
Lagu: Sugar
Artis: Aisyah Aziz
Komposer & Lirik: Aisyah Aziz / Rhaun Bugbug
Label: –
Tahun lalu Aisyah Aziz tampil penuh pesona dalam rilis Pop “Bila Entah” komposisi muzik Ezra Kong & Hael Husaini yang hadir dalam kemasan muzik cukup hebat sekali. “Bila Entah” saya kira sudah boleh kita letakkan sebagai lagu terbaik sepanjang Aisyah bermuzik.
Setelah itu tanpa membuang banyak masa Aisyah hadir lebih lembut dan romantis di single kolaborasi bersama Dennis Lau menerusi “Abadi Kita” yang begitu-begitu sahaja penerimaannya. Tidaklah meluas sehebat “Bila Entah” namun masih penting sebagai sebuah produk mengisi portfolio muziknya.
Terkini, Aisyah kembali dalam satu produksi muzik lebih berbeza, lebih sensual dan tentu saja lebih tastefully produced.
Kembalinya ke tanah tumpah darahnya, Singapura – Aisyah berkolaborasi bersama rakan muziknya di sana menghasilkan sebuah projek album penuh perdananya yang bakal beredar tahun ini.
Dan single perdana di album ini diedarkan beberapa minggu lalu dengan judul “Sugar” saya kira sudah menampilkan sisi terbaik Aisyah sepanjang dia bermuzik.
“Sugar” diproduksi bertepatan dengan karakter vokal Aisyah yang saya kira cukup tersendiri tanpa dibayangi mana-mana penyanyi. Saya melayang dalam persembahan sensualnya yang mengingatkan saya pada beberapa trak Jessie Ware juga Corinne Bailey Rae.
Sugar saya kira adalah sisi terbaik Aisyah dalam bermuzik. Mendengar “Sugar” buat saya teruja menantikan full album yang bakal diedarkan. Kematangannya dalam bermuzik secara serius begitu dirasai menerusi single yang satu ini.
8.7/10
ARTIKEL BERKAITAN
Menepis Balada Rawan, Sarah Tampil Penuh Groove di Single “Dap Dap Dap”