi / Fadli Aat / Merdi Leonardo
Produser: Diskoria
Irama disko duo muzi Diskoria yang cukup booming tahun ini dengan kolaborasi bersama Dian Sastrowardoyo berjudul “Serenata Jiwa Lara” menaikkan nama mereka di pasaran mainstream dengan jayanya.
Berawal dengan single “Balada Insan Muda” yang mendapat sentuhan Ilman daripada Maliq & d’Essentials, pemuzik duo ini menghidupkan era muzik disko dengan pendekatan yang cukup menarik sekali.
Terkini dengan berkolaborasi bersama Afifah Yusuf, Diskoria merakam ulang lagu “Pelangi Cinta” yang lebih awal dirakam Hetty Koes Endang menerusi album “Hati Lebur Jadi Debu” yang beredar sekitar 80-an.
Umum mengetahui, Afifah anak kepada biduanita muzik Indonesia dipilih Diskoria menyampaikan rendisi terkini dengan cara yang lebih santai pastinya. Muzik di lagu “Pellangi Cinta” tidak diubah tetapi dimahalkan sound nya agar lebih current.
Produksi lagu ini digarap dengan bantuan Imam Buana Luthfi dan Pandji Dharma, dua pemuzik yang pernah tergabung dalam grup elektronik, Animalism.
Diskoria setakat 3 single yang beredar berjaya menawarkan pengalaman Pop yang cukup menghiburkan buat kita semua. “Serenata Jiwa Lara” antara naskhah terbaik mereka sehingga hari ini dan pastinya lebih banyak naskhah original daripada mereka yang pasti dinanti.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN
18 Tahun Usia Bermuzik, Maliq & D’Essentials Rilis Bahagian Pertama Album RAYA