
Lagu: Sad To Cry
Artis: Faizal Tahir
Komposer & Lirik: Faizal Tahir / Firdaus Rahmat / Mas Dewangga / Mike Chan
Produser: Faizal Tahir / Firdaus Rahmat / Mas Dewangga
Eksplorasi bermuzik Faizal Tahir dalam memberi suntikan segar penghasilan lagu-lagunya sentiasa bergerak mengikut pasaran muzik global. Transisi rock star yang berawal dengan penghasilan album-albumnya bersama Monkey Bone sehingga Super Pop Producer hari ini meletakkan FT antara pemuzik yang tidak takut berkesperimen dalam muzik.
Usai fasa “Rojak” album terakhirnya itu FT tidak menokhtahkan karier muziknya begitu sahaja. Malah dia menjadi semakin bertanggungjawab dalam menggerakkan pasaran muzik semasa dengan lebih agresif dalam penghasilan lagu-lagu buat penyanyi lain dalam acuannya yang tersendiri.
Setelah kolaborasi “X Missing U” dan single solo “Sumandak” yang dirilis lebih awal, Faizal Tahir tidak membuang banyak waktu untuk menghasilkan single baru. Dan apa yang menarik perhatian saya kali ini adalah kolaborasi komposisi lagu bersama dua nama segar produksi muzik lokal – Firdaus Rahmat dan Mas Dewangga.
Dua nama ini antara yang cukup berhasil dalam penghasilan hits buat Ismail Izzani dan Andi Bernadee menerusi “Hello” dan beberapa lagu lain buat Ismail Izzani antaranya.
“Sad To Cry” terhasil dalam ilham pop semasa daripada penghasilan melodi, lirik sehingga produksi muziknya. Kerja produksi lagu ini kedengaran cukup kemas dan tidak sloppy juga jauh daripada ilham sekadar mahu menghasilkan sesuatu yang current semata.
Jaluran baru Pop begini saya kira tidak sukar untuk mencuri perhatian pendengar cuma momentum lagu ini sedikit kurang dinamik dalam korus berulang yang saya kira masih ada ruang untuk diisi dengan satu punch berbeza yang boleh membersarkan lagi naskhah ini.
Untuk seorang Faizal Tahir saya kira “Sad To Cry” sedikit underwhelming but still not a bad song. Masih terhasil dalam produksi muzik yang cukup kemas dan baik.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN
Faizal Tahir Menawan Hati “Sumandak” Semalaysia Dalam Seriosa Penuh Humor