
Lagu: #TerlanjurMencinta
Artis: Tiara / Lyodra / Ziva
Komposer & Lirik: Yovie Widianto
Produser: Yovie Widianto / Adrian Kitut / Ari Renaldi
Kreativiti pemasaran muzik seberang bagaikan tidak pernah sunyi dengan idea-idea baru dalam usaha melestarikan sesebuah naskhah muzik itu ke tahap yang lebih besar dan membanggakan.
Yovie Widianto, Pop maestro seberang meraikan tiga vokalis hebat Tiara, Lyodra dan Ziva – pelapis bintang Pop seberang dalam satu naskhah yang hadir dalam 3 versi genius yang terhasil cukup membanggakan.
Menerusi projek lagu #TerlanjurMencinta ini, Universal Music meraikan juara dan finalis Indonesia Idol dalam sebuah naskhah Pop Balada 3 judul 3 rendisi berbeza dalam satu feel yang membuai seperti apa yang biasa terhasil daripada sentuhan magis Yovie sebelum ini.
Lyodra, sang juara hadir dengan “Mengapa Kita” yang lebih mellow kemasan muziknya dengan belting vocal milik Lyodra yang memberi justifikasi baik pada versinya.
Tiara “Maafkan Aku” lebih Pop dengan pesona suara lembut miliknya yang saya secara peribadi merasakan lebih menyenangkan dalam kesederhanaan persembahan vokalnya. Ziva hadir lebih moderate dengan beat melatari lagu ini.
Projek genius ini saya kira salah satu cara terbaik membesarkan naskhah yang baik dalam satu jangka hayat yang lebih panjang sebetulnya. Selain satu cara pemasaran lagu yang lebih besar skala pendengarnya kerana setiap satu daripada mereka memiliki pengikut tersendiri.
Idea pemasaran muzik begini sebetulnya salah satu cara terbaik meninggikan standard sesebuah naskhah lagu untuk diangkat sebagai sebab mengapa ia dikenali melebihi daripada siapa yang mengalunkannya.
8.6/10
ARTIKEL BERKAITAN
Gabungan Pop KL – Jakarta Menerusi Single “Ku Mau” Persembahan Aizat dan Hanin Dhiya