
Lagu: X MISSING U
Artis: Dayang Nurfaizah / Faizal Tahir / Tuju / YonnyBoii
Komposer & Lirik: Faizal Tahir / Ja’a / Mage / Mike Chan / Tuju / YonnyBoii
Produser: Adib Hussin / FT / Mike Chan / Bobby Label: Faithful Music
Pasaran muzik tempatan bergerak cukup progresif dengan beberapa rilis Pop yang saban tahun meninggikan standard muzik lokal ke tahap yang semakin baik. Faizal Tahir bersama batalion muzik Faithful Music antara yang cukup ke depan dalam hal ini.
Kalendar muzik mereka tahun lalu sahaja sudah diisi dengan rilis cemerlang seperti I Want You To Love Me (Alif Satar), Sebentar (Dayang Nurfaizah), Rojak (Faizal Tahir), Jauh (Aziz Harun) dan Rise & Fall (Sarah Suhairi) antaranya.
FT dan rakan-rakan muziknya di Faithful saya kira sudah bergerak seiring sama usaha dengan apa yang Alif (Magic Potion) lakukan. Dua nama ini cemerlang dalam membentuk satu kosmik baru muzik lokal yang lebih segar. Selain bakat-bakat WP Entertainment yang juga banyak menghasilkan bunyi yang cukup current.
Terkini, FT bersama Ja’a, Mike Chan menghasilkan sesuatu yang cukup segar sekali sebagai benchmark pasaran Pop lokal tahun 2020. Bersama Dayang Nurfaizah, Tuju dan YonnyBoii – kolaborasi ini menghasilkan “X MISSING U” sebagai pertaruhan Pop yang cukup genius.
“X MISSING U” hadir dengan komposisi muzik yang cukup baik sekali sebagai sebuah Pop yang kekinian dari segala segi. Baik penghasilan melodinya, penulisan lirik serta the whole idea kolaborasi ini dijadikan.
Kebijaksanaan FT dalam merangka X MISSING U sebagai sebuah kolaborasi to next level tentu saja dengan penglibatan dua anak muda yang cukup besar potensinya dalam bidang muzik – Tuju dan YonnyBoii.
Momentum muzik “X MISSING U” bergerak cukup progresif sebagai satu kraf muzik yang sempurna sebagai sebuah Pop masa kini terutama di bahagian kemasan muziknya.
Penghasilan liriknya yang saya kira cukup relatable dengan cerita cinta anak muda dalam susunan bahasa yang cukup mudah, terus dan bermakna – bersifat conversation, confrontation – pengucapan dalam melodi yang jujur.
Setiap kali kau hilang kau kata I’m missing u,
Dan biar ku berterus terang sesungguhnya I’m not missing u…”
X MISSING dilihat seiring gerakan lifestyle kebanyakan anak muda hari ini – on how they speak their mind. Pemilihan prosa baru dalam susunan kata yang tidak terikat ilham metafora lama disusun kemas.
Dalam rencana untuk kekal relevan di pasaran semasa, saya kira FT dan Dayang cukup memahami apa yang pendengar hari ini mahukan – sesuatu yang lebih telus, terus dan langsung. Menepis idea lapuk lagu putus cinta yang lemah dan lembik juga jauh dari ilham menghasilkan nasihat dalam lagu.
10/10
ARTIKEL BERKAITAN
Kesuma Jiwa 2020 – Penyatuan Silaturrahim Fesyen, Muzik & Persahabatan Dalam Pementasan Muzikal Bernilai 1.5 Juta