
Album: Craziest Thing Happened In My Backyard
Artis: Ardhito Pramono
Label: Sony Music Indonesia
Ardhito Pramono pelapis Jazz seberang yang sentiasa konsisten dalam persembahan muziknya. Persembahan Jazz di beberapa EP awalnya seperti “A Letter To My 17 Year Old” hadir dalam satu pengalaman menikmati muzik yang cukup mahal sekali.
Setelah EP tersebut, Ardhito merencana karier muziknya menerusi single lain seperti “Fine Today” yang dihasilkan dengan cukup berkelas sekali. Lagu tersebut nyata meneruskan kraf muziknya menerusi lagu-lagu sebelumnya seperti “Bitter Love” dan “Fake Optics” antaranya.
Terkini, Ardhito Pramono tampil lebih cemerlang dengan EP terbarunya “Craziest Thing Happened in My Backyard” yang berisi lima trak sarat nuansa Jazz yang semakin matang bagi perjalanan karier bermuziknya.
“Trash Talking: membuka EP ini dengan ilham Ragtime Jazz yang begitu keras dengan drum line yang penuh energi. Lagu begini nyata meletakkan citarasa muzik Dhito begitu tinggi sekali. Saya kagum dengan penghasilan lagu ini yang cukup kemas sekali.
“925” dan “Plaza Avenue” meredakan lonjakan adrenalin di lagu pembukaan tadi. Lagu begini sememangnya sudah menjadi kekuatan Dhito dalam penciptaan lagu dan ini juga merupakan hal yang sentiasa membuat kita senang dengan muziknya.
Saya lebih tertarik dengan romantisme “Happy” dalam ilham synth dan jazz yang cukup melekakan. Permainan vokal Dhito juga lebih berwarna dan membuai sekali.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN