
Marcell kali terakhir tampil dengan album Jazz “This Is Not Jazz” tahun lalu dalam rakaman semula beberapa hits terdahulunya juga lagu-lagu penyanyi popular lainnya.
Karier muzik Marcell di tahap itu berada di tahap baik dengan kematangannya bermuzik sejak awal tahun 2000 yang bermula dengan hits “Semusim” dan “Hanya Memuji”.
Terkini Marcell kembali dalam nuansa mid tempo Pop menerusi single “Sesuka Hatimu” yang hadir dengan melodi yang catchy dan lirik ringan.
Lagu yang ditulis oleh Ivan Adiliyan ini mengembalikan nuansa Pop Marcell dalam radar muziknya yang tersendiri. Menerusi akaun Twitter miliknya, Marcell menulis
“Sesuka Hatimu merupakan lagu dengan lirik bertemakan cinta, lebih tepatnya bercerita tentang korban-korban cinta buta, diperdaya perasaannya oleh orang yang ternyata hanya bermain-main saja, yang dirinya kemudian menjadi ‘lahan’ tipu daya.”
Lagu ini siap beredar di semua gedung muzik digital sejak 17 April yang lalu begitu juga dengan lirik video di YouTube.
6/10