
Pasaran muzik tempatan dari era 70-an sehingga awal 2000 sentiasa diraikan bakat-bakat hebat yang hadir dalam portfolio muzik yang bukan calang-calang. Kekangan mendapatkan lagu-lagu lama ini dalam bentuk digital hari ini menzahirkan ilham buat Universal Music Malaysia dengan memperkenalkan saluran YouTube khas untuk pemasaran semula album-album lama ini.
Saluran yang diberi nama “GETARAN NOSTALGIA” ini mengumpulkan sebahagian katalog muzik EMI Music yang kini dimiliki Universal Music Malaysia. Perkhabaran ini tentu saja memberi berita gembira to all the 90’s kids khususnya yang membesar di zaman radio, CD dan Kaset masih menjadi medium utama menikmati muzik.
Saluran YouTube yang baru saja diperkenalkan lima bulan lalul ini mengumpulkan khazanah muzik tempatan merentas era, jaluran muzik dan bakat berbeza yang pernah menjadi penggerak pasaran muzik lokal.
Antaranya yang teragam di katalog muzik “Getaran Nostalgia” di era 70-an dan 80-an ialah Puan Sri Saloma, Sharifah Aini, Uji Rashid, Sudirman, Alleycats dan lainnya. Manakala asaran muzik 90-an yang cukup rancak dengan penghasilan album menampilkan nama-nama popular seperti Fauziah Latiff, Ella, Rahim Maarof, Fotograf, Aris Ariwatan antaranya.
Melewati senarai lagu yang dimuat naik di platform muzik “Getaran Nostalgia” ini mampu membuat anda lihat bagaimana perkembangan muzik tempatan yang berubah dalam satu jaluran muzik ke jaluran muzik lainnya mengikut perubahan trend muzik semasa.
Era 2000 menampilkan senarai yang lebih menarik lagi. Nama-nama seperti Butterfingers, O@G, Too Phat, Ruffedge, V.E dan Innuendo menjadi nama dominan ketika itu dalam memberi satu revolusi dalam skala besar buat pasaran muzik Malaysia.
Menurut wakil Universal Music Malaysia, saluran YouTube ini diperkenalkan sebagai salah satu usaha melestarikan kegemilangan lagu-lagu daripada pelbagai era yang masih lagi memiliki penggemar tersendiri.
Semua katalog muzik Universal Music dan EMI akan dimuatnaik secara berperingkat di saluran “Getaran Nostalgia”. Sehingga artikel ini ditulis, lebih 4000 video audio sudah boleh anda nikmati dan subscribe di saluran ini.
ARTIKEL BERKAITAN