
Lagu: Menunggu
Artis: Orkes A. Hizadin & Ainina Hasnul
Komposer & Lirik: Amiruddin Hizadin
Label: Kamar Seni Enterprise
Orkes A. Hizadin mencuri perhatian sejak mereka mula merilis single “Kejayaan” sekitar 2016 dalam melodi penuh catchy dan penulisan lirik sing-a-long yang terhasil dengan formula komersil.
Setelah single tersebut kugiran ini merilis EP lima lagu yang dilengkapkan dengan lagu-lagu yang liriknya datang dengan ilham kritikan sosial dalam penulisan lirik mereka. “2.6 Bintang” antara yang cukup banyak diperkatakan.
EP perdana mereka tersebut diisi dengan lagu-lagu moderate Pop yang catchy seperti “Merajuk”, “Remaja” yang saya kira cukup mudah diterima pendengar muda khususnya.
Terkini mereka hadir dengan single “Menunggu” bersama Ainina Hasnul dalam ilham Pop yang lebih mellow, yang lebih terbuai-buai rasanya. Berbeza sedikit dengan apa yang ditawarkan sebelum ini tetapi datang dalam komposisi yang masih sedap didengar.
Bagi pasaran semasa saya kir “Menunggu” bukan lagu yang sukar untuk diterima semua. Penulisan Amir biar bukan hadir dalam ilham yang baru tetapi masih punya hook yang mudah untuk menarik perhatian pendengar tempatan.
Seperti mana Fiersa Besari yang juga bermain dalam ilham muzik serupa cukup booming dengan single “Waktu Yang Salah” , “Celangan Rindu” antaranya – saya kira Amir dan rakan kugirannya jika fokus pada muzik begini perlahan akan mendapat perhatian yang sewajarnya. Kekal puitis dan menyentuh.
7.6/10
ARTIKEL BERKAITAN